Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi
Bulan ni 2x kami berulang Terengganu
Duit pun macam air paip
Kos lebur kali ni RM700
Nangis*
Apalagi urusannya selain menyantuni anakanda kami si Auni
Sampai ke Sahut 12.45pm,kami jupe Auni pukul 1pm dan terus ke KTCC Mall,Kuala Terengganu
Reason-bosannyalah dah 5 tahun outing memusing pekan Kuala Berang
Perjalanan dari KB-KT mengambil masa 40 minit lamanya
Di KT kami terus g makan kat SR
Adeeb merengek lapar dah masa tu
Mujur SR kat situ lengang x ramai guest
Selesai makan,solat & kami bergegas mencari barang2 Auni
Alat tulis,barang2 prom nitenya yang bakal berlangsung hari Khamis ni
Pkl 5 bertolak balik semula ke KB
Jadiklah ,asalkan dapat jupe,peluk2 anak,bagi makan sedap2
Sambil mak ko merepek macam2
Nasihat itu-ini
Susah hati mak ko,nak SPM tak lama sangat dah ni
Kalo ikut perkiraan,macam kurang2 ada 2-3 trips lagi kami berulang KB ni
Bulan 11 & 12
Insyaallah Auni akan tamat SPM pada 17/12/2026
Solat hajat perdana pula akan diadakan pada 19/11/2026-Khamis.
Ikut jadual kami,memang xleh attendlah.Sebab tengah minggu.
Aku baru start keja baru,makanya misi mustahil nak apply cuti
Tak taulah kot en Papa leh attend atau tak.
Memanglah hajat dihati kami nak attend sumer program sekolah
Tapi biasalah jadual SAHUT dan kami yang bekerja di Klang Valley ni selalu bercanggah
Tak kena semedang
W/pun berulang kali mak pak request buat hari Sabtu tetaplah sekolah bolayan
Since kami ni minoriti,terpaksa akurlah dengan jadual sekolah
Memang dah bagitau Auni awal2
Harapnya dia kuat semangat hdknya
Wpun mak pak x dtg
Kami dr jauh x pernah putus doa untuk dia lagi
Semoga berjaya cemerlang SPM 2026 hdknya!





No comments:
Post a Comment