Showing posts with label Family time. Show all posts
Showing posts with label Family time. Show all posts

05 October, 2026

Kisah singkat di Terengganu

Minggu lepas aku MC hari Jumaat
Perut meragam hazabedah
Lepas balik klinik,telan ubat bagai
Legalah sikit

Amik kesempatan pi facial muka 
Aku selalu facial muka di salah satu medispa kat Cyberjaya
Awal2 dulu memang aku beli pakej tapi since aku xleh commit jadual
Jadi skrg aku maintain as walk in customer
Aku pun gi try facial ikut mana2 promo menarik saban bulan


Balik facial g CBTL-konon2 nak redeem birthday cake,Expired dah rupanya.Jadi redeem voucher RM8 & order Aglio Olio aje.Tapi x sedap pun.

Lepas solat Jumaat,Ain & kawannya sampai
Kami pg makan nasi kandar kat Cyber
Aku x berani makan beria,sebab perut masih meragam lagi
Lepas makan terus ke Bangi sebab nak cari baju prom nite untuk Auni

Auni tengah sibuk memilih gaun Prom Nightnya


Jenuh melayan budak rebel ni memilih gaunnya
Cabarannya bilamana dia ni rendah,kecik plak tu
Jadi memang susah yakmat nak carik
Sabor ajelah mak ko

Esok awal pagi en Papa hantar Affan ke SRA sebab dia nak pg join lawatan sekolah
Jadi memang tinggallah Adeeb,Ain & Affan dirumah
Pandai2lah kakak bg adik2 makan
Sanggup tak ikut mama papa balik Terengganu semata2 nak pergi lawatan sekolah

Kami kena balik Terengganu sebab pertama nak hadir majlis pertunangan anak saudara suami di Kemaman
Dan lepas tu kena pecut lari hantar Auni plak ke Kuala Berang 

Kami tiga beranak bersama si bakal pengantin tahun depan


4 petang lebih kami meninggalkan majlis ke Kuala Berang
Tak tau kenapa panas litlitnya Kemaman
Berlengas satu badan
Lari cepat2 rebut aircond dalam keta
Sebelum smp KB singgah solat kat Paka 
Masuk KB aje,singgah pasaraya beli barang2 Auni
Tapaukan nasi goreng utk dia
Alih2 7.10pm baru smp Sahut
Lantakkan situ
Mulanya risau jugak kot anak xleh masuk ke dalam
Kemujurannya hujan,pak guard pun x kisah sgt

Sedih as usual si Auni
Tiap kali hantar memang nangis ajelah dia
Sebak jugak meninggalkan dia,tapi kena kuatkan semangat
Dia nak mengadap ribut petir SPM penghujung Oktober ni
Mama doa hari2 smg Allah swt permudahkan urusan Auni hdknya

Selepas itu bertolak ke KT
Kami suami isteri dah booked hotel kat KT
Malas nak menumpang tido di kg
Kebetulan biras tgh alahan mengandung
Makanya tepatlah keputusan kami 
Sekurang2nya x menyusahkan dia jika kami tumpang bertandang

Kami stayed di Hotel Permai Kuala Terengganu
Kurang lebih 45 minit perjalanan dari KB
Sebelum masuk hotel,kami dinner kat area Pantai Batu Buruk
Takdelah lapar sgt,tapi x kenyang jugak
Jadi kena makan jugak,takut tgh malam kebulur lapar

Tak sedap pun,tapi kedai bukan main ramai.Air minum bukan main manis..Aduiii kuat manis sggh.



Entrance hotel

Dalam agoda-katanya executive suite.Celah mana suite pun x tau.Standard size hotel di Msia aje.Bunyi a/c blower kemain kuat.Tapi sebabkan mengantuk + penat,lena jugak smp ke pagi.

Bangun awai pagi,mandi & bersiap nak mengadap breakfast buffet






As usual datang hotel memang look forward buffet omputih kan,Mana layan nasi lemak dah.

Sourdough bread kemain!


Bread pudding & kuih lapis

Ini sebab teringat Ain-ntah kenapa Ain suka naw makan cereal kat hotel.Bila beli kat umah smp expired menatang tu x termakan

Habis sarapan ,tggu en papa siapkan kerja2 dia barulah bertolak balik KL
Sempatlah borong keropok kat Losong bawak balik
Dan kami berangkat pulang terus
Singgah kat Gambang makan tengahari aje
Smp Puchong pukul 4.30pm

Penat kalah dia yang memandu
HAHAHAHA!



21 September, 2026

47 tahun :)

Entri khas sempena birthday tuan tanah kedaung
Kasi canlah merepek di blog sendu ni
Biar xde orang baca pun tapi habis seronok dah boleh tengok ulang2 baca pastu tersengih sendiri
Syok sendiri kekdahnya!


Sempat bergambar di hadapan Besteak Cyberjaya.En Papa belanja makan kat sini.Aku kenyang pulak,jadi anak2 aje yang makan.Aku dok cuit2 aje makan dari pinggan anak2.

Wefie be like.

Alhamdulillah,Khamis lepas sempatlah sambut birthday secara sederhana bersama keluarga kecilku
Sumer ada dirumah kecuali Auni yang terlibat dengan Program Kecemerlangan SPM di Pengkalan Chepa,Kelantan
Tapi Auni ptg Khamis tu sempat call ucap Happy Birthday.Sayu hati bila membaca mesej dia.
Sungguhlah diusia yang makin banyak,mak ko cepat emo semedang

Diusia sebegini
Takde banyak benda yang kita harapkan
Kita hanya nak hidup tenang2
Nak setelkan hutang secepat mungkin
Dan mengira2 kalendar berangan bilalah agaknya aku boleh BERSARA awal
Gittewww!

Self gift di hari lahir ke 47 tahun
Beli 2 pasang baju kurung moden di Jakel Bangi kebetulan ada majlis kenduri yang aku perlu attend awal Oktober ni.
Dan aku beli sebuah Tote handbag di Parkson setelah bag yang ada dah tercabut handlenya
Aku siap ikat guna cable tie lagi.Sadis!
Jadiklah buat tersenyum simpul sendiri
Hajat dihati nak beli Iphone 18 Pro masalahnya duitnya tak berapa nak ado kan..hahahaha
Pulunlah pakai Iphone 14 yang dah berusia 3.5 tahun ni sampai rebeh orang kata

Tapi hadiah yang paling bermakna adalah
Bilamana ibunda diusia 77 tahun masih ada & menyanyikan lagu " Happy Birthday" buat anaknya ini
Sungguhlah takde PRICE TAG.Ianya "priceless"



Hadiah untuk diri sendiri tak sampai RM700 pun..
Tu pun senyum meleret kemain sampai ke telinga 😆


Untuk sesiapa yang menyambut hari lahir di bulan September ini
Selamat hari lahir tau
Enjoy your day to the fullest!



14 September, 2026

Kisah hari minggu kami

Secara fizikalnya keadaan rumah masih haywire
Berhabuk baik diatas mahupun dibawah
Bersepah pun ye jugak
Jadi memang ngam2 untuk kami 4 beranak
Berjalan dalam rumah umpama melangkah periuk api
Pendek kata tak sesuai menerima tetamu

Lantai sentiasa ada kain basah
Terpaksa buat begitu,sebab lantai marble dibawah terasa sentiasa berpasir
Menyapu,vacuum berselang-seli
Masihlah tidak berjaya,jadi pokoknya kena menunggu ajelah
Menunggu proses repair ni siap dahulu
Sebab mengemas dibawah
Tp diatas masih tak siap
Jadi x mustahil habuknya berterbangan ke bawah

Kalo dikira percentage-baru 30% siap kerja2 repair rumah
Baru siap bilik Auni Sabtu lepas
Hari ni baru sambung pasang tiles bilik Ain
Dan insyallah akan bersambung hacking "parquet"  tangga
Levelling & start pasang tiles 
Mungkin paling cepat Sabtu ni baru  siap rasanya

Ok tutup kisah repair rumah kami
Petang Sabtu kami bertolak ke HKL
Aku melawat Pak Sedara yang warded
Pakcik aku tu pesakit Kanser Prostat Stage 4
Setelah 4.5 tahun,keadaan beliau makin memburuk
Dia  ditempat di Wad Radioterapi HKL
Buah pinggang terpaksa ditebuk,kesian melihatnya

Mak ditolak adik perempuan melawat adiknya



Umpama dejavu datang ke sini
Arwah ayah mertua ditahan di HKL Di Wad yang sama jugak
Arwah ayah mertua mengidap sakit Kanser Pundi Kencing ( Bladder Cancer)-Stage 4
Tahun 2009 tahun dimana kami suami-isteri berulang alik wad sini
Aku masih ingat aku sarat mengandungkan Auni 
Aku request induce bersalin awal pun sebab takut tetiba sakit bersalin tgh malam
Risau husband xde sebab dia menunggu ayahnya diwad
Lepas bersalin,Auni masih baby pun aku bawak ke HKL
Pada ketika itu,tiada larangan khusus melarang anak kecil naik wad
Kami sekeluarga sempat beraya di wad HKL ketika itu

Sungguhlah teringat2 memori aku berulang alik HKL
Al Fatihah buat arwah ayah mertuaku : Abdul Manaf bin Senik

Bukti kami pernah beraya di Wad RT HKL tahun 2009

Baby pun boleh masuk wad masa ni,sekarang syarat am untuk pelawat  -mestilah berumur 12 tahun ke atas baru boleh melawat.Rezeki beraya sama Tok Ayah.Auni yang didukung en Papa-rasanya baru hbs pantang ketika itu.






Tetiba aku encounter quote kenapa Islam mengharuskan kita menziarahi orang sakit
Sungguhlah aku baru tau pun
Jadi selepas ini.amik peluang ziarah orang sakit
Tak dapat buat semua,jangan tinggal semua orang kata
Selamat hari Isnin
Takper esok sehari lagi keja
Rabu kita relax2 goyang kaki ye











11 September, 2026

JJCM:NASI LEMAK WANJO,KG BHARU

Sabtu minggu lepas aku turun KL
Kebetulan memang nak pg hantar beg luggage untuk abangku yang bakal menunaikan Umrah 28/9/2026 ni
Lepas hantar beg kami ke Kg Bharu,nak makan nasi lemak
Sempat jugak singgah bangunan Tabung Haji tumpang solat maghrib
Dan terus ke Kg Bharu lepas tu
Tau ajelah,jalan KL
Sumer lorong pun jammed

Mula2 aku berangan nak g makan kat Nasi Lemak Antarabangsa
Aku tak tau zaman bila last aku makan kat sana
Rupanya dah xde,sungguhlah tiada dalam pengetahuan aku
Nostalgia sungguh,g makan Nasi Lemak Antarabangsa lepas habis keje part-time kat Guardian,paling teringat2 lauk paru crispynya
Sedap yakmat

Since dah xde,kami pegi lah jiran sebelah Nasi Lemak Wanjo
Banyak dah baca review even tgk reel kat Tiktok 
Ramai mat salleh pg makan situ
Kami jugak yang x smp2 lagik

Layan gambar ajelah ye

Kaunter lauk 

Staff akan serve ikut order 

Pick up order memasing

Ntah kenapa nasi lemak ni xmai dengan kacang tanah goreng,papa & anak2 lelaki sumer amik ayam goreng,sementara pinggan aku letak sambal paru


VERDICT:-

Portion : Munasabah
Price: Standard Klang Valley rate
Taste: Bagi aku sedaplah,even Affan yang super cerewet puji nasinya sedap.Habis sepinggan.Nasinya memang berasa lemak.Sambalnya bagi aku manis-tak pedas mana.Mungkin sebab nak cater foreigner yang ramai berpusu2 nak try makan nasi lemak.Aku plak suka nasi lemak yang sambalnya ada rasa pedas sikit.Tp bagi aku ok jer,cuma aku prefer Nasi Lemak Antarabangsa punya sambal lagi
Plus point :Restoran ada banyak meja,dan wpun beratur panjang tp servis agak laju jugaklah.
Comes again: Kalo teringin,boleh kot.Tapi xdelah kata mesti wajib datang semula.

Balik dari makan nasi lemak,si Adeeb sibuk nak ke KLCC
Mak aikhh dari Kg Bharu nak ke KLCC amik masa sejam
Nangis,punya teruk jammed

Hasil bidikan Gen Alpha-Adeeb.Dia kata skrg sumer orang tangkap gambar dari belakanglah.Adehhh mak dah kertu,x reti benda2 aneh2 macam ni.



17 August, 2026

Happy sweet 17th Auni Irdina :)

 Selamat Hari Lahir ke 17 tahun di hari ini 17 Ogos 2026
Buat anak kesayangan kami Auni Irdina







Auni Irdina is 17th today


Melahirkan & membesarkan kamu sehingga sekarang
Merupakan privillege buat mama
Mama bangga jadi ibu kamu
Mama bangga melihatkan siapa kamu hari ini
Mama tiada doa lain
Semoga takdir hidup kamu lebih baik,lebih indah dari apa yang telah mama lalui
Semoga kamu lebih berjaya dari mama & papa
Teruslah terbang tinggi nak
Dan teruslah hidup membumi


Mama doakan SPM Auni dapat score yang terbaik
Ingat aim awal kita at least 7A
Dan Add Maths mesti credit


Mama berdoa & berharap Auni jadi anak yang solehah,kakak tauladan buat adik2 dan yang paling penting jadi Hamba Allah swt yang taat perintahNYA
Ameen YRA

Sayang kamu lillahitaala





10 August, 2026

JJCM:Mencemar duli ke Aunty Aini's Garden Cafe,Nilai

Semalam selepas hantar Kak Ain balik kolej
Aku ajak en papa g makan kat Aunty Aini's Nilai
Dah lama aku teringin nak pergi
Rasanya dah hype berbelas tahun restoran dia ni
Baru kali ni berkesempatan nak pg itupun sebab Adeeb & Affan x ikut
Kalo tak mimpilah nak ke sini,sebab belum apa2 dah mengaruk lapar bdk2 tu
Mana maunya nak masuk JJCM jalan kg cari makan 


Entrance

Kami wefie sementara menunggu ada table kosong

Menu 


Menu yang diorder: Masak lemak cili padi telur itik ,ayam kampung goreng & sambal udang petai.Nasi Putih ,Teh O ais & Barley Lemon ais.


Verdict : 3.0/5.0

Taste : Sedap-udang fresh,ayam rangup,juicy kat dalam,masak lemak kebabom sedap.Tak pedas,masih boleh makan kalo bdk2 makan.
Portion: Kecik.Tak munasabah.Harga ayam kampung tu RM15 satu set-rupanya datang seketul aje ayamnya.Dalam gambar tu kalo x silap bahagian tight yang dibelah 2.Not even 1/4 pun.Telur itik tu hanya sebiji aje harga RM8.50.Sambal udang rega RM 25-dapat udang saiz sederhana 5 ekor.
Price : PRICEY!
Service: Oklah,laju jugak dapat seat.Laju jugak orang serve makanan,

Aku bayar RM65.40 utk makanan semalam.

Datang lagi-mungkinlah kalo teringin/terlalu jalan tu.Tapi xdelah beria2 nak kesana.

Table kami dapat pun ngam2 depan kaunter makanan-a bit stuck kat situ.

So pendapat marhaen dari aku,jika korang ada duit untuk splurge makan -mungkin boleh try.Aku x kisah jugak belanja makan mahal as long as portion tu berbaloi.Aku biasa jugak makan sana-sini,Para Thai mahal jugak tapi portionnya  munasabah.Jadi kita x berasa berkira membayarnya.

Bukan sebab owner dia ni Melayu aku nak komen macam ni.Owner mana2 FNB pun bagi aku kena come-out with their own price tag  tapi make sure ia beri pengalaman  berbaloi kepada guest.
Sedap sahaja tak boleh jadi tanda aras untuk orang berulang datang.

Walauapapun,suka jalan area situ,Kawasan kampung,Kiri kanan banyak kedai makan.Bolehlah try tempat lain plak lepas ni.

So minggu ni,mana plak kami nak merayap JJCM.Kebetulan Auni balik,jadi ada alasan munasabah untuk pergi mencuba makan tempat baru plak.








04 August, 2026

Lawatan TOP-UP kasih sayang buat anakanda Auni di Kuala Berang :)

Sabtu minggu lepas seawal 6.30am kami dah bertolak ke KB
Semata2 melawat Auni & bersempena minggu outing
Sejujurnya Auni x tahu pun kami akan ke sana melawat dia
Reason:husband masih 50/50 lagi masa nak buat keputusan melawat Auni
Kami pun tengah berkira2.sebab 13/8 Auni akan balik PB jugak
Tapi tup2 husband kata-mai lah melawat Auni pada petang Jumaat 
Ikutkan memang costly jugak bila melawat Auni
Tapi demi anak kan,semoga Allah swt gantikan rezeki lain pulak.
Macam baru ni kos lebur RM700,habis jimat dah tu.

Kami tiba di SAHUT betul2 pukul 12.30tghr ,itupun memusing cari hotel/homestay dulu di pekan KB
Kalo xde penginapan,memang kena balik jugak malam yang sama.
Hampir sumer hotel penuh Sabtu lepas,bercinta nak carik
Mujur bertemu homestay yang cantik & berpatutan

Menunggu Auni habis prep pukul 1pm
Alhamdulillah,cepat aje jupe anak
Jerit panggil nama anak
Dia berpaling pada mama setelah maknya menjerit 2x-terus lari peluk mama sambil menangis sokseksoksek
Rupanya sedih bakal tinggal sorang dalam dorm sebab dorm-mate sumer kuar outing
Dengan aku sekali emosi.
Sungguhlah,anak yang tinggal diasrama,bukan kita sahaja yang tersiksa rindu anak,anak apatah lagi rindu mak ayahnya

Sewaktu baru smp menunggu Auni di SAHUT



Kami terus ke pekan KB-cari nasik nak makan tengahari
Lapar memasing2,sebab last makan kat MCD Taman Melati aje
Habis makan,Auni nak beli stationery & tapau kek SR buat makan kat homestay
Kami terus check in homestay
EnPapa pun nak tido,dia sorang aje yang memandu dr Puchong ke KB

Memang berehat ajelah,layan mata ,layan hp 
Anak2 pun sibuk berhimpit dalam bilik
Melayan aircond sejuk
Kemain memasing

Pkl 5.30pm baru kuar homestay-singgah pasar raya Xiri belikan jajan untuk Auni
Lepas tu kami try makan kat kedai makan viral kat Tiktok namanya Combi
Sajalah nak try rasa
Orang ramai tapi servis boleh tahan laju jugak

Bila lama x jupe,memasing bahan sesama sendiri.Tapi dalam hati sayang adik beradik tu.

RESTORAN COMBI-kebanyakannya menu western.Setakat yang makan hari tu,Chicken chop fried rice sedap,pasta so-so ajelah.Bolehlah makan,xdelah kata xleh makan langsung.

Boleh waze; COMBI aje.Insyaallah x sesat.



By 7pm kami smp ke SAHUT semula
Kami akan attend majlis anjuran IB ITQAN-solat hajat & bacaan Yaasin sempena SPM Trial yang tengah berlangsung
Wpun lutut aku memang rengsa,bertahan jugak sepanjang majlis

Affan mana leh reti duduk diam,jenuh bersilat dengan abang Adeeb sepanjang majlis.



Sewaktu baca Yaasin



Muka breakout memasing,,adeii


 
Hbs majlis pkl 9pm kami pun gerak balik ke homestay
Auni pun perlu attend preps jugak
Tinggallah buah hati kesayangan kami
Insyaallah panjang umur,jumpa semula 13hb nanti

Tinggallah kakak Auni,jupe lagi nanti :)



Malam tu memang tido senyenyak2nya
Aku hanya sedar keesokan pagi 6.56am
Melompat bangun,sebab tak solat lagi
Aigooo..

Alang2 kami bersiap awal & meninggalkan homestay sebelum pkl 8am
Singgah makan pagi ditempat biasa kami sarapan setiap kali berada di KB
Dan masuk LPT Ajil ngam2 pkl 8.40am
Bersainglah dengan Geng RXZ 8.0 atas jalan
Alhamdulillah,selamat smp Puchong pkl 3pm
Itupun sebab pi singgah MAHBUB makan sebelum balik
Begitulah weekend kami
Penat+duit habis banyak
Tapi seronok!


Bukti bersaing dengan puak RXZ di exit Ajil,LPT







06 July, 2026

JJCM: RESTORAN NASI KANDAR POKOK PENANG,CYBERJAYA

As usual Thread selalu racun tempat makan lebih2 lagi area Cyberjaya ni
Sementelah Cyberjaya ni paling hampir dengan rumah kami
Maka memang semedanglah kami cari makan area sana

As usual sokmolah  teracun dengan Thread
Kali ni kami ke Restoran Nasi Kandar Pokok Penang,Cyberjaya

Kami singgah makan tengahari semalam selepas pulang dari hantar Kak Ain semalam
Terpaksa tekan Waze sebab selama berulang alik ke Cyberjaya memang xpernah tau Kedai ni
Malah xpernah nampak pun

Alhamdulillah,Waze bertindak cemerlang
Memang depan kedai dihantarnya
Kami main park kat roadside sebab malas nak masuk parking
Sebab niat memang nak datang makan aje pun

Verdict :
Rasa : 4.5/5.0
Lokasi : 5.0/5.0
Harga : REASONABLE 
Datang lagi-YES!!

Bolehlah menghilangkan kemaruk nak makan nasi kandar sekali sekala
Tak perlulah kita ke Penang semata2 nak layan nasi kandar kan


Entrance restoran-aku suka sebab berhampiran tepi jalan.Tapi masih ada buffer selamat-sebab meja makan diletakkan dalam ruang restoran.Aku paling seram tengok kedai mamak yang suka letak meja ngam2 tepi jalan.Aku ni imaginasi tinggi-selalu terbayang kereta terbabas..ishhhhh!!

Typical counter setting at Mamak's.Serve laju & kena explain betul2 samada nak kuah banyak atau sikit.Sebab mamak style suka letak kuah byk2

Pinggan aku-aku nak makan ayam madu & jelatah nenas.Sedap yakmat ayam madu tu.Buat teringat2 weii smp pagi ni.

Pinggan Adeeb-memang nalaaa kuah campur.Adeeb nak ayam goreng,kobis & telur masin.Sedap.Licin sumernya.






29 June, 2026

Jemputan kenduri kawin ,Outing KL,impulse buying & Pre July expenses =Fuhhh!

Alhamdulillah,rezeki Allah swt pinjamkan umur lagi hari ini
Minggu lepas (weekend) super hectic
Sabtu pagi bangun x berapa nak awal (gara2 uzur syarie)
Tapi kena bangun awal jugak
Nak bubye Affan yang ada Kem Bestari Solat kat sekolahnya 

Elok aje Affan & en papa pg sekolah
Aku naik bilik semula
Pengsan tido smp kul 9am
Itupun terjaga sebab adik aku tel
Bgtau grab hantar kuih yang nak dibawa ke kenduri sepupu di Sg Buloh
Kacau aje..kalo x leh sambung tido lama sikit

Tengahari by 12,en papa,Affan dah balik
Kami pun bersiap2 nak attend wedding sepupu di Sg Buloh
Amik masa sejam perjalanan jugak dr Puchong ke Sg Buloh
Sempatlah jupe mak2 sedara belah arwah abah,sumer pun makin uzur macam mak jugak
Even mak long pun dah menunjukkan tanda awal2 dementia
Sedihlah jugak,sebab kami & mak long ni antara yang kami sokmo datang cari kalo ke Utara
Sebab Mak Long merupakan isteri kepada abang arwah Abah kami (seibu sebapa)
Mak Long masak sedap kemain,masak sambal sardin pun sampai teringat2 sedapnya

Walaupun x berlama2 tapi seronok amik peluang jupe sedara mara belah arwah abah
Kami punya circle tak ramai,memang ulang2 itu ajelah muka yang sama pun

Lepas balik kenduri-tekan waze ke Elmina Lakeside Mall
Kebetulan kami tak pernah sampai jugak ke situ
Sajelah nak tengok apa yang menarik
Ntah kenapa sekeping gambar pun x amik kat sana
Kami tumpang solat Zohor & sempat jugak beli bantal,cadar kat Clearance Sale Akemi yang ada disitu
Singgah minum kat Ali,Muthu,Ah Hock kopitiam
Affan haus sangat,sebab pi bantai main kat playground tengah2 panas

Dr Elmina kami turun KL
Sempat solat Asar kat Sogo dulu sebab kami park keta kat Sogo
Tujuan utama ke KL adalah sebab En Papa nak tukar rubber bat ping pong si Adeeb & Ain
Memusing kat Pertama Complex tu
Haram x jupe,x tau celah mana kedainya pun
Last2 memusing Sogo,Ain nak beli bagpack
Alih2 sama jugak,memusing saje
Tak jupe yang dia  berkenan
Yang bestnya aku lah dapat beli parfume baru kat GF
Tak tau kenapa,tiap kali gi Sogo mesti beli parfume
Kali ni memang blind buy
1st time beli parfume Michael Kors-Wonderlust
Rega RM 175 utk 100ml EDP ( still a good bargain)
TQ kekasih hati
len kali belanja lagi

Balik dr Sogo barulah kami bertolak balik rumah
Anak2 x jadi plak nak ke Kg Bharu
Penat memasing agaknya
Singgah RNR MEX Seri Kembangan-tumpang maghrib
Then terus ke Cyberjaya,makan kat mamak Nazmaju
Barulah balik umah-sambung mengadap kain baju berlonggok

Apapun seronok berjalan
Walaupun duit macam air bila keluar ni
Sekali-sekala bolehlah kot
Selalu2 takut ..ada yang posa smp Ogos plak nanti 
Bulan Julai ni,belum masuk Julai pun rasa dah berpeluh dahi
Hjg minggu ni nak kena servis keta comel tu
Auni nak balik PB (9/7/26)
Ain plak yang akan balik 2 minggu berturut2
Urusan braces dia x habis2 lagi
Belum lg belanja Adeeb nak ke MSSS bulan Julai ni
Sungguhlah-soal duit ringgit ni buat sakit kepala jugak
Kemujurannya,tiap kali gaji komitmen wajib kita setelkan dulu
Tapi additional expenses ni memang buat termenung jugak

Semoga Allah swt permudahkan urusan kami sbg mak pak
Menyediakan keperluan anak2 sebaiknya
Biar kita ikat perut,jangan anak2
Anak2 itu tak mintak dilahirkan
Kita yang bawa dia ke dunia
Jadi kena memegang t/jawab & amanah membesarkan mereka tanpa keluh kesah


Mak kita bersama pengantin

Sempatlah bergambar dengan pengantin ( sepupu kita yang lelaki tu)


Mak Long ( pakai baju purple cair),mak lang (duduk di tengah),mak long (hujung sekali)-ini satu bapak tetapi mak lain.Kakak kita pakai tudung putih,Kak Ayu (sepupu sulung,anak maklong purple) & Shaiful ( sepupu anak maklong purple)

RM175.00 sahaja-wangi,x kuat,dry down macam white musk,vanilla


Semalam sempat hantar kakak Ain balik setelah tamat cuti semesternya.Sambung berjuang kakak :)







Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...