Sabtu minggu lepas seawal 6.30am kami dah bertolak ke KB
Semata2 melawat Auni & bersempena minggu outing
Sejujurnya Auni x tahu pun kami akan ke sana melawat dia
Reason:husband masih 50/50 lagi masa nak buat keputusan melawat Auni
Kami pun tengah berkira2.sebab 13/8 Auni akan balik PB jugak
Tapi tup2 husband kata-mai lah melawat Auni pada petang Jumaat
Ikutkan memang costly jugak bila melawat Auni
Tapi demi anak kan,semoga Allah swt gantikan rezeki lain pulak.
Macam baru ni kos lebur RM700,habis jimat dah tu.
Kami tiba di SAHUT betul2 pukul 12.30tghr ,itupun memusing cari hotel/homestay dulu di pekan KB
Kalo xde penginapan,memang kena balik jugak malam yang sama.
Hampir sumer hotel penuh Sabtu lepas,bercinta nak carik
Mujur bertemu homestay yang cantik & berpatutan
Menunggu Auni habis prep pukul 1pm
Alhamdulillah,cepat aje jupe anak
Jerit panggil nama anak
Dia berpaling pada mama setelah maknya menjerit 2x-terus lari peluk mama sambil menangis sokseksoksek
Rupanya sedih bakal tinggal sorang dalam dorm sebab dorm-mate sumer kuar outing
Dengan aku sekali emosi.
Sungguhlah,anak yang tinggal diasrama,bukan kita sahaja yang tersiksa rindu anak,anak apatah lagi rindu mak ayahnya
Kami terus ke pekan KB-cari nasik nak makan tengahari
Lapar memasing2,sebab last makan kat MCD Taman Melati aje
Habis makan,Auni nak beli stationery & tapau kek SR buat makan kat homestay
Kami terus check in homestay
EnPapa pun nak tido,dia sorang aje yang memandu dr Puchong ke KB
Memang berehat ajelah,layan mata ,layan hp
Anak2 pun sibuk berhimpit dalam bilik
Melayan aircond sejuk
Kemain memasing
Pkl 5.30pm baru kuar homestay-singgah pasar raya Xiri belikan jajan untuk Auni
Lepas tu kami try makan kat kedai makan viral kat Tiktok namanya Combi
Sajalah nak try rasa
Orang ramai tapi servis boleh tahan laju jugak
| Bila lama x jupe,memasing bahan sesama sendiri.Tapi dalam hati sayang adik beradik tu. |
By 7pm kami smp ke SAHUT semula
Kami akan attend majlis anjuran IB ITQAN-solat hajat & bacaan Yaasin sempena SPM Trial yang tengah berlangsung
Wpun lutut aku memang rengsa,bertahan jugak sepanjang majlis
Hbs majlis pkl 9pm kami pun gerak balik ke homestay
Auni pun perlu attend preps jugak
Tinggallah buah hati kesayangan kami
Insyaallah panjang umur,jumpa semula 13hb nanti
Malam tu memang tido senyenyak2nya
Aku hanya sedar keesokan pagi 6.56am
Melompat bangun,sebab tak solat lagi
Aigooo..
Alang2 kami bersiap awal & meninggalkan homestay sebelum pkl 8am
Singgah makan pagi ditempat biasa kami sarapan setiap kali berada di KB
Dan masuk LPT Ajil ngam2 pkl 8.40am
Bersainglah dengan Geng RXZ 8.0 atas jalan
Alhamdulillah,selamat smp Puchong pkl 3pm
Itupun sebab pi singgah MAHBUB makan sebelum balik
Begitulah weekend kami
Penat+duit habis banyak
Tapi seronok!