Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

21 February, 2024

Tragedi 19/2/2024

Tanggal 19/2/2024 around 9.15am
Aku otw ke pejabat
Di traffic light bawah flyover 
Kereta aku di lane kiri-kena langgar dengan motor Modenas yang merosakkan lampu belakang,mengemekkan fenders,sagat sebelah pintu bahagian kanan

Menggigil acik dalam keta-parking kat road side
Ini adalah pengalaman pertamaku sejak memandu dilanggar dari belakang
Aku tel en papa bgtau kena langgar & paksa en papa mai tgk aku
Aku pelan2 melintas jalan tgk mamat malang tu
dia nampak stabil,boleh cakap & bangun tanpa dibantu serta beliau mengadu kaki injured & back pain.
Mana tak sakit nampak dia melambung masa tu.

Aku pun startlah membebel-ko dah kenapa laju2 bro
Skrg yang injured awak-sy sikit pun xde injured
Skrg macammana?Motor ada insurance?Ada road tax?
Nak bawak hospital ke macammana?
Katanya dia suh wife dia dtg bwk ke hosp
Bgtau motornya ada 1st party polisi insuran & suh aku buat polis report

So setelah en papa smp kami ke balai polis 
Dok di balai buat statement jupe IO aje amik masa 2 jam lamanya.Lepas tu IO buat statement susah nak menang kalo berlanggar dengan motor ni Puan.Walaupun Puan tak salah tapi undang2 Msia ni memang bagi imuniti kuat pada penunggang motosikal kerana mereka antara golongan yang berisiko tinggi diatas jalan raya.
Dah tu?
Kalo dia penunggang motor pi langgar pejalan kaki sampai mati-kira dia tak salah jugaklah ke macammana?
Saya dilane yang betul-saya bergerak dalam 30/40km/j sebab traffic light baru bertukar warna hijau-tup2 saya dilanggar dari belakang & tup2 Tuan kata saya salah..dah apa keadilan disini?Saya buat report sbg cover report let says saya memerlukan ia untuk dokumen insurance claim -nak claim NCD penunggang motor tu.
Acik super emo weiii...
Bayangkanlah..mangsa itu awak tup2 at the end awak plak yang kena saman RM300.00 sebab awak buat report kereta dilanggar motor.Tak ke super nak marah ?

Setakat ni belum keluar apa2 keputusan dari IO-sebab mamat malang tu masih dirawat di hospital.Jadi dia belum buat report side dia plak.

Semoga keadilan berpihak kpd aku kali ni.

So sementara ni pakailah dulu keta en papa sebab dia pun masih cuti sekolah.Keta comel aka MYVI tu masih boleh bergerak cumanya aku lah sakit hati tengok keadaan keta tu yang menyedihkan.Apapun paling lewat pun minggu depan kena hantar Body & Paint Perodua jugak-supaya keta boleh siap sebelum sessi persekolahan bermula semula.Susah jugak kalo guna keta en papa semedang sebab keta dia tu besar,payah aku nak parking kat area pejabat aku ni.Almaklumlah kiri-kanan jalan orang parking haram-kita nak menyelit pun takut tersagat keta kita atau keta orang.Masalah sejagat betul.

Roadside parking-post accident


Tersakiti betul acik tengok sagat ni weii










16 May, 2017

Sakitnya sebuah kehilangan

Terlalu lama aku tak sempat nak mengadap blog aku ni
Banyak sgt ujian Allah swt untuk kami sekeluarga bermula awal Mei 2017

Dengan mak yang sakit teruk
Pneumonia smp warded 5 hari
Dengan aku yang kemalangan kereta
Dan ditambah dengan kehilangan mengejut anak saudara kesayangan kami sekeluarga Jumaat lepas akibat kemalangan kenderaan.
Masyaallah
Terduduk kami sekeluarga
Allahuakhbar

*arwah Hafiz Hakimi

Tapi kami yakin
Allah swt menduga dibawah kemampuan kita
Allah takkan amik sesuatu melainkan diganti dengan yang lebih baik

Tapi dugaan kehilangan itu sgt menyakitkan
Perit,sesak rasa didada
Meskipun aku cuma mak sedara
Tapi arwah diasuh jugak dgn tanganku sewaktu arwah bayi dahulu
Apatah lagi ibubapanya yang hancur luluh melalui fasa paling perit ini

Doakan kami kuat
Doakan kami kuat
Doakan kami kuat

Aku berdoa semoga Ramadhan akan datang 
Memberi kami 1001 ketenangan
Kebersamaan seluruh keluarga melalui ujian Allah dgn hati terbuka.

Amin Ya Rabbal Alamin


13 February, 2015

Mourning!

Al Fatihah
Untuk tokoh paling disegani
Tuan Guru Nik Aziz

Sedihnya hati
Dan pagi ini hari yang paling suram

MasyaAllah

Alam turut menangis bersama

24 March, 2014

Berkabung!

Daripada dia kita datang
KepadaNya jua kita kembali


#heartbreaking!

10 March, 2014

Search,Safe & Rescue MH370

Heartbreaking news
Pagi2 subuh hari Sabtu
Tertengok dkt ig Karl Shafek
Berita kehilangan pesawat MH370
Masyaallah

Sedihnya macam ada ahli keluarga yang terlibat
Terbayang yang buruk2
Ternanti2 berita terkini

Masuk hari ke-3
Still takde apa2 perkembangan
Sedihnyalah.....

Rasanya dah lama sgt MALAYSIA
tak terlibat dgn insiden2 macam nih
Yang paling latest mungkin
Kes pesawat NURI yang jatuh area genting sempah dulu

Kita nih satu Malaysia kan
Memang tersemai dalam urat darah kita
Macam cubit peha kiri
Peha kanan rasa pedihnya

Doa yang baik2
Hentikan penyebaran berita palsu
Hentikan spekulasi
Doakan moga keajaiban itu wujud
Dan tetap bersedia utk yang terburuk

Apapun kembali kepada Allah
Sebaik2 perancang
Moga dengan doa kita rakyat Malaysia
Dan dengan izin Allah
Akan ketemu semula walau dalam apa bentuk sekalipun


Rabbi Yaasir Wala Tuassir!!


09 January, 2014

Rindu

Rindu!!!
Macam2 jenis rindu
Rindu pada cinta hati/keluarga
Rindu zaman kanak2
Rindu zaman belajar
Rindu masakan mak
Rindu orang yang telah pergi
Rindu nak makan itu-ini
Rindu nak pegi tempat bersejarah

Rindu yang paling terkesan dalam hidup aku dulu
Rindu pada mak
Masa tuh umur kecik lagik
Mungkin 9-10 tahun
Mak terpaksa balik kampung ikut adiknya
Atok kemalangan
Kami adik beradik tinggal di rumah dgn abah yang kini dah tiada
Mak balik sekejap aje
2 malam rasanya

Tapi punya rindu pada mak,smp menangis2 depan pintu
Hari yang mak jangka nak balik rumah
Aku siap tunggu depan pintu tak tau berapa jam lamanya
Sampai abah paksa tido sbb dah lewat malam
Masuk tido dgn hati yang sebal
Dgn sarat rindu 
Dgn airmata laju membasahkan bantal
Tapi bangun2 pagi tgk mak dah ada
Punyalah seronok,Allah aje yang tau

4tahun yang lepas
Berpisah seminggu dgn kak Ain
Sbb masa tuh papa bawak kak ain tgk arwah FIL yang warded di HTAA
Aku punyalah rindu dgn anak
Masa tuh aku tgh sarat mengandungkan Auni
Subhanallah
Tetiap waktu bila teringat anak
Aku nangis macam kena pukul
Sedih sgt2!!
Sejak hari tuh serik rasanya tido tanpa anak
Serik sgt2!!

Dan hari ini
Rindukan baby 
Yang sedang orientasi taska
Sblm mama masuk opis
Tgk bantal dia pon 
Meleleh airmata

Betullah
Tiada kasih sayang sehebat kasih ibu pada anaknya
Tiada tolok bandingnya



-wpun dah beranak 3,rasa sayu htr anak ttp sama...


#typicalmommy





13 June, 2013

Berita buruk

Ada sesiapa yg terbaca entry sblm nih
Kes terpencil?

Follow upnya:-

Suami kepada kawan baikku
Dah selamat di bedah kepalanya
Ada tumor membesar tanpa sedar 
Tiada sign lgsg
Alih2 urgency operation di HUKM

Dan smlm aku diberitahu ttg result analisis tumor tersebut
Terduduk aku membacanya
Apatah lagi kawanku itu

Barah tahap 4
Tumor yg sgt aktif

Suaminya muda lagi
Mungkin dlm 37 tahun
Anak 3 orang
Yang bongsu baru 5 tahun

Cancer is silent killer
Kita takkan tau kita ada kanser sehingga keadaan telah teruk
Kalau mereka yang tau lebih awal
Itu antara mereka yg bertuah

Mcm kanser payudara 
Kita boleh buat pemeriksaan berkala
Tp kanser otak?
Bukannya kita ada ct scan machine kat rumah kannnnn??
Wallahuallam!!

Aku tumpang bersedih
Dan berdoa smg sahabat ini kuat melalui fasa dugaan yang sgt hebat ini

Hanya usaha & tawakal yg kita ada
Selebihnya terletak atas kuasa Allah swt shj
Dia yang maha mengetahui
Sebaik2 perancangan hanya drNya

Utk kita yang mungkin rasa kita sihat
Jgn amik ringan kalo kerap sakit kepala
Jgn simply telan ubat
Let say berlarutan 6 bln lamanya
Get a details check up!!plsssss!!
We never know!!

Kanser menyerang tak kira usia,bangsa @ darjat
Dan selalunya kanser berkait rapat dgn lifestyle kita
Pemakanan kita
Genetik
Dan macam2 faktor lagi yg banyak dibahaskan oleh para oncologist!!

Mmg semua orang akan mati
Itu hukum Alam
Tp biarlah kita beringat sblm kena

Utk kak ayu & abg zamri
Berjuanglah sehabis daya
Demi anak2!!
Kami selalu mendoakan yang terbaik buat kalian


Aku pernah berhadapan dgn ajal arwah bapa mertua
Kerana kanser prostat tahap 4
Sakitnya melihat
Apatah lagik yang menanggung

Al Fatihah utk tok ayah





Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...