Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

05 July, 2015

Berbuka di Palm Hill Cafe @Shangri-La Putrajaya

Semalam menang loteri agaknya
Ada orang nak belanja berbuka
Nun kat Shangri La Putrajaya

Rezeki jangan ditolak
Musuh jangan di cari
Kata orang kan!

Im not a big fan of Ramadhan buffet
Since before!
Sebab utama mahal yaa ampun
Aku mmg tak mampuler
Rakyat super ramai
Nak berabis beratus semata2 nak makan..
Kem salam....
Baik settle hutang mana yang ada daripada gi makan melayan nafsu gitu!

Keduanya ramai yaaa amat
Bukan sahaja orang Islam,yang bukan Islam pun suke makan buffet Ramadhan ni

Dan buffet Ramadhan selalunya lousy,tak refill pun
Memang manipulasi disitu pun yea jgk!

Dan terkejar2 dengan mengejar maghrib..Orang ramai,surau tak besar mana..kelam-kabut jadinya!

Tapi kalo buffet steamboat memang suker sgt
Lagipun buffet steamboat sepanjang tahun ada,rega pun stok mampu jengah kata orang!

Buffet Ramadhan kat Shangri-La reganya RM140 per pax
Series mahal!
Tapi dah orang belanja,jangan banyak bunyi

Aku tak sempat nak tangkap gambar makanan pun
Dah berkuntau dgn si Adeeb
Memang tak de masa nak bergambar bagai

Food spread mmg variety
Western pun ada-merasalah try lasagna & pizzanya
Nasi lauk pauk jangan cakaplah
Kuih tradisional ntah berapa jenis
Salad macam2 jenis
Soup ada 2-3 jenis kalo tak silap aku
Kek berpuluh2 jenis-ini mmg jadi perhatian anak2 aku.Sumer suka makan kek.
Aiskrim macam2 flavour!
Air berjenis2-ini mmg kaunter ulang tayang muka aku!Bulan posa aku mmg kuat minum dari makan.
Buah-buahan segala jenis ada
BBQ  pun ada..
MasyaAllah..mmg rambang mata!

Jadi layan jer lah gambar kami
Ini jer yang sempat snap
Sebelum berkejar-kejaran sama si Adeeb yang super lasak!

*proud mom of three kids

*gambar 5 beranak depan lif/dah nak balik pun!

Apapun pada mereka yang berkemampuan,blhlah try g berbuka disana.Kena wat reservation dulu yea.Sila google ctc number.

Tq Tan Wee Kee & AC for your generosity.Next year belanja kami lagik!

Ada sapa2 lagi nak belanja?

Besar tapak tangan,nyiru kami tadahkan!



03 February, 2015

Kisah Nasi Ayam

Aku rasa banyak2 resepi kat dunia ni
Resepi nasik ayam ni antara resepi yang paling banyak version
Tapi still tak leh lawan resepi air tangan bonda terchinta

12 tahun lepas zaman aku anak dara
Aku menderita sakit gigi gila2 sakit
Nak makan mmg azabler
Sakit yaaa rabbi
Tapi dok craving nak mkn nasi ayam mak masak

Berzikirlah aku kat mak bila dia blk keja

Nak nasi ayam
Nak nasi ayam
Nak nasi ayam

Orang tua tuh agaknya kesian tgk anak dara sakit
Masaklah jugak
Org sakit ni-makan macam orang tak sakit
Bertambah2 tp meleleh airmata menahan sakit

Tutup citer nostalgia ni...kang aku nangis
Teringatkan mak!
Kembali ke topik utama

Bagi aku setelah bergelar isteri & ibu
Nasi ayam ni macam menu spesel ler
Dah itu jer pun aku pandai taram masak
Hak lain-  x hbs mengaji lgk

Nasi ayam menu lengkap
Carbo,protin & fiber
Macam2 kaler-kuning,merah,hitam,hijau

Mudah masak & sedap ikut tekak sndr
Belanja pun x byk

Budak2 mmg sukerlah
Bapak budak tak byk bunyi
Wahhh..mama sgt suker hati

Resepi?
Gi google..berlambak resepi
Tggl nak try buat jerk

Ok..selamat bercuti
Thaipusam kan!!!







01 November, 2014

Ini harta dunia & akhirat

Siapa sangka kan
Aku dah sebegini tua
Anak berderet 
Tak pernah sangka

Rezeki Allah 
Anak tiga orang
Dua anak dara & seorang teruna


Anak anak itu sumber kekuatan
Sumber untuk mama tersenyum 

Proses membesarkan anak2 bukan semudah kita menyebutnya
Bukan mudah & sbg ibubapa 

Anak2 setiap seorang datang dengan pakej yang berbeza-beza
Potensi yang berbeza
Kerenah yang berlainan
Dan yang paling penting pendekatan mendidik itu jugak berbeza antara satu sama lain

Bila teringatkan zaman mengandung ketiga-tiga mereka ini
Persamaan yang sedikit sama
Mabuk tahap dewa!!
Tapi yang paling teruk adalah masa mengandungkan Adeeb
MasyaAllah..teruk sungguh

Mengidam?
Masa mengandungkan si Ain teringin nak makan cempedak goreng-wpun hanya cempedak ttp susah nak jupe kalo belum musimnya
Finally jupe jugak tp lambat jgk nak dapat
Dan dah nak beranak sgt,sawan nak makan pulut kuning
Adalah kawan kat opis willing masakkan
Makan sungguh2 hati masa tuh
Dan hasilnya Ain giler makan pulut skrg nih

Masa mengandung si Auni
Sawan minum teh o ais limau 24jam
Lunch hour mesti tapau coke letak ais ikat tepi
Aiskrim tetiap hari adalah wajib
Dan aku mengidam nak makan buah laici fresh -tangkai bukan laici dlm tin tuh
Dapat jugak..mak aku yang carik
Dan sampai skrg Auni paling suker air laici ais

Mengandung Adeeb...awal 5 bln pertama mmg xde sgt idea nak mengidam tuh
Aku mabuk teruk,stok memerap atas sofa
Masak pun tak,mengemas jauh sekali
Berbulan anak2 & suami tapau makan kat kedai

Ada sekali teringin nak makan tempoyak ikan patin
Nak time tuh jugak
Meleleh airmata nak jugak..
En papa pun pegi beli ikan seekor kat kedai 
Tolong siang,cuci bersih2
Perap dgn tepung nak hilang hanyir
Barulah aku masak
Dalam tgh2  mabuk tuh
Seperiuk aku bedal sorang
Wahhhh.,pastu muntah smp lembik!!!

Tapi bila hbs musim mabuk
Aku makan like a king
Aku makan apa shj
Even petang sblm bersalinkan dia aku g bantai makan Kenny Rogers
Takde lgsg isu berat naik mendadak
Sepanjang mengandung Adeeb berat hanya naik 5kg
Giler heaven!!!

Bersalin ketiga-tiga nih pun punya cerita masing2
Persamaan ketara semua bersalin pada hari Isnin

Pengalaman bersalinkan Ain
Bersalin secara induce sbb waterbeg leaking
17jam tanpa painkiller
Rasa nak penyepak jer nurse masa tuh
Bila kita dah x tahan 
Mintak painkiller-dia sound "ohh time nih dah x blh request painkiller,awak tggu bersalin ajelah"
Dah tuh-dia pun xbgtau masa mana leh mintak painkiller tuh
Bila teringat jer,mmg smp skrg aku menyirap!!!

Bersalin Auni
Ini mmg volunteer request induce
Sbbnya arwah bapak mertua ketika itu warded kat hospital
Aku takmo tgh2 mlm sakit nak beranak
Suami pulak xde sbb dia tggu ayah dia kat masa tuh
Bersalin yg nih-mudah..sakit tak lama

Bersalin Adeeb paling seronok-1st time normal birth tanpa induce
First time aku timing contraction sendiri
Dan bersalin Adeeb -tgh2 mlm 2-21am-cukup 40 minggu @ due date
Satu malam aku tak tido lepas bersalinkan Adeeb
Allahuakhbar!!
Tak tau mana dtg kekuatan itu
Bayangkan 24 jam aku tak tido

Dan melihatkan anak2 membesar bukti kekuasaan Allah
Dari sekecil2 manusia sekarang dah besar macam nih

Sayangnya pada anak2
Betullah orang kata
Selagi kita tak ada anak
Kita takkan tau maksud cinta tanpa sempadan tuh
Cinta seorang ibu pada anak-anaknya
Kasih seorang ayah 
Cinta tanpa syarat
Semuanya dia sayang
Takde lebih takde kurang

Semoga Allah jaga kamu bertiga
Pelihara kamu bertiga
Jadi anak soleh &solehah
Berjaya dunia & akhirat seiring sejalan
Jadi asbab utk mama &papa moga ada hisab amal baik buat pemberat sebelah kanan kami
I/allah...

Masa mama makin singkat
Suatu masa mungkin sampai waktunya itu
Kita tak tau
Moga jadi kenangan buat kamu tiga beradik

Ain Darwisyah
Auni Irdina
Adeeb Ridzqin

Harta dunia & akhiratku!!








21 May, 2014

Kerana RM10 :)

Pagi2 tadi
Bagitau kat papa
Takde cash kat tangan nih
Tak draw lagik
Papa pun bagi RM10
Dia pun x draw duit jugak

Takperlah janji lepas duit makan hari nih
Alhamdulillah
Seronok rasanya dapat duit dari suami sekali sekala

Aku sejak bekerja
Jarang mintak duit suami
Selagi boleh guna duit sendiri
Dah semua serba- serbi suami yang sediakan
Aku punya gaji usually utk beli lauk
Dan keperluan anak2
Serta bayar keta utama di rumah
Rumah & bil2 mmg papa yang bayar

Ok,berbalik pada cerita RM10 tuh
Masa sampai KL Sentral
Papa whatsapp satu gambar

Aku letaklah print screen whatsapp tadi


Dapat duit terpijak
Duit hasil ceramahnya
Takdelah banyak mana RM200

Tapi still....
Sapa nak bagi banyak tuh kan suka2?

Jadi moral of the story
Jangan takut berbelanja untuk isteri
Allah murahkan rezeki 
Dari jalan yang tidak disangka2

Alhamdulillah!!


Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...