Secara fizikalnya keadaan rumah masih haywire
Berhabuk baik diatas mahupun dibawah
Bersepah pun ye jugak
Jadi memang ngam2 untuk kami 4 beranak
Berjalan dalam rumah umpama melangkah periuk api
Pendek kata tak sesuai menerima tetamu
Lantai sentiasa ada kain basah
Terpaksa buat begitu,sebab lantai marble dibawah terasa sentiasa berpasir
Menyapu,vacuum berselang-seli
Masihlah tidak berjaya,jadi pokoknya kena menunggu ajelah
Menunggu proses repair ni siap dahulu
Sebab mengemas dibawah
Tp diatas masih tak siap
Jadi x mustahil habuknya berterbangan ke bawah
Kalo dikira percentage-baru 30% siap kerja2 repair rumah
Baru siap bilik Auni Sabtu lepas
Hari ni baru sambung pasang tiles bilik Ain
Dan insyallah akan bersambung hacking "parquet" tangga
Levelling & start pasang tiles
Mungkin paling cepat Sabtu ni baru siap rasanya
Ok tutup kisah repair rumah kami
Petang Sabtu kami bertolak ke HKL
Aku melawat Pak Sedara yang warded
Pakcik aku tu pesakit Kanser Prostat Stage 4
Setelah 4.5 tahun,keadaan beliau makin memburuk
Dia ditempat di Wad Radioterapi HKL
Buah pinggang terpaksa ditebuk,kesian melihatnya
Umpama dejavu datang ke sini
Arwah ayah mertua ditahan di HKL Di Wad yang sama jugak
Arwah ayah mertua mengidap sakit Kanser Pundi Kencing ( Bladder Cancer)-Stage 4
Tahun 2009 tahun dimana kami suami-isteri berulang alik wad sini
Aku masih ingat aku sarat mengandungkan Auni
Aku request induce bersalin awal pun sebab takut tetiba sakit bersalin tgh malam
Risau husband xde sebab dia menunggu ayahnya diwad
Lepas bersalin,Auni masih baby pun aku bawak ke HKL
Pada ketika itu,tiada larangan khusus melarang anak kecil naik wad
Kami sekeluarga sempat beraya di wad HKL ketika itu
Sungguhlah teringat2 memori aku berulang alik HKL
Al Fatihah buat arwah ayah mertuaku : Abdul Manaf bin Senik
Tetiba aku encounter quote kenapa Islam mengharuskan kita menziarahi orang sakit
Sungguhlah aku baru tau pun
Jadi selepas ini.amik peluang ziarah orang sakit
Tak dapat buat semua,jangan tinggal semua orang kata
Selamat hari Isnin
Takper esok sehari lagi keja
Rabu kita relax2 goyang kaki ye
No comments:
Post a Comment