Showing posts with label being Wifey. Show all posts
Showing posts with label being Wifey. Show all posts

11 February, 2026

Fasa PENAT aku dah berlalu 50%

Masa aku masih kerja di PJ berbelas tahun yang lalu
Dimana aku pergi keja naik ERL dari Putrajaya smp KL SENTRAL & tukar tren LRT Kelana Jaya ke Petaling Jaya.
Kos pengangkutan aku sebulan adalah RM400+
Masa tu masih belum ada MRT yang kosnya RM50 sebulan spt skrg ni

Tapi dulu aku sanggup bayar mahal
Sebab less than 1/2 hour journey dr KL Sentral nak menyampai ke Putrajaya
Anak2 aku masih kecik masa tu
Ain baru 6 tahun
Jadi aku nak cepat2 balik keja kelek anak

Keja dulu bukanlah gaji besar mana
Tapi aku enjoy keja situ
Enjoy sebab kawan2 sekepala best giler
Yang x best keja tu ,mengejar target KPI saban bulan
Ada masa2 aku keja stayback & aku kena dtg weekend mengejar target

Tapi ntah kenapa by aku bersalinkan Adeeb aku dah sangat2 terasa untuk berubah angin
Aku bertahan sampai Adeeb umur 1 tahun & ada rezeki relocation dekat dengan rumah aku
Pun x best jugak keja situ
Tapi aku sejenis pulun jugak buat keja
Sebab keja tu aku ada rezeki settlekan hutang,komitmen tiap bulan

Kenapa aku katakan fasa penat aku berlalu 50% 
Kerana aku dah tak melalui fasa berkejar tren,fasa mengadap tren delay dan jugak tak melalui fasa menunggu
Baru aku faham,menunggu tren itu sebenarnya memenatkan aku
Aku penat pergi keja turun naik tren hari2
Tapi tak tau kenapa aku survived fasa tren tu

Aku still bangun memasak pagi2 sebelum pergi keja
Balik keja w/pun dah sampai rumah pkl 7pm 
Aku still manage memasak untuk makan malam
Tak termasuk menguruskan hal ehwal domestik yang lain
Baju-bajan,hal sekolah anak2
Tak tau mana datang super power tu dulu

Kenapa aku bangkitkan isu ini diblog
Sebab kelmarin aku training di Bandar Utama
Aku malas nak drive ke sana
Jadi aku park keta kat ERL Putrajaya & naik MRT ke Bandar Utama
Aku kena tukar tren di TRX untuk amik MRT Lane Kajang ke Bandar Utama
Masa meleha2 dalam tren adalah 1.5jam
Aku rasa penat yakmat
Dengan kepala tetiba pening

Sungguhlah aku rasa faktor usia
Aku dah x fit mengadap keadaan aku perlu berkejar2 dengan tren.
Aku makin berusia,fasa ini  dah tak sesuai dengan aku
Aku betul2 rasa terpukul bila semalam smp Putrajaya pukul 6.30pm-rasa nak muntah.
Terpinga2 lupa plak mana aku park keta
Siap call en papa
Suh dia advice tingkat mana letaknya keta aku berpandukan sedikit gambaran yang aku beri.
Tak pasai2 berteka-teki tingkat 2 ke tingkat 3.
Sungguhlah benggong berganda2 smlm

Mengadap jem dr Putrajaya ke rumah
At the end,memang terjelepuk di sofa 
Tak buat apa malam td,pi mandi kat atas
Suh en papa tapau burger aje
Tak larat nak buat satu apa pun
Again---> faktor usia

Jika ada peluang keja lebih baik di KL yang memerlukan aku naik tren lagi
Rasanya xperlah,pass aje pada anak2 muda
Sungguhlah fasa itu sudah berlalu buat aku

Kembali ke tajuk blog diatas
Aku membuat kesimpulan rambang berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri
Yang membuat aku super penat dulu adalah faktor aku bekerja jauh & rely kepada pengangkutan awam sepenuhnya.
Aku terikat dengan jadual tren dan hidup aku terkejar2 mengejar masa tren & mengejar masa berkualiti untuk anak2 yang masih kecil dirumah.
Aku selalu rasa bersalah meninggalkan anak2 sewaktu aku perlu pergi bekerja dahulu
Tapi perlahan-lahan aku sedar
Aku masih ibu yang baik
Anak2 setakat ni sangat memahami kedudukan kewangan kami suami isteri 

Jadi aku sangat faham betapa strugglenya ibu2 muda yang anak masih kecil
Menguruskan keluarga & kerjaya seiring sejalan tak semudah menyebutnya
Kita bukan superwomen,kita adalah manusia biasa yang Allah swt cipta sebagai ibu
Ibu ini bagi aku-dia adalah orang yang mahu memberi 100%
Dan itu tidaklah salah bagi kita
Tetapi kerana betapa besarnya sifat kita terlalu memberi inilah lambat laun memakan diri kita

Nasihat aku sebagai isteri yang mempunyai anak 4 orang
Yang bekerja sepenuh masa
Yang dah berada dalam fasa ber-rumahtangga ditahun ke -21
Rendahkan expectation kita para ibu2 

Jangan jadi perfectionist dalam rumahtangga yang ahlinya hanya kamu,suami & anak2
Asalkan ada makanan atas meja-tak kiralah dimasak sendiri mahupun yang tapau dari kedai Thai
Asalkan ada baju bersih untuk dipakai hari2
Dan rumah kita bersih & sesuai untuk manusia tinggal 
Jadiklah,jangan letakkan benchmark tinggi2

Nak lantai berkilat sampai leh cermin muka
Nak lauk pelbagai jenis sampai 3-4 perkara sekali makan
Dan biasakanlah minta tolong-kita bukan superwomen
Ajar anak2 sama membantu buat keja rumah
Jangan sumer kita sbg mak2 yang hadap semua
Benda basic,anak2 tau kemas tempat tidur,baju basuh hari2,basuh pinggan makan masing2 dan bantu angkat/jemur baju dan bila dah boleh diharap-ajar iron baju sekolah memasing.'
Memang tak banyak tasknya tetapi ia sangat membantu kita.
Kuranglah  1 @ 2 perkara to do list kita tu.

Aku tak kata aku sangat bangga dengan apa yang aku lalui skrg
Tapi aku bangga sebab aku dah lalui pelbagai fasa dalam hidup
Fasa berpenat lelah menguruskan anak2 dulu
Fasa dimana aku berada dititik terendah dalam pelbagai perkara
Tapi alhamdulillah,SURVIVED those typhoon phase
Tak kaya,tak senang mana tapi alhamdullillah dengan apa jua rezeki kurniaan Allah swt setakat ini.

Syukur Alhamdulillah
Pengalaman hidup sangat mematangkan aku
Siapa sangka aku yang dulu beratib saban tahun
Nak resign for good & but still aku masih disini
Demi EPF fund gittew!!

Kita bukan superwomen tapi kita terkenal sebagai MULTITASKER!











20 December, 2023

Sentap+Emo seorang isteri

Bila selama ni ko selalu buat yang terbaik untuk orang lain,ko jadi expect benda2 terbaik orang buat untuk ko
Bagi ko,ko beri pakaian terbaik utk anak2
Bawak makan pun tempat yang ko rasa baik,anak2 enjoy,makanannya sedap,kena tekak,sekali- sekala aku belanja anak2 ke fine dining,steamboat,
Tak berkira berapapun duit yang bakal lebur
Sebab apa,sebab ko nak belanja orang2 yang ko sayang

Tapi semalam rasa kecik hati
Rasa sebal geram yakmat
Beria bersiap katanya en papa nak ajak makan
Alih2 makan kedai ntahapapaapa rasanya
Masin,x semenggah dengan tempatnya
Sebab ko lapar,telan jugaklah makan

Dan bermulalah episod emo- silent treatment mak ko
Sungguhlah berasa hati
Sekali sekala melayan anak bini
Apalah salahnya make an effort sikit
Bukan selalupun melayan makan beria
Selalunya memang 24/7 aku memasak aje kat rumah
Nak g keja 5.30am dah menyembah dapor
Balik keja,cabut tudung masuk dapor semula
Sabtu/Ahad lagilah asik memasak aje x berenti2

Umur dah makin banyak ni
Cepat sangat sentap pon lagi2 bab makan
Sebab apa,sebab kita expect lebih
Kita expect orang buat lebih baik dari yang kita buat
Bukan kisah tak berduit,tapi kisahnya takde sensitiviti dengan kehendak isteri dan anak2

Bukanlah kata tak bersyukur
Tapi macam ayat aku diatas
18 tahun kawin,belajarlah makes an effort
Bukan perlu candle light dinner pun
Tapi berbagilah sesuatu
Bukan menerima aje semedang

Aku ni kalo nak pg makan mana2 yang aku rasa nak belanja anak2,aku study dulu
Siap baca review kedai mana sedap
Kedai mana menarik,waze pun aku cek jugak
Sebab apa-itu maksud aku efforts tu penting
Bukan main tangkap muat aje

Semalam saje takmo suggest mana2 kedai makan
Sebab kita expect dia tau kedai mana best nak bawak anak2 makan
Lagi2 sekali-sekala anak2 asrama kami balik 

Manalah aku tak emo
Sungguhlah geram sesangat
Susah orang takde common-sense ni
Ikut sangat idea tangkap muat dia tu

Aku mmg macam ni
Aku emo-aku senyap tak berbunyi
Memang ko akan tengok betapa heartlessnya aku bila aku emo
Tapi emo aku tak menyusahkan orang
Aku buat keja aku macam biasa
Cumanya jangan expect aku ok secepat 24jam
Aku amik masa untuk heal myself
Jangan provok aku sewaktu masa bertenang ni
Ko tak tau betapa besarnya kemusnahan bakal berlaku jika ko provok aku time macam ni

Ko saba jap!



So moral of the story
Lower your expectation

Ko nak makan apa2 yang sedap
Sila heret Ecah pg makan
Lepas tu meraban together2
Gitttewwww!!







Post of a DAY

Bulan peghabis RM :(

15/9/2026-countdown 2 hari lagi menjelang hari lahirku yang ke 47 tahun Tak sangka sepanjang ini usia pinjaman Allah swt Tak pasti samada ad...