03 September, 2026

Entry pertama di September 2026

Tbh hari ini baru aje aku masuk opis
Semalam aku terlibat seharian dengan Seminar Perkeso di Bangi
Berpinar mata ,sakit kepala berdenyut2


Lokasi seminar semalam-Hotel Tenera,Bangi

Muka orang cabut awal dari seminar semalam.Tetiba sakit kepala nyut2.

Luncheon-kari ayam,kari ikan,sup ekor,stew taufu & kobis mamak
Kek beraneka jenis,buah honey dew & buah naga.Tak termasuk kopi & air anggur

Mula sakit kepala



Banyak story nak dikisahkan dalam blog ini
Buat aku ulang2 baca 

Long weekend -anak2 semua ada dirumah
Ain siap bawak sorang kawan tumpang bermalam sebab tak balik kgnya di Kedah
Kami tak kemana-mana
Auni ada Seminar Add Maths di UKM (29-30/8/2026) seharian dari pagi-petang
Aku bayar RM280 untuk kem 2 hari ini,sebab aku risaukan yang Add Maths dia setakat x pernah lulus
Sayang rasanya sebab subjek lain agak baik resultnya
Baru ni utk Trial SPM dia scored 6A,2B+,1G (Add Maths) -dengan markah 36%


Auni & kawannya berkampung di FTSM ,UKM Bangi.


Isnin 31/8/2026 mmg bawak anak2 mandi laut di Port Dickson
Kesian anak2 tak kemana,maka aku pun cakap dgn en papa
Jomlah bawak anak2 mandi kat PD
Tapi tau ajelah PD
Panas litlit & tak sebersih dulu
Kami xlama pun kat sana 
Mandi2 berendam,air surut plak tu
Lps tu berkemas & cari tempat makan
Htr Kak Ain balik kolej terus

Tak sebersih dulu dah PD



Makan tengahari di PD.Hajat nak makan ikan bakar,tp kedai yang biasa kami pergi makan tu hanya bukak pukul 6pm.



1/9/2026 Selangor PH kan,aku plak pg2 dah ke TBS hantar Auni
Auni naik bas express ke Kuala Berang
Auni kena balik awal,sebab terlibat dengan Kem Booster SPM 2
Redhalah ...berkorban sikit sebab x smp 100 hari lagi nak SPM ni
Balik dr TBS kami ke IKEA Cheras
Setelah sekian lama,akhirnya aku tutup mata ajelah
Beli bunk bed & meja belajar yang aku dapat rega murah utk kami start buat bilik Adeeb & Affan
Dah lama berhajat nak buat pun
Tapi itulah duitnya semedang ke-lain perginya
Hasil menyelam di AS-IS Ikea
Alhamdulillah,kos lebur RM982.00

Di IKEA skrg sedang berlangsung contest-spend  RM500 keatas-ada rezeki bawa pulang kereta SUV Haval.Kita pun cuba nasib ajelah.Kot ada rezeki terpijak kan.

Nampak x meja tulis tu-yang tu hasil menyelam di AS-IS ,aku dapat dengan harga RM120.00 seunit,masalahnya memang akan datang seketul macam tu.Jadi untuk urusan delivery-memang kena dismantle & bayar 10% dari harga kos utk caj dismantle sahaja.Sabor ajelah mak ko!



So hari ini IKEA akan hantar ke rumah,jadi dari semalam
Memang teruk sikitlah mengemas bilik bawah tu
En Papa terpaksa plaster dinding dengan simen
Sebab bilik tu ada leaking jugak bila hujan lebat sangat

Aku jugak beli a/c kat Tiktok kos x sampai RM500 untuk bilik Adeeb & Affan
Dan kena standby kos pasang yang mungkin 3-400 jugak sebab mungkin kena tambah piping sebab bilik ni letaknya jauh sikit dari tempat yang kami cadang nak letak outdoor unit tu.
Tak leh bayang lagi berapa kos lebur,kena tunggu a/c sampai barulah kami akan mintak quotation dengan technician a/c yang selalu kami berurusan tu

Sumernya melibatkan RM
Hari ni baru 3hb September 
Lambat lagi nak boleh gaji :(

Insyaallah 2 minggu lagi kami akan ke KB melawat Auni
Duit lagi & lagik
Rasa macam nak buat side hustle jugak
Ada sesapa nak lady driver pg airport 
Meh roger..
Hahahahaah!!

Apapun semoga yang baik2 sahaja untuk bulan September ini
Tak harap lebih
Semoga aku sekeluarga sihat hendaknya
Anak2 jauh kami dipermudahkan urusan masing2
Dan yang paling penting
Tiada drama aneh di ED mana2
Ameen Yaa Rabbal Alamin













No comments:

Post of a DAY

Aku & AKPK di tahun 2013

Aku memang dah lama nak buat entry ni Walaupun umpama buka pekung didada sendiri Tapi ini antara pengalaman peribadi aku Aku nak share supay...