Showing posts with label Adilynn. Show all posts
Showing posts with label Adilynn. Show all posts

06 August, 2026

Percaya tak isteri itu ada DAULAT-nya?

Aku ni dah berkawin selama 21 tahun
Jadi ada beberapa kisah antara suami & aku
Yang buat aku percaya 
Isteri ni ada DAULAT-nya
Aku tak 100% percaya tetapi banyak kisah terjadi samada tidak sengaja @ kebetulan mengesahkan apa yang aku rasakan

Semalam aku pulang dari kerja awal dari biasa
Kebetulan aku bekerja diluar maka dapatlah pulang awal selepas selesai kerja luar tu
Lunch dgn husband kat SR Old Town PJ
Aku dok craving nak makan Vietnam Mee

Yang dimimpi2kan -Vietnam Mee SR 

Aku pun xtau apa aku order ni.Latte ke apo..siap ada whip cream.En Papa punya Ice Lemon Tea

Shinjuku Bake Chocolate ni en Papa punya sebab katanya kenyang lagik,Tapi as usual wifey menumpang makan jugak!





Usai makan aku terus balik
Aku mengadulah dengan suami a/c bilik kami tak sejuk
En Papa die2 kata cuaca panas-kedudukan bilik yang mengadap matahari menyebabkan a/c tak cukup sejuk
Aku bangkanglah sebab bilik Auni yang terletak di sebelah bilik kami elok sejuk aje a/c-nya

Sebelum maghrib semalam aku paksa dia bawak naik tangga
Aku nak dia cuci jugak a/c tu
Susah aku nak terima alasan2 retorik pasal a/c x sejuk dari mulut en papa
Sebab aku x nampak logiknya
Beli a/c beribu,takkan tak berupaya sejukkan ruang bilik
Dah kenapa beli a/c kalo a/c pun kena follow cuaca panas diluar rumah

Bila a/c bilik tu dibuka
Mak aikhhh..filter berdebu siap boleh buat bedak
Punyalah tebal debunya
Mana x panasnya
So aku bantu cuci filter,en Papa spray a/c guna chemical yang kami beli dari online & air biasa

On semula a/c tu
Amik ko..elok sejuk pun!

So betullah teori aku,a/c panas sebab maintenance x dibuat
Semalam en papa naik tido kat bilik setelah berminggu2 dia tido kat bawah dikatil mak
Sebab senang katanya nak bangun pagi

Aku bangun pagi,tgk dia berkelubung dengan toto
Maksudnya apa,sejuk macam ais batu

Dan pagi ni sewaktu aku sibuk bekerja dia mesej 
Demam katanya sebab sejuk sgt tido malam tadi
Adeiii..


Haaa..kan dah kata
Jangan melawan,bergado dengan isteri
Wifey is always right tho!
Isteri ni ada daulat kan?




04 May, 2026

Anniversary kami ke-21 tahun

Minggu lepas 30/4/2026 aku & suami meraikan Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 21 tahun
Cepatnya masa berlalu kan
Macam baru aje terasa fasa melahirkan anak,membesarkan anak2 dan siapa sangka anak sulung kami akan berusia 20 tahun pada hari Jumaat ini

Kami dahulu nikah gantung
Reason:suami kena isi borang posting 
Jadi menikahlah kami seadanya ketika suami masih di IPDA
Masih ingat lagi dengan duit gaji April 2005 ketika itu
Aku serahkan RM500 pada mak untuk kos makan petang
Itu aje kemampuan aku ketika itu
Aku akad nikah selepas Asar di Masjid Putrajaya

Aku berkawin dengan erti kata mmg x berduit
Takde sapa2 sponsor apa2
Kawin tanpa hutang-semata2 duit hantaran yang aku guna untuk buat majlis kami
Hantaran kawin,kami beli berdikit2 saban bulan
Kenduri kawin pun di dewan depan kuarters apartment rumah kami ketika itu di Presint 16,Putrajaya

Lepas kawin suami masih di IPDA
Aku plak masih bekerja di Bangi ketika itu
Pun x berduit jugak,pendek kata kais pagi makan pagi
Kami xberkereta ketika itu,hanya ada 1 motor buruk yang en papa guna sejak di UM lagik
Itupun motor tu kena curi masa aku sarat mengandungkan Ain

Majlis resepsi kami adakan bulan 8 tahun yang sama
Waktu tu cuti sekolah,kami buat majlis kecil-kecilan
Majlis bertandang selang 4 hr dari majlis dirumah aku

Habis majlis,suami balik semula ke IPDA
Aku kembali ke Bangi
Selang sebulan aku mabuk2 mengandungkan si- Ain

Tapi benarlah janji Allah swt
Allah swt lorongkan jalan rezeki buat kami suami isteri
Umur Ain 5 tahun kami berjaya beli rumah sendiri
Dah berkereta elok,dah merasa berjalan tempat orang

Melalut dah ni
Tapi itulah serba sedikit hidup susah payah kami dari  0 hinggalah skrg
Skrg takdelah kata senang sangat tapi pastilah tak sesusah dulu
Masih boleh lagi,kalo takmo masak,leh tutup mata g makan luar
Dulu,nak makan luar pun 
Kena tggu hari gaji aje.
Sebab masa anak2 kecil,kami allocate duit lebih utk insuran,taska,susu anak,belum termasuk kos pg klinik saban bulan.Anak plak semedang sakit demam berselang-seli saban bulan
Belum lagi standby beli baju anak2 yang cepat berubah saiz,mak pak pakailah seluar dalam serupa roti kirai.Janji anak2 cantik.Gittew!!

So minggu lepas
Kami laki bini amik kesempatan ke Alamanda redeem voucher RM100 tu
Kami pi lah makan berdua di Padi House branch Alamanda
1st time kami ke Padi House situ,selalunya kami akan ke branch Galleria atau Cyberjaya
Kebetulan orang tak ramai,cepat aje dpt apa yang kami order
Alhamdulillah,redeem voucher.
Just top up dalam RM35+ aje
Tq Alamanda belanja kami :)

Layan ajelah gambar pengantin kertu sambut Anniversary ye.
Terima kasih papa,terima baik buruk isterimu ini
Terima kasih kerana berusaha keras untuk keluarga kita
Terima kasih kerana jadi suami terbaik untuk mama
Terima kasih jadi role model buat anak2 kita
Semoga kita terus kuat berusaha memanusiakan anak2
Semoga usaha gigih kita Allah swt pandang dengan kasih sayang
Semoga kita tua bersama
Bertemu semula di syurga nanti 




Sebenarnya aku sakit mata,dah seminggu,Jadi memang mata sebelah kanan tu makin kecik jadinya



Tak tau kenapa kalo g Padi,semedang order Carbonara & Salted Macadamia Cheesecake


Ini Lamb( tak ingat dah apa full name menunya)-mmg wajib order tetiap kali mai.Dagingnya lembut,juicy betul.





13 September, 2017

Marriage be like!

Sehari dua ini aku ingin menulis.Jadi blog ni berupdatelah satu –dua perkara sebelum aku malas mencoret.Sabtu lepas aku melapangkan diri menghadirkan diri bersama keluarga ke majlis walimah sahabat/superior lama di Rawang.

 

Pada mula aku mendapat jemputan melalui whatsapp, sedikit terkejut kerana mengetahui bahawa sahabat ini telah pun berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki.Siapa yang tak terkejutkan..tetiba dapat jemputan kawin dari dia.Tapi aku berlagak selamba,sambil reply whatsapp dari beliau-menyatakan akan hadir jika tiada aral melintang beserta ucapan Tahniah buat beliau.

 

Risik demi risik barulah ketahuan cerita dimana sahabat ini telah kecundang dalam rumahtangga yang sebelum ini, isunya tak perlulah aku kupas panjang lebar.Jadi mengumpatlah pulak kan.Cerita yang aku ingin sampaikan adalah Ajal,Jodoh & Pertemuan serta rezeki dibawah ketentuan Allah swt.Kita merancang,Allah jua yang merancang dan rencana Allah swt juga yang terbaik.Masyaallah.

 

Berkahwin bukan semata-mata nak menghalalkan hubungan antara lelaki & perempuan,Tetapi ia sepatutnya hadir dengan pakej sayang-menyayangi,hormat pasangan,tolong-menolong,saling melengkapi serta dibajai dengan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tugas seorang suami,isteri serta menjadi susuk ibubapa kepada anak-anak.Perkahwinan aku & suami telah mencecah usia ke 12 tahun, still ada ups & down.Ada benda yang aku faham dia, ada jugak benda yang masih aku tak faham.Contohnya, motif letak tisu dalam poket seluar hampir setiap hari.Same goes to husband, adakalanya sangat memahami, adakalanya haram kelaut!

 

Kecik hati,geram dengan suami tu biasa,Cuma bukan menjadi kebiasaan untuk berlarutan.Kalo aku kecik hati, aku lebih suka silent treatment.Aku tak herankan dia,tak bercakap dengan dia.Itu mmg style aku, aku mmg jenis akan senyap kalo aku sentap.Sebab kalo aku bersuara, takut runtuh bumbung rumah.

 

But still sayangkan dia & hormatkan dia sebagai suami.Dia lelaki yang Allah tentukan untuk aku, kekurangan dia aku terima apatah lagi kelebihan dia.Setiap waktu solat,aku tadah tangan semoga Allah memelihara rumahtanggaku dan melorongkan yang terbaik dalam keluarga ku hdknya.

 

Bagi aku sebagai isteri, kalo suami mengamuk-jangan masuk campur,Senyap aje.Kalo dia diam dah cool baru kita bersuara.Kena banyak tolak ansur,cuba jauhkan benda yang dia tak suka.Jangan demand tinggi sangat, apa sahaja dia bagi-terimalah dengan tangan terbuka.Aku isteri yang bekerja, aku nak beli emas-aku kumpul duit aku sendiri untuk beli.Tak pernah lagi sejak berkahwin aku tadah tangan kat en papa mintak duit nak beli emas.Sejak dua menjak baru berjinak2 beli emas online, sbg instrumen lepas sesak.Sama juga kalo aku nak beli pakaian,kasut @ tudung, aku usahakan sendiri.Kalo suami hulur duit tolong bayar itu dikira sbg Bonus!Kalo takde pun,aku hidup jugak,Aku bukan jenis orang yang sangat bergantung pada suami.Lantaklah orang nak kata apa,selagi aku tak menyusahkan orang lain.Aku takmo kerana isu remeh temeh sampai nak bergaduh suami isteri.Kalo dia hulur duit lauk, aku amik..kalo tak hulurpun aku beli aje guna duit aku.

As simple as that.Dah kawin dengan orang2 biasa, apa sangat expectation ko.Hiduplah seadanya.Asalkan ada rumah tempat berteduh.ada cukup makan & pakai..ada duit sekali sekala berjalan tgk tempat orang.Jadikler kan..Hiduplah dibawah kemampuan kita,jangan sampai berhutang segala bagai.

 

Itulah rumahtangga namanya..dont expect too much or else you will end up suffer.Cuma kena redhalah,sebagai isteri..kita niat halalkan duit Ringgit kita untuk segala belanja dalam rumahtangga tu.Suami pulak jangan amik kesempatan,kena main peranan jugak.Isteri tu hanya membantu sahaja, bukan solely bread winner nak kena tanggung seisi rumah.Sebab itu Allah dah tetapkan nafkah itu tanggungjawab suami.Kena usaha jugak para suami,cukupkan keperluan anak isteri kerana Allah d ah tetapkan begitu.Kena selalu cakap dengan isteri,mohon isteri halalkan duitnya jika isteri banyak membantu.Isteri ni dia tak kisah sangat duit-ringgit dia, dia pun bekerja untuk bantu suami kan.Cuma, jangan melampaui batas sampai duit rokok pun isteri nak kena tanggung kan!!

 

Apapun berjuanglah untuk rumahtangga yang telah lama kita bina, lagi2 kita dah ada anak2.Anak2 makin membesar,mereka memerhati dan kita adalah contoh terdekat.Jangan malu peluk isteri/suami,sayang suami/isteri depan anak2..kerana sedikit perkara ini anak2 judge kita sbg ibubapa yang bagaimana.Being supportive dengan apapun minat pasangan,jangan kondem pasangan secara membabi-buta-kalo nak tegur sila berhemah,Jangan gunakan bahasa yang kesat,berkasih sayanglah dalam menegur,Isteri ni orangnya lembut hatinya..jika kena gaya tegurannya..i/allah isteri tu akan dengar jugak.Menegur suami jugak kena ada skill, sebab lelaki ni Allah cipta dia dengan pakej Ego jugak.Bukan mudah tapi tak susah jugak sebenarnya.

 

Untuk adik2 yang bakal mendirikan rumahtangga,all the best of luck.Belajar ilmu rumahtangga dan jangan takut buat silap kerana kesilapan merupakan pelajaran terbaik dalam hidup.Belajar masak sebab suami tu tetap mahu makan dari air tangan isterinya, dan suatu hari nanti kita ada anak-kita pasti mahu anak kita makan dari air tangan kita.Dulu masa baru kawin,aku langsung tak pandai siang ikan.Keja siang2 ikan ni mmg keja en papa, tapi at the end –aku belajar jugak.Dan sekarang masih belajar jugak, still mengadap google kalo nak try resepi baru.Ilmu itu takkan pernah habis, jangan malas aje keywordnya!

 

Buat kenangan,gambar kami 

12 years and still counting

AdiLynn 


*my partner in crime!loves you to the moon & back


04 May, 2016

11 tahun -Cinta kita memang magik!

30-04-2016
Cukuplah 11 tahun usia perkahwinan aku & en papa
Bukan senang nak sampai ke usia ini
Terlalu banyak suka & duka
Terlalu banyak turun naiknya
Ada masa happy
Ada masa nak bercekau aje
Masam muka-merajuk segala!
Tapi itulah asam garam hidup berumahtangga kan

Bertemu dengan suami secara tak sengaja
Kenal 6 bulan terus dia ajak kawin
Tak banyak buang masa
Magik sgt tu..
Walaupun awal perkenalan mak tak suka dengan pilihan aku tapi kerana jodoh kami kuat,alhamdulillah 11 tahun sudah!


Suami aku satu2nya anugerah Allah yang paling hebat selain anak2ku
Suami yang melengkapi kekurangan aku
Yang sabar dengan kerenah merepek bini dia
Yang boleh adapt dgn sikap aku yang perfectionist,fussy tahap nangis 7 lautan
Suami aku tak pernah kata tidak dengan aku
Apapun permintaan aku,lambat @ cepat mesti dapat.
Tapi as wife aku takdelah nak amik kesempatan kan..kita sbg isteri tahu kemampuan suami kita kan
Sayang suami kan..


Selamat Ulangtahun Adilynn
Mama nak tua bongkok bersama papa
Jangan jemu dengan isterimu ini
Semoga kita terus sayang menyayangi hingga ke akhir hayat

Mama doakan semoga kita dapat melalui onak duri yang bakal mendatang
Didik anak2 kita
Jadikan mereka anak yang soleh & solehah
Mama tak pernah ragu akan papa
Mama tau "you is the best dad for our kids"

Ya Allah
Jaga suami ku dalam rahmatmu
Murahkan rezeki dia
Permudahkan urusan hidupnya
Berikan kesihatan yang baik utk dia


Amin ya rabbal alamin





29 April, 2014

9 tahun!

Kalo budak sekolah
Baru darjah 3
Tak cukup akal lagi

Tepat 9 tahun hari ini

Melayari bahtera rumahtangga
Ada pahit
Ada manis
Ada suka
Ada duka
Ada senyum
Ada tangis

Penat dilambung ombak
Kadang2 ganas
Kadang2 ribut
Itulah rumahtangga namanya

Susah senang sama2
Pikul beban sama2

Subhanallah!

Berkenalan
Bercinta
Berkahwin
Dengan papa
Antara rahmat Allah yang paling besar untuk aku

Sedikit pun tak pernah menyesal memilih suami suatu ketika dahulu
Kalo diberi pilihan sekalipun
Aku tetap memilih suami ku ini utk jadi teman sehidup sematiku smp bila2

Bukan senang seorang lelaki
Memilih isteri
Yang bakal menanggung dosa sang isteri seumur hidup
Dan bila dia memilih aku
Allahhuakhbar
Sujud syukur!

Papa orang yang bertanggungjawab
Mentransformasikan aku 360 darjah
Dia mendidik aku
Dan tak pernah jemu membimbing isterinya ini
Moga2...

Utk papa
Selamat Ulangtahun perkahwinan kita yang ke 9
Semoga rumahtangga kita
Dibawah rahmat Allah
Dan diberkati dunia & akhirat
Semoga kita bersama membesarkan amanah Allah -AIN,AUNI & ADEEB sebaik mungkin
I/allah





Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...