Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

08 October, 2026

Speechless

Masih mengigil lagi baca offer letter
Appointed as CONSULTANT 
Walaupun tempoh hanya 1 tahun (contractual basis)
Tapi consultant fees mencecah 4 angka sebulan
Sumpah terkejut!

Seperti yang aku kompang tempohari
Mengatakan yang aku dah tender resignation dari current post aku
Dan seminggu dua ni memang aku back to back interview orang untuk gantikan tempat aku

As usual proses selection ni memang bias bila aku sendiri yang cari 
Sebab aku nak cari yang capable bekerja secara bersendirian
Dan mampu handle multiple task macam aku buat sekarang 
Ada yang pandai A-M
Sedangkan kat sini aku buat A-Z

Tup2 boss panggil
Dia nak lantik aku as Consultant sebab kebanyakan candidate aku panggil stuck 2/3 perkara diorang xleh buat & tak pernah buat langsung
Nak dapatkan yang pandai buat A-Z takde pulak yang available
Semuanya masih bekerja full time & perlu bagi notis sekian2 masa
Sedangkan aku nak candidate masuk mggu ke-3 
Supaya aku leh train yang kritikal part dulu

Aku terima tawaran ni sebab bagi aku umpama rezeki terpijak
Masyaallah,aku memang sangat memerlukan duit extra ni
Tak tau doa siapa yang termakbul
Doa mak,doa ayong di Mekah,doa suami atau aku menumpang rezeki anak2
Wpun aku & boss aku x bersetuju banyak benda tapi dia akui aku memang boleh buat kerja
Cuma banyak pertimbangan dia bagi aku selalunya x align dengan cara aku bekerja

Sujud syukur!
Aku hanya nak cari rezeki membesarkan anak2
Selesaikan hutang2 jahat 
Hutang kereta comel berbaki 4 tahun

*nangis


Sikit pun wajib kita syukuri,apatah lagi yang besar.Sujud syukur!


Tak habis sokseksoksek nangis lagi
Baru seminggu bergelut mengelolakan mak sakit
Tak sangka secepat ini Allah swt balas sedikit kebaikan

Tumpang doakan gais
Semoga dipermudahkan urusan kesembuhan buat mak
Masih berkira-kira nak try perubatan dengan shinseh plak
Ramai yang komen shinseh hebat mengubat penyakit kayap ni

Moga dipermudahkan urusan kami adik  beradik jaga mak yang uzur
Ameen Ya Rabbal Alamin








21 September, 2026

47 tahun :)

Entri khas sempena birthday tuan tanah kedaung
Kasi canlah merepek di blog sendu ni
Biar xde orang baca pun tapi habis seronok dah boleh tengok ulang2 baca pastu tersengih sendiri
Syok sendiri kekdahnya!


Sempat bergambar di hadapan Besteak Cyberjaya.En Papa belanja makan kat sini.Aku kenyang pulak,jadi anak2 aje yang makan.Aku dok cuit2 aje makan dari pinggan anak2.

Wefie be like.

Alhamdulillah,Khamis lepas sempatlah sambut birthday secara sederhana bersama keluarga kecilku
Sumer ada dirumah kecuali Auni yang terlibat dengan Program Kecemerlangan SPM di Pengkalan Chepa,Kelantan
Tapi Auni ptg Khamis tu sempat call ucap Happy Birthday.Sayu hati bila membaca mesej dia.
Sungguhlah diusia yang makin banyak,mak ko cepat emo semedang

Diusia sebegini
Takde banyak benda yang kita harapkan
Kita hanya nak hidup tenang2
Nak setelkan hutang secepat mungkin
Dan mengira2 kalendar berangan bilalah agaknya aku boleh BERSARA awal
Gittewww!

Self gift di hari lahir ke 47 tahun
Beli 2 pasang baju kurung moden di Jakel Bangi kebetulan ada majlis kenduri yang aku perlu attend awal Oktober ni.
Dan aku beli sebuah Tote handbag di Parkson setelah bag yang ada dah tercabut handlenya
Aku siap ikat guna cable tie lagi.Sadis!
Jadiklah buat tersenyum simpul sendiri
Hajat dihati nak beli Iphone 18 Pro masalahnya duitnya tak berapa nak ado kan..hahahaha
Pulunlah pakai Iphone 14 yang dah berusia 3.5 tahun ni sampai rebeh orang kata

Tapi hadiah yang paling bermakna adalah
Bilamana ibunda diusia 77 tahun masih ada & menyanyikan lagu " Happy Birthday" buat anaknya ini
Sungguhlah takde PRICE TAG.Ianya "priceless"



Hadiah untuk diri sendiri tak sampai RM700 pun..
Tu pun senyum meleret kemain sampai ke telinga 😆


Untuk sesiapa yang menyambut hari lahir di bulan September ini
Selamat hari lahir tau
Enjoy your day to the fullest!



04 September, 2026

Aku & AKPK di tahun 2013

Aku memang dah lama nak buat entry ni
Walaupun umpama buka pekung didada sendiri
Tapi ini antara pengalaman peribadi aku
Aku nak share supaya jika ada orang yang masih teragak2 nak join AKPK atau tak?
Ini kisah peribadi aku.

Aku rasa kalo x silap tahun dimana aku tengah mengandungkan Adeeb iaitu tahun 2013
Aku terjerat dengan hutang jahat (PL & CC sampai 3 buah bank yang berbeza)
Total hutang ketika itu kalo x silap dalam 30K
Masa tu pulak income aku terjejas teruk bila aku dikenakan pelarasan gaji bila aku tukar skim
Susah nak explain dengan perkataan
Tapi yang pasti masa tu aku memang sesak sikit banyak

So since aku ada pengetahuan tentang AKPK ketika itu
Aku pun call AKPK & buat appointment
Aku ingat lagi dengan perut sarat 7 bulan aku ke AKPK
Nun kat KL -bangunan sebelah MEDAN MARA
Aku rasa namanya Maju Junction Mall
Sekarang dah xde shopping mall kat situ

Apa yang aku buat
Aku bawak semua statement paling latest ke AKPK
Dan Pegawai AKPK yang handle kaunseling bantu
Peserta dipanggil secara persendirian ke bilik konsultasi
Dia pun tolong kira sumer hutang kita & tanya kita kemampuan sebenar yang kita sanggup commit untuk bayar bulan2
Aku ingat lagi aku sebut RM400/sebulan
Tanpa compromise loan kereta & rumah
Itu aku bayar asing
So deal disitu
Hari yang sama aku bayar pendahuluan bayaran yang dibayar terus ke akaun AKPK
Jadi AKPK yang membantu mengagihkan bayaran bagi pihak aku kepada bank2 yang aku berhutang

Dan aku terus membayar hutang dengan AKPK
Kalo x silap aku sehingga 5 tahun
Aku jual kereta VIOS & aku settelkan 2/4 hutang yang ada'
Ada bonus -aku tutup 1 lagi akaun
Dan last sekali aku berjaya tutup akaun RHB CC
Jadi aku debt free kalo x silap tahun 2018

So aku cuba buat loan kereta Myvi hanya pada tahun 2021
Alhamdulillah nama xde black list pun

Moral of the story,jika anda ada masalah yang sama
Jangan takut dapatkan solusi secara legal
Jangan pi pinjam dengan Ceti @ Ah Long
Hutang ni perlu diurus sebaiknya bukan lari dari menghadapinya

Zaman 2013 nak join AKPK
Syarat wajib kena BEKERJA
Kalo x bekerja,macammana dia nak tau ko leh commit ke tak bayar hutang
Dan kena betul2 commit bayar sebelum due date
Kalo lapse auto rejek-akaun hutang akan kembali dikejar semula oleh pihak bank
Ko kena serve bank 1-1 macam dari awal
Due date antara satu sama lain adalah berbeza
Dan sentiasa pantau baki hutang secara berkala

Lagi satu AKPK hanya boleh bantu jika hutang itu melibatkan institusi kewangan berlesen
Bukannya ko berhutang beli motor kedai Ah Chong
Pada waktu & ketika itu memang tak bolehlah.
Sekarang aku x taulah syarat2 AKPK kot ruang lingkupnya lebih terbuka luas kepada BNPL ke?
Wallahuallam bissawab

Bagi aku AKPK ni macam bagi ko cooling period
Ko dah xleh berhutang atau erti kata lain buat hutang baru
Xleh guna CC
CC auto cancel masa tu
Jadi ko memang concentrate bayar hutang ko bulan2
Alhamdulillah,ini pengajaran termahal dalam hidup aku ketika itu
Takleh lah aku elaborate issue aku kenapa smp terjerat hutang tu
Tapi percayalah pengajaran kepada pengalaman tersebut mematangkan aku

Sekarang alhamdulillah
Hanya ada hutang keta 2 biji yang aku share bayaran bulanannya dengan en papa
Hutang rumah kecil kami sekeluarga
Dan hutang CC nan satu 
Aku berdoa semoga dipanjangkan usia ,diberi kelapangan rezeki settlekan hutang sedia ada sebelum mati suatu hari nanti
Aku always make sure bayaran dibuat setiap kali gaji
Hutang2 ini ada checklist yang aku buat guna excel
Supaya aku dapat pantau samada bayaran dah langsai atau belum
Ada hajat nak setelkan MYVI tu
Baki pinjaman yang ada x smp 20k pun lagi
Tapi bak kata en papa ,kita tggu result kemasukan UPU Auni tahun depan dulu
Almaklumlah saving kami x banyak mana pun.
Memang saving untuk anak2 sambung belajar ajelah

Aku tak tau negara lain
Tapi bagi aku AKPK adalah solusi terbaik dari Kerajaan membantu rakyat Malaysia menguruskan hutang.
Bagi aku gunakan khidmat yang diberi bilamana kita dah betul2 STUCK tak tahu jalan keluarnya
Jangan malu,jangan segan
Kita menguruskan hutang sendiri
Bukannya kita LARI daripada tanggungjawab







19 September, 2025

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas.

Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan.

Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata.

Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu.

Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah dan sedang mewarnai hidup.Anak2 memang truly blessing dari Allah swt.Anak2 jadi pemangkin supaya aku jadi lebih baik hari demi hari,lebih sabar,lebih banyak doanya  dan lebih kuat berusaha sbb nak beri yang terbaik buat anak2 kerana anak2 tak minta dilahirkan.Dia dilahirkan dengan izin Allah swt menjadikan kami sbg ibubapa mereka maka suka atau tak suka,kami memegang amanah untuk membesarkan,mendidik & beri segala yang terbaik dibawah kemampuan kami.

Tak mintak banyak,semoga Allah swt panjangkan usia yang barakoh,dimurahkan rezeki supaya aku dapat retire for good by umur 50/51 nanti.Diberi kesihatan yang baik & terus ada ruang berbakti untuk mak yang makin uzur.Diberikan kemudahan serba serbi & ditunjukkan jalan keluar pada setiap kesulitan.Semoga anak2 berjaya dunia akhirat,ditemukan jodoh yang baik2 dan yang paling utama smg anak2 jadi anak yang mendoakan kami ketika suatu masa kami dipanggil pulang ke negeri abadi kelak.

Layanlah gambar dr hp my eldest daughter-Ain

So that xde plak gambar Ain dlm ni,dah dia yang tukang photognya.


Hello 46th!!

Yours truly

Dengan boypren halal

With Auni my 2nd

With Adeeb-my 3rd

My with bongsu -4th 

Tetaplah nak enterframe potong kek mama.





Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...