Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts

18 August, 2026

JJCM:RESTORAN BESTEAK STEAK HOUSE: CYBERJAYA

As usual bila sambut birthday anak
Mestilah bawak g makan yang special sikit
Dan wajiblah mengikut kemampuan poket makpaknya jugak

So kali ni kami try makan di Restoran Besteak Cyberjaya yang bukan main trending kat Thread
Tak jauh pun dari rumah kami
Tapi Cyberjaya tau ajelah,traffic light kemain banyak
Dalam 15minit jugak driving barulah smp ke restorannya
Parking full,terpaksa tumpang parking kat stesen minyak disebelah

Ketika kami smp 
Ada beberapa meja dalam penuh
Mujurlah masih ada meja kosong untuk kami berlima

Kami order makan guna QR yang disediakan

Corner lot-area Sawadee Restoran

Wefie -missing Kak Ain yang tak balik minggu lepas

Chicken chop rega RM14.90 kot..ingat2 lupa.Portion besar,mujurlah aku memang lapor maka habis licin licau kecuali fries yang masih tersisa x terhabis makan

Birthday girl nak makan Crispy chicken burger-amik ko besar kemain burgernya.Kalo x silap dalam RM16 harganya

Lamb chop with fried rice-ini paknya punya.Kalo x silap RM 30+

Spaghetti Carbonara with streaky beef-RM19 kalo x silap.Ini dak Affan punya.Adeeb order Lamb burger,tak teringat plak nak snap gambarnya.




VERDICT:

Price : REASONABLE
Taste: 4.0/5.0 
Portion: BIG
Come again: YESSS!!

Aku rasa plus point kenapa restoran ni trending adalah portion besar,sedap ditekak melayu & harganya yang berpatutan.Dan menu diorang sangat VARIETY ye.Rambang mata memilih.Cuma tulah aku ni anti order guna QR-leh baran ye

So bolehlah try,sesapa yang berhampiran nak try rasa.

Kami hanya bayar lebih kurang RM148.00 untuk 5 main course & 5 jenis air.Mujur xde order desert bagai,sebab yang ada pun x terhabis makan sebab portion besar,Jenuhlah nak kuis2 bagi hbs jugak.Risaukan membazir.

Which is bagi aku murahlah sgt
Selalu kalo kami ke PADI HOUSE
Bill menjangkau RM300+ 

Untuk menu yang lebih kurang sama.

Cuma mungkin ambiance bukanlah INSTAGRAMABLE tapi bagi aku selesa & bersihlah tempatnya
Insyaallah ada rezeki bawak Kak Ain plak makan kat situ
Bila Kak Ain xde mak ko pun teringat2 anak makan apa kat kolej..Huhuhuhuhu!!








28 July, 2026

JJCM:RESTORAN SERI DAGANG,CYBERJAYA

Betapa sibuknya aku seminggu lepas
Sampai tak sempat nak BW apatah lagi nak post entry di blogntahapapantah aku ni
Tapi hari ini aku nak curik masa untuk taip blog post

Kali ini aku nak review Restoran Seri Dagang yang terletak di Cyberjaya
Aku memang peminat Nasi Dagang
Aku teringat sgt-aku pernah join kelab rekreasi masa zaman Uni dulu.
Ada program Rehlah di Tasik Kenyir.
Aku join sekali.
Tetiba senior tu jemput kami ke rumahnya di KT ,maknya masakkan kami Nasi Dagang
Punyalah sedap-dan itulah pertama kali aku makan nasi dagang seumur hidup
Aku smp terlintas dalam hati-aku nak cari org Ganu buat jodoh
Sungguhlah kata2 itu satu doa kan
Dah tahun ke 21 berjodoh dengan orang Terengganu weii..😂

So back to kisah makanan kesukaan aku,jadi aku selalulah pusing2 cari nasi dagang kalo weekend dengan en papa
Dia rajin melayan wifenya bab makan2 ni
Kalo x ke MAKANG yang area D'Pulze tu tapi MAKANG tutup hari Ahad selalunya
Aku akan ke Seri Daganglah lepas gian

Bagi aku sedaplah
Harga masih boleh bayarlah.
Tengok lauk apa yang amik.Anggaran RM8-12 rasanya.
Bukan mahal sgt,takdelah murah sangat

Verdict:
Taste: 4.5/5.0
Portion : Acceptable
Price: Price wise
Will come again: YES!

Layan gambor ajelah ye

Entrance -depan parking aje

Kedainya 1 lot aje,x besar mana.Kalo lewat mmg kena menunggu jugak kalo hujung minggu

Tak ingat bila pg sini-dalam gambar Nasi Dagang,Nasi Gulai Ayam & Lontong utk Affan serta cekodok pisang 5bj RM2

Ni minggu lepas: Nasi dagang as usual & pulut kelapa parut+ ikan

Tapaukan nasi kerabu,solok lada & ayam bakar utk Mak & nasi kerabu daging utk Adeeb.Aku smp ke sudah tak pandai makan nasi kerabu.Bagi aku banyak sgt rencahnya.Nak makan pun malas renyah2 aku ni..hahahahah











06 July, 2026

JJCM: RESTORAN NASI KANDAR POKOK PENANG,CYBERJAYA

As usual Thread selalu racun tempat makan lebih2 lagi area Cyberjaya ni
Sementelah Cyberjaya ni paling hampir dengan rumah kami
Maka memang semedanglah kami cari makan area sana

As usual sokmolah  teracun dengan Thread
Kali ni kami ke Restoran Nasi Kandar Pokok Penang,Cyberjaya

Kami singgah makan tengahari semalam selepas pulang dari hantar Kak Ain semalam
Terpaksa tekan Waze sebab selama berulang alik ke Cyberjaya memang xpernah tau Kedai ni
Malah xpernah nampak pun

Alhamdulillah,Waze bertindak cemerlang
Memang depan kedai dihantarnya
Kami main park kat roadside sebab malas nak masuk parking
Sebab niat memang nak datang makan aje pun

Verdict :
Rasa : 4.5/5.0
Lokasi : 5.0/5.0
Harga : REASONABLE 
Datang lagi-YES!!

Bolehlah menghilangkan kemaruk nak makan nasi kandar sekali sekala
Tak perlulah kita ke Penang semata2 nak layan nasi kandar kan


Entrance restoran-aku suka sebab berhampiran tepi jalan.Tapi masih ada buffer selamat-sebab meja makan diletakkan dalam ruang restoran.Aku paling seram tengok kedai mamak yang suka letak meja ngam2 tepi jalan.Aku ni imaginasi tinggi-selalu terbayang kereta terbabas..ishhhhh!!

Typical counter setting at Mamak's.Serve laju & kena explain betul2 samada nak kuah banyak atau sikit.Sebab mamak style suka letak kuah byk2

Pinggan aku-aku nak makan ayam madu & jelatah nenas.Sedap yakmat ayam madu tu.Buat teringat2 weii smp pagi ni.

Pinggan Adeeb-memang nalaaa kuah campur.Adeeb nak ayam goreng,kobis & telur masin.Sedap.Licin sumernya.






15 June, 2026

JJCM: RESTORAN STRAWBERRY FIELD,CYBERJAYA

Rasanya ini kali ke-2 aku review restoran Strawberry Field ni cumanya kali ni aku review di cawangan ketiganya iaitu di Cyberjaya
Last time aku review yang di PJ  punya
Boleh tengok SINI

Strawberry Field ni antara restoran otai aka legend di Klang Valley
Setaraf dengan Cozy House yang dulunya terletak di Ampang Park
So ini antara restoran faveret aku
Tapi faktor jarak memang jarang2 sangat ada kesempatan aku kesana melayan tekak

Since aku pun baru tau Strawberry Field sebenarnya dah lama bukak di Cyberjaya
Aku pun tau dari Thread
Sedangkan lokasi restoran ni berhampiran sebaris dengan Estika Medispa tempat aku facial muka saban bulan,tetaplah aku tak perasan
My bad!
Lokasinya berhampiran dengan Bank Rakyat,Cyberjaya
Waze aje-insyaallah x sesatlah!

So semalam aku bersama en papa & Affan lepas Asar ke sana
Kami kebetulan lunch awal pukul11.30 am dah lunch semalam
By pukul 4pm perut aku dah berkeriuk2 lapar
Tunggu solat Asar lepas tu terus ke situ

Smp2 hujan renyai2 di Cyberjaya
Ada 2 orang aje tengah makan kat dalam
Aku pun terus order makanan

Aku memang puas hati makan kat situ
Harga masih mampu beli
Aku rasa kenaikan harga x seberapa kalo compare harga dengan outlet PJ
Bak kata orang menu rasa kafe,harga macam beli kat food court aje

Aku rekomenlah sapa2 yang drop by Cyberjaya
Nak cari makan-pi lah makan situ
Dari beramai2 ke Tamarind yang rega air berbelas2 ringgit secawan tu
Tamarind tu hype sangat
Jadi kos makan jadi mahal tak pasai2
Tapi ikutlah poket memasing
Kalo ikut poket aku,aku prefer sini
Sedap, selesa & mampu beli

Layan ajelah gambar yang sempat aku snap semalam
Berebut2 hp dengan dak Affan
Budak tu kalo kat kedai makan,hp kita jadi hp mainan dia
Geram ajelah mak ko!

Entrance dari luar,dah masuk keta balik baru teringat nak snap gambar

Ini memang all time faveret aku: Mihun Tomyam.Makan ni teringat sesangat kat Auni :(


Affan as usual dengan Spaghetti Carbonara-kali ni order beef carbonara


Chicken wing sampan kata Affan.


Nasi goreng Thai untuk en papa-surprisingly sedap weiii..1/4 dari pinggan tu aku yang sebat!

Air biasa2 aje,tp aku suka.Cupnya besar,puas minum.Aku order soya cincau,en papa dengan teh ais forever.Air minum dak Affan xde plak dlm ni.

Kos lebur:hanya RM74.00.Bagi aku pricewise.Portion banyak,harga food court aje.



Interior dalam-sini baru ye orang panggil Matcha Strawberry kan?










08 June, 2026

JJCM: KEDAI KOPI SUDIN,CYBERJAYA

Kalo kita perasanlah kan
Susah nak jupe kedai Kopitiam orang Islam punya kan
Kopitiam ni dipelopori oleh Masyarakat Cina
Sekarang famous dengan francis Oriental Kopi
20 tahun lepas popular dgn Old Town White Coffee

Beberapa bulan lepas setelah aku aktif melayan Thread
Ada threader share kopitiam orang kita di Cyberjaya
Balik dr klinik Putrajaya untuk kes infeksi mata aku bulan 4 hari tu
Aku pun gi lah ajak en papa ke sana
Tekan waze insyaallah tak sesat

Aku leh simpulkan, ada stall yang disewakan  kepada beberapa vendor yang lain
Main owner jual minuman,roti bakar yang sinonim dengan identitit Kopitiam
Yang lain ada yang jual Nasi Lemak,Soto,Mee Kari,Lontong,Nasi Dagang,Makanan Sabah pun ada
So memang banyak pilihan makanan
Cuma  meja makan adalah terhad,setiap kali aku datang,mmg kadang2 tinggal 1/2 meja sahaja yang tinggal

Aku ulang2 pergi bila ada free time
Harga bagi aku adalah harga standard,portion wise
Sedap bagi aku
Dan yang penting
Antara kedai yang aku akan repeat datang lagi & lagik!

So sesiapa yang berdekatan atau mungkin bercuti di Cyberjaya
Bolehlah datang & cuba sendiri
Cuma kalo x silap
Business diorang :Isnin-Sabtu sahaja
Ahad & PH depa ni cuti
Start pkl 8am,tapi that day aku dtg ngam2 kul 8am
Stall pun baru nak set up
So aku suggest datang 1/2 jam lewat sikit



Entrance Kedai Kopi Sudin



Antara stall yang ada

Situasi dalam kedai-ada small stall yang jual menu berbeza



Soto ni dah jadi faveret wajib order tetiap kali aku dtg.Sedap (4.5/5.0*)

Roti bakar pun sedap,tapi rasa macam x leh lawan Oriental /Old Town punya lagi.But still sedaplah.Cuma roti tak crunchy sgt.


Order Sabtu lepas-en papa order nasi impit kuah kacang.Licin licau,maksudnya sedaplah kan?


1st time dtg,husband order kopi ais & roti titab.Aku as usual akan order soto ,telur 1/2 masak & kopi o panas.Itu memang staple menu aku,telur & kopi adalah wajib.











Post of a DAY

Mengucapkan selamat tinggal ke BNPL

Aku tak tau orang lain macammana Tapi aku memang dah terjebak dengan BNPL Aku ada few platform yang ada aktif BNPL Antara Lazada,Shopee,Grab...