Entri khas sempena birthday tuan tanah kedaung
Kasi canlah merepek di blog sendu ni
Biar xde orang baca pun tapi habis seronok dah boleh tengok ulang2 baca pastu tersengih sendiri
Syok sendiri kekdahnya!
| Sempat bergambar di hadapan Besteak Cyberjaya.En Papa belanja makan kat sini.Aku kenyang pulak,jadi anak2 aje yang makan.Aku dok cuit2 aje makan dari pinggan anak2. |
| Wefie be like. |
Sumer ada dirumah kecuali Auni yang terlibat dengan Program Kecemerlangan SPM di Pengkalan Chepa,Kelantan
Tapi Auni ptg Khamis tu sempat call ucap Happy Birthday.Sayu hati bila membaca mesej dia.
Sungguhlah diusia yang makin banyak,mak ko cepat emo semedang
Diusia sebegini
Takde banyak benda yang kita harapkan
Kita hanya nak hidup tenang2
Nak setelkan hutang secepat mungkin
Dan mengira2 kalendar berangan bilalah agaknya aku boleh BERSARA awal
Gittewww!
Self gift di hari lahir ke 47 tahun
Beli 2 pasang baju kurung moden di Jakel Bangi kebetulan ada majlis kenduri yang aku perlu attend awal Oktober ni.
Dan aku beli sebuah Tote handbag di Parkson setelah bag yang ada dah tercabut handlenya
Jadiklah buat tersenyum simpul sendiri
Hajat dihati nak beli Iphone 18 Pro masalahnya duitnya tak berapa nak ado kan..hahahaha
Pulunlah pakai Iphone 14 yang dah berusia 3.5 tahun ni sampai rebeh orang kata
Tapi hadiah yang paling bermakna adalah
Bilamana ibunda diusia 77 tahun masih ada & menyanyikan lagu " Happy Birthday" buat anaknya ini
Sungguhlah takde PRICE TAG.Ianya "priceless"
Untuk sesiapa yang menyambut hari lahir di bulan September ini
Selamat hari lahir tau
Enjoy your day to the fullest!
No comments:
Post a Comment