06 August, 2026

Percaya tak isteri itu ada DAULAT-nya?

Aku ni dah berkawin selama 21 tahun
Jadi ada beberapa kisah antara suami & aku
Yang buat aku percaya 
Isteri ni ada DAULAT-nya
Aku tak 100% percaya tetapi banyak kisah terjadi samada tidak sengaja @ kebetulan mengesahkan apa yang aku rasakan

Semalam aku pulang dari kerja awal dari biasa
Kebetulan aku bekerja diluar maka dapatlah pulang awal selepas selesai kerja luar tu
Lunch dgn husband kat SR Old Town PJ
Aku dok craving nak makan Vietnam Mee

Yang dimimpi2kan -Vietnam Mee SR 

Aku pun xtau apa aku order ni.Latte ke apo..siap ada whip cream.En Papa punya Ice Lemon Tea

Shinjuku Bake Chocolate ni en Papa punya sebab katanya kenyang lagik,Tapi as usual wifey menumpang makan jugak!





Usai makan aku terus balik
Aku mengadulah dengan suami a/c bilik kami tak sejuk
En Papa die2 kata cuaca panas-kedudukan bilik yang mengadap matahari menyebabkan a/c tak cukup sejuk
Aku bangkanglah sebab bilik Auni yang terletak di sebelah bilik kami elok sejuk aje a/c-nya

Sebelum maghrib semalam aku paksa dia bawak naik tangga
Aku nak dia cuci jugak a/c tu
Susah aku nak terima alasan2 retorik pasal a/c x sejuk dari mulut en papa
Sebab aku x nampak logiknya
Beli a/c beribu,takkan tak berupaya sejukkan ruang bilik
Dah kenapa beli a/c kalo a/c pun kena follow cuaca panas diluar rumah

Bila a/c bilik tu dibuka
Mak aikhhh..filter berdebu siap boleh buat bedak
Punyalah tebal debunya
Mana x panasnya
So aku bantu cuci filter,en Papa spray a/c guna chemical yang kami beli dari online & air biasa

On semula a/c tu
Amik ko..elok sejuk pun!

So betullah teori aku,a/c panas sebab maintenance x dibuat
Semalam en papa naik tido kat bilik setelah berminggu2 dia tido kat bawah dikatil mak
Sebab senang katanya nak bangun pagi

Aku bangun pagi,tgk dia berkelubung dengan toto
Maksudnya apa,sejuk macam ais batu

Dan pagi ni sewaktu aku sibuk bekerja dia mesej 
Demam katanya sebab sejuk sgt tido malam tadi
Adeiii..


Haaa..kan dah kata
Jangan melawan,bergado dengan isteri
Wifey is always right tho!
Isteri ni ada daulat kan?




No comments:

Post of a DAY

Percaya tak isteri itu ada DAULAT-nya?

Aku ni dah berkawin selama 21 tahun Jadi ada beberapa kisah antara suami & aku Yang buat aku percaya  Isteri ni ada DAULAT-nya Aku tak 1...