Showing posts with label indulge yourself. Show all posts
Showing posts with label indulge yourself. Show all posts

25 February, 2026

Salam 7 Ramadhan dan Menu berbuka!

Diam tak diam
Hari ini dah masuk 7 Ramadhan
Selamat berpuasa semua,semoga semua amal kebaikan kita diterima ALLAH swt hdknya.

Alhamdulillah
Masih berpuasa setakat ini
Harus minggu depan mai lah kawan baik tu (sementelah jadual kawan baik tu memang tetap tiap bulan)

Aku hari2 memasak kecuali pada 3 Ramadhan
Pi berbuka rumah adik di Putrajaya
Sebab ntah kenapa rumah kami black out plak
Elok elektriknya ada,dah tinggal x berapa lama waktu berbuka
Jadi menumpanglah makan rumah adik.

Aku rasalah memasak di bulan Ramadhan memang penat tetapi bila difikir2kan,pahala menyediakan makanan orang berpuasa besar pahalanya.Maka kita endure that tiredness.Kita ni amal lain susah nak buat,apalah sangat tenaga memasak yang ada.Semoga ada kredit pahala buat kita hdknya.


Aku bangun hari2 pukul 5am untuk masak sahur.Tak nasi goreng,wajiblah nasi putih.Lauk simple2,ada aku masak singgang.Takpun ayam kicap.Hr ni aku belasah masak sardin sama telur dadar sebab dah tahap meloya tgk ayam daging.

Balik keja aku akan smp dirumah pukul 5pm.Aku ada masa yang cukup utk sediakan makanan berbuka.Aku masak yang basic-lauk kuah,lauk kering (ayam goreng/ikan goreng/telur dadar) dan sayur.Air sejuk sejag.Kuih kalo beli pun 1 perkara sebab kuih susah betul laku.Kadang2 smp sahur masih ada berbaki.

Bazar setakat ni aku xjejak lagi,sebab aku x suka bersesak.Dan aku rasa aku akan membuang masa dari awal ke hujung semata2 nak jamu mata sambil buat keputusan apa nak beli.Lagi satu bagi aku ke bazar ni perlu skil untuk mengagak kedai mana yang sedap & berbaloi dengan harga.Dan sumer skil tu aku gagal tanpa bertanding.

Aku jugak jenis cepat kesian,tgk ada seller x ramai orang beli.Wajiblah aku gi beli w/pun aku sebenarnya tak perlu pun.Dan minima RM50 sekali beli w/pun makannya hanya 4 beranak.Sebab tu aku mengelak ke bazar selagi boleh.Tapi kalo terpaksa jugak,aku selalu memilih beli nasi ayam/nasi minyak/nasi kerabu.Aku x suka beli nasi campur.Susah nak mengagak harga.Again,aku kan kalah tanpa bertanding disitu.Lagi satu aku nak mengelak jadi rambang mata melayan nafsu lapar.Bagi aku Ramadhan bulan kita berjimat bab makanan.

Antara menu yang aku masak sepanjang seminggu ni

Kurma daging,taugeh tumis & ikan tongkol goreng.Kurma daging ni memang faveret dak Affan.

Taucu ikan jenahak,ayam goreng & sayur buncis+lobak.Kuih tu en papa beli.At the end sampai sahur pun masih x abis lg.

Ikan gerut masak lemak cili api,ayam goreng tepung & kobis tumis.Goreng jugak hati & pedal ayam buat meratah.

Kalo x silap ini menu 2nd Ramadhan,sup daging sama cili kicap,cucur udang,ikan goreng & kangkung goreng.Faveret 4 beradik ni sup daging.Senang hidup mak ko.Yang penting wajib ada cili kicap.Bdk2 makan berulang2.

Kari ikan gerut,sotong belado campur kacang buncis,ikan goreng & telur dadar.Masak jugak cekodok pisang buat manis2.

Pre Ramadhan-masak beli jiwa anak2.Anak2 suka betul makan Nasi Ayam.Masak nasi 4 pot-settled.Memang berulang2 makan terutamanya Adeeb & Affan.Jadi ini menu selamat untuk bagi sumer orang enjoy makan.


Jadi selagi larat dan kesihatan serta masa mengizinkan,aku akan memasak apa adanya.Takde yang istimewa pun.Menu hari biasa yang aku ulang2 masak hari2.Pun x berapa pandai masak jugak,jamu anak2 makan jadikler.

So teruskan semangat Ramadhan,ada 3 minggu lagi nak pulun.Mana tau direzekikan kita Lailatul Qadr tahun ni.











02 July, 2025

TRAINING be like!

As usual kadang2 aku kena paksa pegi training 
Ada yang aku volunteer pegi
Ada yang aku memang kena paksa pegi

Semalam & kelmarin aku attend training paksa di Concorde Shah Alam
Aku xdelah kata x suka attend training
Tapi kalo training tu bg input sewajarnya utk aku praktiskan dalam industri atau kerja aku,oklah kan.
Jika x related ttp terpaksa gantikan bos dsbgnya
Memang lemau teruklah aku.
Dah menganga pastu mengantok tahap gaban

Kemujurannya kali ni attend training ditemani seorang lagi staf lain
So takdelah lemau sgt aku kat sana,ada kawan berbual
Aku pi training aku paling suka tang free flow coffee aje
Being coffee lover,free coffee tu sangat best ye
So aku memang overdose coffee kat sana

Cuma training semalam tu
Kami xdpt enjoy buffet kat Melting Pots macam sebelum ni
Jadi x best sgtlah tang makan tu
Sebab buffet spread tak semeriah macam kat kafe
Tapi makan tetap makan
Sekejap2 makan,sumpah heaven!

Marilah layan gambar aneka makanan yang aku sempat snap
Keseluruhannya makanan sedap
Kenyang smp ke malam
Syukur alhamdulillah


















23 June, 2025

Loves hate relationship with BONIA

Aku tak taulah apa masalah aku dengan BONIA
Aku suka aje beg BONIA,masalahnya aku cepat bosan kot
Pakai sekali dua lepas tu aku letgo tanpa rasa bersalah
Lepas tu aku rasa macam nak beli lagi beg BONIA yang lain

Hari ni contohnya
Aku & impulse buying berpisah tiada
Kebetulan terima email promo 30% untuk monogram series
Dan aku plak memang kipas susah mati untuk Monogram series Bonia
Beg2 terdahulu yang aku beli-jual
Semuanya monogram series
Jadik aku ter"order" new tote bag BONIA
Jenuhlah nak kawtim sama en papa nanti bila beg ni sampai nanti

Wpun beli duit sendiri ttplah rasa bersalah nak indulge beli beg memahal ni
Raya hari tu aku dah beli Fossil-haruslah aku trnkan beg tu pada Kak Ain plak lepas ni
Tak sampai berapa bulan pi order Bonia plak
Lempang mau!!

Harga xdelah semahal beg yang aku beli sebelum ni
Kali ni after discount x smp RM500
Oklah kan..harga asal RM699.00
Bayar guna ATOME 3 bulan instalment 0% Interest
Jadikler nak merasa kan!

Cantik ke tak weii?


Aku bukan branded conscious tapi ada few trusted brand in term of quality yang  memang aku suka beli
Antara benda yang aku akan beli ada jenama ialah jam tangan,parfume & beg tp bukanlah jenama T20 weii..
Aku standard pakai jenama yang B40 pun bersepah pakai
Yang lain jenama biasa2 pun aku sebat aje
Bagi aku sekali sekala ko nak reward diri sendiri 
Apa salahnya,dah berpenat2 bangun pagi meredah jammed
Rewardlah diri kita,self loves kekdahnya
Kita berhak indulge something good for us to feel good
Bukan utk orang lain
Untuk diri sendiri kan
Gittew sekali memujuk diri sendiri

Haduiii!!








Post of a DAY

Bulan peghabis RM :(

15/9/2026-countdown 2 hari lagi menjelang hari lahirku yang ke 47 tahun Tak sangka sepanjang ini usia pinjaman Allah swt Tak pasti samada ad...