16 July, 2025

PARA THAI RESTAURANT-IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Lama dah kan rasanya aku tak review restoran kan
Kali ni aku nak review satu restoran yang rasanya ada banyak cawangan bersepah kat Klang Valley ni
Untuk mereka yang follow blog ni dari dulu pasti tau aku peminat Thai food sejak dulu lagi
Ada beberapa Thai restoran yang aku suka makan

Last time aku suka makan kat Red Wok Bangi
Malangnya Red Wok tak bertahan angkara Covid 19
Aku sempatlah ke Red Wok bungkus makanan on the very last day that time.
Masih ingat lagi,masa tu Covid-19 tengah meriah readingnya-berpuluh ribu sehari
Tapi sebab last day kan
Gigih tinggal kanak2 tau!
Pegi menapau makanan punya pasai

So kali ni aku nak review restoran ni
Para Thai ni dah 3x aku pegi
Merasa  jugak ke Mitsui outlet jugak sama bff ku Echa

Yang aku nak review ni cawangan IOI City Mall-ni memang dah jadi tempat outing sama anak2 jika cukup korum
Pertama dekat dengan rumah kami
Kedua parking banyak
Ketiga nak makan banyak pilihan
Keempat sebab ada wayang kot
Sebab kami suka tgk wayang reramai walaupun tengok kartun melayan dak Affan aje

Last visit ke IOI bulan lepas cuti Maal Hijrah rasanya,melayan Affan nak tgk wayang kisah Elio
Layankan ajelah,wpun tgk enam beranak tiket wayang beratus jugak

Lepas tengok wayang lapar
Disebabkan ramai umat manusia kat IOI masa tu
Opt makan kat Para Thai ajelah
Wpun still q kat luar tp x lama mana pun

Tetiba rindu anak2 dara-masing2 diasrama skrg

Affan yang fussy makan pun habis sepinggan

Mieng Kham fish with Thai betel,Tomyam Seafood,Telur dadar & meatball soup (kalo x silap)


Masa anniversary dinner tahun lepas-1st time ke Para Thai.

Personal review:-
Taste : 4.5/5.0
Price tag: Reasonable (fine dining rate) 4.0/5.0
Portion: Acceptable 4.0/5.0
Come back again: YES


Sapa2 nak recce menu boleh klik menu Para Thai
Tapi ni price tag dari tahun 2022 -cuma price differ perhaps tak jauh mana.Mungkin RM3-5 kot.Cuma tu lah dah start July kan,x tau kot SST impact makin tinggi plak harganya.Wallahuallam bswb.

So bagi aku,sekali sekala korang nak splurge makan,Tak salah pun.Bukan selalu kita nak makan beria kan.Mungkin untuk special occasion,apalah salahnya tak.

Aku tak tau orang lain tapi bahasa cinta bagi aku adalah eat a good food!
Aku suka belanja anak2 makan sedap2 mengikut kemampuan aku.Sebab aku nak anak2 tau mak pak sentiasa akan berikan yang terbaik untuk anak2.
Anak2 boleh splurge makan minum asalkan x beri mudarat pada kesihatan.

Teringat arwah abah cakap
Jangan berkira soal makan
Suatu hari nanti jatuh sakit 
Makan pun x lalu dah
Sebab tu wpun hidup susah masa kecil dulu,x pernah lagi tak cukup makan.Cumanya takdelah makan ayam hari2 macam anak2 skrg.Wpun menu mak masak simple tetaplah sedap teringat2.

So back to review
Recommended  untuk mereka yang sukakan makanan Thailand
Makanan sedap & tempatnya pun cantik
Bolehlah feeling2 dating walaupun dah berpuluh tahun kawin
Gittewwwww!!










15 July, 2025

R.E.L.A.P.S.E.D

Pagi2 ini aku dikejutkan dengan whatsapp dari abangku yang ke-2
Beliau merupakan pesakit kanser NFC (Nasopharyngeal cancer (NPC) sejak tahun 2020.

Berkahwin & punya 3 orang anak2 yang masih kecil.Yang sulung baru 6 tahun,belum pun masuk sekolah aliran perdana.

Berita pagi tadi menyatakan bahawa abangku relapsed semula kansernya.Pada tahun 2020,stage 3,dan menurut onko IKN macam merebak & pastinya telah berubah ke stage 4.

Sungguhlah aku terpaku membaca kandungan whatsapp tersebut.Aku rasa numb!Aku tak tau ayat apa nak aku karang yang boleh membalut sayu dihati abang atau yang boleh memujuk aku untuk redha.Aku sendiri rasa sedih apatahlagi abangku itu.

Aku yakin ujian Allah swt tiada satu pun yang sia2.Pasti ada hikmah disebaliknya.Kehidupan kita tidak selamanya immortal-suatu masa kita bakal dipanggil balik mengadap ALLAH swt.Tiada sifir yang sihat tidak mati dan juga yang sakit pasti mati.Sebabnya kita sumer bakal jenazah,bakal dipanggil bila waktunya tiba.Tak kira samada kita sedia ataupun tidak.

Aku perlahan2 merasakan bahawa,penyakit hanyalah asbab kematian.Sedangkan kematian itu adalah pasti buat semua yang hidup.

Aku berdoa semoga Allah swt mempermudahkan urusan rawatan buat abangku,dipermudahkan urusan mereka sekeluarga melalui ujian yang maha getir ini.

Insyaallah selagi namanya adik beradik,cubit peha kiri,peha kanan terasa peritnya.Kami akan selalu menyokong,membantu  dengan apa sahaja kemampuan yang ada.Bertahanlah abangku,anak2 masih perlukan ayahnya.








14 July, 2025

Senyum ! Allah kan ada

 

46 tahun-tanpa filter.
Motivasi untuk terus bertahan & berjuang 

Hampir seminggu lamanya
Berulang dr rumah-HUKM
Mak masuk wad
Sepatutnya warded untuk routine endoscopy
At the end-sangkut Oksigen drop plak
Terpaksa on oksigen
Maka endoscopy pun cancel
Terpaksa re-schedule semula selepas usai jupe Cardio nanti

Kali ni Doktor kata macam mak ada lemah jantung
Dah ada TCA dengan cardiology plak lepas ni

Begitulah ye
Makin kita berumur
Bertimpa2 ujian bencana tubuh 
Aku x merungut jaga mak sakit
Tetapi inilah rentetan bencana tubuh yang mak aku lalui satu demi satu 
Kadang2 aku melihatkan ujian mak merupakan ujian & peringatan jugak bagi aku
Ujian rumahtangga jugak dimana disinilah suami teruji dengan kesibukan isteri yang ke hulu-hilir menjalankan tugas  sebagai seorang anak dan dalam masa yang sama memegang takhta sebagai isteri dan ibu jugak.Kemujurannya suami sangat memahami & tak pernah plak merungut tengok wife huru hara ke sana-sini sejak mak jatuh sakit 5 tahun lepas

Hari ini kembali ke pejabat tempat mencari rezeki sebab dah beberapa hari aku EL menguruskan mak.
Lemau jangan cakaplah
Memikirkan kerja bertimbun nak hadap & drama pejabat yang tak berkesudahan
Separuh hati rasa seronok bekerja ada gaji sendiri -boleh beli apapun tanpa mintak approval dari suami.
Tapi separuh hati seronoknya kalo duduk rumah aje-pagi2 bangun buat sarapan,siapkan anak2 ke sekolah-lepas tu boleh pi jogging.Pendek kata menjadi house wife & dalam masa yang sama banyak ME time.
Tapi itulah angan2 tak setara dengan apa yang kena hadap.

Hutang kereta yang berbaki 
Hutang PL yang berbaki 3 tahun
Anak2 sorang pun x habis mengaji lagi
Sungguhlah hidup mengira detik nak peghabis hutang aje setiap hari.

Tak mintak banyak
Semoga aku terus kuat 
Kuat bekerja,kuat berkhidmat jaga keluarga,jaga mak & dimurahkan rezeki nak settlekan hutang untuk ada masa banyak menguruskan mak yang makin uzur
Kekangan hutang sahaja yang menjadikan aku masih bekerja wpun hati meronta2 nak resign & jaga mak.
Sungguhlah ujian sejak aku melangkah kaki ke 40-an tak berenti lagi
Ujian bukan secubit
Jika tak kuat lama dah rebah
Sungguhlah meminjam kekuatan mak
Walaupun diuji satu demi satu
Mak masih kuat bertahan

Allah swt sebaik2 pengaturcara
Berbaik sangkalah dengan aturannya.











02 July, 2025

TRAINING be like!

As usual kadang2 aku kena paksa pegi training 
Ada yang aku volunteer pegi
Ada yang aku memang kena paksa pegi

Semalam & kelmarin aku attend training paksa di Concorde Shah Alam
Aku xdelah kata x suka attend training
Tapi kalo training tu bg input sewajarnya utk aku praktiskan dalam industri atau kerja aku,oklah kan.
Jika x related ttp terpaksa gantikan bos dsbgnya
Memang lemau teruklah aku.
Dah menganga pastu mengantok tahap gaban

Kemujurannya kali ni attend training ditemani seorang lagi staf lain
So takdelah lemau sgt aku kat sana,ada kawan berbual
Aku pi training aku paling suka tang free flow coffee aje
Being coffee lover,free coffee tu sangat best ye
So aku memang overdose coffee kat sana

Cuma training semalam tu
Kami xdpt enjoy buffet kat Melting Pots macam sebelum ni
Jadi x best sgtlah tang makan tu
Sebab buffet spread tak semeriah macam kat kafe
Tapi makan tetap makan
Sekejap2 makan,sumpah heaven!

Marilah layan gambar aneka makanan yang aku sempat snap
Keseluruhannya makanan sedap
Kenyang smp ke malam
Syukur alhamdulillah


















23 June, 2025

Loves hate relationship with BONIA

Aku tak taulah apa masalah aku dengan BONIA
Aku suka aje beg BONIA,masalahnya aku cepat bosan kot
Pakai sekali dua lepas tu aku letgo tanpa rasa bersalah
Lepas tu aku rasa macam nak beli lagi beg BONIA yang lain

Hari ni contohnya
Aku & impulse buying berpisah tiada
Kebetulan terima email promo 30% untuk monogram series
Dan aku plak memang kipas susah mati untuk Monogram series Bonia
Beg2 terdahulu yang aku beli-jual
Semuanya monogram series
Jadik aku ter"order" new tote bag BONIA
Jenuhlah nak kawtim sama en papa nanti bila beg ni sampai nanti

Wpun beli duit sendiri ttplah rasa bersalah nak indulge beli beg memahal ni
Raya hari tu aku dah beli Fossil-haruslah aku trnkan beg tu pada Kak Ain plak lepas ni
Tak sampai berapa bulan pi order Bonia plak
Lempang mau!!

Harga xdelah semahal beg yang aku beli sebelum ni
Kali ni after discount x smp RM500
Oklah kan..harga asal RM699.00
Bayar guna ATOME 3 bulan instalment 0% Interest
Jadikler nak merasa kan!

Cantik ke tak weii?


Aku bukan branded conscious tapi ada few trusted brand in term of quality yang  memang aku suka beli
Antara benda yang aku akan beli ada jenama ialah jam tangan,parfume & beg tp bukanlah jenama T20 weii..
Aku standard pakai jenama yang B40 pun bersepah pakai
Yang lain jenama biasa2 pun aku sebat aje
Bagi aku sekali sekala ko nak reward diri sendiri 
Apa salahnya,dah berpenat2 bangun pagi meredah jammed
Rewardlah diri kita,self loves kekdahnya
Kita berhak indulge something good for us to feel good
Bukan utk orang lain
Untuk diri sendiri kan
Gittew sekali memujuk diri sendiri

Haduiii!!








20 June, 2025

Bila mak makin UZUR

Sebagaimana entry sebelum2 ini
Mak makin uzur dimamah usianya yang berusia 76 tahun.
Dah terlalu lama tak makan air tangan mak
Mak dah tak memasak lagi.
Tiada lagi peluang makan masakan mak.Rasanya dah bertahun lamanya mak tak memasak dah.

Mak selain hidup sbg pesakit CKD yang memerlukan rutin dialisis 3x seminggu.
Mak jugak merupakan pesakit Kanser Usus Stage 3 dari tahun 2020.
Sebahagian usus mak telah dibuang pada tahun 2020.

Mak diusia tuanya
Selain semakin lupa
Dia semakin hilang common sense sbg manusia
Suka bertanya berulang2 soalan yang sama
Sebahagian harinya dihabiskan dengan tido
Mak semakin uzur hari demi hari

Aku bukanlah anak yang clingy dengan mak
Tapi hampir 80% bakat memasak mak diwarisi aku
Aku diangkat adik beradik sbg orang yang paling mirip memasak dari segi rasa/cara mak memasak.
Jadi tak heran jika adik beradik suka mengedeng mintak masak itu-ini

Mak hampir 1/2 minggu berada dirumah kelaminku
Aku melayan makan-minumnya dan melayan dia berbual kosong
Mak suka mengusik Affan-anak bongsuku
Sampai rengsa si Affan dibuat dia
Mak pemurah orangnya
Dia x pernah lupa bagi duit pada anak2ku
Kadang2 kala hampir tiap kali bersua
Ada aje seringgit dua diselit ke tangan Adeeb mahupun Affan

Semalam aku melihatkan mak semakin tua dimamah usia
Semalam diheret ke HPutrajaya
Doktor sahkan mak ada Initial stage Pneumonia
Slip chest-Xray mak menunjukkan tompok putih mula membentuk di paru2 mak
Batuk mak yang melarat2 sehari dua
Rupanya memakan diri
Dibekalkan dengan antibiotik 3 hr lamanya
Semoga serasi hdknya dengan antibiotik & membaik hdknya
Tumpang doakan mak ye

Aku yang semua sedia maklum masih bekerja sepenuh masa.
Dan rasanya akan terus bekerja sekurang2 5-6 tahun lagi,sekurang2nya sehingga anak ke-2 tamat Ijazah pertamanya.
Ttp melihatkan keuzuran mak,aku rasa macam ada keperluan untuk salah seorang anaknya bekerja menjaga mak sepenuh masa tapi secara logik akalnya-mana datangnya duit nak kubayar segala komitmen yang ada jika tak bekerja?

Kereta,rumah kami masih dalam status berhutang dengan bank.Belum lagi hutang PL yang perlu aku langsaikan.Dan anak2 aku sorang pun belum habis belajar lagi.
Gaji suamiku cikgu naratifnya tinggi tetapi dgn anak 4 orang yang semua masih bersekolah & tinggal di Lembah Kelang memungkinkan untuk suami yang berdiri sendiri menyelesaikan semua sendirian.
Belum lg suami & hutang2 peribadinya yang juga komitmen wajib beliau.Kesudian suami menafkahi mak aku selagimana mak masih berada dirumah kami pun aku dah cukup syukur banyak.Suami tak pernah berkira bila tgk bil elektrik naik mencanak sejak mak tinggal dengan kami.Aircond di hall yang style terbuka kami memang consume high voltage compared tempat lain spt bilik- sebab situasi living hall kami yang mempunyai layout jenis terbuka ke dapur.Tapi disebabkan kebanyakan masa mak memang berada di hall,dia suka baring disofa sambil tengok tv.Maka A/C memang wajib pasanglah kan.

Tapi alhamdulillah,wpun kdg2 ada aje bil merah TNB yang datang menjengah.Kami settlekan juga dengan apa jua kemampuan yang ada.
Dengan anak 4 orang yang sumer masih belajar,2 diasrama & kali ni bertambah 2 lagi headcount dalam keluarga kami.Kosnya beribu ringgit setiap bulan.

Bukan mengeluh tetapi inilah realiti yang kami lalui 2 tahun lamanya.
But alhamdulillah,we managed!
Tak pernah lagi anak2 berlapar tak makan
Atau tak pernah lagi api/air kena potong kat rumah kami
Anak2 menikmati semua kemudahan yang telah kami sediakan untuk mereka
Yang penting belajar jangan tinggal
Jangan buat idea2 nak ponteng sekolah dsbgnya.

Sebab takde sebab musabab anak ponteng sekolah bilamana semua kemudahan kami sediakan,pegi sekolah berhantar-berjemput xkira hujan mahupun panas.Duit belanja tak pernah kurang RM5 sehari.,kdg2 tu siap berbekal bagai.Yang duduk diasrama wajib bagi RM200-RM300 sebulan.Tak termasuk kos jajan tiap bulan,tambang bas balik 1x sebulan.Belum masuk bil telco mak-pak fully sponsored!

Dah melencong aku membebel kan.

So berbalik pada kisah mak aku,dapat aku simpulkan.Ini masa ALLAH SWT beri mak aku berehat betul2.Takde apa yang perlu dia susahkan hati sgt.

Sumer anak2 uruskan.Dia hanya perlu bagi kerjasama untuk paksa diri sendiri makan 3x sehari,makan ubat yang disediakan & pg dialisis mengikut jadual.Kami adik beradik berusaha sehabis baik bertukar2 shift bawak mak ke hospital untuk beberapa temujanji TCA yang berbeza dari HUKM ke Putrajaya.

Aku tak mintak banyak,semoga aku sentiasa ada duit jika mak perlukan apa2.Semoga aku banyak masa & kuat tubuh badan melayan peel mak diusia emasnya ini.Dan semoga aku lebih sabar dan berbelas ehsan melayan mak.Semoga suami akan terus bertimbangrasa melayani mertuanya ini.

Satu hari nanti Allah,jika sampai saatnya Allah swt nak amik mak.Permudahkanlah aku dengan beri rasa redha dengan ketentuanMU.Dan ambillah mak pada saat aku berada disisinya.Anugerahkan mak husnul khatimoh.Ameen yaa rabbal alamin.










19 June, 2025

Late Post :Selamat Hari Raya Aidiladha

Tahun ni adalah tahun ke-3 kami sekeluarga tak pulang beraya ke Dungun
Reason:- adalah cuti yang singkat & kami takmo sangkut dalam jam PantaiTimur yang memakan masa 10-12 jam lamanya.

Kebetulan tahun ni raya Haji
Aku hanya bantu memasak rendang daging
dan tolong rebus nasi himpit
Kedua menu ini akan dibawa ke rumah mak di Sg Besi
Sehari sebelum raya aku bercuti & berperanglah kat dapor menyiapkan rendang.
Alhamdulillah,rendang daging dapat pujian semua & licin 2kg daging dengan jayanya.Aku jugak order kek coklat pisang untuk dibawa ke rumah mak.

Rendang daging masak atas kuali lejen


Sehari sebelum raya juga dikenali sebagai Hari Arafah & di Malaysia hari Arafah disambut pada hari Jumaat.So aku bangun siapkan makanan bersahur untuk en papa,Ain & Adeeb yang masing2 berpuasa sunat hari Arafah.Sementara aku ni tgh uzur,makanya kesekian tahun xde rezeki berpuasa sunat.Takperlah jadi tukang masak sahur & berbuka,kot boleh pahala orang berpuasa kan.
Menu berbuka :sup daging+kentang,sayur campur &ikan goreng.Rendang daging yg baru masak-si Adeeb sibuk nak makan masa berbuka.


Pagi raya kejutkan anak2 awal untuk solat Subuh & solat sunat Aidiladha.Tahun ni hanya en papa,Adeeb & Affan sahaja yang ke masjid di Cyberjaya.
Wefie bersama Affan sebelum ke rumah mak

Yours truly!Kami recycle baju raya puasa hari tu.

Kesayanganku:Kakak Auni & si bongsu Affan


Balik solat,terus bersiap2 ke rumah mak.Adik aku masak sambal ikan bilis & kuah lontong.Ntah kenapa lontong raya tahun ni dari Raya Puasa sampai ke Raya Haji-dua-dua x berapa sedap & kena selera aku.Aku berazam nak buat lontong cuti Awal Muharram minggu depan.Kebetulan kak Auni pun balik cuti bermalam sekali.

Takde aktiviti dirumah mak selain makan,borak,makan balik..Pkl 3pm en papa ajak balik rumah,masing2 mengantuk.Nak tido kat umah mak,memang xde ruang pun nak berlunjur kaki.Full house!

Balik rumah bergolek2,x tido pun.Anak2 aje yg pengsan tido.Maghrib rumah kami didatangi oleh adik beradik yang baru balik dr beraya rumah Pakcik.Jadi aku masak nasik,masaklah apa aje lauk yang ada kat umah.Nak ke kedai,kedai2 Acheh dikawasan rumah kebanyakannya tutup sempena Hari Raya ni.Maka terhadlah lauk pauk yang ada pun.

Jadikler menjamu makan lebih kurang.By 10.30pm sumer tetamu pun balik ke rumah masing2.
Pengsan tido sampai ke pagi.

Harapnya dipanjangkan usia lagi untuk bertemu 10 Zulhijjah lagi tahun depan.Dimurahkan rezeki nak buat Qurban plak dan dilapangkan masa untuk pulang beraya di kampung hdknya.






Post of a DAY

TERSAKITI tengok harga EMAS weii!

Untuk orang yang memang suka atau sentiasa ada bajet beli emas Ini adalah berita baik kan Bolehlah pelan2 tambah koleksi peribadi Untuk oran...