02 November, 2026

Tempat BARU be like :)

Alhamdulillah,aku dah melapor diri ditempat baru 28/10/2026 tempohari
Onboarding process-adalah sikit2 training
Dibawa melawat kawasan 2hr berturut2
Aku diberi bilik next to Manager aku
Ada subordinate 3 orang lelaki semuanya

New desk


Aku mula rasa seronok
Setelah pc dah berjaya on-aku pelan2 study fail
Dan mula belajar sistem 

Dah lama x rasa macam ni
Dulu aku rasa vibe seumpama ini ketika aku masih attached dgn bank
Sini memang super besar
Aku akan ambil masa nak kenal sumer orang
Literally,aku xleh buat kesimpulan apa2 lagi
Aku ikut flow aje
Orang senyum kita senyum
Keyword jadi orang baru ni selain humble ialah jangan Palatao
Belajar minta tolong & ucap terima kasih 

But still aku masih berseorangan
Takde siapa pun agaknya mahu berkawan atau sudi berteman dengan aku
Apa nak heran umur 47 tahun- sapa aje nak berkawan dgn orang tua
Aku being aku
ALONE ni memang MIDDLE name aku agaknya
Dari dulu aku mmg suka sorang2,makan sorang2,window shopping sorang2
Cuma aku xnaklah orang label aku kera sumbang /sombong
Sedangkan kedudukan sebenarnya adalah aku taknak try hard untuk masuk dalam circle yang kita tak tau samada dia terima kita seadanya atau terima kita sebab terpaksa
Aku rela jadi kera sumbang dari dilabel beria2 naw
Cuma aku berdoa Allah swt permudahkan urusan kerja aku
Takde dengki khianat manusia dan mana tau direzekikan ada betul2 sorang kawan yang terima baik buruk aku.
Best jugakkan kalo ada kawan bersembang
Ini semedang alone,makan pun sorang2 kat kafe.

Yang paling kelakar setelah 3hari masuk bekerja
Aku dah dipaksa join Annual Dinner
Aku mula2 agak reluctant sebab tau at the end aku memang berseorangan jugak
Tapi aku pegi jugak untuk cabar diri sendiri
How resilient aku ni being ALONE
Alhamdulillah I MADE IT 
Aku dtg semata2 makan,dengar Emcee merepek 1/2 jam pastu aku cabut balik
Sebab aku ni bab memandu malam seram sikit kerana kondisi mata rabun/silau aku ni
Nampaknya jatuh wajib aku kena pg buat spek mata baru dah

Since last minute kan terima invitation maka aku pakailah baju raya yang dah 200x aku ulang pakai sepanjang tahun 2026 ni.Tema ke laut dalam :p

Doakan semoga dipermudahkan urusan aku mencari rezeki hdknya
Aku suka sebab selain dekat dengan rumah,vibe kerja disini mengingatkan aku dengan kawan2 lama dulu

3 bulan ni cuti aku frozen
Jadi kalo nak cuti jugakwajiblah apply UPL
Termenung jugaklah,nak buat macammana
Yg penting sebelum Auni start SPM aku wajib ke KB
Dan hari terakhir paper SPM untuk pick up Auni balik rumah
Begitulah rencananya

Apapun good luck myself
Cabaran baru bermula
Teruskan belajar & jangan malu bertanya
Teruskan rendah diri,tak salah jadi serba tak tau awal2 ni
Yang penting kita mahu belajar dari orang lama
Hormat semua orang tak kira usia,bangsa & agama
Selalu berdoa smg ditemukan dengan orang yang ikhlas dengan kita

Insyaallah
You can do this,LYNN!!





Post of a DAY

Tempat BARU be like :)

Alhamdulillah,aku dah melapor diri ditempat baru 28/10/2026 tempohari Onboarding process-adalah sikit2 training Dibawa melawat kawasan 2hr b...