Showing posts with label hutang. Show all posts
Showing posts with label hutang. Show all posts

04 September, 2026

Aku & AKPK di tahun 2013

Aku memang dah lama nak buat entry ni
Walaupun umpama buka pekung didada sendiri
Tapi ini antara pengalaman peribadi aku
Aku nak share supaya jika ada orang yang masih teragak2 nak join AKPK atau tak?
Ini kisah peribadi aku.

Aku rasa kalo x silap tahun dimana aku tengah mengandungkan Adeeb iaitu tahun 2013
Aku terjerat dengan hutang jahat (PL & CC sampai 3 buah bank yang berbeza)
Total hutang ketika itu kalo x silap dalam 30K
Masa tu pulak income aku terjejas teruk bila aku dikenakan pelarasan gaji bila aku tukar skim
Susah nak explain dengan perkataan
Tapi yang pasti masa tu aku memang sesak sikit banyak

So since aku ada pengetahuan tentang AKPK ketika itu
Aku pun call AKPK & buat appointment
Aku ingat lagi dengan perut sarat 7 bulan aku ke AKPK
Nun kat KL -bangunan sebelah MEDAN MARA
Aku rasa namanya Maju Junction Mall
Sekarang dah xde shopping mall kat situ

Apa yang aku buat
Aku bawak semua statement paling latest ke AKPK
Dan Pegawai AKPK yang handle kaunseling bantu
Peserta dipanggil secara persendirian ke bilik konsultasi
Dia pun tolong kira sumer hutang kita & tanya kita kemampuan sebenar yang kita sanggup commit untuk bayar bulan2
Aku ingat lagi aku sebut RM400/sebulan
Tanpa compromise loan kereta & rumah
Itu aku bayar asing
So deal disitu
Hari yang sama aku bayar pendahuluan bayaran yang dibayar terus ke akaun AKPK
Jadi AKPK yang membantu mengagihkan bayaran bagi pihak aku kepada bank2 yang aku berhutang

Dan aku terus membayar hutang dengan AKPK
Kalo x silap aku sehingga 5 tahun
Aku jual kereta VIOS & aku settelkan 2/4 hutang yang ada'
Ada bonus -aku tutup 1 lagi akaun
Dan last sekali aku berjaya tutup akaun RHB CC
Jadi aku debt free kalo x silap tahun 2018

So aku cuba buat loan kereta Myvi hanya pada tahun 2021
Alhamdulillah nama xde black list pun

Moral of the story,jika anda ada masalah yang sama
Jangan takut dapatkan solusi secara legal
Jangan pi pinjam dengan Ceti @ Ah Long
Hutang ni perlu diurus sebaiknya bukan lari dari menghadapinya

Zaman 2013 nak join AKPK
Syarat wajib kena BEKERJA
Kalo x bekerja,macammana dia nak tau ko leh commit ke tak bayar hutang
Dan kena betul2 commit bayar sebelum due date
Kalo lapse auto rejek-akaun hutang akan kembali dikejar semula oleh pihak bank
Ko kena serve bank 1-1 macam dari awal
Due date antara satu sama lain adalah berbeza
Dan sentiasa pantau baki hutang secara berkala

Lagi satu AKPK hanya boleh bantu jika hutang itu melibatkan institusi kewangan berlesen
Bukannya ko berhutang beli motor kedai Ah Chong
Pada waktu & ketika itu memang tak bolehlah.
Sekarang aku x taulah syarat2 AKPK kot ruang lingkupnya lebih terbuka luas kepada BNPL ke?
Wallahuallam bissawab

Bagi aku AKPK ni macam bagi ko cooling period
Ko dah xleh berhutang atau erti kata lain buat hutang baru
Xleh guna CC
CC auto cancel masa tu
Jadi ko memang concentrate bayar hutang ko bulan2
Alhamdulillah,ini pengajaran termahal dalam hidup aku ketika itu
Takleh lah aku elaborate issue aku kenapa smp terjerat hutang tu
Tapi percayalah pengajaran kepada pengalaman tersebut mematangkan aku

Sekarang alhamdulillah
Hanya ada hutang keta 2 biji yang aku share bayaran bulanannya dengan en papa
Hutang rumah kecil kami sekeluarga
Dan hutang CC nan satu 
Aku berdoa semoga dipanjangkan usia ,diberi kelapangan rezeki settlekan hutang sedia ada sebelum mati suatu hari nanti
Aku always make sure bayaran dibuat setiap kali gaji
Hutang2 ini ada checklist yang aku buat guna excel
Supaya aku dapat pantau samada bayaran dah langsai atau belum
Ada hajat nak setelkan MYVI tu
Baki pinjaman yang ada x smp 20k pun lagi
Tapi bak kata en papa ,kita tggu result kemasukan UPU Auni tahun depan dulu
Almaklumlah saving kami x banyak mana pun.
Memang saving untuk anak2 sambung belajar ajelah

Aku tak tau negara lain
Tapi bagi aku AKPK adalah solusi terbaik dari Kerajaan membantu rakyat Malaysia menguruskan hutang.
Bagi aku gunakan khidmat yang diberi bilamana kita dah betul2 STUCK tak tahu jalan keluarnya
Jangan malu,jangan segan
Kita menguruskan hutang sendiri
Bukannya kita LARI daripada tanggungjawab







24 August, 2026

Mengucapkan selamat tinggal ke BNPL

Aku tak tau orang lain macammana
Tapi aku memang dah terjebak dengan BNPL
Aku ada few platform yang ada aktif BNPL
Antara Lazada,Shopee,Grab,Tiktok,Atome

Ini adalah kegilaan atau penyakit aku rasa
Aku tak berhutang banyak
Tapi kekadang sebab malas nak login online banking sebab sumer platform ni aku xlink apa jua debit card atas faktor keselamatan so aku tekan BNPL 3 bln
Kadang2 aku membeli sambil nak grab 0% interest untuk 3 bulan tu
Tapi disitulah jerat percintaannya ye!
Lepas 1-1 aku tekan proceed

Dari harga serendah RM6.90 pun sibuk nak BNPL-nya pun
So hari ini aku decide nak tutup sumer BNPL aku
Bila kira2 tiap2 bulan aku spend RM500 semata2 bayar BNPL ni aje
Jadi aku rasa serik plak tgk spend table aku ni

Aku kebetulan dapat duit kutu bulan ni,maka aku setelkan aje tutup mata
Memang tak berbakilah duit kutu tu pun
Kalo ada pun cukuplah belanja anak2 makan kat Canton Boys restoran faveret anak2 makan nasi ayam



So aku kena concentrate settlekan hutang CC aku
Aku punya CC ni sebenarnya x spend untuk hari2 
Aku guna beli Iphone anak2 0 % interest kat Machines
Nak beli sedebuk aku sayangkan duit
Maka aku gunalah CC tu beli hadiah Iphone untuk Ain tahun lepas
Dan sebiji lagi iphone untuk Auni raya tahun ni

Aku berdoa semoga Istiqomah hendaknya
Hindarkan riba' ni memang perjuangan tanpa henti
Perjuangan melawan nafsu-nafsi
Sebab aku lebih merasakan ni adalah habit buruk aku 
Sila jangan tiru habit buruk aku ni
Suka bertangguh2 atau sayangkan cash x tentu hala
Tapi sibuk nak membeli

Sekarang aku nak google cara untuk tutup akaun BNPL ni
Sekurang2 kena tutup 3 dari 4 yang aktif,mungkin akan simpan standbySpay sahaja
Aku rasa setakat ni Spaylater yang paling dahsyat coverage
Sampaikan servis keta kat Perodua pun leh bayar bulan2 weii'
Gilooo...

So pesanan aku untuk diri sendiri
Spend wisely
Duit xmai dari langit
Penat keja satu bulan jika semata2 peghabis bayar hutang aje
Haruuu...








Post of a DAY

JJCM:NASI LEMAK WANJO,KG BHARU

Sabtu minggu lepas aku turun KL Kebetulan memang nak pg hantar beg luggage untuk abangku yang bakal menunaikan Umrah 28/9/2026 ni Lepas hant...