Showing posts with label emosi terganggu. Show all posts
Showing posts with label emosi terganggu. Show all posts

19 May, 2026

Ujian menunggu & pelan jangka pendek Aidiladha

Kereta yang kami order sejak awal April 2026 masih belum nampak bayang lagi
Tau tak apa rasanya skrg?
Sumpah PANIK!!

Raya Haji insyaallah jika panjang umur kita adalah pada 27/5/2026
Hari ni dah 19/5/2026
SA as usual-bila tanya dia respon ayat selamat dia semedang
Sebelum raya blablabla..
Dia tak tau ke betapa kecutnya rasa perut aku 
Kurang lebih ada 8 hari kami nak balik kg

Cuti raya pun aku x submit lagi
Sebab tiada kepastian
Tak tau samaada ada ketanya atau tak?

Orang kata-insyaallah ada rezeki tu
Tapi being mak2 be like
Aku tak nafikan 
Fasa bertenang2 ni takde dah di hari ini
Tapi fasa nak mengamuk pun xde mood jugak
Sbb pointless mengamuk bila mana still ketanya x dpt jugak
SA tu bukan CEO,dia pun menunggu jugak
Cuma tu lah kesilapannya adalah menipu
Kalo sejak awal dia x menipu,aku xdelah rasa nak mengamuk sgt

Sekarang aku mengambil pendekatan
Ada rezeki-adalah kan..
Takde rezeki-kita sambung tunggu lepas raya
Kalo keta dapat lepas raya
Memang aku ada solid reason bambu SA aku kaw2

So buat masa sekarang
Tarik nafas dalam2
Take my sweet time
Ada masa ko kena buat gila jugak sekali sekala
Tapi pastikan timingnya sempurna

Sekarang nak push beria pun x guna
Dah janjinya sebelum raya
Kalo ikut kalendar
Sebelum raya tu pada 26/5/2026
So banyakkan bersabar menunggu 26hb

Kalo keta tak kuar
Memang beraya di rumah ajelah
Khamis/Jumaat aku masuk keja 
Sabtu-Selasa (2/6/2026) cuti panjang kan
Mungkin Ahad aku akan balik Terengganu
Tinggal Ain/Adeeb sama adik aku
Bawak Affan & Auni sahaja
Kami kena hantar Auni balik Kuala Berang
Auni ada kem 2/6 di SAHUT
Aku jadi x seronok kalo x htr Auni
Sebab lambat plak dapat jupe Auni semula

Sungguhlah,kita dah buat apa yang terdaya
Selebihnya kita serahkan kepada Allah swt semata2
Tiada daya & upaya kita
Allah swt Ya Baariq yang maha mengatur hidup kita

Sabar itu separuh dari iman kan?











15 July, 2025

R.E.L.A.P.S.E.D

Pagi2 ini aku dikejutkan dengan whatsapp dari abangku yang ke-2
Beliau merupakan pesakit kanser NFC (Nasopharyngeal cancer (NPC) sejak tahun 2020.

Berkahwin & punya 3 orang anak2 yang masih kecil.Yang sulung baru 6 tahun,belum pun masuk sekolah aliran perdana.

Berita pagi tadi menyatakan bahawa abangku relapsed semula kansernya.Pada tahun 2020,stage 3,dan menurut onko IKN macam merebak & pastinya telah berubah ke stage 4.

Sungguhlah aku terpaku membaca kandungan whatsapp tersebut.Aku rasa numb!Aku tak tau ayat apa nak aku karang yang boleh membalut sayu dihati abang atau yang boleh memujuk aku untuk redha.Aku sendiri rasa sedih apatahlagi abangku itu.

Aku yakin ujian Allah swt tiada satu pun yang sia2.Pasti ada hikmah disebaliknya.Kehidupan kita tidak selamanya immortal-suatu masa kita bakal dipanggil balik mengadap ALLAH swt.Tiada sifir yang sihat tidak mati dan juga yang sakit pasti mati.Sebabnya kita sumer bakal jenazah,bakal dipanggil bila waktunya tiba.Tak kira samada kita sedia ataupun tidak.

Aku perlahan2 merasakan bahawa,penyakit hanyalah asbab kematian.Sedangkan kematian itu adalah pasti buat semua yang hidup.

Aku berdoa semoga Allah swt mempermudahkan urusan rawatan buat abangku,dipermudahkan urusan mereka sekeluarga melalui ujian yang maha getir ini.

Insyaallah selagi namanya adik beradik,cubit peha kiri,peha kanan terasa peritnya.Kami akan selalu menyokong,membantu  dengan apa sahaja kemampuan yang ada.Bertahanlah abangku,anak2 masih perlukan ayahnya.








20 December, 2023

Sentap+Emo seorang isteri

Bila selama ni ko selalu buat yang terbaik untuk orang lain,ko jadi expect benda2 terbaik orang buat untuk ko
Bagi ko,ko beri pakaian terbaik utk anak2
Bawak makan pun tempat yang ko rasa baik,anak2 enjoy,makanannya sedap,kena tekak,sekali- sekala aku belanja anak2 ke fine dining,steamboat,
Tak berkira berapapun duit yang bakal lebur
Sebab apa,sebab ko nak belanja orang2 yang ko sayang

Tapi semalam rasa kecik hati
Rasa sebal geram yakmat
Beria bersiap katanya en papa nak ajak makan
Alih2 makan kedai ntahapapaapa rasanya
Masin,x semenggah dengan tempatnya
Sebab ko lapar,telan jugaklah makan

Dan bermulalah episod emo- silent treatment mak ko
Sungguhlah berasa hati
Sekali sekala melayan anak bini
Apalah salahnya make an effort sikit
Bukan selalupun melayan makan beria
Selalunya memang 24/7 aku memasak aje kat rumah
Nak g keja 5.30am dah menyembah dapor
Balik keja,cabut tudung masuk dapor semula
Sabtu/Ahad lagilah asik memasak aje x berenti2

Umur dah makin banyak ni
Cepat sangat sentap pon lagi2 bab makan
Sebab apa,sebab kita expect lebih
Kita expect orang buat lebih baik dari yang kita buat
Bukan kisah tak berduit,tapi kisahnya takde sensitiviti dengan kehendak isteri dan anak2

Bukanlah kata tak bersyukur
Tapi macam ayat aku diatas
18 tahun kawin,belajarlah makes an effort
Bukan perlu candle light dinner pun
Tapi berbagilah sesuatu
Bukan menerima aje semedang

Aku ni kalo nak pg makan mana2 yang aku rasa nak belanja anak2,aku study dulu
Siap baca review kedai mana sedap
Kedai mana menarik,waze pun aku cek jugak
Sebab apa-itu maksud aku efforts tu penting
Bukan main tangkap muat aje

Semalam saje takmo suggest mana2 kedai makan
Sebab kita expect dia tau kedai mana best nak bawak anak2 makan
Lagi2 sekali-sekala anak2 asrama kami balik 

Manalah aku tak emo
Sungguhlah geram sesangat
Susah orang takde common-sense ni
Ikut sangat idea tangkap muat dia tu

Aku mmg macam ni
Aku emo-aku senyap tak berbunyi
Memang ko akan tengok betapa heartlessnya aku bila aku emo
Tapi emo aku tak menyusahkan orang
Aku buat keja aku macam biasa
Cumanya jangan expect aku ok secepat 24jam
Aku amik masa untuk heal myself
Jangan provok aku sewaktu masa bertenang ni
Ko tak tau betapa besarnya kemusnahan bakal berlaku jika ko provok aku time macam ni

Ko saba jap!



So moral of the story
Lower your expectation

Ko nak makan apa2 yang sedap
Sila heret Ecah pg makan
Lepas tu meraban together2
Gitttewwww!!







03 October, 2012

perancangan & halangan

mengikut perancangan awal
aku & family bersama adik & mak
akan bertolak ke Kuching pada 12/10 nih

tapi keadaan kesihatan adik aku
yg masih bertongkat itu
serta keadaan kesihatan mak
yang merosot sedikit
dgn batuk & demamnya
batuk yang seperti tak nak reda langsung
buat aku sgt susah hati!

aku doa banyak2
smg dalam seminggu lebih nih
mak & adik beransur pulih
kalo boleh taknak sesiapa pun yang menguzurkan diri last minute
setelah beria plan itu & ini dari awal lagik

permudahkan ya Allah
berikanlah kesembuhan kepada kedua-dua mereka



*a bit down !

14 March, 2012

lepas GERAM !!

im need spa treat :))



kadang-kadang memang kena lepas geram jugak
baru rasa release tension

semalam balik keja
sudahlah lambat
sampai rumah lambat
hujan pulak tuh
badan lesu , tgh senggugut x hingat

malas nak masak dinner
ingat nak tapau makan kat kedai aje
boleh pulak auni mengamuk x bagi aku turun keta
aku plak x leh nak trn keta nak kelek auni tgh hujan2 tuh
dahler kawan tuh batuk, flu bagai
suh lohkong pg
lohkong pulak xmo pg - alasan pakai kain pelikat aje
bila suh pg kedai beli barang- elok plak pg nya..
xde lak  complaint pun pasal kain pelikat tuh
sgt alasan disitu !!

menyakitkan hati sbb balik tgh sakit itu-ini
kena mengadap dapor & memasak lagik
hanya boleh makan kul 930pm

masak campak2
malas nak melayan anak2
makan cepat2 naik atas mandi
lepak dlm bilik hadap novel
hempas pintu-kunci pintu
puas hati !!

anak menangis, anak melalak
biar lohkong hadap
aku dah x kuasa
sakit badan x sama dgn sakit hati
sakit badan , makan ponstan boleh baik
sakit hati- ubatnya hanya masa shj

sekali-sekala biar anak2 kecut perut tgk mama diorang mengamuk
sekali-sekala biar lohkong tau
wife dia pun ada angin jugak !

mujur x melarat smp pagi
walaupun aku mengamuk jugak dgn si ain
yang  merengek2 tak sudah2
mmg stress bila sampai masa PERIOD ini
mood ke laut  !

dont mess with me today
im totally not in good mood

+____+

13 March, 2012

kesal + sebal :(





my soul :)


definisi selamat bagi aku
terutamanya yang melibatkan anak2 aku
dan ini mmg jadi guideline asas aku sejak ada anak


RUMAH


-jangan main benda2 tajam
-jangan main di kawasan dapor terutamanya
-jangan main dalam bilik air- takut jatuh licin
-jangan main di kawasan yang aku x nampak
-jangan main tangga/jangan main panjat2
-jangan main suis elektrik
-nak main depan laman-make sure pagar berkunci




surely suara aku bergegar satu rumah bila tgk anak2 buat perangai maha pelik gini


PUBLIC AREA


-jangan mimpi nak biar anak jalan merata sorang2 -kena pegang tangan mama/papa- pegang baju mama kalo mama tgh dukung adik
-jangan harap nak pg tgk satu tempat lain tanpa mama-papa
-nak main playground pun-mama akan join sekali naik buai/tggu bawah slide-jangan mimpi nak pg main dgn anak jiran sendiri2 tanpa aku  @ pengawasan orang2 tua
-pegi kedai/pasaraya- aku akan pastikan anak akan sentiasa dkt dgn aku/ dok dlm troli @ stroller.( biar org pelik tgk mama sewel terjerit2 as long as anak aku behave )
-anak nak pg rumah jiran pun aku tak percaya...kena tgk jugak sampai ke tidak ?
-jangan sesekali tggl anak2 dlm kereta walau sekejap-never-never-never




aku tahu mungkin ada few things nampak over protected
tapi pedulikan orang kata apa
inikan anak aku..aku yang susah payah mengandungkan dia,
besarkan dia sampai cerdik macam skrg
biarkan dia menangis skrg
as long as aku x menangis nanti


never jeopardise your kids safety
we never know what will happen
we never know the strangers out there
samada mereka betul2 baik @ tidak


pendek kata its a good things
utk belajar tidak percaya pada sesiapa pun even anak kita


zaman sekarang takkan sama dgn zaman aku membesar dahulu
dahulu- mak-ayah aku x kisah lepaskan aku main bebas
x payah bertunggu tangga pun kalo tgk aku main kat playground
dulu xde lagi jenis manusia yang xde hati perut macam skrg
yang buat nyawa manusia macam nyawa nyamuk
suka2 bunuh..suka2 hati je buat macam2


maaf entry sedikit emo*
terkesan dgn berita kematian adik di johor tuh
kehilangan selama 12 hari dan diakhiri dgn penemuan mayat rentung




ya Allah
manusia makin kejam dan makin hilang nilai kemanusiaan
smg Allah memberi seberat2 balasan atas kekejaman dia pada arwah itu
this is very sad story
dan menjadi iktibar utk aku & mungkin jugak ibubapa yang lain




al fatihah utk arwah
serta takziah utk keluarga mangsa terutama ibu & ayahnya
tempat arwah sudah pasti disana nanti
syurga jaminannya..




kita..wallahhuallam!!





17 February, 2012

Ain & her tonsil problem :(

semalam petang balik keja
mengadu nak telan air liur x boleh
batuk non stop
dan mula demam

bawak klinik jupe GP
as usual penyakit tonsil bengkak

ain & tonsil
masalah biasa sejak 2 thn lepas

GP suggest utk buang aje
aku pulak yang ngeri
anak aku baru 6 tahun..
rasa kalo nak buang pun tahun depan kot..masa umur dia 7 tahun

sian dia!!

tapi kalo x buang lagi sian!!!
hari ni dah ponteng tadika seharik.


pic : google
 ada sesiapa yang pernah buang tonsil?
tetiba nak tahu macammana rasanya..

dalam masa yang sama
akan merajinkan tangan google jugak
so kena prepare mental+emosi
sblm hantar anak ke OT room

sayang anak weeiiii!!

28 January, 2012

Accident dgn seekor anjing :(







kesian si putih ku ini :(






kronologi :-


seekor anjing dewasa dok tgh divider
teragak2 mahu melintas jalan
at time keta bergerak mmg confirm anjing tuh di tgh2 divider
ntah masa mana dia menuju ke jalan 

x sempat nak elak
terlanggar anjing itu
mujur anjing tuh x bleeding
keta dipandu 40km/j
kemujuran lagi satu anjing tuh boleh bangun & berlari ke seberang jalan

dan ini yang terjadi pada keta 
no plat patah
dan bengkok body kit sebelah bawah

apapun sgt menyesal
kalo apa2 terjadi pada anjing tuh
sure lebih rasa menyesal


#kesiananjingitu




16 January, 2012

not a good start for a week :-(

smile through hard time,even thought its doesnt seem to get any better ,
cause a smile is first step to fixing things.


banyak sebab x best hari ni

 #1- Auni demam dr semalam..sepanjang malam merengek & aku pun jadi x cukup tido..dah kejap2 bangun tgkkan dia yang merengek x habis2 tuh..W/pun Auni demam, aku x cuti pun tgk dia..so far pagi tadi lohkong dah bagi ubat demam & tadi aku dah roger taska utk bagi ubat lagik tengahari ni & mandikan dia..by 130 lohkong amik..hopefully x melarat demamnya..kalo tidak confirm aku EL esok..huhu

#2-Walaupun kuar rumah bukan main awal..aku still sangkut jammed di Kinrara...sampai opis lewat lagik!cis bedebah betul!!

#3-as usual...mood keja hari Isnin--ke laut :(

#4-apasal ramai sgt Big Bosses  datang hari ni...serba x kena nak mengular masuk pantry...mmmmm..

#5-x rasa excited pun w/pun gaji bulan ni awal..sbb tau at the end mesti sangap nak menunggukan next gaji pulak!!


rasa macam nak amik half day
x sanggup nak tggu sampai petang

teringatkan si auni...

rasa menyesal x cuti dr pagi tadi..if not takdelah rasa huru hara macam ni,,teringatkan anak sakit!!

cepatlah masa berjalan :(

14 December, 2011

bapak borek anak rintik?


jangan salahkan anak2 buah

- kalo x produktif

- kalo x komited

sedangkan sejak sejam setengah yang lalu

dia tiada di tempatnya

"beginilah kata orang2 tua"

"bapak borek anak rintik"


jangan suka menuding dari pada orang lain-kerana 4 lagi jari yang lain menunjuk semula- menuding pada diri sendiri-

picca: google!


mode : lepas geram pada blog sahaja 2 harik nih..

peace  ^.^

16 June, 2011

im hate this feeling!!!

sometimes im felt not fair to both of my kids
i have to left them at home
while both of them falled sick

auni mula demam isnin lepas - sampai pg ni x nampak gaya nak kebah
makan ubat turunlah temp..then few hours naik mendadak tempnya..
semalam aku dah EL bawak auni ke Tawakal jupe paed
sbbnya usually kalo auni demam lama..aku akan ke tawakal & paed akan bg ubat lain
selalunya serasi dgn ubat tuh
tp smp pg ni..kul 5am td temp 38.5
so aku sedikit susah hati

ain pulak pg2 ni masa  en papa kejutkan utk bangun mandi
terasa badan dia panas..demam jugak!
check temp 38.5 jugak
so bagi ubat demam siap2

aku ikutkan hati mmg aku nak ponteng keja
sbb kesiankan mak menjaga dua budak yg demam ni
tp memikirkan semalam baru aje EL..nampak macam x kena memanjang monteng pulak
aku kuatkan hati pg jugak keja
wpun anak2 menangis secara berjemaah pd td
sayu sgt2 hati ni

meleleh2 air mata
nak melangkah keluar rumah
im really hate this feeling!!!!!!!!!!!

kalo org tanya mana lg penting anak @ kerjaya
anak lebih penting dlm mana2 listpun..itu aku x nafikan
tp dalam masa yg sama periuk nasi pun kena jaga jugak
susah nak elaborate situasi aku skrg
hanya org yg mengalami aje yg boleh faham

esok kalo auni still demam means  sabtu kena bwk ke TH semula
sbbnya paed nak jupe semula sabtu ni kalo still demam
will run for blood test again.

dah lama auni x kena prolonged fever macam ni
susah sgt2 hati aku sbnrnya
track record auni sgt baik sejak nov tahun lepas
malah paed puji sgt2 semalam
setakat demam sehari dua then kebah
tp kali ni..rasanya..was'nt a good sign

tapi siapalah aku kan..
nak menidakkan setiap satu dugaan Allah
smg setiap apa yg berlaku tersembunyi 1001 rahmat disebaliknya

cuma kali nih aku berdoa2 banyak
smg demam auni x melarat
x melibatkan segala sistem respirasinya
bukan broncho-pneumonia/pneumonia berapa degree pun..aku x nak dgr
bukan lung infection..
aku sgt takut bab2 itu!!

tapi w/apapun..aku xde daya menolak ketentuan dia

lil auni..kak ain
smg kamu berdua cepat2 sembuh


auni last Nov -Tawakal Hospital due to pneumonia --may this will be last !!

 mode : im down!!

26 January, 2011

My global issue-any single tiny things about my kids..


aku tau aku sgt fussy
lebih2 lagi melibatkan hal anak-anakku
dan mencari seorang yang betul2 amanah utk menjaga anak2ku sepanjang ketiadaan aku semasa pg bekerja
dan ianya merupakan isu paling besar bg aku
my global issue..ok


auni mula duduk di taska sejak berusia 61 hari
means habis pantang terus duduk di taska
aku mmg xde complaint lgsg pasal taska nih..
ownernya boleh lebih kurang-sgt amik berat pasal anak2 aku
pernah jadi tukang jaga auni malam2 bila aku kelam-kabut mendapatkan surat GP utk htr auni ke TH masa auni kena HFMD dulu..so mmg aku xde isu dgn taska

tapi sejak paed auni di TH suggest spy auni x terdedah pada taska
dikhuatiri yang auni senang terdedah pd penyakit disebabkan alerginya
aku mula mencari seorang babysitter
dan pencarian ini hanya melalui mulut ke mulut 
akhirnya bertemu seorang babysitter Kak XX

aku & en papa amik keputusan utk bertemu 4 mata dgnnya
yes,dia x jaga anak sapa2 pun
mempunyai 4 org anak
fully housewife-keadaan rumah bersih & teratur..di sebuah flat lama..
dr segi kaw persekitaran--creepy & agak kotor jugak!!
tp bila dia mula inform ttg yuran bulanan..do & donts
aku sedikit rasa cuak..@ paranoid
tp x terluah dgn kata2..

bila aku bertanya  en papa ttg pendapatnya
as usual bila melibatkan isu anak2
en papa menyerahkan keputusan spnhnya pada aku
ikut hati aku sgt berat hati ..
ikut rasa aku hanya nak auni duduk di taska lamanya
di tempat yang dia selesa bermain..explore zaman kanak2nya.
bukan di tpt rumah org yg terhad ruang lingkupnya.

aku merasakan naluri seorg ibu berkata TIDAK
aku dpt bayangkan betapa seksanya meninggalkan anak yg berusia 17 bulan pada orang yg begitu asing pdnya..b/mana dgn kesan emosi pdnya..itu yang paling aku takutkan


tp memikirkan aku perlu buang itu jauh2 demi  seorang anak
aku mungkin harus CUBA utk sebulan...tgk keberkesanan teori seorang PAKAR KANAK2.
tp dlm hati aku masih penuh sangsi..masih penuh rasa x sedap hati..

aku paranoid kan...betul kan??

say it loud..YOU ONLY PARANOID ,Lynn..


kadang2 sbg mama..aku hanya mahu yang terbaik
sbg mama aku rasa aku perlu buat sesuatu & korbankan sesuatu yang aku x mampu
kuatkan hati...bulatkan tekad..smg ada jalan penyelesaian pd setiap satu kekusutan

aku hanya berdoa pada ALLAH
smg auni selesa bersama pengasuhnya
smg auni  x meragam  & x menyusahkan org
dan smg pengasuhnya bertanggungjawab atas amanah yg diberikan..
dan smg kekusutan fikiran aku cepat terlerai hdknya
duit ringgit boleh aku usahakan
tp mencari & menyediakan keselesaan seorg anak kecil yang x mengerti apa2
merupakan isu global seorg mama ini..

kdg2 terfikir 'alangkah baiknya berada dirumah menjaga anak2 "
tp x semua yang kita mintak akan dpt kan...

ya allah..permudahkanlah & tunjukkan jalan keluar pd kekusutanku ini..amin..!!

























11 January, 2011

alah demam je kan?

ayat seorang teman _kalo boleh ku panggil teman

"alah demam je kan ?

ko apa tau ..ko x rasa apa yg aku rasa

auni demam x serupa org lain
dia akan bermula hanya dgn flu jahat tuh
dan akan berlarutan dgn demam panas mendadak
dan akan mencukup pakej dgn sessi batuk2 kokol & sessi muntah 7-8x satu malam
belum lagik dgn refused feeding.eating..dan mari penyakit lelahnya

dan kalo nasib x baik
akan berakhir dgn IV line di tangan halusnya
dan silih berganti jarum suntikan amik darah..amik sample itu & ini
kasihan anak kecil ku..
dan berkampung seminggu di paediatric ward due to Pneumonia 2nd degree
dan itu yg auni lalui sejak setahun yg lalu

dan wajarlah aku merasa sgt risau bila auni mula flu
flu sahaja dah buat aku melutut menangis berdoa pd Allah
smg flu auni cepat2  pergi..cepat2 kering

auni mengidap penyakit yang related to cold symtom allergy
dan penyakit ini dikenal pasti sejak dia 3 bulan
dan flu merupakan musuh utamanya
sampai sekarang auni masih menelan ubat allergy
bersilih ganti dgn ventolin & flixotide
dan tak tahu bila akan berhenti sumer ubat2 nih

aku tau ramai yg bertanya kenapa x cuba secara alternatif
banyak pro & cons
skrg auni fully observed oleh 2 pakar-1 paediatrician di TH  & pakar ENT

tp hari sabtu nih i/allah
aku mahu membawa dia menjalani rawatan alternatif lain " homeopathi di bangi"
mana tau ada rasinya..
doakan keajaiban di situ :)

hari ni aku titipkan auni di bawah jagaan mak
dgn 1001 doa smg demam x melarat
dan dia x meragam lantas menyusahkan mak
smg dia mahu makan ubat..smg itu..smg ini
alahai terlalu banyak doa aku!!

"geram sungguh bila dgr ayat diatas itu..ko takkan tau sehingga ko rasa apa yg aku rasa"

dan kdg2 terasa hati & jauh hati bila org asyik judged betapa emonya aku..

apa ko susah..aku emo ke apa ke..itu hak aku..
hanya aku yg susah-payah berjaga malam menjaga anak kecil yg jatuh sakit..
dan hanya aku yg berhabis duit-ringgit demi seorang anak..
dan cuti yang aku ambil mmg hak aku..kalo smp terpaksa amik cuti tanpa gaji pun x kan luak gaji ko walau sesen..
so pls shut up!!

bercakap mmg senang..tp utk melalui 24jam pun ditempat aku
aku yakin ko takkan mampu kawan :(

auni,cepatlah sembuh sayang!!mama xmo auni sakit melarat2 smp ke katil hospital lagik!!




**maaf belum smpt menjawab komen kwn2!!i/allah malam2 nanti..sdg bermuram-durja :(

10 January, 2011

dugaan allah pada seorang mama & mama ini takkan mengalah walau seinci..semoga Allah jua yang menemukan jalan keluar pada setiap ujianNYA,,amin

tajuk entry sedikit *emo*
tgh sedikit serabut,,dan tgh sedikit risau ..dan termenung panjang

auni mula flu 3 hr lepas..dan demam sejak 2 hari lepas & kini melengkapkan pakej dgn batuk pulak..
and its not a good sign*..

hari nih terpaksa amik AL sbb membawa auni ke ENT specialist 
pg2 buta 730am dah terpacak di tangga klinik pakar
itupun agak susah nak mengejutkan auni
sbbnya dia x nyenyak tido malam td..dia demam..dia flu & pg nih batuk pulak..
so sgt2 kesian nak mengejutkan dia..

cukup menyampah terpaksa dgr org2 tua berbangsa cina & hindu yg berebut no angka giliran
macam haram!!kalah budak2 tadika...
lgsg xde  sivik minded betul!!

jupe doktor..check telinga auni
both side nampak swollen kata doktor..

amik ko..doktor perscribe antibiotik smp 3 botol..ini jenis azythromycin
kena habiskan..ubat telinga..ubat demam..

lemau ler auni..
next 31-1-2011 ada TCA lagik

apapun smg auni cepat sembuh
kesian sgt2 kat dia..

apalah tuah auni ni agaknya..
allah aje yg tahu!!







* sedang berusaha utk mencarik babysitter..auni mmg alah nursery ..baru 2 hari di nursery dah mula flu..so aku mmg xde pilihan lain..smg bertemu dgn org yg btanggungjawab & amanah hdknya..i/allah..















03 December, 2010

hari nih mood x baik !! ke laut ok :(


x elok kan kalo mood pg2 jumaat swing kan
tp inilah yg aku rasa
gara2 sikit hal yg berlaku mlm td
kdg2 bila kita bercekau  bergaduh with other half
kita bukan expect sumer back to normal
but pls.. accept the mistake & say sorry!!

aku nih bukan jenis keras hati sgt
hard outside-melt inside ok!!

tp bila sedikit hal kecik yg diperbesarkan
smp kita sedikit terasa hati
nak pg keja pun rasa x best!!

bila dgr Hot FM..rasa nak marah pun yea jugak!!
pg ni otw ke opis
ada sorang lelaki yg menyesal menceraikan isterinya
merayu2 utk diterima semula
siap mintak pendapat bagai dlm radio!!

agaknya org lelaki wat keputusan guna otak kat kepala lutut ke?
kan dah menyesal x sudah........
alahai.........lelaki !!

abaikan repekan org macam aku pg 2 nih..
mood ke laut........:(

jangan ada yg mood huru-hara swing macam aku lak
smg happy2 sokmo


weekend is around the corner!!smile :-)

*ini blog peribadi,sekadar mencatat sedikit luka buat peringatan masa akan dtg ..

25 November, 2010

allah sayangkan aku..dia tak berhenti menguji aku!!aku redha ya allah ..doakan aku tabah!!

dalam aku sibuk mencari pelbagai alternatif lain
untuk mengubati penyakit auni
malam tadi auni sesak nafas..batuk non stop & aku perasan yang telinga kirinya mengeluarkan cecair macam nanah & busuk baunya
malam td aku x berapa nak tido
auni macam sesak nafas berulang kali
aku lak rasa macam nak putus nyawa tgk anak mcm tuh

pg2 tadi aku & en papa
amik keputusan bwk auni ke tawakal semula jupe dr b.kishore
sblm tuh pg amik refer letter kat panel klinik
dr naza di panel klinik
dgr lung dah start wheezing
check left ear..dia kata mungkin OTITIS MEDIA..
aku bile dgr aje......terus hint to Pneumococoal..
sbb aku mmg selalu membaca ttg pneumococoal

g Tawakal hosp..Dr B Kishore
sinced last treatment she 's still x okey
i must admitting her again tdy
masuk ward kul 11.45am
terus check darah..amik x ray utk lung
dapat result confirmed pneumonia,otitis media infection

doktor run antibiotik 12jam sekali
nebulizer setiap 4jam
ubat titis telinga setiap 6 jam
ubat nasal drop setiap 8 jam
singulair oral utk cairkan kahak 1x utk malam shj

dan aku............wpun sedikit susah hati..sedikit rasa sedih..sedikit rasa penat
aku rasa lega bila auni dah mula dirawat secara berkala macam tuh

esok aku akan pg keja
hari nih terpaksa EL jaga auni di ward
esok,en papa take over jaga anak di ward
esok nak melayan org fussy sgt ttg kesihatan anak aku
kalo dia tanya lebih2..confirm aku akan bahan kaw2 esok..
aku ni manusia ada hati..tiap kali ko mengata anak aku
takkan ko nak aku senyum lak..kan??

hati..tabahlah hdknya
mungkin ini dugaan Allah pd hambanya
jiwa..kuatlah ngkau
demi untuk anak terchinta
semoga bila auni besar
dan membaca coretan ini
dia akan tahu betapa mama & papanya
terlalu menyayanginya tanpa batasan!!

x tau insuran auni still boleh tampung @ tidak
dah malas nak fikir......as long as auni sihat
asalkan auni sihat...duit belakang cerita
duit boleh cari...i/allah sentiasa ada rezeki utk anak2!!

kawan2.........doakan auni yea..
jangan bosan membaca entri auni & hospital yg x berkesudahan
aku x kan bosan bercerita sbg catatan masa akan dtg
biarlah anak aku x rupa /sihat mcm anak org
asalkan dia anak aku..darah-daging aku..

smp mati pun aku akan berusaha utk kesihatan dia
selebihnya terletak pd ALLAH..
sakit & sihat itu kurniaan ALLAH kan?


Auni Irdina fresh from my womb last 17-8-2009..she always my lil angle & im rather die for her!!mama loves you so much,sayang..





utk auni,semoga auni cepat sembuh..mama & papa & kak ain syg auni..mama kesian tgk auni asyik kena cucuk sana & sini..mama janji pd diri mama..mama akan cuba usahakan yang terbaik utk kesihatan auni..insyaallah..auni kena kuat ok!!



















23 November, 2010

auni is getting better & hati yang sedikit terusik :(

antara alasan untuk tersenyum
antara sebab untuk bekerja dgn senang hati pg nih
dan antara faktor bangun awal tanpa terpisat2 pg nih

syukur..stlh hampir 2 minggu menangani auni
yang x sihat..bermula dgn demam+flu+batuk sejak balik bercuti deepavali
berlarutan ke AGE smp warded 2 hr  hingga terkena acute broncholitis 5 hari lps
aku tgk auni makin sihat pg nih
dah mula buas mcm selalu
dah mula aktif & bermain sama kak ain & sepupunya Alya

lega sikit rasa hati aku
aku x putus2 berdoa smg auni x jatuh sakit semula
aku x kisah pun apa org kata
anak aku memanjang sakit..ikut suke ler apa org nak kata
aku yg  bersusah payah anak aku sakit
amik cuti tanpa gaji
x tido siang-malam berjaga anak
x mintak duit ringgit sapa2 pun..
x menyusahkan sapa2 pun

kadang2 mulut manusia nih macam longkang..busuk..jijik
suka2 mengata itu-mengata ini
x sedar yang penyakit/ujian itu dtg dr ALLAH
sapalah kita nak menolak ketentuan DIA

Allah menguji hamba yang DIA sayang
Dia nak bagi kita pahala percuma
nak tgk kita redha ke tak dgn ujian kecil drNYA
dan Allah menguji hamba dibwh kemampuan

bagi aku dr sibuk mengata hal anak aku
betterlah doakan anak aku
spy sentiasa sihat hdknya..ko pun x susah hati nak jaja hal anak aku
sekurang2nya ada gak pahala percuma kat situ

tak baik bawak mulut mcm tuh
aku bukan nak mendoakan yg x baik buat ko
tp kdg2  aku rasa selagi ko tak kena
ko takkan rasa apa yg aku rasa!!
what you give you get back!!

setiap ibu mmg mendoakan yg baik2 utk anak dia
nak anak sihat..anak cerdik..anak bijak..
takde ibu yang mintak melalui saat dimana anak2 mereka akan jatuh sakit
akan terlantar kat hospital
begitu jugak aku..seorang ibu !!

aku x tau org lain
aku cepat tersentuh kalo tahu ada anak kwn2 yang sakit..yang masuk hospital
sbb aku tau betapa sayunya hati kita sbg ibu
bila anak kesayangan kita sakit
wlu x sempat nak menjengah ke hospital melawat sekalipun
dr jauh aku xputus bertanya khabar
aku titip doa ikhlas smg anak itu cepat sihat & menyenangkan hati ibunya
aku sgt concern..biarlah anak org pun tp rasa hati sbg ibu tuh
aku rasa mcm anak aku sndr
kdg2 baca blog mummy yg kisah anak2 sakit
aku yg over sayu..menangis berderai2..ituler aku
sgt sensitif ok..

jadi utk itu
aku rasa x perlulah kita mendabik dada
menceritakan hal anak org..jaga anak masing2
dan tak semestinya anak ko yg sihat takkan jatuh sakit satu hari nanti

Allah itu maha Adil kan :)


Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...