Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

15 September, 2026

Bulan peghabis RM :(

15/9/2026-countdown 2 hari lagi menjelang hari lahirku yang ke 47 tahun
Tak sangka sepanjang ini usia pinjaman Allah swt
Tak pasti samada ada rezeki umur panjang atau tak esok mahupun lusa
Ikut jangka umur arwah abah-umurnya dipinjamkan hanya 45 tahun sahaja
Arwah abah dipanggil pulang pada tahun 1989
Diagnosed: HEART ATTACK
Apa nak dihairankan- arwah abah perokok tegar
Dan sebab itu,aku memang berniat cari calon suami yang bukan perokok
Alhamdulillah,Allah swt makbulkan lintasan hati nan satu itu.

Tahun ini aku xde apa2 expectation
Aku beranggapan aku telah menghadiahkan diri sendiri
Jamuan mata-tengok bilik2 anak elok berganti dengan mozek baru
Insyaallah jamu mata tengok tangga ganti parquet yang reput dimakan dek anai2

Tapi biasalah nafsu nafsi
Ada jugak  Add to Cart beberapa item
konon2 WISHLIST
Ada skincare,ada handbeg,ada parfum,ada jugak pinggan mangkuk
Tapi setakat ni takde pulak yang aku berjaya check-out
Sebetulnya sayangkan duit,kebetulan bulan ni hampir 7k lebih duit simpanan dihabiskan dengan urusan mini renovation rumah kami

Add to cart- is my kind of therapy!!
Sebenarnya tak berapa nak berduit

Dan sejenis aku
Paling berat mulut nak mintak suami belikan apa2
Dari dulu smp sekarang-aku kumpullah duit pelan2,semata2 melayan nafsu-nafsi
Mungkin dari kecil dididik sebegitu
Aku ni anak yatim sejak umur 10 tahun
Maka dengan siapa aku nak tadah tangan meminta
Mak seorang bekerja menanggung anak2 8 orang
Jadi aku terbiasa berdikari & diajar tidak mengharap pada orang lain hatta suami sendiri
Kita yang berkehendak,maka usahalah sendiri

Tapi petang semalam balik kerja
Aku perasan peti ais dah tak sejuk
Bawah x sejuk,dan pagi ni perasan ais belah atas dah cair
Maksudnya apa-rosaklah tu
Peti ais tu dah berusia 15 tahun
Maka logiklah jika ianya rosak
Dan aku malas nak repair,takut repair sekejap
Tup2 rosak semula
Kos repair pun sekarang tak murah jugak
3-400 ratus x lari kot

Termenung jugaklah pagi ni
Mujur lauk x banyak dlm peti
Ayam ada 4 kerat terus dimasak ayam kicap utk habuan lunch Adeeb & Affan,daging kurang lebih 1kg
Aku leburkan rebus-risaukan takut busuk tinggal dalam peti aje
Yang bahagian bawah,memang tak sempat nak bawak keluar
Sebab aku sendiri terkejar2 nak ke pejabat pagi ni

Jadi suka ke tak suka,aku kena cari jugak peti ais baru buat rumah kami
Pilihan peti ais kat pasaran memang banyak sekarang
Tapi nak cari yang sesuai dengan kemampuan poket & kehendak hati tu adalah super payah nak align!
Esokkan cuti,adalah masa aku nak memusing mencari
Moga ada ketemu yang sesuai dengan keperluan dan berpadanan dengan kemampuan kami suami-isteri
Ikut nafsu memanglah aku berangan nak side by side fridge
Puas hati besarkan?
Lauk 2 minggu pun boleh humban simpan sekali harung
Begitulah angan2 mak jenin
Nanti kita kompang kat sini kalo dah jupe fridge yang berkenan.

Tang berangan itu PERCUMA kan?
Berkenan naw!!



Aku rajin jugak BW blog
Masalahnya x suka tinggal jejak
Jadi segan nak komen blog orang
Kita ni sedar diri,segan rasa
Tumpang seronok baca kisah orang
Tetiba teringat rakan blogger lama yang dah pencen ber-blog
Rindu !!







08 September, 2026

-RM5600

Setelah bertangguh2 sekian lama
Akhirnya aku amik keputusan Sabtu lepas
Tukar tiles 2 bilik diatas yang dah lama retak seribu
Dan jugak tukar parquet tangga yang dah abis dimakan anai2

Walaupun kos lebur hanya RM5600.00 tapi tetaplah terasa duit keluar sedebuk gitu kan
Almaklumlah bukannya berduit berkepuk2 sangat pun
Tapi lagi lama bertangguh,lagi teruk kerosakannya yang nak kena hadap

Anggap ajelah hadiah hari jadi untuk diri sendiri pada 17/9 ni
Hadiah seronok tgk ada improvement kat rumah kami
Duit banyak tu pun lama2 leh hbs dibelanja ke lain
Baiklah repair rumah tu,supaya nampak kemana hala duit tu pergi

Kos repair rumah  atau upgrade rumah
Selalu memang berbincang dgn en papa
Tapi kali ni en papa xde bajet allocation
Maka suka ke tak suka
Aku lah keluar bajetnya
Hanya isteri aje yang tau kemampuan suaminya kan
Lagipun nak standby duit utk servis  keta plak bulan ni
Jadi kita pun faham priority suami adalah kemana
Memikirkan kami pun akan ke Terengganu melawat Auni minggu depan
Jadi sbg isteri yang ada kemampuan sedikit,tak salah kita ringankan beban suami
Takde satu isteri pun yang x sanggup bersusah2 sama suami
Selagimana isteri tu sedar suami dah berusaha sehabis baik menafkahi keluarga dengan kemampuan dia

Rupa parquet tangga rumah kami.Rumah ni dah berusia lebih 20 tahun,design pun design lama.Expectedlah keadaannya macam ni.Aku smp malas nak "cara" orang kata.

Crack tiles disana-sini.Ini bilik anak no 2 kami-si Auni



Jadi maintenance berkala untuk rumah memang tak dapat dielakkan
Banyak sgt benda nak kena repair rumah aku pun
Bumbung bocor bila hujan terlalu lebat
Waterproofing kat extended open space-yg bwhnya terletak bilik Adeeb
Tukar pintu utama
Pasang grill kat pintu dapur

Pendek kata memang makan puluh ribu jugak
Tapi pelan2 lah buat satu persatu
Mana yang penting dulu
Nak buat sekali harung,sumpah tak mampu

Banyak naw berangan untuk rumah tu
Angan2 mak jenin

Extend hall dalam 5 kaki
Tukar pagar rumah kami 
Pasang plaster ceiling seluruh ruang
Extend bilik Kak Ain
Relocate semula pintu utama
Pasang SPC kat hall & dining area

Begitulah angan2 ye,taknak kalah
Nak itu-nak ini macam ada pokok duit tanam depan rumah 
Tapi duitnya x seberapa nak ada
Takperlah berangan aje pun,bukan mintak duit orang kan

So esok bermulalah projek renovasi skala kecil kami
Esok kontraktor kami akan mula hacking tiles & levelling floor
Jadi leh bayangkan betapa berhabuknya rumah seminggu ini
Tapi apa aje pilihan yang ada
Anak2 perlu bersekolah,kami suami isteri kena bekerja 
Takkan nak sewa hotel plak
Bertabah ajelah,mungkin esok balik keja kena start mop rumah
Penat sikitlah seminggu ni

Good Luck Lynn & Family
We can do this :)


Yaa benar !!






15 April, 2025

Edisi BERANGAN itu gratis ye!!

Aku taktau orang lain
Tapi setelah beberapa lama
Orang lain bersiap rumah sebelum raya
Aku plak lepas raya baru sibuk nak persiap rumah
6 tahun lepas aku renovate rumah pun lepas raya
Jika ada rezeki bolehlah invest renovate rumah dengan kontraktor.

Kebetulan aku ada duit terpijak sikit
Aku ingat nak buat small reno kat rumah tu
Hajat dihati nak pasang tiles dengan kontraktor untuk bilik ditingkat atas.
Tiles bilik Auni & bilik master tu memang wajib tukar dah.
Kami dok bertangguh2 nak buat sebab membayangkan betapa hauknya rumah bakal jd disaster angkara hacking tiles lama tu
Tapi suka ke tak suka ke wajib kena tukar dah tu-dah tahap merbahaya sebab tiles sedia ada dah menunggu nak meletup aje
Dah ada yang pecah pun,kami cover dengan karpet aje buat sementara waktu

Keduanya nak tukar parquet kat tangga yang mula tercabut gamnya disana-sini
Nak pasang tiles aje kalo boleh.
Ketiganya nak pasang plaster ceiling dengan kontraktor yang buat servis pasang plaster ceiling  kat living hall dan hacking dinding pembahagi ruang antara living hall & dining.
Jadi Living hall & dining akan sharing satu plaster ceiling yang memanjang

Suka betul design PVC plaster ceiling macam ni


Ketiga kalo ada extra duit nak pasang aluminium folding door kat wet kitchen
So dpt membahagi ruang dining & wet kitchen tu sekaligus.

Ini memang lama dah aku letak dlm wishlist


Keempatnya kalo leh nak cari kontraktor pagar  rumah dan trade in pagar lama kami di & amik trackless gates.Dah lama berangan pun.
But still lah itu jika ada extra dimana2.

Sumpah cantik!


Setakat ni list yang wajib adalah menukarkan tiles di tingkat atas shj-itu memang xleh nak dielakkan lagik.

Tetapikan....as usual aku ni kan jenis tak tetap hati jugak
Ada rasa macam sayangnya duit
Baik aku beli emas wpun harga melambung ke bulan
Takpun baik aku beli tix g Jakarta bulan Dec nanti
Itukan dream places to go kekononnya
Takpun book aje tix Umrah bulan 8 ni
Begitulah nafsu-nafsi aku ni kan

Dan kesemua plan ni belum dibincang secara rasmi dengan en papa
Aku sejenis buat dulu
Gadoh kemudian kekdahnya

Masalah utama sekarang
Kontraktor rumah yang kami biasa buat tu sedang occupied keja lain
Makanya memang setakat ni x nampak bayang kontraktor lain lagi
So pelan2 survey lagi ni
Separuh hati aku nak peghabis duit persiap rumah ni
Tapi tu lah-tengok apa keadaan terutamanya yang melibatkan bajet & ketersediaan kontraktor melayan projek picisan dari aku ni

Wish me LUCK gais!
Wpun duduk rumah murah
Tetap berangan nak rumah cecantik macam  rumah AlipSyukri nok!





10 October, 2017

RM500 sahaja,titik!

 

Start minggu lepas lagi aku dah survey nak beli katil & tilam baru utk Ain & Auni.Katil yang  Ain & Auni pakai sekarang ni,dah roboh kepala katilnya,en papa pun dah remove bahagian bawahnya kecuali tinggalkan kayu pengampu tilam aje.Kesian pulak aku menengoknya.Sedangkan bilik aku & suami, bukan main cantik lagi katil,tilamnya.Bilik anak..sedih nak sebut.Katil tu pun katil pertama yang kami beli sejak kami kawin,Ain tak lahir lagipun.Harus dekat 12 tahun usianya.Sementelah bajet mama tak ada banyak,aku ada RM500 aje nak kuleburkan utk beli 2 benda ni aje.Mula2 tgk iklan dalam Explorer-rega bedding set hanya RM399 kat USJ 21.Ahad lepas aku gi sana,rupanya kena beli set tu & kena tambah lagi 600 untuk rega tilam,Wpun dalam iklan dia tulis ada sekian2 harga utk tilam mengikut jenis.Aku ingat kita leh pilihlah jenis tilam yang kita nakkan..rupanya haram!!

 

Disebabkan aku rasa iklannya sangat sakai,menipu sangat..so aku opt nak beli thru Lazada.But masalah dengan Lazada plak,aku susah nak arrange availability nak menunggu orang tu hantar sbb kami suami-isteri bekerja & suami hanya ada kat rumah pukul 3 ke atas.Wpun ada yang aku nampak murah tapi bila + kos pengangkutan,rasa macam mahal jugak.

 

So hari ni aku merayau ke Puchong Prima, menjengah satu kedai Pakistan.Saje cari pasal & mencuba nasib kot ada yang betul2 murah kan.

 

Pakistan: cari apa kakak?

 

Aku: saya nak cari tilam Queen spring & katil Queen murah2

 

Pakistan: berapa bajet kakak?

 

Aku: RM 500.00 sahaja

 

Ajak aku naik atas, tgk showroom.Takdelah banyak sangat pilihan dah kedai pun shoplot 2 tingkat gitu.

 

Dia pun tunjuk katil warna hitam & tilam Queen Spring.

 

Pakistan: ini set 899.00 sekali tilam

 

Aku: saya hanya ada RM 500.00, kalo you boleh nego sikit..saya kasi you cash RM 500.00.kalo tak saya canx,saya mau cari kedai lain.

 

Pakistan: Oklah kakak,jangan itu macam saya kasi RM500.00.Tapi mesti bayar cash.Ada GST jugak,kakak

 

Aku: Ok,you hantar saya punya rumah ini petang,saya bagi cash sana.Sekarang saya takde draw cash lagik.

 

Begitulah lebih kurang perbualan aku dengan Pakistan tu,A good bargain!Ko dapat jual barang,aku dapat barang yang aku nak dengan harga yang aku mampu.Takmo hutang2,kot mati esok lusa sapa nak tolong bayar plak tu?

 

Senang cerita,you take it or leave it.Itu aje bajet yang aku ada.Nak beli mahal2, tggu duit berkepuk turun dari langit,Bagi aku,jenama bukan keutamaan kalo setakat nak tido.Aku lebih perlukan ciri keselamatan,dan keselesaan buat anak aku.Rega mampu milik Jadikler nak..ada rezeki kita ganti elok lagi.

 

Kat rumah tu,ikut hati banyak benda nak kena ganti.Sofa kulit yang dah mula koyak kulitnya,pintu cabinet dapur yang dah tercabut pintunya.Frame pintu utama yang reput dimakan anai2..Fuh..pening nak kira duit Ringgit tu.Awal tahun hari tu,aku dah tukar meja makan rumah kami yang dah berusia 9 tahun lamanya,Punyalah lama aimed Bjursta IKEA,awal tahun tu aku beli satu- tutup mata masa bayar kat kaunter.Puas hati walaupun mahal sikit.Dan aku beli display cabinet; Billy + glass door.Nak hujung tahun ni beli set katil bilik Ain & Auni plak.So 2017, jumlah perabut paling banyak kami beli.Itupun abis sifir pakai ni..supaya memenuhi piawaian marhaen yang nak rumah lawa jugak ni!!Jadiler tukar pelan2, nak tukar sekaligus mama /papa bukan orang senang nak oiiiii..

 

So tahun depan, mungkin nak laburkan sedikit duit tukar pintu utama & pintu dapur bersama framenya,tukar tiles kar dapor sebab sakit hati dengan tiles jenis licin tu serta kalo ada rezeki lebih beli sofa baru,cabinet tv & MALM 6 drawer yang merecik sgt tu!!Semoga Allah murahkan rezeki kami hdknya.Ini plan jangka panjang,still bukanlah beli sekaligus.Aku bajet within 12 bulan tahun 2018-boleh diusahakan.Apapun target kita biar realistik,kawan2.Jangan target macam mat jenin,itu bukan target itu berangan namanya.Takperlah saving pelan2,dapatkan idaman hati sebagai reward penat keja kan..apalah salahnya sekali sekala.Lagipun barang2 ni bukan kita pakai untuk seorang aje,satu rumah boleh guna.So aku masih berpegang pada prinsip Worth Buying lagik!

 

Takpelah berangan dulu,mama.Kita usahakan semoga satu hari angan2 akan jadi kenyataan.Tak sabar tgk reaksi anak2, tengok katil baru diorang sampai petang ni.Kadang2 bila anak ucap Terima Kasih Mama tu pun mama dah rasa seronok sangat, itulah mama kan!!

 

 

 *mama snap kat kedai perabot tu tadi..katil utk anakanda Ain & Auni

 

22 January, 2013

Proses Pembelian Rumah 2nd hand-sekadar perkongsian pengalaman- PART 2


wishlist no 10  -rumah banglo setingkat -sila percaya!!

antara hit tertinggi utk blog cabuk aku nih
kisah pengalaman aku membeli rumah sub-sale
yang berjaya aku beli pada tahun 2011
boleh check dekat sidebar- yang paling atas sekali
edisi malas nak tepek link

aku terima banyak sgt personal email
banyak jugak yang tinggal komen
kalo sempat memang aku baca & aku jawab satu-persatu
thru email pun sama
kalo sempat memang aku cuba reply
aku tahu betapa seksanya
nak mencari jawapan
kalo kita dok godek thru google

entry ini sekadar berkongsi pengalaman aku shj

banyak soalan yang kawan2 tanya ;

1) Tempoh sign S &P mengikut undang2

-ada kes yang owner sesuka hati paksa kena sign S&P dalam tempoh 2 minggu - kegagalan akur mungkin akan melibatkan -duit deposit 3% hangus begitu shj.Ini selalunya melibatkan direct OWNER yang tak guna agensi-diorang suka2 buat undang2 sendiri hanya kerana mereka itu OWNER @ jugak kes OWNER yang nak menganiaya pun iyer jugak.

-kes aku: kami deal dengan agensi-sumernya tertakluk pada undang2.Kami bayar 2% deposit, start cari loan rumah guna SNP owner yang lama-dah dapat loan, sign LO dgn bank, baru draft SNP dgn pihak lawyer- total masa allocated adalah 21 hari BEKERJA-weekend tak kira, public holiday tak KIRA..so fair for both side.memang masa memang cukup utk dapatkan confirmation Loan, draf SNP & sign for both side.

2) VALUATION GOVT & SWASTA -mana yang lebih BAIK?

-disebabkan aku & suami amik loan dari BIMB - makanya valuation done by private valuer.Alhamdulillah, valuer BIMB valued rumah kami lebih tggi dari harga yang owner jual-siap offer full loan + mark up 20%- tapi kami suami-isteri bincang- takperlah..just amik loan 90% dari harga rumah - just nak save utk monthly installment kan..

-banyak rungutan mengatakan valuer JKR - terutamanya utk mereka yang guna govt loan- selalunya meletakkan valuation lebih rendah dari harga jualan..let say harga jual RM200K - valuer JKR valued RM170K sahaja..nak tak nak kena tambah RM30K utk top up loan ..kalo ada duit berlebih2 mungkin takde masalah, kalo yang takde..ini memang BERMASALAH..Jika nak tukar kepada loan swasta yakni BANK- membuang masa & menambahkan kos lain.

3)Penangguhan dokumen dari pihak owner/bank owner - dan masa terus berjalan !!

-aku jugak mengalami masalah yang sama, dimana dokumen untuk settlement loan dari pihak bank owner berlarutan begitu lama, dengan itu BIMB tak dapat nak proceed untuk bayar kepada pihak Maybank( bank owner ) baki hutang rumah tersebut.Memang aku susah hati jugak, sbb masa terus berjalan.Bila aku suarakan kepada pihak lawyer kami- lawyer memberitahu KEGAGALAN PIHAK OWNER/BANK OWNER menyempurnakan DOKUMEN yang diperlukan - tidak akan dikira dalam pengiraan PENALTY.

Hanya let say dokumen dah lengkap dari pihak owner , tetapi pihak buyer pulak yang SLOW wat keja- itu baru akan dikenakan PENALTY.-jadinya selama mana kita menunggu Dokumen dari pihak owner lengkap barulah pengiraan tempoh disbursement tuh bermula yakni 3+1 BULAN..

-Kesimpulannya- jangan susah hati..selagi mana kesilapan itu bukan berpunca dari pihak Pembeli..

4)Pinjaman BANK/ KERAJAAN- mana lebih baik ?

-Utk pekerja govt- for sure nak fully utilise kemudahan pinjaman perumahan kan..sumer nak kan flat rate interest tuh betul tak?

-tapi kes aku & suami- kitorang proceed BIMB islamic loan- setelah mengambil kira betapa rigidnya process loan gomen nih..dan terseksa dgr valuation dr JKR & jugak kami rushing with time..Kami taknak sangkut lama sgt dgn process nak dapatkan loan .

-Kami jugak dah berjaya dapatkan loan dgn flat interest rate- means not fluctuate due to economic condition- memang tetap smp habis tempohnya..4 % jugak..Banyak jugak kos lain yang BIMB tanggung,So memang tak nampak any good reason to opt for govt loan..

-Rasanya kena tepuk dada tanya selera- tapi adviceable utk sub-sale property nih- amik loan bank lebih mudah..Dan yang paling penting- pegi pusing sumer bank,kebanyakan bank ada guideline yang sama utk pembiayaan hartanah cuma ada few bank yang akan offer added value service.Eg: legal fee FREE


5) LAWYER -any recommendation?

-aku tak berani nak recommend mana2 lawyer- sebab last time kes aku- a bit slow jugak :(

-pendapat aku, pegilah cari lawyer yang tak high profile..so diorang nih keja kurang sikit, biar takde nama gah pun as long as keja cepat, tangkas & on time.

-kebanyakan lawyer bagus , cuma mungkin diorang nih overload dgn fail - banyak sgt client..kadang2 mmg tak terkejar dgn masa

-tapi let say dah terHIRE lawyer buzy giler babas- ini mmg kerja kita utk follow up sampai dia tak larat nak layan kita dah..

kita bayarkan!!

mungkin 5 isu nih dulu aku jawab
kang aku rajin aku tambah lagik

utk yang nak bertanya
boleh send email

mamawicah@gmail.com

mana yang aku boleh tolong
aku akan tolong

in shaa Allah

ini antara link bank info yang menarik untuk dibaca
sila klik sini

mana tahu membantu

pesanan khidmat masyarakat :

jangan dengar membabi buta
jangan percaya buta2
cari,godek ilmu membeli rumah nih
jangan kita jadi insan2 teraniaya nanti

selamat berjaya!




07 December, 2012

endless list :))


overslept !!
aku terbangun pukul 730am hari nih
mujur sedang bercuti umum
dan akibatnya
mandi macam Mr Bean
gosok gigi cepat2 sambil berdiri bawah shower
janji mandi

sauk seluar slack warna kelabu
sauk blouse panjang warna hitam
tak payah iron bagai
cari tudung instant
pun tak payah iron jugak
selamat!!

tak sempat nak peluk cium kanak2
sempat buat susu sebotol jer letak tepi bantal si Auni
dia jenis bangun tido aje akan cari botol susu dulu

nak bancuh air semug pun tak sempat
apatah lagi nak wat breakfast utk anak2

nak salahkan ubat batuk aci?
gara2 makan ubat batuk Uphadyl sesudu besar
amik..tido tak sedar diri
aku mmg selalunya kalah dgn segala jenis ubat batuk,antihistamine
mmg flat giler!!

bagi aku sebagai ibu yang bekerja sepenuh masa
time management paling penting
jangan buat2 amik endah tak endah

aku jenis yang sangat tak suke buat keja bertangguh
apa yang perlu disiapkan hari ini
jangan tangguh sampai esok

selalunya aku akan bangun pukul 630am ,paling lewat 650am
masa cuti sekolah nih
sebab tak kelam-kabut sgt siapkan kanak2
hubby pun ada kat rumah
aku akan masak utk breakfast/lunch sekali
kadang2 masak untuk lunch shj
itupun kalo ada roti ataupun kalo hubby nak makan nasi berlauk
dia akan beli kat gerai depan rumah
tapi lunch so far mmg kena masak sblm pg keja

kain baju selalunya hubby yang tolong masuk mesin & jemurkan
lega disitu!

minum pagi kejap
730am selalunya ada dalam keta dah

dok opis -sampai2 jawab urgent email
prioritise keja2 urgent
siapkan keja yang wajib buat sblm bos tanya
audit keja sendiri
sebelum balik keja
mana yang perlu follow up
kena tampal siap2
dan letak dalam reminder

balik keja smp rumah paling awal 7.30pm
aku akan solat maghrib
dan terus ke dapor utk prepare dinner
biarlah tak mandi pun dulu
motip?
spy by 830pm semua orang sempat makan malam
selalunya 815pm dah siap masak
aku masak yang simple2 aje
asal ada sayur-ada lauk-ada kuah
dan telur dadar faveret kanak2

masak,makan -bersihkan meja makan-cuci pinggan mangkuk,periuk belanga
barulah masuk mandi-bersihkan diri
lepas itu barulah- start lipat kain baju kat hall atas
ini mmg wajib buat tetiap hari
sbb x larat nak hadap kalo bertangguh lama2
sambil melipat baju
sambil melayan kanak2 tgk tv, main ipad
lepas tuh baru masuk tido
sblm tido bedtime stories kalo aku x penat sgt

keja2 major cleaning
macam mop dapor,cuci stove
mmg akan buat 1x seminggu paling malas pun
sapu sampah tingkat atas seminggu sekali
cuci filter aircond 3 mggu sekali
kemas halaman rumah 2 mggu sekali
cuci longkang, berus toilet  
semua kena buat secara berkala
dan make sure stick to the schedule
kalo takde guideline - mmg susah jugak nak pastikan rumah bersih, kemas
sbb masing2 bekerja & penat

tapi untungnya
aku ada hubby yang ringan tulang
bolehlah nak mintak tolong sapu rumah,mop rumah
kalo kita tak sempat nak buat
mmg masing2 sependapat
utk mengadakan ruang rumah yang praktikal ,bersih & selamat

jadi memang kena ada kerjasama
anak2 pun telah dididik dari awal
lepas main-simpan mainan masing2
if not mama campak plastik hitam
so bila kita threaten macam tuh
menjadi jugak!!

aku tak kata rumah aku kemas semedang
tak jugak
tapi aku selalu ensure rumah itu kemas sblm masuk tido
dan paling penting bersih di pandangan mata aku!

kata "baiti jannati" kan?

jadi takde alasan
utk biar rumah berkecah
kain- baju menggunung tak berlipat
lantai licin tak bermop
lantai tak bersapu-penuh habuk,rambut sana-sini
minyak terpercik kat kitchen panel tak berlap
pinggan- mangkuk penuh dlm sinki tak bercuci

biarpun kita ibu bekerja
andaikata time management kita on track
semuanya tak jadi masalah

biar penat sikit
asalkan berbaloi2

time management is a must!





11 October, 2012

Banjir -sungguh tak lawak!



semalam mmg tragis
balik tgh hujan lebat bukan main
dgn kilat sabung menyabung
gerun dok atas jalan raya

sampai rumah
tgk lampu bergelap
buka pintu tgk air dah bergenang dalam rumah
habis sumer tikar-tilam anak yang memang selalu dkt hall basah
elok sgt letak ipad kat bawah--mujur sempat diselamatkan
rumah bergelap due to the short circuit
wayar extension yang dok dibawah terkena air bah

dgn penat badan
dgn sakit kepala
bagi jugak anak2 makan tgh2 air penuh satu rumah
masa tuh dah pukul 845pm
kesian anak2 lapar
elok bdk2 makan..terus tido atas sofa
senang sikit..dukung sorang2 bawak naik atas bilik

aku turun balik salin baju
menolak air
tggu hujan reda sikit
ada dekat sejam jugak baru siap menolak air ke luar
cuci & mop lantai dr hall,bilik bawah,bilik air,utilities airways,dapor
pasang 2-3 bijik kipas- utk cepat2 keringkan

11 lebih baru siap..
rasa nak pengsan!!
naik bilik mmg terus tido sampai ke pagi
pengsan terus...

punca banjir
rasanya saluran air keluar mmg tersumbat
kebetulan masa posa hari tuh buat piping baru
agaknya berkeladak dgn simen yang plumber tuh drill
apapun mmg kena panggil plumber balik mggu depan
mggu nih mmg x sempat rasanya !

apapun hikmahnya
sempat cuci rumah sebelum tggl rumah esok
serius..tak lawak ok!
pic: google


mmg dugaan sungguh!
terus rasa seriau nak tggl rumah hari jumaat ni
kata nak pg Kuching kan?

22 September, 2012

Berangan & Bermimpi !

dah lama rasa x update pasal rumah sekangkang kera aku tuh kan
sekadar buat kenangan utk diri sendiri
kena tepek jugak kat blog nih

alhamdulillah..dah setahun 3 bulan aku & family menetap disini
so far alhamdulillah
xde kes yang bukan2
jiran2 pun baik2 belaka

banyak benda yang kami angankan utk rumah ini
moga jadi tempat istirehat yang selesa buat aku sekeluarga
takde apa yang kami tambah
selain membeli island table yang kecik utk dapor cinonit tuh masa bulan posa yang lepas

antara perancangan jangka panjang kami
adalah nak membesarkan dapor sekaligus nak buat dry kitchen & dining area
itupun kalo ada rezeki nanti
buat tiles kat porch
tarik porch-pasang bumbung konkrit 
tukar pagar & wat pagar batu  menggantikan pagar besi tuh
serta wat laundry room kat airways hall sebelah bawah nih.. 
jugak bermimpi nak wat garden yang ada refelexolgy stone kegemaran aku tuh..

tapi 2 minggu lepas jiran sebelah kanan
dimana rumahnya masih kosong
tgh buat pagar batu
jadinya...kami tak payahlah nak buat dah..
untunglah kan...

pagar batu-ikhsan jiran!!baru siap plaster

so hanya pikir nak sambung pagar batu
dekat area depan sahaja lah sebabnya kiri kanan jiran masing2 dah siap pasang pagar batu masing2

jiran sebelah kanan..dah elok berpagar batu!


kat sinilah ..rancangan nak wat pagar batu & tukar pagar molek sikit!






tapi ini semua perancangan awal
kalo ada rezeki lebih
kita buatlah kan..

takperlah sikit2 lama2 jadi bukit
semoga Allah permudahka hdknya
inikan baiti jannatti!!
nak beli yang molek lagik..x mampuler.
skrg harga rumah...double storey kat puchong utama pun 600k ok..sgt giler!!

utk mereka yang belum merancang beli rumah sendiri lagik
sila buat azam tahun depan utk beli sebiji
biar kecik pun 
janji ianya milik kita!!

rumah kecil tiang seribu!!
biar kecik
biar buruk
biar hodoh
janji kita punya!!!

:))

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...