Showing posts with label parenthood. Show all posts
Showing posts with label parenthood. Show all posts

23 September, 2026

Road bump here & there!

Again,hari ini aku nak kompang sikit pasal hidup/culture SBP
Anak2 aku 2 orang produk SBP
Bermula dengan Ain & diikuti dengan Auni
Ain dah melalui fasa pahit getir menghadapi SPM 3 thn lepas
Dan Auni sedang melalui fasa berperang berpenat lelah nak mengadap SPM penghujung bulan 10 ni

Setiap batch SPM memang all out untuk preparation mengadap puting beliung SPM ni
Even dah dimulakan sejak tingkatan 4 lagi
Jadi memang dalam makluman kami betapa sibuknya anak2 buat persediaan untuk SPM 

Zaman Ain memang banyak program SPM diluar asrama
Jadi setiap kali program ni,keluarlah list nama murid2 yang terlibat
Ain kerap kalilah tercicir dari list tersebut
Sekali dua memang dia mengadulah nama tak naik
Dan selalunya kami pujuklah pelan2,takmo dia serabut dengan isu2 terpencil macam ni
Sehinggalah SPM memang dia x bernasib baiklah,kecuali ada 1 program makan2
Nama dia naik sebab peningkatan result trial SPM 
Itupun habis seronok dah pun

Kes Auni ni terbalik plak
Semedang nama dia naik smp 3 kem berturut2-sampai seminggu ni tak masuk sekolahlah
Sebab merit Auni jatuh kepada 20 orang terbaik bersandarkan result Trial SPM tempohari
Paling latest namanya tercalon untuk Program Kecemerlangan SPM anjuran JPNT & Petronas di Kuala Terengganu.Namanya tercalon diantara 1100 pelajar terbaik Terengganu.
Jadi secara logik,anak ini jadi target diperli2 rakan sebaya,dikata2 di belakang
Kita faham2 sendirilah-orang JEALOUS kan
 
Mengadulah anak ni,aku pun sbg mak
Pujuk jugak,bagitau Auni 
Selagimana nama kita naik bukan cara kotor
Bukan sebab kita mengedeng cikgu,melobi nama naik
Maka diam ajelah.Abaikan langau2 tu
Sebab secara sah nama naik atas merit semata2

Jangankan Auni,ada beberapa parents yang jaki
Siap mesej whatsapp tanya aku
Auni merit berapa?
Asik nama Auni aje naik
Untungkan boleh pg program sana-sini
blablablabla!
Pikir logiklah-apa kena mengena aku dalam urusan pemilihan nama ni?
Aku ni program sekolah pun semedang celup2 aje dapat attend
Pertamanya jadual selalu clash
Keduanya duitnya  xberapa nak ada
Ketiganya clash dengan jadual aku jaga mak

Aikhhh ko dah kenapa?
Aku pernah berada ditempat parents tersebut ketika zaman Ain
Tapi aku x tergamak pulak pi mesej parent terlibat
Sebab aku ni sangat percaya pada REZEKI 
Tak pernah terbayang atau terlintas nak mesej Cikgu jauh sekali mesej parents lain

Aku orang yang super REALISTIK
Aku percaya ada sebab pilihan dibuat
Kita tak tau apa target sekolah
Pastinya sekolah pun ada target sekian2
Untuk make sure target student berjaya mencapai targetnya

Aku hampir pasti sekolah ada program yang sesuai cater untuk semua peringkat pelajar
Untuk student yang excellent,sederhana mahupun lemah
Kita hormat ajelah aturan sekolah & penyelarasnya
Tak payah ikut campur ,teruskan bagi sokongan aje
Anak2 kita berlari atas pace masing2

Aku tak kata anak aku terbaik
She deserves this and im beyond grateful for this an oppurtunity has been given to her
Dia dah usaha sehabis baik & aku hampir pasti Auni akan pulun habis2an untuk SPM dia
Memang dia berangan sungguh
Auni nak mama papa naik pentas amik result SPM Auni nanti
Allahu...sungguhlah anak
Kalo x naik pentas pun,mama seronok dah
Sebab mama tau Auni memang usaha sehabis baik selama ini
Auni anak kebanggaan kami sekeluarga

Kami suami isteri takde target apa2 untuk Auni
Kami hanya berharap Auni buat yang terbaik demi masa depannya
Tak putus berdoa lagi kami suami isteri
Semoga usaha keras Auni membuahkan hasil yang diimpikan.

My daughter,My pride :)












07 September, 2026

Not being judgemental,but WIFE you need to has your own MONEY

 




Selain masalah suami takde timbangrasa-ada jugak masalah langsung xde duit spare ditangan.Semua mengharapkan single income





Ini antara yang sempat aku screen shot
Insyaallah,posting ni tak mengaibkan penulisnya
Tiada nama "anonymous"

Aku sangat faham betapa semua impian ibu2 adalah menjadi surirumah
Menjaga rumah,anak2 & urusan rumahtangga sebaiknya
Bak kata FTHW seronok melihat anak membesar didepan mata
Aku pun jika diberi pilihan,aku juga berangan nak jadi FTHW 
Seronok apa,tak perlu nak mengadap jem pagi-petang nak pg/balik kerja
Melayan drama opis yang berbabak2
Tapi hasil penat lelah tu kita dibayar sekian2 jumlah gaji setiap hujung bulan
Dan ada caruman KWSP/SOCSO untuk security
Atau untuk govt servant,ada skim Pencen sekian2

Dan aku yakin
Akan ada exteremist yang akan reply
Ulat dalam batu pun boleh hidup?
Masalahnya ko ulat ke?
Yang tak perlu bayar rumah,yang tak payah pakai baju,yang tak perlu ada kenderaan?

Cuma banyak sangat kes SURIRUMAH tersakiti macam ni
Duit xde dalam tangan.suami KURANG berkemampuan
Kalo mampu pun setakat yang asas sahaja
Nak berjalan,nak beli baju nan sepasang pun berkira2
Jangan mimpi nak mintak duit nafkah sekian2,mmg xdelah
Surirumah tak bekerja,xde side hustle
Semata2 mengharapkan duit suami semata2
Itupun sekiranya jika suami setia sampai hujung nyawa
Belum lagi kes suami yang kena sondol babi hutan "penyondol"

Sebab tu perlunya ada DUIT sendiri
Usahalah apa jua keadaan asalkan mendatangkan penghasilan untuk diri sendiri
Duit ni memang orang kata rezeki dr Allah swt
Tapi celah mana datangnya rezeki jika tiada usaha tulang 4 kerat?

Ramai staff aku yang muda2,baru pregnant-dah plan selepas bersalin nak resign
Aku tk pernah lagi x approve orang hantar notis resign even hantar notis resignation during maternity leave-tetaplah aku approve dengan senang hati
Itu hak & pilihan masing2
Cuma sbg orang tua yang ada pengalaman kita nasihat ajelah yang boleh
Aku merasakan itulah titik mula dia takkan mula bekerja semula
Sebab selepas bersalin anak pertama,kemungkinan untuk menambah anak kedua-ketiga dan seterusnya adalah EXPECTED
Celah mana nak bekerja semula?
Sorry bukan bitter,tetapi itu adalah kenyataannya

Membesarkan anak2 bukan seringgit dua pelaburannya
Dan percayalah single income terutamanya tinggal di Lembah Kelang ni adalah misi mustahil
Unless suami tu T20 gaji 5 angka
Lambat laun isteri akan bersuara,keinginan /kehendak tak dipenuhi
Dan disitulah bermulanya konflik dalam rumahtangga iaitu "Masalah KEWANGAN"
Nak berjalan jauh xboleh,nak makan sedap sikit-tggu gaji
Belum lagi urusan sekolah anak2,nak pergi tuisyen,nak pergi lawatan
Kos2 luar jangka yang tak masuk dalam fixed commitment
Kalo tak,takdelah bersepah surirumah tabur QR dalam Thread mengemis ayam gepuk dari strangers
Malukan?
Disitulah letaknya titik terendah,titik tertinggi segala bagai
Dalam Thread tu memang macam2 jenis manusi kita boleh tengok

Sebab itu suka atau tak suka
Jadilah suri rumah yang resourceful,ada skill dan berani mencuba
Yang pandai cari duit 
Jiran aku,seumur hidup hanya bekerja 2 tahun sahaja selepas graduate
Dan selepas berkawin-terus ikut suami berhijrah
Apa yang dia buat
Dia jadi homebaker
Dia membesarkan anak2 sambil jual kek.dessert dan sampai skrg x menang tangan amik order
Ada jugak jiran yang pandai menjahit-jadi dia gunakan skil menjahit menjana duit untuk dirinya

Jika pandai memasak-buat mini katering,buat jualan mangkuk tingkat,buat dessert
Jika suka kanak2-jadi babysitter tetapi janganlah tamak sampai 10 budak nak asuh sekali harung
Jika boleh memandu-amik/hantar anak2 jiran sekolah
Mungkin boleh jadi pemandu grab hujung minggu
Pokoknya mahu atau tak
Sebab jika berdebat soal ini
Ramailah yang pompang 1001 alasan 
Main socmed 24/7 boleh
Tapi suruh cari side hustle macam2 alasan
Rela tadah QR dalam socmed
Mengidam kfc,ayam gepuk,CBTL,Tealive
Kadang2 kesian baca Thread tengok surirumah post itu & ini
Tapi bila pikir2 semula geram jugak
Mana laki korang ni?
Laki korang ni tau tak,korang mengemis kat Thread ni?

Memang duit tak boleh bawak ke kubur
Tetapi duit itu alat memudahkan hidup kita
Taknak masak-kita beli
Takmo drive-kita order grab
Tak larat urus kain baju-kita campak dobi
Tak larat keluar masuk hantar anak sekolah-kita bayar van sekolah
Tak larat mengemas rumah-hire part time maid hujung minggu
Dan itulah fungsinya berDUIT

Kita bukan hidup berkiblatkan duit
Tapi zaman sekarang serba-serbi perlu DUIT

Dari POV:Seorang ibu beranak empat 
Yang bekerja sepenuh masa sambil membesarkan anak2.
Alhamdulillah,anak2 membesar dengan baik di taska
Kami juga menjalankan t/jawab sebagai mak ayah
Sentiasa berusaha berada dalam setiap fasa anak2 membesar
Bekerja bukan halangan untuk seseorang jadi mak ayah yang bertanggungjawab
Yang penting cara kita membahagikan masa
Memang penat jadi ibubapa yang bekerja
Tetapi insyaallah PENAT yang BERBALOI!




19 August, 2026

Alhamdulillah atas rezeki ini

Campur tolak dekat 2 bulan jugak aku berusaha bantu Kak Ain mencari tempat internshipnya yang insyallah akan bermula bulan December ni
Jenuhlah sama dengan Kak Ain blast email merata
Dari private sector ke government sector

Adalah 1 & 2 private sector yang reply
Sumernya rejeklah sebab katanya xde allocation/placement
Yang lain palau aje email kami
So kami continue blast email/resume bagai
Finally 11/8/2026 kami dapat berita baik dr PPUM



Alhamdulillah hari ini Surat Tawaran Rasmi telah dikeluarkan
Walaupun takde elaun disediakan
Aku cukup puas hati sebab bagi aku yang penting adalah confirmed Placement
Sebab tau betapa susahnya nak dapat placement sekarang ni

Insyaallah setakat belanja makan & tambang Kak Ain
Kami suami isteri masih mampu lagi nak tanggung dia
Mara pun tetap bayar elaun bulanan untuk student wpun tgh intern

Lega satu bab
Cuma nanti bermula Ain start Intern jadual aku pg & balik keja sama berpusing 360 darjah
Sebab suka ke tak suka ke,kena keluar awal hantar KakAin ke stesen LRT
Dan mungkin jugak menunggu Ain balik di tren 
Ain akan naik tren ke PPUM
Nak memandu kat sana,x berbaloi mengadap kesesakan Federal Highway
Parking lagi yang super horror kat PPUM

Jadi bersusah2 dahululah anak
Macam nilah susahnya mama cari duit dulu
Turun naik tren,mengandung sarat pun berkejar tren
Insyaallah,kesusahan ini yang akan mould kekuatan diri kita kelak

Hidup tak seindah macam dalam socmed
Kena bersusah2 dahulu
Insyaallah,Allah swt lihat usaha kita

Apapun hujung bulan ni pelan2 kena start beli baju Ain sepasang dua
Buat tukar2 pergi Internship nanti
Semoga dipermudahkan urusan anak kami hdknya

Sungguhlah menjadi ibubapa ini
Bukan sekadar melahir dan membesarkan
Tetapi jugak memastikan urusan dia belajar sehingga tamat berjalan lancar
Semoga Kak Ain berjaya tamatkan kursus & sambung belajar di peringkat lebih tinggi lagi

Ameen Ya Rabbal Alamin.








09 January, 2025

Adeeb & UPKK diawal tahun baru 2025.

As usual,aku semedang lewat kan
Hari ni dah 9hb January
Aku baru terhegeh2 buat blog
Aku busy tau-awal2 tahun ni selain menyiapkan report closing year end.

Awal tahun as usual.
Orang lain menunggu midnight.
Aku pkl 10pm dah lebuh ke syurga.
Mengorok be like.

Isnin lepas Adeeb memulakan kertas 1 UPKK-nya
Adeeb anak kami yang memulakan pelajaran formal di Tahun 1 ditahun pertama PKP
Dengan dia yang tak boleh membaca
Sekolah plak pdpr berbulan2
Memang ke laut sungguh jadinya
Kesian Adeeb

Jadi logiknya Adeeb ketinggalan dalam banyak pelajaran.
Sekolah kebangsaan pun hanyut.
Sekolah agama lagilah ke laut dalam perginya.

Bila exam-kebanyakkannya markah memang MERAH ajelah warnanya
Kami as parents memang susah hati jugaklah
Tapi nak salahkan dia xleh jugak
Sebab PKP 2 tahun lamanya beri impak & minat dia pada pelajaran 
Dia kesekolah sebab dia kena pg sekolah
Minat tu tak nampak sangat

Berlarutan sehingga dia masuk Tahun 5 tahun lepas
So bertambah cemaslah kami sebab dia akan menduduki ujian UPKK
So back to back dia ada kelas tambahan
Brush up penguasaan jawinya plak
Memang hustle betullah jadinya!!

Trial UPKK-memang tak nampak sinar langsung.
Sumer subjek bertulis GAGAL
Tgk en papa mengadap anak bujangnya saban malam
Kdg2 kesian sama Adeeb
Kalolah papanya lebih awal mula Gear 5 takdelah kelaut sangat anak ni
Ikut hati geram aje dengan kelaku paknya

Tak tahulah kot paknya sentap kuasa 3
Ironinya disini suami adalah Guru Subjek Pendidikan Islam Gred DG48.
Sewajarnya dia sangat berpengalaman nak tackle kes anak2 slow ni.
Malangnya paknya biar anak hadap lautan gelora tu sorang2 smplah tiba kemuncak UPKK
Memang geram aje kalo teringat

Tapi being mak2 be like
Aku malas nak kata apa
This will be a big lesson learn untuk paknya & aku sendiri
Nak marah anak pun xde gunanya
Apa sahaja result UPKK nanti
Redha & raikanlah

Setiap anak pasti berbeza kemampuannya
Anak2 perempuan kami sangat excel dalam pelajaran
Mungkin Adeeb akan cemerlang di bahagian lain plak
Setakat ni nampak Adeeb excel dalam Ping Pong
Adalah sekali dua wakil MSSD main Ping Pong

Raikan perbezaan anak2
Tak berjaya dalam pelajaran
Mungkin boleh explore lain plak
So follow the flow
Kita support minat anak2
Kita usahakan apa yang perlu

Utk Adeeb sempena Paper terakhir Arab hari ini
Semoga dipermudahkan urusan Adeeb hendaknya!
Biarlah x dapat A pun,mama tak marahlah
Asalkan lulus mama dah happy sangat dah tu

So sama2 kita tunggu result UPKK nanti
Semoga Allah memberkati usaha Adeeb hendaknya
Ameen Yaa Rabbal Alamin.

Adeeb dipagi pertama UPKK

Adeeb & PingPongnya berpisah tiada









08 April, 2024

28 Ramadhan & kisah minggu lepas

Hidup aku sumpah haywire sejak minggu lepas
Bermula dengan salah sorang staff aku yang tender resignation mengejut
Diikuti dengan Affan yang demam seminggu lamanya

Mujurnya aku uzur-maka kurang sikit tang ujian berlapar tu
Affan demam start Isnin depan
Aku ingatkan demam sebab isu tonsilitisnya
Selasa bawak klinik &start antibiotik
Tapi kali ni walaupun dah makan antibiotik
Affan masih x kebah demamnya
Rabu malam aku mula cuak sebab Affan punya temperature constant spike wpun baru lepas makan ubat demam 2 jam lepas
Tapi nak ke hospital malamnya
Aku plak x larat,penat yakmat

Khamis pagi aku EL
En Papa pun dah start demam Rabu ptg
Terpaksa heret ke hospital jugak
Kitorang ke KPMC sahaja
Sebab KPMC ni agak convenience
Wadnya selesa yakmat


Masa ni di ED
Masa ni nak set line

Running blood test 
Sekejap aje resultnya kuar
Positif Influenza B
Kurang 2 jam Affan dah dapat wad
Naik wad start antiviral-aku pun tggl dia kejap sama papanya.Aku masuk opis skjp.
Keja banyak pending bila staff aku sorang resign mengejut maka aku terpaksa bantu cover keja dia sementara nak dapat pengganti baru.

Baru dpt naik wad

Meragam hazabedah

Affan masih x kebah demam wpun dah start antiviral 48jam
Ptg Jumaat dia start batuk2 yang sangat annoying tu
Sabtu pg baru Paed mai cek-confirm Bronchitis.
Maka start frequent neb 4 jam sekali
Dah start nebulizer masa ni,mengamok jugak!

Tukar antibiotik & start fisio
Affan lebih baik pada hr Ahad pagi
Alhamdulillah-Paed discharged Affan
So dpt balik-smp rumah semalam pkl 5.30pm

Raya?
Rasanya plan raya kami terpaksa dirombak secara mengejut
Sebab nak settlekan antibiotik Affan dulu baru balik kg
Rasanya Raya 1 beraya di KL rumah omak
Ada sedikit kerisauan takut Affan demam semula di pertengahan perjalanan yang memakan masa 6-7 jam lamanya dr Puchong ke Dungun.

Insyaallah Raya ke-2 kami akan pulang ke sana
Kebetulan memang kena hantar Auni pada hari Sabtu tu
Balik kg selain nak beraya,adalah bersilaturrahim & juga balik kg merupakan escapism aku untuk berehat.
Aku suka aje balik beraya sbb aku mmg suka road travelling-suka berjalan jauh.
Apapun semoga dipermudahkan urusan plan beraya kami ni hdknya.

Selamat hari raya gais untuk mereka yang masih baca blog picisan aku ni.
Maaf zahir & batin ye

Pandu dengan berhati2
Semoga selamat sampai ke destinasi.






01 March, 2024

Back to school be like :x


1/3/2024 hari SST kicked in
Nangislah bayar barang lepas ni
Boleh dah tengok senarai barang yang kena cukai 8% selepas ni,tiba masalah kita insaf lebih dan berhemah dalam berbelanja

Hari ni jugak harinya kita boleh start claim back Income Tax yang telah dibayar ke LHDN
Katanya tahun ni dah start terasa bahangnya
Banyak benda yang tak leh claim cthnya;- Perlancongan yang kita dapat rebate tunai RM 1k tahun lepas.
So welcome to Madani era
Serba perit & sakit.

Sehari dua ni dah berjaya settlekan urusan kelengkapan sekolah anak2
Anak yang bersekolah ada 3 orang tahun ini termasuk Affan yang akan memulakan Sessi Tadika 6 tahun-di TABIKA PERPADUAN aje.
As usual mak ko cheapskate😂

Baju seragam termasuk pakaian dalam total adalah RM643.00-ini untuk 3 orang anak ye.Adeeb kena beli seragam untuk 2 sekolah berlainan.Itupun habis sikit dah belinya.Auni hanya sepasang.Adeeb beli 3 pasang.Affan beli 2 track suit.Adeeb dpt track suit 1.Beg sekolah beli 3 buah.Since beg sekolah habis koyak dah masing2.Tudung Auni dan pakaian dalam untuknya.

Buku sekolah Adeeb termasuk stationery 3 beradik tu adalah berharga RM 252.70.Beli plak baju kurung pasang untuk Auni pakai prep-nun beli kat Muaz textile-rega RM 120.00 dptlah 3 pasang & kasut prep sepasang RM 59.30.

Yuran SRA Adeeb dalam RM 357.00 & Auni dalam RM83.00.Yuran Tabika Perpaduan Affan anggaran kami standby dalam RM 300.00.

Jadi plus minus dekat RM2000.00 juga belanja buka sekolah budak2 ni.

Minggu depan kami akan ke Terengganu plak menghantar Auni balik ke asrama.Kos perjalanan wajiblah RM500.00.Tak hantar tak boleh jugak sbb kali ni tiada bas yang disediakan kesana.Suka atau tidak wajiblah kesana jugak.Kena bagi jugak duit poket kurang2 RM200.00 lebih takut ada buku2 yang cikgu suh beli & lagi2 nak bulan posa kot dia teringin nak makan itu @ ini.

So moral of the story memang bulan Februari gaji memang lebur untuk perbelanjaan naik sekolah anak2.Mak pak silalah berjimat apa yang patut.Mujurlah nak masuk bulan posa,jimatlah belanja makan kat pejabat kan.

Tapi bulan puasa tak jimat mana jugak kan..belanja melayan tekak pun boleh tahan.Nak murtabak daging,nak ayam percik,nak puding karamel belum lg nak minum air macam2 kaler maunya.Astaghfirullah..tobatlah Lynn !!
Belum campur anak2 teringin nak itu,teringin nak ini.Takkanlah mama kata xleh.Dah ler penat posa seharian,tak sampai hati weiii...kesian kan.

Membebel kenaikan harga pun xkan memberi faedah-sbg marhaen kitalah kena bijak urus kewangan kita.Kurangkan makan diluar,kurangkan membuang masa browse lazada,shoppppeeeee bagai tu.Settlekan hutang yang ada secepat mungkin.Ajar anak2 membeli yang perlu shj & yang paling penting sekali janganlah pi tambah hutang baru.

Gittewwww!!




12 September, 2017

Exam Week!

Exam week tak sampai beberapa minggu lagi.Jenuh aku print kertas soalan.Antara website yang selalu aku cari kertas soalan adalah www.sumberpendidikan,com.Itu baru contoh soalan untuk Sek kebangsaan.Untuk sek agama terutamanya si Ain yang akan menduduki UPKK 2/10/17ni,kami monitor dia melalui buku latihan UPKK & kertas soalan UPKK tahun yang terdahulu.

 

Anak2 kena mengadap kertas2 ujian ni..at least 2 jam sehari.Sejam malam,sejam lagi siang sementara masih bercuti sempena cuti rehat UPSR.Buat soalan ujian ni bagi aku sangat efektif untuk anak2 yang tak berapa rajin nak bukak buku , so ini kira fast lane ulangkajilah ni.Nak tak nak bila dia tak leh jawab soalan, dia kena rujuk buku teks  @buku latihan sekolah jugak.So secara tak langsung dia mengulangkajilah jugak.Tapi dengan syarat, aku suami isteri kena duduk ulangkaji sekali dengan budak2 ni.Kalo biar buat sendiri, ke laut dalam lah jadinya.

 

Aku tak harap berderet A dari anak2, kalo ada itu adalah BONUS..Aku just nak anak2 tunjukkan usaha & buat yang terbaik.Usually malam lepas makan malam,en papa yang akan assist si Ain sementara aku akan assist si Auni.Si Adeeb aku biarkan dia main sendiri supaya dia tak kacau kakak2 ulangkaji.

 

Aku memang tak hantar anak2 ke kelas tuisyen segala mak nenek.Sebab jadual anak2 sangat pack, aku kesian plak kalo nak hantar ke kelas tuisyen,bila masa pulak nak rehatnya.Selagi termampu kamilah laki bini yang mengajarnya.Tapi tak taulah tahun depan,since Ain nak amik UPSR mungkin kena pertimbangkan hantar dia ke kelas tuisyen untuk bantu dia.Itu tahun depan baru kita recce2.Tahun ni hadap ajelah papa ko yang macam singa bila mengajar anak sendiri tu.

 

Target aku hujung tahun ni untuk Ain adalah untuk dia naik kelas , at least naik kelas no 3 dari kelas no 4 sekarang ni.Untuk Auni pulak adalah to ensure dia retain kelas  no 1 macam sekarang.Sistem sekolah yang masih mengekalkan sistem hirarki pemecahan kelas pelajar mengikut prestasi,masih tak berubah sejak 30 tahun yang dahulu.Ada bezanya duduk di kelas 1 dengan duduk di kelas 4.Expectation cikgu yang suka membanding2kan kelas 1 dengan kelas tercorot.Auni yang duduk di kelas 1,berlumba2 dengan kawan2nya yang pandai2 untuk mengekalkan momentum,sementara Ain yang berada di kelas 4 suka duduk dalam comfort zonenya sendiri.Itu yang aku target untuk ubat mindset dia.Dia seronok sangat main2, belajar suka hati dia.Jadi mahu atau tak, kamilah sebagai ibubapa yang kena heret anak kami kedarat sebelum dia terjerumus jatuh ke laut.Buatlah apa sahaja, supaya Ain tetap keep on track dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.Doakan semoga anakanda kami berjaya hendaknya.Ameen.

 

Being a parent,Struggle is a real case story!Takde yang semudah A-B-C.Semoga kita para ibubapa diberi kekuatan & kesabaran meladeni kerenah anak masing2.Marilah kita berusaha bersama anak2 kita jika nak tengok mereka berjaya serta doakan yang terbaik selalu dunia & akhirat.Selalu pesan pada AIN & AUNI, orang yang berjaya adalah orang yang jaga SOLATNYA.Kejar ALLAH, ALLAH berlari mendapatkan kamu..Trust me, its real!

 

 

 *semoga Ain,Auni & Adeeb jadi anak berjaya didunia hingga akhirat.

 

08 October, 2014

Sabar!!!

Beranak tiga
Full time working mom
Maidless
What to expect?

Hidup sgt hectic
Dari pg smp ke mlm
Kelam-kabut menguruskan anak2

Balik opis mengadap kerenah ank2
Kalo ikut penat mmg x laratlah
Tp ttp layankan aje
Demi ank2.,

Gaduh
Berebut mainan
Berlawan ckp
Berlawan kalah menang
Hoiiiiii stress kdg2 tuh

Tapi cpt2 istighfar byk2
Anak2 itu amanah Allah
Jgn cepat naik darah
Nak didik anak bukan lg valid dgn naik tgn
Namun kdg2 ada jgk secubit dua singgah kat kaki tgn anak
Geram punya pasal


Ada anak sedang membesar
Byk sgt soal jawab
Ada anak kecik bwh setahun
Adoikhhhh..kena sabar 7-8 tingkat
Kena ada energy super power

Tgh melasak sgt,aktif
Tak terikut kdg2 tuh
Penat nak mengejar dia naik turun tangga
Masa tgh melasak nih
Mmg kena lebih alert
Safety first!
Kalo jd apa2 tak menyesal kemudian hari

Ada org tanya
Takmo beranak lagi?

Ada dua jawapan dua keadaan
Kalo ikut penat,ikut tak larat
Mmg tak ler rasanya
Wpun takde merancang apa2 setakat ini

Tapi kalo ada,Allah bagi
Siapa kita nak tolak rezeki

Allah bg rezeki anak byk
Sbb Allah yakin kita blh jaga amanahNya
Jadi kena redha byk2

Anak itu lahir bawak kantung rezeki msg2
Sbb itu bila anak itu lahir
Atau sblm dia lahir lg
Rezeki kita lain mcm murahnya
Tk percaya?

Percayalahhhhhh.....

Apapun aku sdg byk belajar
Nak jd ibu yg byk sabar

Lebih rajin melayan anak2 hatta bertanya
"Sofa tuh sapa yg buat mama?"

Ataupun soalan lg tragis
"Nape Auni takde abang?"

Dan kena lebih fit
Nak jaga 3 kanak2 yg sedang membesar
Ibu kena sihat,tak blh jatuh sakit kekdahnya
Gituuuuuu!!!!




11 March, 2014

Tiada paksaan!

Sebagai ibubapa islam
Mendidik anak tentang tatacara hidup sebagai muslim
Bukan semudah memetik jari

Anak yang sedang membesar
Bertanya 1001 soalan
Bila disuruh ikut solat
Bila disuruh mengaji
Bila diasuh untuk berpuasa
Bila dididik menutup aurat

Ain mula bertudung ke sekolah tahun lepas
Tiada paksaan dari aku & papanya
Aku hanya bg galakan
Beli tudung yang selesa utknya
Semuanya berjalan dgn baik sehinggalah malam nih
Aku pesan dgn dia,pakai elok2,jgn buka2,

Dia bagitau dia takmo bertudung esok
Katanya kawan2 ada yang kejap pakai kejap tidak
Aku & papanya pandang satu sama lain

Inilah dilemanya
Aku dulu pernah jugak merasa yg sama
Pemberontakan & krisis identiti
Dulu zaman muda
Teringin nak sarung itu-ini
Teringin pakai apa yang kawan pakai
Nak itu
Mahu ini
Jenuh mak berleter
Tapi tetapppppp..degil!

Jadi malam ini
Tetap iron tudungnya macam biasa

Bagitau pada Ain
Mama iron tudung macam biasa
Esok tghr Ain pikir dulu
Samada nak pakai tudung @ tak
Mama takde esok
Ain buat keputusan Ain sendiri
Dulu mama & papa tak pernah paksa Ain bertudung

Tapi tudung dituntut dalam Islam utk tutup aurat
Orang yang tutup aurat Allah sayang
Dan kali nih pun mama & papa tak nak paksa Ain jugak
Ain dah besar
Mama hormat apa pun keputusan Ain

Toleransi masih jadi asas didikan kami
Lagipun paksaan takkan membawa ke mana


Mama doakan yang terbaik utk kamu
Semoga kamu ada keputusan yang baik esok

Sayang kamu ketat2!!

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...