Showing posts with label 2nd pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 2nd pregnancy. Show all posts

24 August, 2009

ALHAMDULILLAH


(GAMBAR PERTAMA AUNI )


Alhamdulillah.
Segala puji bagi ALLAH SWT
Di saat ini aku telah pun selamat melahirkan zuriat keduaku
AUNI IRDINA BT ROSMADI
Bermaksud “kegembiraanku & kehormatanku/keberkatanku”
Auni Irdina telah selamat dilahirkan
Pada 17-8-2009 pukul 11.39am
Dgn berat 2.73kg secara SVD-induce labour
Disalah sebuah private hospital di selangor nih

Aku mula warded pd 16-8-2009
Gynae advice masuk ubat prostin(induce)
Melalui serviks pukul 11.30am
By 6pm jalan baru bukak cm
Dan alhamdulillah aku masih tak rasa sakit pun
Tak spt bersalinkan si ain dulu
By 1cm aku dah berguling2 bagai nak rak
Gynae dtg by 7pm tgk jalan
Still by 3cm tp gynae buat stretching dkt laluan serviks
Utk mendatangkan rasa “sakit”
Pukul 9pm aku ditolak masuk ke LR
Papa still ada menemankan aku
“this time quite scary”
Aku mula rasa seram-sejuk masuk LR
Teringatkan pengalaman bersalinkan si ain dulu
By 11pm laluan still 3cm & aku still tak rasa sakit
So gynae advice masuk ward semula
Try utk induce guna pitocin drip by 7am next day
That time aku dah mengantok giler babas…
Masuk ward semula tido nyenyak macam dlm hotel pulak..
Papa pun tido sekali dlm ward dgn aku
“terharu aku dgn papa”
Dia tido mengerekot..
Sayu hati aku
Inilah kasih sayang seorg suami utk isterinya..

Tiap 3jam nurse bertgs dtg buat CTG
Amik Bp reading & check bukaan
by 4am bukaan dah 4cm
still tak rasa apa lg
Cuma rasa macam merenyut2 kat perut bhgn bawah shj
Tp aku still boleh tahan lagi

Bangun kul 7am
Mandi & solat subuh
“semoga ALLAH permudahkan urusanku utk bersalin kali nih”
Dgn ditemani papa yg tak putus2 beri kata semangat
Mengaji tak berhenti dlm LR tuh..
Drip pitocin by 7.30am
Aku mula sakit by 9.30am
Sakit giler babas..
Approximately contraction 5minit sekalii
Sehingga berlanjutan 2minit sekali
Sangat sakit…
Mmg smp aku menangis
Tp takdelah smp menjerit melolong gitu
Sekadar menangis…(mmg aku tak tahan sakit orgnya)
Aku amik pethidine utk reduce painfull
Tp langsung tak jalan
“aku still sakit jugak”

By 11am gynae bagitau bukaan dah fully 10chm
Jenuh jugak nak pushed
Sbb macam dh lama tak beranak
Aku jd lupa m/mana nak push pulak…
Akhirnya dgn doa yg tak putus drpd papa
Dan aku yg tak berhenti berzikir & berdoa dlm hati
Dgn izin ALLAH jua
Auni Irdina ku selamat dilahirkan tpt 11.39am
Saat paling buat aku terharu
Bila gynae ku meletakkan Auni yg masih merah di ats perutku
“subhanallah”
Aku & papa macam menyambut anak sulung
Sgt menakjubkan
Mendengar suara nyaring dia menangis
Rambut hitamnya..mata sepetnya
Persis tak ubah spt kakaknya AIN
Maka hilanglah segala kesakitan yg kutanggung
Hamper 3jam itu..
Gynae ku jahit luka pun
Aku lgsg tak rasa apa…
Hanya rasa mengantok & ingin cepat tido
Mintak air minum dr papa
Sejurus minum aku muntah bagai nak rak
Kata gynae ku itu mungkin tindakbalas ubat dlm sistem badanku

Dan mmg badan aku lesu-selesunya
Spjg ptg itu…
Aku hanya lalu makan roti baker yg dibeli papa
Nasik lgsg tak leh nak telan…
w/apapun
aku bersyukur kehadrat ILLAHI
kerana mempermudahkan segalanya
utk aku & anak ku

Utk papa
Tq for being there for us
Tq for being such of wonderful hubby
Mama loves you so much….

13 August, 2009

Sadness story from RT3C/3D Jab Perubatan Nuklear GHKL

pg2 semalam papa kuar umah dlm kul 5am
amik adik iparku di Hentian Putra
terus papa htr ke GH menemankan MIL ku
smp di GH doctor on call dtg
ke katil FIL ku
doktor check FIL ku
doktor bgtau papa & yg ada disitu
yg FIL ku sbnrnya sdg KOMA
"astaghfirullahaalazzim"
mengucap pjg papa
sbb ingatkan FIL ku itu sdg lena tido

Doktor bgtau keadaan FIL ku
sgt lemah
even semua body cell lemah
terutamanya kidney dia
mmg tak leh produce waste lg
sedih sgt aku
sbb macam br malam kelmarin aku & papa
tgk FIL ku makan wpun tgh sakit
doktor pakaikan FIL ku
oksigen memandangkan oksigen supply dlm sistem badan dia
sgt kurang
reading dlm 85 shj
sdgkan manusia normal sepatutnya reading dlm 100 at least
sbb itu FIL ku dlm keadaan tercungap2 semalam.

so by 7am
papa balik..mandi & infm pd aku
aku dah sedih sgt..
meleleh airmata aku
bg aku FIL ku tak ubah macam ayah kdgku sndr
memandangkan aku dah lama takde ayah

aku pun bersiap
mandikan si ain
terus rushed htr ain ke umah mak
sbb ward radiotherapy tuh
sgt sensitif dgn kehadiran toddler during morning time
so nak tak nak aku tpaksa htr ain jugak
sinced ain tak mo pg taska dia
smp umah mak 8am something
jalan jammed giler babas..
dpt pulak SMS dr adik iparku
mengatakan FIL ku tgh kritikal
papa dah macam apa lg..
kelam-kabut bwk keta
nyaris tak berlanggar jer..
masuk ikut SMART tunnel
jammed jugak!!!
mengamuk papa..
dlm aku tgk betapa serabutnya papa
terlihat "papa tgh menangis"
dan aku yakin
siapapun berada di tpt papa semalam
akan menangis jugak macam tuh
dan aku sbg isteri turut rasa sedih melihatkan papa bgt

smp di GH
papa parking keta & aku trs naik ke ward
tgk MIL,adik ipar ku & abgku WAN pun ada
melihatkan FIL ku
mmg aku boleh katakan" TENAT"
nurse berkumpul utk buat salinan tube pd kedua2 buah pinggangnya & pundi kencingnya
dan satu lg tube utk water irregation
utk mencuci darah dr buah pinggang FIL ku
"Subhanallah"
hanya ALLAH yg maha mengetahui..
betapa sayu sgt hati aku
melihatkan MIL ku & adik iparku tgh menangis
aku pun turut sama bersedih
"tiada sempadan antara menantu & FIL nya"
aku ttp rasa macam ayah kandungku sndr
yg sdg melalui tahap sukar dlm hidupnya
aku & yg lain2 mula membaca YAASIN
smg berkat ayat ALLAH SWT ini
dpt meredakan kesakitan yg sdg FIL ku tanggung
by 11am macam tuh aku baru terasa sgt lapar
dgn keadaan aku yg sarat mengandung
mmg aku mudah lapar
bila lagi kalo baby dlm womb nih tak reti dok diam
kalo aku lapar
"agaknya dia pun lapar jugak"

aku gagahkan jugak ke KAFE
melihatkan MIL ku.adik iparku & papa
masih tak makan lg
sejak pg
kesian pulak aku tgk MIL ku
dgn kesihatannya yg makin merosot
dgn kurang rehatnya
aku yakin MIL ku pun mesti lapar
berjalanlah aku ke KAFE yg agak jauh dr ward FIL ku
beli berbagai..
terkedek-kedek balik semula ke ward
barulah MIL ku makan wpun sedikit
saat itu FIL ku dah mula sedar
dan mahu nak makan
papa suapkan air teh guna syringe
dan suapkan nasi ayam yg aku beli..
dptlah 2-3 suap
"alhamdullillah"

by 1.30pm aku mintak papa htr aku ke umah mak
aku rasa badan aku lesu sgt
aku mmg tak larat
bak kata org tgh menunggu hari

dan pjg lg cerita aku nih
nantilah aku smbg semula
lelah sgt aku rasa...

"walauapapun smg aku slmt melahirkan zuriatku"
"smg zuriatku ini akan jd sekuat mamanya"
"yg lgsg tak duduk diam"

10 August, 2009

My final week.

last 8/8 aku ada appt dgn gynae ku
as usual check-up dimulakan
dgn sessi soal-jwp gynae
kemudian gynae ku mula detail scan macam biasa
spt biasa jugak baby dlm wombku ini
sgtlah pemalu
dia tetap meletakkan tangan dia yg cute tuh pd mukanya
so aku & hubby still x nampak
muka anakku itu
hehhehee...

sinced dah 37w
aku mmg req utk induce by 38w
so gynae pun takde masalah
sinced the baby itself its fine
berat terbaru baby 2.75kg
ain dulu kuar dlm 2.77kg
aku terpaksa req utk induce sbbnya:
1) aku dah tak larat nak berulang dr ampang-pj-ampang
2)aku mmg mengah sgt due to less of breath
3)kaki ku yg bengkak skrg nih due to water retention
4)kesibukan papa yg berulang ke GH all the time-aku takut sakit nak bersalin tgh malam papa pulak x ada..
5)aku tau wpun skt induce lain macam tp aku takde pilihan lain

dgn harapan kali nih
ALLAH mempermudahkan segalanya
buat aku..
smg tak sakit lama
smg tak kena c-zer..

so 16/8 pukul 9am
aku akan mula menyerah diri utk
"induce labour"
so 14/8 aku akan mula amik cuti
nak mengemas umah & mencari 2-3 barang lg..
ada jugak yg takde lg..
so nak tak nak kena g cari jugak...

31 July, 2009

mengantoknya..

malam tadi actually dah masuk tido awal
sbbnya tgk papa dah berdengkur kul 10pm
ajak ain tido
padamkan lampu
siapkan susu dia..
popok2 dia atas katil
terus dgn aku terlena..
kwang3x...

pukul 12.30pg aku terbangun
kena bangun minum susu
kalo tak kaki aku cramp tak hingat punya
sgt sakit kalo cramp tu dtg
mau sehari-suntuk kaki aku rasa tegang semacam

ntah kul berapa terbangun lagi
si ain mengaruk nak sirap pulak
bgn pulak buat sirap
tgk gril umah tak berkunci
tak tau g mana kunci umah aku
jenuh aku & papa mencari
dah ramai2 kat umah mmg tak tau dok mana ler..

kak su & kak ngah (SIL ) aku
dgr citer nak merayap try-test LRT
malam td nak pg tak smpt
hopefully tercapailah impian mereka yek!!

aku teringin benar nak makan pulut
hiiiiiiiiiiiii...
kang dah pantang tak leh nak makan dah...
sedapnya....

lunch nih nak merayap mencari OLD TOWN..
tak tau nak carik kat mana lg
tapi nak memusing gak merayap...

30 July, 2009

Hb pulak yg tak kena....hampeh!!

this morning ..
pg2 suami ku yg tercinta dah siapkan air mandi
mmg macam baby sejak mgdg nih
dan aku paling touched
sbb dia selamba jer buat tuh semua wpun the whole family member dia ada kat umah aku sejak smlm
agaknya MIL aku pun pelik tgk suami ku buat gt
sayang papa....tq a million!!

papa pg2 dah htr aku pg antenatal check-up
dia mmg tak dpt temankan aku
sinced kena bwk PIL ke GH pulak.

hr nih giliran no 5
aduii...
Hb aku pulak yg rendah 10.2 pulak..
aku dah tak reti nak wat macammana
macam kena beli SANGOBIAN kat guardian pharmacy pulak
nurse bgtau baby mmg dah engagedlah
cuma kena tunggu sakit dulu ler..
lepas ni get ready utk bertarung nyawa je lah
aku tak harap smp org kata (x skt lgsg)
aku tau bersalin tuh sakit sgt
aku cuma berharap sakit nak bersalin kali nih
tak selama sakit bersalinkan ain dulu

dah makan vitamin hari2 pun tak jalan jugak
semalam dpt good news dr emakku
emak punya biopsi result dr speciallist
"tumor yg dikatakan pada lung emak-sbnrnya bukan cancer"
syukur alhamdulillah!!
syukur sgt2
siang-malam aku berdoa
smg emak tak kena penyakit berat2 macam tuh
syukur ya ALLAH
kau panjangkanlah umur emak
berilah aku peluang utk terus berbakti pdnya
kasihanilah ibuku sbgmana dia mengasihiku sewaktu kecil dulu
my mother will always be my angle!!

28 July, 2009

penatnya aku..

hari nih kandungan ku sudah mencapai tahap matangnya
means sudah 36w
betapa lelahnya aku
esok papa akan pg ke kuantan
utk amik MIL & PIL ku ke KL
sinced PIL ku akan ke HKL
utk menjalani rawatan radioterapi
10 sessinya yg akan bermula pd 30/7 nih

esok aku tpaksa postkan ain ke umah mak
(mintak2 mak sihatlah esok...)
kalo tak kesian kat ain
tpaksa dok kat little caliphnya smp ke senja
smp aku balik dr keja
aku tak boleh nak cuti lg
sinced end of the month
aku mmg byk keja
lgpun lagi dekat tarikh nak bersalin
lg berlambak keja yg kena aku uruskan..

tahniah utk a'a
dah selamat melahirkan baby lelaki
last 20/7
aku pun baru tau hr nih
dgr citer dia senang sgt bersalin
ntah apalah nasib aku nanti
senang ke susah ke..
smg kali nih dipermudahkan ALLAH
sinced bersalinkan ain dulu aku bertaruh nyawa
dgn kontraksi hampir 17jam lamanya
smg rezeki kali nih aku tak sakit lama sgt
wallahuallam!!

malam td aku mula merasai apa itu "false alarm"
macam yg selalu aku baca dlm parenting magazine
its seem like contraction but very mild
tp aku berguling2 jugak atas katil
papa siap nak bwk pg hospital lg
aku kata tungguler dulu
sinced takde show leaking @ blood show
so aku still bertahan lg..
false alarm nih
kebanyakan pregnant lady akan merasainya
bila kandungan dah mula mencapai tahap matang
tp sbg seorg ibu selalunya kita tau "when the time is come"
sinced dah ada experienced before

ptg nih balik keja aku akn direct ke TESCO ampang
coz kena beli groceries yg serba tak ada kat umah tuh
MIL & PIL nak dtg kan...
macam2 kena beli daaa..
segala benda tak ada
nak buat list pun smp tak tertulis..
heheheh...

oklah time to go to the loo
inilah aktiviti di akhir kehamilanku
baby dah mula engaged
insyaallah mama akan jupe anak mama
very soon...

24 July, 2009

MC lagi

hari nih minggu ke 35
semalam kaki aku cramp tak tentu waktu
mmg sakit sgt
dgn back pain ..severe!!
mmg betapa x selesanya aku

so hr nih mmg muscle aku cramp semua
aku amik keputusan MC ler pg nih
by 12 tghr baru aku ke klinik panel ku
dekat je dgn umah kat Taman Kosas

doktor terus scan jer
sekadar nak tau kedudukan baby
ya allah
anak aku dah mula engaged
kata doktor
"seem ur baby is ready to be delivered anytime"
u tak lama lg boleh bersalin dah nih..
by 36 w dah ok sgt
baby dah matured
tp jauh disudut ht aku biarlah aku bersalin
cukup waktunya
tak mo dah bersalin macam ain dulu
by 37w dia sibuk nak kuar dah
doktor hanya bg ubat utk external use aje
means ubat sapuler kat muscle yg mula cramp tuh!!

ishhh ada lg barang tak hbs beli lg nih
pening kepala aku..
nak berjalan da tak berapa nak larat
pening!!pening!!

25 June, 2009

BP LAGI!!

pagi nih baruler aku luangkan masa pg check up
aduhai BP aku naik lagi..
malah mencanak2
doktor bagi 1 jap
dan ada hati nak suruh aku admit wad hr nih
tp aku taknak
beria aku janji ngan doktor akan berehat byk2
sdgkan balik je dr klinik aku cabut pg opis semula
puhhhh keja tgh banyak
mana boleh cuti lagi
pengsan aku nak cover semula..

next 9/7/09
aku ada check up lg
macam kena pg every 2week pulak
aku kan makin sarat skrg nih..
tak lama dah si kecik dlm perut nih nak melihat dunia
aku pun tak sabar nak jupe baby baru
hopefully aku takde lah kena c-zer
sinced doktor da warning..
kalo BP still x control lg
kemungkinan besar aku kena c-zer
harap2nya tidaklah
aku nih penakut sikit...

anyhow smg aku sihat2 hdknya
begitu jugak dgn mak aku
PIL & MIL kat kg
semoga ALLAH memberikan kesihatan yg baik buat mereka hdknya
aku hanya mengharapkan sgl yg terbaik
akan berlaku dlm hdpku
insyaallah!!

22 May, 2009

check up routine

Semalam aku pg check-up
alhamdulillah kali nih dr tak berapa nak mengaruk sgt
since Hb aku dah ok
reading dlm 13.8
in fact aku bukanlah rajin sgt
makan vitamin yg dia bg
malas hampeh bak kata papa..
hehehhe..
semalam aku amik injection ATT B
alahai sakitnya tangan kiri aku
kebas semacam
dan dah rupa macam baby lps kena inject
by 3pm aku mula tak sdp badan
rupanya aku demam
mmg doktor ada bgtau
amik injection ni kalo sesapa yg tak tahan
mmg akan demam punya
balik umah dah pukul 7pm
aku masak ala-kadar
main dgn si ain yg becok tuh
sibuk mengajak aku main warna2
sinced opah dia hadiahkan pencil warna kotak yg besar utk dia
yg penatnya aku & papa dia ler
sbbnya dia colournya sikit
yg lebih2nya aku & papa nya ler kena buat
hampeh kelapa..

so next month aku punya check-up
by 22/6
on 30w pregnancy
kali nih
rasa hati aku kuat mengatakan
anak dlm kandungan ku ini
kemungkinan besar adalah "girl"
kalo org tanya nape aku cakap mcm tuh
aku tak blh nak explain
tp aku rasa macam tuh
aku & papa mmg nak anak lelaki
tp si ain sibuk nak baby girl
anyhow aku tak de lah kisah sgt
as long as the baby sihat
dan mudah utk aku jaga kelak

aku sibuk mencari confinement nanny skrg nih
since aku akan bersalin bulan posa
aku malas nak menyusahkan mak
lgpun kesian kat papa yg akan berulang jauh ke tpt kejanya
aku rasa boleh jer setakat nak berpantang sendiri
tp mungkin minggu pertama slps melahirkan
aku perlu someone to assist jugak
nak mandikan baby & masak
by the 2nd week mungkin dah ok kot
skrg ni ubat2 pantang
dah moden
even nak bertungku pun ada yg jenis moden
macam guna steam tuh..
so aku rasa aku boleh buat sendiri
cuma kena belajar barut perut lepas tuh..

tgklah macammana
aku tak decide apa2 lg
hopefully sumernya akan dipermudahkan
bersalin mudah
jaga budak mudah
dan berpantang pun mudah
so tahun ni raya ala2 kadar gt
since tgh pantang kan...
uhukkk...
uwaaa..tak bestnya!!

08 March, 2009

mengah sgt aku nih,..

stlh sekembali drpd drpd short vacation yg papa arrange
di pd last week
aku rasa released sikit..
mmg sekejab tp aku happy atleast aku dpt tgk laut
dpt relax sikit..
dpt tarik nafas lega sikit
tp bila mula keja semula
biasalah aku mula serabut sikit
sjk minggu nih
aku perasan yg diri aku cepat mengah
berjalan keliling dept pun
aku boleh mengah
aku tak larat jalan laju2
mmg cepat sgt aku penat
mmg pelik betul
dan aku dah mula sembahyang secara duduk
itupun aku mengah jugak
buat keja rumah pun mengah semacam
aku dpt lelah semula ker...
hr nih aku ajak papa di sogo
pg2 dlm kul 9.30am aku & papa & ain
dah siap2..
pg breakfast kat kg baru"nasi lemakler"
lepas tuh baruler aku ke sogo
aku mula survey breastpump elektrik
harganya mmg dlm jangkaan aku
lebih kurang 500-700
jenama AVENT/MEDELA FREESTYLER
aku berazam nak fully breastfeed anak aku kelak atleast smp 2 tahun
aku mula komited nak breastfeed dia secara eksklusif tanpa fm
aku rasa aku mampu
sebab itu aku sentiasa tak berhenti
survey peralatan yg sesuai
mengali ilmu breastfeeding
biarlah berhabis dulu
asalkan anak aku dpt yg terbaik.
dan yg plg best papa sgt supportive
dia faham niat aku
aku jugak survey baby cot utk baby aku nih
aku teringin nak beli baby cot
masa ain dulu..dia tido dlm playpen
aku rasa kali nih aku nak beli baby cot warna putih tu pulak
harganya dlm rm300 kalo jenama sweet cherry
tp aku ingat nak ajak papa merayap tgk kat ikea pulak
ntah kenapa kali nih aku lebih tau apa yg aku nak beli
masa ain dulu segala benda aku belasah jer
maklumlah masa tuh takde pengalaman
tp this time mmg aku mmg aim nak beli baby cot aje 1 set
baju2 dia
nursing set dia
stroller ain still elok lg
memdgkan dulu ain tak suka sgt dok dlm stroller
dia suka berdukung dlm carrier aje
car seat pun elok lg..
mungkin nak beli play mat lagi satu
excitednya nak mula shopping
aku bajet tak lebih 2000 utk semuanya termasuklah breastpump yg aku idam2kan..
mmg menyambut bayi mmg costly
tp as a parent
kita selalu nak yg terbaik utk anak kita
aku akan mula shopping bulan 7 nanti
so still ada masa utk survey lagi..
still tunggu masa sale nanti
kot boleh dpt better bargain
anyhow perut aku makin membesar skrg
aku rasa happy bila si kecik ni dah mula bergerak
satu perasaan yg paling menenangkan
aku rasa semua ibu pun rasa happy bila mula rasa pergerakan bayi mereka
semoga aku lebih sihat lepas nih
semoga aku lebih kuat melalui pengalaman ke2 ni
alahai..
teringat air tebu
dah lama aku mintak nak minum
tp doktor lak tak bg
tp bak kata mak akui
pg ler cari..
minum sikit2 jer
asal hilang kempunan

17 February, 2009

alahai..darah tinggiku!!

semalam 16-2-09
akupg keja as usual
tp awal2 pg aku dah cakap dgn papa
yg badan aku mmg tak sedap sgt
rasa amatlah tak sihat
rasa amatlah pening..
kesian aku
tp aku gagahkan jugak diri pg keja
smp opis aku pg makan roti bakar & teh ais kat mamak
dlm kul 10.45am
tahap kesihatan aku ..
worse enough!!
aku vomitted bg nak rak
pg berulang ke bilik air
11.35am
aku terasa ada air suam mengalir celah pahaku
ya allah
leaking ke water beg aku nih
suddenly aku jadi sayu sgt
jadi sedih sgt
sbb aku takut anything happen pd baby dlm womb ku ini
air mula turun sikit2..
aku jd cuak nak bangun..nak berjalan air makin trn..
tp aku ttp pg bilik air tgk what happen
yg pasti ianya hanya air jernih tanpa lendir tanpa darah
aku call papa berulang kali
tak berjawab
at last baru papa jawab
so just kemas apa yg patut
papa amik dlm kul 1.15pm
kami terus pg makan dulu
sbbnya aku lapar sgt..
aku & papa decide ke hosp ampang
sbb itu yg terdekat dgn umah
anything happen senang papa nak berulang tgk aku
smp kul 2.30pm kat ER Hospital Ampang
terkejut staf kat triage tuh bila aku bgtau yg aku just 12w
diorg selamba jer kata tkt aku miscarriage
sedihnya aku..
aku masuk jupe doktor kat ER dlm kul 3pm
dr amik general particular
last period
tanya what actually happen]
mula amik darah
amik urin
terus htr aku ke wad observation
mula drip natrium chloride
dkt observation nurse drip 2 pain
aduhai,syahdu betul aku rasa
papa & ain tak boleh menunggu kat wad observation tuhh
anak aku mengaruk bg nak rak
dia sedih tgk aku terlantar atas katil
papanya try pujuk bawak lari kuar dr wad
aku dok ler sorang2 kat wad tuh
siap boleh terlelap
nurse kejutkan htr aku ke wad 4C
wad obstetric & gynaecology
pg scan 3D..dan wat procedure yg sgt menyakitkan
dr put something dlm rahimku
utk amik specimen utk send ke lab
sakitnya
mmg ada leaking sikit tp tak smp 5% kata dr
bp aku tinggi almost 170
itu pasaller aku blh smp leaking
"kita masuk wad lah puan,kita nak observe BP & leaking malam nih"
itu yg paling tak best nak dgr'
masuk wad bukan seronok'
sejuk semacam pulak tuh..
so aku masuk ler wad 4C..ktl 19
kiri-depan katilku
ada org baru bersalin
alahai...bisinglah malam nih..
tekaan aku mmg kenalah
so malam td mmg x dpt tido
baby nangis...
meriiahnya wd tuh...
anak aku dpt tau aku masuk wad
makin sedih..makin sayu jer
bila tanya dia nak tido ngan sapa malam nih..
pelan jer dia cakap "tido ngan papa"
papa & ain balik kul 7pm
sedihnya aku berpisah dgn buah htku itu
aku tak rajin tido tanpa anak manja aku tuh..
so yg lebih sedihnya ialah aku..
pukul 9.30pm mak dtg tgk aku
pandai pulak dia buat cerita dongeng kat pak guard kat bawah'
kalo tidak mmg tak leh naik wad waktu macam tuh..
mak membebel lah
actually dia susah hati tp macam tu ler org tua
dia express kasih syg dia melalui cara dia membebel..
sapa yg nak jatuh skt
tp aku anggap ini
dugaan ALLAH yg paling kecil utk aku
mgkn ALLAH nak duga aku..
mgkn ALLAH nak bgtau yg dia sygkan hambaNYA yg seorg nih..
mgkn ALLAH nak aku lebih ingatkan dia
lebih jaga diri sendiri slps ini
permudahkanlah segalanya buatku
esok aku smbg cerita lg ttg apa yg terjadi di WAD 4C Hospital Ampang..

01 February, 2009

kesian papa..

kesian pada suamiku
dkt 3-4 minggu aku tak larat sgt
so sbb dia pun naik jelak makan kat kdi
so dia voolunteer nak masak
aku hanya jadi co-chef ler
tlg sikit2 bagi arahan sikit2
tang mengadun sumer dia yg buat
pg ni
bfast dia buat kopi sejag
buat roti telur
aku plak buat telur 1/2 masak
lunch tadi
aku guide papa masak kari ayam
tumis sayur sawi
dgn masak ayam grg kunyit
memandangkan aku kan allergy ikan
so itu je yg aku lalu makan
lambat lg rasa nak hbs penyakit mabuk aku ni
mahu lebih kurang 3 minggu lg
matiler macam nih..
aku baru nak msk 10minggu nih..
keja kat opis aku wat ala -kadar jer
asal ado..
malas sgt nak mgdp PC kat opis..
ptg nih nak pg umah mak
mak kata dia masak asam laksa
sdpnya..
dah lama aku nak makan laksa..
baru dpt!!
nak membutaler dgn si ain
best aje tgk dia tido siap berdengkur..
bubye!!

31 January, 2009

hypertension!!

setelah agak lama aku menyepi
bukan apa
aku dah 2 hari tak pg keja
hari khamis & jumaat
aku pg klinik hr khamis
doc bgtau aku ada darah tinggi
readng about 160
mak aiiii tingginya
aku tak pnh kena darah tinggi masa mgdg si ain
malah diabetis pun aku takder
padanlah sejak balik dr kg
aku sakit-kepala bg nak rak
aku betul2 stress sbnrnya
aku stress dgn mabukku yg tak berkehabisan
aku stress dgn keja kat pejabat
aku stress dgn traffic jammed
smg aku tabah melalui semua ini
aku betul2 lelah skrg
kurniakanlah aku kekuatan ya allah
aku perlu sedikit kekuatan utk melalui minggu ke 10 ini
smg aku cpt2 sihat
cpt jd diriku semula spt dulu..

23 January, 2009

penatnya aku nih..


Spt mengandungkan ain dulu
kelmarin aku MC lagi
Mmg cannot help it
Aku betul2 tak larat
Mabuk aku tahap yg tak boleh aku terima
Mmg penat sgt..badan aku lesu
Aku mula rasa badan aku tak cukup gizi..
Tak cukup vitamin’
Dehydrated
Mana taknya badan aku betul2 tak sdp
Tekak sentiasa loya
Makan ubat tahan muntah yg dr bg pun tak jalan
Pantang minum air kosong
Mulaler aku loya semacam
So pendek kata aku mmg tak sihat sgt!!
Kesian aku
Kalo rekod mengandungkan ain dulu
Aku mabuk smp bulan ke 5 nak masuk bulan ke 6
Kali nih aku tak tau ler smp berapa bulan
Aku baru jer nak masuk 8 minggu
Bersamaan dgn 2 bulan..
Aduiiiii lama lg tuh..
Mati aku macam nih
Bertambah penatlah papa
Bertambah kaya ler org kedai
Sbbnya aku tak masak
Memanjang makan kat kdi
Nak wat macammana
Bukan aku mengada2
Kalo dulu larat jugak aku masuk dpr
Memasak..wpun tgh mabuk
Tp skrg mmg aku betul2 tak boleh
Tgk ikan pun buat aku loya
Nasib baik boleh telan lagi ikan bilis
Favorite dishes aku
Sambal tumis ikan bilis
Semangkuk pun boleh layan!!
Skrg ain tgh buat perangai sgt
Dia tahu yg dia nak boleh adik baru
Mungkin dia rasa insecured kot
Ain..ain…
Aku syg ain
Diakan permata hati ku yg sulung
Aku yakin mana2 ibu pun takkan boleh bhg2kan kasih-syg
Takkan mampu beza2kan anaknya
Malah yg no1 ttp yg terutama
Pendapat aku ler..
Tak tauler org lain
Tahun baru cina yg akan tiba nih
Cuti panjang
Aku & hubby ingat nak bawak ain balik kg
Mungkin jumaat bertolak
Lepak kat kuantan
Sabtu bertolak ke dungun
Selasa mungkin balik KL semula
Terpaksalah..wpun masanya singkat
Asalkan dpt jugak lari drpd kesibukan kota ini
Dpt jugak tgk MIL & PIL kat kg
Ain dah rindu dgn mak tok & tok ayah dia
Kali nih mmg thrill sikitlah balik kg
Org kat kg tak tau aku preggy lagi..
Hehehe..
Saje nak kasi surprise
mungkin aku akan balik smp 27/1
sbbnya aku tak amik extra AL pun
saje malas nak ambik
lgpun leceh amik AL awal2 thn nih
bulan 3 nanti nak balik kg lg
barulah aku akan apply ct
kali nih aku diserang flu & batuk
masih tak sempat nak pg klinik
tak berani nak amik ubat sebarang
tp aku rasa mungkin sbb aircond kat opis yg sejuk bangat tuh..
aku manalah tahan
kdg2 smp tahap menggigil dok kat desk aku tuh
semoga aku cpt sembuh hdknya
aku nak cepat2 masuk dpr semula
masak kegemaran ain
udang goreng tepung
masak tempoyak ikan fav aku
masak singgang papa.
tp bila tuh agaknya
aku tak tau
hanya boleh berdoa spy cepat sihat semula
dan jd LYNN yg tak reti duduk diam macam dulu

19 January, 2009

Mabuk tahap zombie!!

minggu ni masuk minggu ke 8
mabuk jgn kira ler
selang sejam aku akan muntah
aku memanjang loya
memanjang tutup hdg
pantang bau pelik2
pantang bau kuat2
bau aircond pun boleh buat aku mual
wpun usia kandungan dlm womb baru nak masuk 8 weeks
perut aku dah besar macam 4 bulan
malah dah nampak elok pki baju2 preggy
kata dr..
spt masa aku mgdgkan ain dulu
tendon height bigger than foetus
mungkin next check-up kena wat 3d scan pulak
next check-up on 16w
mungkin 20 march
aku betul2 tak larat sgt
dah lama tak masuk dpr memasak
aku penat..lelah..
kandungan ku kali ini lebih mencabar aku
bab selera makan
aku suka makan yg masam2 aje
taknak makan ikan
taknak makan nasik sgt
yg aku suka makan tomyam masam2 tuh..
minum ice lemon tea smp muntah
pg-ptg siang malam
aku dok belasah ice lemon tea
tak kira ler apa pun
asalkan ianya masam
aku teringin nak makan rendang kerang mak aku buat
teringin nak makan asam laksa kak longg aku masak
teringin nak minum air tebu
hehehhe
kira okler
compare masa mgdg ain
aku mengaruk nak makan cempedak grg
jenuh papa cari
haram takder
almaklumler ianya kan bermusim
semalam aku belasah durian sebijik rm18
makan sama ain
lepas makan aku bantai muntah 2-3 round
tak kisahler asalkan puas hati..
kalo nak bercerita pasal mengidam mmg tak hbs
aku sentiasa ada benda yg aku teringin'
tp lepas tuh jd rezeki longkangler
sbbnya aku muntah bg nak rak
jdler buat lalu kat tekak aje
cuma kali ini
aku berdoa aku lebih kuat melalui tempoh yg amat perit ini
aku kesian tgk papa & ain makan kat kdi aje
sbbnya aku tak lalu nak masak'tgk ikan dlm freeze aje'
dah buat aku loya semacam
harapnya sebulan lg hlgler mabuk aku nih
aku nak jd cergas semula
tak mau jd syr jat opis
wat kena gelak aje..

Doaku
Ya Allah
kau permudahkanlah bagiku
untuk melahirkan zuriatku ini
permudahkan aku dlm tempoh getir ini
aku mohon perlindungan,limpah & rahmatMU
SERTA BELAS IKHSAN mu..
semoga aku lebih kuat & sihat esok harinya..

11 January, 2009

baru 6 minggu..

last friday saje2 jer aku amik MC
aku rasa macam penat sgt
macam lelah sgt
macam tak larat sgt
aku dah mula rasa mual
dah mula rasa tak sdp badan

dlm nak pg amik mc tuh
aku pg wat check-up sekali
utk confirmation
doktor sgt sweet
aku bgtau dia aku preggy
sbb wat upt sendiri kat umah
sign positive

so puan kita tak pyh wat upt lagi
kita terus scan aje lah
syoknya..
doctor scan..
letak jelly sejuk tuh kat perut
mula scan..
alahai...
okey puan
ini womb puan
dah nampak kantungnya
its about early stage
mungkin 6week
tp kita double confirm thru last period

last period bila puan?
22 nov 2008
actually
20 nov 2008
cuma aku dgr nasihat kakak aku
biar bg taraikh lewat sikit
anything kalo due dah lewat takde lah doctor asyik suggest nak induce aje
kira safe utk 2 hr je lah..
oklah puan
kandungan still early
about 6 week
due date perhaps 29 August 2009
so skrg you need more rest
jgn makan oily food..spicy food
jgn skip nasik
mesti makan folic acid
mesti mula dtg check-up by 4month
kalo mabuk tuh
try minum banyak air
makan sikit2
makan biskut sikit2

alahai doktor banyaknya membebel..
okler..
apapun aku akan mula jaga diri lbh baik kali ni
ada baby dlm perut nih..
ada adik si ain
ain sgt excited..
bila tanya baby girl ke baby boy
dia kata baby hazim..
sepupu dia
means dia nak baby boy ler......
hehehehhe
masih terlaly awal nak predict
lelaki ke pompuan ke
aku tak kisah
asalkan sihat
dan sempurna..

06 January, 2009

TAHUN BARU BABY BARU

seronoknya..
happynya..
tahun baru..
baby baru..

aku preggy
perhaps dlm 6 week
aku still belum pg klinik utk confirmation
mungkin minggu dpn kot
takder masa nak ke klinik
aku bz sgt awal thn nih..
balik lwt aje
balik mengadap urusan r/tangga pulak

tak sbrnya nak pg mula buat check-up
tak sbrnya nak start shopping baju preggy ctk2..
baju2 baby
baby-cot
seronoknya..
ramai pulak kwn2 yg preggy thn nih
ijah..a'a..mek yus..
ramai2 ler kita mgdg sesama
buat masa nih tak mabuk lg..
oklah kan..
agaknya baby dlm perut nih kesian kat mama dia
mama dia sbk sgt
mama dia dah cukup penat2 hari2
pg2 bgn awal
masak..
bertolak menghantar ain ke taska little caliphnya
pg keja penat bagai nak rak
balik mengadap jammed
balik umah memnbasauh baju
memasak
lipat kain baju
iron baju nak keja esok
nak melayan si ain
penatnya..

w/apapun semoga kandunganku ni sihat
takde komplikasi
aku tak sabar melalui 40minggu yg penuh treasure nih..
ya allah
permudahkan buatku segalanya..

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...