Showing posts with label im thinking..my wish list. Show all posts
Showing posts with label im thinking..my wish list. Show all posts

10 January, 2024

Azam baru 2024

 Dah 10 Januari baru sempat nak menulis disini

Punyalah busy awal tahun kan

Lagi2 keja macam aku ni,masa nilah kaki jadi tangan-tangan jadi kaki
Siap termimpi2 lagi..apa lah teruk benar kejanya weii..

Azam tahun baru
As usual azam 5 tahun lepas pun x tercapai lagik
Tapi awal tahun ni adalah target sikit yang perlu dicapai
Kena berdisiplin sikit bab kewangan
Lagipun mana tau Ain dapat lanjutkan pelajaran ke Matrix ke Uni ke..tentu banyak nak guna duit.

Tahun lepas azam menyimpan ke laut andaman
As usual bila menyimpan sikit,mengoreknya lebih lagi
Ada plan nak bawak2 anak2 berjalan jauh sikit
Maka 12 bulan ni lupakanlah hobi JJCM tak abis2 tu

Hr ni Ain akan menduduki Ujian Lisan,Mendengar & Bertutur BM
Aku punya debor,Allah swt shj yang tau
Tapi kena tunjuk steady sbb anak kat asrama lagi huru-hara takleh nak kata

Sungguhlah jadi ibubapa anak sulung nak SPM
Kami lebih debor
Anak sulung ni umpama benchmark kejayaan kami sbg mak pak
Kami nak Ain jadi anak yang menjadi contoh tauladan buat adik2 dibawahnya
Nak Ain belajar setinggi yang boleh
Suatu masa nanti berjodoh & ditemukan dengan orang yang boleh menjaganya sebagaimana kami menatangnya spt minyak yang penuh
Apa sahaja kemahuan dia kami turutkan,cepat @ lambat pasti akan tertunai
Takde yang tak cukup dengan anak itu
Keperluannya serba serbi lengkap
Kami taknak anak kami melalui zaman perit kami masa dulu
Nak makan pun bercatu dulu
Semoga segala privillege yang anak2 terima hari ini
Jadi pemangkin semangat untuk anak2 lebih berjaya suatu masa nanti.
Insyaallah.

Wishlist banyak betul tahun ni
Selain nak turunkan berat badan 10 kg
Nak simpan duit secara konsisten dlm THJ
Nak bawak bekal pg opis hari2 which is setakat hari ini masih berjaya bawak bekal hari2 wpun lauknya telur +nasi kicap aje.
Nak settlekan hutang PL separuh tahun ni sebab nak settlekan semua sekaligus mcm misi mustahil aje :(
Nak sambung renovation sikit -tukar tiles bilik atas yang dah mula pecah.
Banyakkan sedekah pada ahli keluarga yang susah
Kurangkan aktiviti mengopi 
Start jogging semula hujung minggu
Stop pelan2 minum manis2 ni
Dan yang paling penting prioritise masa untuk keluarga

Berangan nak repeat buat Umrah tahun ni
Berangan nak ke Jakarta-Bandung bawak kanak2
Berangan nak ada me time dengan husband sebulan sekali.
Tengok wayang minum kopi aka dating yang dah lama kami tak buat atas kekangan masa.

Tahun ni Auni akan masuk T3,Adeeb akan naik Thn 5 dan bakal menduduki UPKK & Affan akan masuk Tabika
Makin bzlah hidup sepanjang tahun ni
Doakan smg dipermudahkan urusan ku & keluarga tahun ini.

Aaamin ya rabbal alamin 












18 January, 2013

HIJAU !



apa nama pokok nih..??

motip tepek gambar pokok nih?

sebab aku ternampak ianya tumbuh wpun masih renek
betul2 tepi longkang kecil depan rumah aku

pokok apa?
wallhuallam bswb

memang failed bab pokok2 nih
even aku mmg takde masa nak belek pokok2 area rumah
kalo ada pun sumer hasil tangan bonda terchinta

tapi pokok2 wajib ada area rumah orang melayu nih

-serai
-daun pandan
-daun kesum

tapi kata orang
baik berbudi pada tanah kan?

teringin jugak nak bercucuk tanam
kalo ada masa

tak mo tanam pokok bunga
nak tanam sayur
sesak2 boleh save duit beli sayur

dasarrrr kedekut
till then happy weekend
jom kita menanam utk hijaukan bumi

jom!!

09 January, 2013

hardest decision ever :(




using Sketch Guru


hari ini merupakan hari yang sebenarnya
aku tunggu2
dan aku harapkan yang terbaik shj

utk beralih angin kata orang
kalo keputusannya berpihak pada aku
alhamdulillah
syukur banyak2

jika sebaliknya
tetap redha dgn kehendak Allah swt
sesungguhnya rezeki itu ketentuanNYA

banyak pertimbangan yang perlu aku fikirkan

tapi aku berpegang pada suatu keyakinan

kalo benar ada rezekiku hari ini
ini memang kehendakNYA

im need to move on
gain something
lost few things
learn a new things

apapun keputusan yang bakal aku ambil
mengambil kira 100%
keperluan anak2 terutamanya
serta melibatkan sokongan suami 100%
jugak restu bonda terchinta yang tak pernah putus berikan semangat,panduan & doanya buat aku

apakah ia?
biarlah result tuh keluar dahulu
baru aku umumkan dalam blog ini

apapun aku sedang berdoa
dan tawakal sebenar2nya pada Allah swt
biar Allah yang tentukan hala tuju masa depan aku ini

Lynn,doa yang baik2
Allah lebih tau perancangan mana yang lebih baik untuk kita

*wipe tear drop -__-





30 November, 2012

percutian mega - bukan sekadar berangan :))

bestnya berlunjur kaki tepi kolam kan?


aku yakin ramai antara kita
yang suka melancong
yang suka bercuti
yang suka nak tengok tempat orang

kadang2
selalu2
jarang2

pasti kita nak bercuti jugak sekali dalam setahun
paling dekat pun
mesti nak g PD.Bagan Lalang ke

aku punya pemahaman sendiri
tentang bercuti
selain merehatkan minda
membuang duit secara berhemah
ia juga salah sata cara utk spend masa bersama anak2 ahli keluarga
dan jugak utk tgk tempat orang
rasakan budaya,serta masakan orang lain
dalam masa yang sama- shopping!!

sure ramai antara kita berangan nak ke luar negara
tipulah kalo kata takde kan!!

aku pun selalu berangan nak bawak anak2 melancong ke luar negara
tapi selalu pikir persoalan bajet
kalo dah sebut luar negara
dah tentu tukaran mata wang berbeza
kena pegi US/UK
lagi berganda2 kecil matawang RM kan

aku rasalah kan..
kita tak salah berangan
tapi apa salahnya kalo kita berangan
sambil bercita2

cita2 mesti seiring dengan perancangan

mula2 tetapkan DESTINASI impian masing2- tulis BESAR dalam note book VACATION anda

-eg : HK DISNEYLAND

jumlah anggota rombongan

-eg: 4 orang

masa , tempoh percutian - tempoh jangkaan untuk melancong

-eg-5h4m- tempoh dalam 16 bulan akan datang ( biarlah tempohnya lama lagik, asalkan perancangan kita menjadi)

start survey hotel, tempat makanan, tiket2 masuk utk taman tema dsbg

-list semua website yang menawarkan kadar berpatutan

selepas itu yang paling penting BAJET

-eg - RM 15K paling murah

sila kira2 semula-adakah cukup saving anda sebanyak itu ..ambil kira saving & kadar faedah jika anda menyimpan dalam bank..ambil kira jugak kemampuan kita setiap bulan utk percutian.let say ada bonus & ASB dividen- boleh campur sekali utk simpanan percutian kita.

banyak website yang mengajar cara2 utk kita merancang simpanan utk percutian

dan memang menarik !!

kat sini aku sertakan link utk "cara2 menyimpan untuk perancangan percutian "

-sini

-sini

banyak lagi- tapi kena rajin google

tip2 untuk dapat better deal atau yang murah2

selain beli tiket airline berbulan2 awal drpd tarikh penerbangan
-alert semua promosi AA/MAS- cuba2 nasib kot2 berjaya

rajinkan mengoogle semua maklumat yang berkenaan tempat percutian

merencana ittenary masing2- make sure dapatkan banyak rujukan terutamanya utk mereka2 yang dah pernah sampai ke sana

book hotel melalui pelbagai website spt agoda.booking.com.asia rooms,

serta stick to the budget - jangan mengelat!!DISIPLIN paling penting ok.

dan yang paling utama - DOA banyak2 , semoga Allah mempermudahkan perancangan kita-niat paling utama sbg nak melihat kebesaran ALLAH, nak tengok tempat orang, bukan nak bermegah2..nauzubillah!!

jadi sempena nak hujung tahun 2012

jom kita berangan secara berhemah!!

selamat berjaya :))






22 September, 2012

Berangan & Bermimpi !

dah lama rasa x update pasal rumah sekangkang kera aku tuh kan
sekadar buat kenangan utk diri sendiri
kena tepek jugak kat blog nih

alhamdulillah..dah setahun 3 bulan aku & family menetap disini
so far alhamdulillah
xde kes yang bukan2
jiran2 pun baik2 belaka

banyak benda yang kami angankan utk rumah ini
moga jadi tempat istirehat yang selesa buat aku sekeluarga
takde apa yang kami tambah
selain membeli island table yang kecik utk dapor cinonit tuh masa bulan posa yang lepas

antara perancangan jangka panjang kami
adalah nak membesarkan dapor sekaligus nak buat dry kitchen & dining area
itupun kalo ada rezeki nanti
buat tiles kat porch
tarik porch-pasang bumbung konkrit 
tukar pagar & wat pagar batu  menggantikan pagar besi tuh
serta wat laundry room kat airways hall sebelah bawah nih.. 
jugak bermimpi nak wat garden yang ada refelexolgy stone kegemaran aku tuh..

tapi 2 minggu lepas jiran sebelah kanan
dimana rumahnya masih kosong
tgh buat pagar batu
jadinya...kami tak payahlah nak buat dah..
untunglah kan...

pagar batu-ikhsan jiran!!baru siap plaster

so hanya pikir nak sambung pagar batu
dekat area depan sahaja lah sebabnya kiri kanan jiran masing2 dah siap pasang pagar batu masing2

jiran sebelah kanan..dah elok berpagar batu!


kat sinilah ..rancangan nak wat pagar batu & tukar pagar molek sikit!






tapi ini semua perancangan awal
kalo ada rezeki lebih
kita buatlah kan..

takperlah sikit2 lama2 jadi bukit
semoga Allah permudahka hdknya
inikan baiti jannatti!!
nak beli yang molek lagik..x mampuler.
skrg harga rumah...double storey kat puchong utama pun 600k ok..sgt giler!!

utk mereka yang belum merancang beli rumah sendiri lagik
sila buat azam tahun depan utk beli sebiji
biar kecik pun 
janji ianya milik kita!!

rumah kecil tiang seribu!!
biar kecik
biar buruk
biar hodoh
janji kita punya!!!

:))

06 July, 2012

adik !!!



korang pernah tak encountered situasi
dimana ada orang yang lebih muda/kelihatan lebih muda
panggil anda "adik"

apa rasanya ?
happy!!
sbb rasa muda sikit
sentap!!
sbb rasa tak respect
atau dalam hati rasa
"dia nih perli aku ke?"

kalo aku..aku selalu akan tegur
saya dah tua
panggil saya kak lin

apapun panggilan orang
kalo betul orang nampak kita muda
ucap Alhamdulillah..
segala pujian bagi Allah
kalo nampak kita tua dari usia
still Alhamdulillah jugak
sbb orang nampak pembawakan kita matang dari usia

usia hanya angka
dan truly self reminder
kita selangkah lagi ke alam kubur
mati itu pasti
dan penambahan usia harus sejajar dgn ilmu,perbuatan & amalan

doa yang baik2
di permulaan buku baru
semoga mencari kesempatan dalam kesibukan
menambah ilmu agama,menambah amalan yang kurang,
mempercepatkan solat diawal waktu
bertaubat atas dosa2 lalu
dan istiqamah itu yang paling penting

ini antara blog paling selalu aku kunjungi
blog Prof Muhd Kamil
bahasanya ringkas,isinya padat
sentuhan kata2nya  kadang2 selalu buat bulu roma tegak berdiri
kadang2 mengalir air mata tanpa sedar

bulan 9 ni aku akan berganjak ke usia 33 tahun
banyak doa banyak impian
yang paling utama
adalah menjelaskan hutang waktu bersama anak2
atau mencari jawapan pada soalan kak ain
yang buat mama terduduk seketika

" kenapa mama orang lain boleh duduk rumah , mama ?"

sometimes the question doesn't have any good answer
she's my big girl
she's  in her exploration stage
and she has a right to ask !

may ALLAH show the right path
and guide us throughout the journey!!

ameeenn :(

10 May, 2012

KB -misi CUTI-CUTI MALAYSIA :))

aku akan bercuti panjang bermula minggu terakhir
bulan may ni
aku amik cuti 2 minggu
spend quality time dgn kanak2 & lohkong

KB :))

1st destination adalah Kota Bharu
berkunjung pulak ke negeri serambi mekah
selamat booking motel murah2
utk 2 malam

hanya rm80
sila tgk sini

aku rasa dah lama sgt x ke KB
last sekali pg 5 tahun lepas
selain nak merayau ke KB
pusing2 pasar khadijah
gi rantau panjang
aku jugak nak jupe kawan terbaik yang pernah aku ada
di Pengkalan Chepa -Husna

tetiap hari aku belek kalendar
rasa lambat sgt nak mula cuti!

kalo xde aral
ada rezeki--akan melanjutkan percutian ke Perhentian Island
sedang godek2 booking.com
utk book resort jugak

doakan semoga semuanya berjalan lancar
x sabarnya nak cuti-cuti malaysia!!

jangan jealous :))

yahoooo!!

20 April, 2012

plan to plan :))

sorry for lack of entry,my blog
tuan tanah sedang sibuk dgn keja2 hakiki
selain menjadi isteri & ibu kepada dua anak kecik
mmg x terlayan jadinya


tgh2 bulan
kalo nampak aku merempan stress dlm FB
mmg stress sgtlah tuh
tak sabar nak tggu cuti sekolah hujung bulan 5 nih
aku akan bercuti panjang
itupun kalo boss approve!!


kali nih mungkin rasa nak conquer pantai timur
sambil menyokong kempen jalan-jalan cari makan
from KL-KB-TGANU-KL
itu ikut perancangan awal
perancangan akhir-wallahuallam!!


ada hati mau ke Pulau Perhentian
ini mmg dream island yang selalu aku meratib kat lohkong
cuma x tau samada safe @ not mahu ke pantai musim2 gini
dari dulu lagi nak bawak kanak2 pg pulau gini
mmg tgh tggu kanak2 membesar dulu
tgk skrg diorang dah besar
bolehlah nak mengangkut ke sana


giler cantik kan??
skrg tgh tggu green light dr en boss dulu
kalo dia kata ok
baru lah start survey
baru lah leh start tekan2 kalkulator 7-8 kali
sambil jeling2 tabung ayam
cukup ke tak cukup..

en boss , jangan sabotaj sudahler!

kasi staff komited nih pegi bercuti dgn jayanya
if not ada yang bantai amik cuti sendiri
aku nih bukan leh kira sangat
mari penyakit sewel tuh
ada yang bantai bercuti suka hati mak-ayah aku
muahhahahaha!!!

ok..back to work
jangan jeling2 lagik

masa utk bekerja penuh dedikasi
smg kali ni boss approve cuti
x pikir 2-3kali

hehehehehhe!!

happy weekends lalink :)

* again,invitation for kak ain birthday bash..jangan segan2 jangan malu2..pls come & have fun with us.invitation entry - above ( sticky post ) utk yang dah hantar RSVP- tggu yea..nanti akan dihantar alamat penuh & contact number..sedang usaha compile lagi nih..sabar yek.

05 April, 2012

Project DIY dlm imaginasi :))

from do-it-yourself invitation

this time excited nak buat kad invitation birthday ain
so bolehler dia jemput kawan2 kat tadika sekali
sila verangan mama oiiitt
sedang tercari2 kedai kertas yang jual kertas cantik2
dulu kalo x silap ada dekat CM
harus terjah jugak jumaat ni


macam2 idea ada
dan ada guideline thru banyak website
this is one of them


menarik,simple & yang paling penting save cost
selagi boleh jimat
silalah berjimatkan!!



paper bunting
tgk rega yang rata2 dalam rm50-rm80
so  sila pangkah siap2
its really wasted

perlukan sedikit kreativiti
dan sedikit kerajinan
serta willing to work with 4 helpful hand with ain & auni

tapi kalo lohkong nak sponsor beli custom made lagi baik kan..
tgk ada tergodek di sini
price wise jugak
tp kalo buat sendiri mungkin kosnya boleh save few RM
hahahahaha

sila doakan semoga berjaya yek
berjaya utk save sebanyak mungkin

kali ni mama yang excited utk make it ain dream come true
tggu yea lalink

* hari ni kak ain ada photography session kat tadika..jenuh aku ajar senyum semalam..

26 January, 2012

Proposal for having multifunction oven at home :-)

We dont stop playing because we grow old
we grow old because we stop playing
George Bernard Shaw


i dont know about others people
but im keen to have one small tiny, super cute @ super duper baking oven that has multifunction purpose
even can cook satay inside ..muahhahaha!!

huhuhuhu..
that's sound silly !!

sila verangan!!gulp!!

so the proposal is started about 1 week before :-

the reason is listed here :

1) to pampered my sweet tooth- kata giler makan kek,brownies,tart-->>so kalo ada oven x payahler memanjang aku mengorderkan..save duit di situ ok!!

2)to brush my baking skills--dah xde oven, of cos ler x leh baking..xde feel ok..

3)selain urusan baking kek,kuih..aku jugak leh start wat pizza sendiri kan..drpd perabis RM mengkayakan Pizza hut..baik belajar wat pizza sendiri..aku & anak2 suka makan pizza..

4)the nice kitchen does not complete without OVEN...(boleh guna x alasan ni ?)

5) to lead the healthy cooking style..asyik goreng bagai..kita belajarlah bakar dlm oven plak kan..

6)to help lohkong save during raya celebration--or else we keep apportioned RM300-RM500 only for cookies...what a waste...

7)as mom-daughter  activities at kitchen ..as im always force my kids to leave kitchen while im cooking as the normal stove not allowed them to get nearby- this is done for security purposes.so by having oven, i thinks its a great idea to have them together for baking activity...sound nice rite...

8)buying oven also an investment ok..who know im gonna be a good baker..then can set up my small baking biz..(ayat x menahan..)

9)at least when we have an oven at home-- then we know where the RM gone..hahahaha

10) all as above.. boleh ??

meratibler..44 hari gamaknya
kot lulus..merasaler oven baru hujung bulan nih kan?

agak2 leh lulus x proposal aku ?

: )

04 October, 2010

berbaloi2............


akhirnya semalam aku & en papa bersama si lil booboo

berjaya ke The Mines Shopping Fair

gara2 handphone hunting yg x berjaya sebelum itu

kebetulan kak ain xde

dia melepak umah opahnya

sinced cousinnya ada sama..haram dia nak ikut balik umah

mesti nak dok umah opahnya jugak


bagus gak..

kak ain cukup menyampah kalo aku & en papa

berlama-lamaan memusing kedai

dia leh mengamuk & buat perangai tahap gaban punya!!

suh dukung ler.melalak ler..so semalam mmg amik kesempatan di atas ketiadaan dia ler..

heaven berjalan.....

letak auni dlm stroller

diamler dia..


dah lama jugak x merayap The Mines

kalo pg MINES tpt wajib singgah ialah TEWAH kat tgkt 2

dan kedai baju yg berderet serta kedai kasut( yg murah2) macam WALK IN

dan jugak Digital Mall kat tgkt 4

kalo nak cari souvenir,hadiah pun berlambak kat situ

huhuhu.......sediakan aje RM nya


mula2 tempat pertama yg aku & en papa terjah ialah tgkt 4

jenuh memusing..

at last jupe 1 kedai NOKIA authorised dealer

aku beria2 ler dgr salesperson nih bercerita

so pada mulanya mmg aku excitedlah

tp agaknya bukan rezeki kedai tu

sbb aku & en papa detected

yg dia start "cheating" ttg harga handphone

mmg putar alam punya.......

so aku & en papa mula argue dgn dia

bla..bla..last2 aku angkat kaki......blah........


so nak tenangkan hati yg rasa nak marah aje

pg turun tgkt 3 makan PIZZA

abis aje makan..

cakap dgn en papa


"x leh jadi ni..kena cari gak hr nih.....penat kuar dr pg kalo x dpt apa"


betul2 depan Pizza Hut tuh

ada kedai HTC.......


aku & en papa jengok kat situ

terus tanya model hphone yg kitorang nak


agaknya ituler rezeki kami

dpt hpone yg kami mahu

pada harga yg murah sedikit dr di tgkt 4

so close deal.......tangkap sorang 1


en papa telah memilih Nokia E5

harganya rm750+


dan aku beli Nokia C3

harganya rm650+


jadiler.........kan!!


psst : aku tgh nak belajar m/mana nak guna QWERTY pad

aiyokssssssss menaip macam apa lagi..
lambat giler........

aku mmg failed bab itu!!







01 October, 2010

bertukar ?

setelah di+-x bagai
aku nekad utk dptkan hp baru hari nih
paling lewat pun esok
en papa pun nak hp yg lain jugak

aku dah tak larat pinjam hp org nih
en papa punya hp dah hancur
bila call-haram x dengar suara
sms pg nih..-ptg esok lak baru dpt
dr bergaduh bagai pasal hp nih
nak tak nak terpaksa beli gak yg lain
pejam mata aje masa bayar tuh
pas tuh baru picit kepala tanda pening..pening

en papa mau itu Blackberry Curve 8520
tgk promo CELCOM aku haram x paham
berapa harga sebenarnya..aku betul2 blur
aku paste kat
SINI
BB curve harga paling murah RM688 tp ada kontrak billing 12bulan
betul ke?
sat g baru nak tel hotline celcom tuh..nak tanya betul2

tak pun redah
SINI
tgh ada promotion BB serendah RM1099
guna card leh dpt 0% interest
menarik gak kan...
xde commitment billing

ikut aku.....suka jugak BB tuh
tapi memandangkan aku pki prepaid dr 10 tahun sudah
aku x kuasa lak nak tukar ke postpaid
apa jadah pakai BB kalo nak on FB kena caj per minit thru prepaid
sgt x berbaloi kan..

so aku prefer normal 3G hp
supaya bila aku jauh dgn anak2
boleh tgk muka anak2 yg sgt dirindu itu

aku ingat nak amik nih aje

Nokia E72

atau

NOKIA E5

tp NOKIA E5 nih sama lak dgn boss punya...(kang bos malu lak staf pakai sama jenis..hehehe)

pas nih janji kat diri sendiri,janji sungguh2 nih.......

xmo lalai lagik,x mo leka lagik.......(dah x kuasa nak hunting new hp lagik)--dan bukan ada RM nya lagik pun...........huhuhu :(
ikutkan aku prefer Sony Ericsson tp memandangkan dah 2 hp nih hilang dlm tempoh 3 bulan..aku jadi serik lak!!(ada lak gt kan?)

aku x tau which one is worth buying..

apapun bg aku nak beli hp macam beli baju,sesuai ke padan ke..cantik ke,longgar ke?jgn main beli,haram x sesuai..serba x kena..takat beli sbb org lain pakai..tp sendiri nak pakai..haram x tau..baik x payah kan!!

bukan semua aplikasi yg canggih-manggih dlm hp,aku selalu guna ( dgn limited usage..maklumler pakai prepaid aje kan..) so x mo jadik tukun lak kalo beli pun..apapun sat g balik kang nak bincang lagik sama en papa..mana yg patut dibeli @ mana yg patut MIMPI dulu ke..huhuhu..

setakat leh check email ke,FB sekali-sekala,online banking bila terdesak..agaknya sesuai kot hp atas nih..aku prefer hp yg simple.senang aku godek,senang aku kelek dan yg penting cantik kat mata aku!!aku suke tangkap gambar anak2,rakam video budak2 nih..bila tensen tgk muka bos boleh layan video klip nih..aku leh gelak sorang2..hilang stress sikit!!

aku nih sebenarnya xde masa nak review banyak brand hp..dah kuar awal pagi..balik malam hari..nak hadap lappy tgk dlm google pun x banyak masa..keja kalah PM ok..

kalo ada rakan blogger yg tergodek korang rasa ok x pilihan aku nih?ke ada pilihan lain yg lebih baik,lebih murah & kat mana aku nak beli yek?

bajet muktamad RM1200 nett..aci?


03 August, 2010

when my last time im pampered myself?


lamanya..........sangat lama
kalo dikira dgn tahun mungkin sebelum kawin dulu..5 years back
kalo dikira dgn hari mungkin 1825hari
kalo dikira dgn jam mungkin sudah 43800jam lamanya
atau dikira dgn detik minit 2628000 minit
belum lagi counted on second lagik..huahuaa..

amboi..........lama betul rupanya
aku x de masa nak membelai diri
yg ku pakai selama hampir 31 tahun nih
nak mandi scrubbing lama2 dlm bilik air pun dah lama x ku buat
apatah lagi nak bermanja2 ke spa
pergi berurut otot2 yg tegang nih
nak pg facial muka..lagiler xde masa
nak g sauna,nak g saloon
ya allah mmg lama sesgt aku x sempat pamper dr sendiri

bila last time
aku shopping complete set of body treatment
face treatment.......aku LUPA SESANGAT!!
nak beli make up pun rushing sana-sini
x sempat nak membelek pun

sejak anak 2 nih
instead of worked
my life surround at home only
up & down with domestic chores
buzz up with tight dateline
tied up with limited time & resources
waaaaaaaaaa..mana aku ada masa kan..

just now,im just thinking
why dont im do something for myself

instead worked so hard all this while
why dont this called it a treat

when i started to seen this cracked feet
unpolished skin face
the rough skin here & there
wrinkle starting to deepen into my skin
unbalance texture of my skin condition & colour
scar?whitehead?whatever u called it..
the stiffness muscle that hardly taken rite now
the accumulated of an extra kg (that can be seen direct from my chubby faces,tight jeans & L Blouse intead of M size before)
(how i wish to shed off few kg..)
how i wish to fit in size 27 for my jeans
make me really wanted to DO SOMETHING

i dont blame others
it might due to unbalance diet since im pregnant my lil booboo
keep said "im eating for two my fren.."
lightly handled my "confinement time"
im keep focused to both of my kids & ignoring my self
take it easy way by keep eating out all the time
(when im always late to be home)
and im always couldnt resist the sweet temptation (cuppies,cakes,pudding,choco)
keep eyeing for fast food instead of healthy food (home cook)
cant resist my oily tomyam soup,sweet & sour fish,seafood temptation
Keep indulged to my fav cup of coffee
that master distributor the sum of cellulite here & there
and always forgot to drink a lots of water
haiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaa...this lady aaa..

lazyness to WORK OUT!!huhuhu..
lazyness might be the CORRECT words

before its too late
just before this ramadhan begin
im thinking to try out something
it may not be FAST WAY to solve all those problem
But nothing can be done without taking first step AHEAD
im really hope my NEXT thing buying will be worth enough
to help me out
at least will show better result even small result
(i will be most happy i think)

starting with aiming certain magic tools
hopefully it works & blend well with my problem
later will update what is the magic tool ok..

wish me LUCK!!

here a few article for anyone that think the SAME as i am:

sharing is caring!!


















19 July, 2010

antara lokasi ,jenis & harga ?mana satu jadi pilihan..


kelmarin aku & en papa serta anak2 ke PUNCAK ALAM
tgk rumah contoh di Shah Alam 2-Alam Suria
amik guthrie EXIT bukit jelutong..
menghala ke UITM Puncak Perdana
terus lagik.........
approximately dlm 30km dr exit guthrie tuh
baru ler smp ke umah contoh tuh

throughout the journey
areanya mmg agak ke dalam
mmg pinggir bandar Shah Alam
sunyi & x sesibuk Shah Alam rasanya

house review?
sgt PUAS HATI
with the value of rm2** ***
spacious..........cantik....& aku betul2 in love at first sightlah
appx built in 1790kps
with 4bedroom & 3 bathroom
2 living room

seriously aku suker sgt

tapi bak kata en papa
the place x naik lagik
x semeriah umah aku di Ampang
tp the environment.......

we both has agreed its up to more than we expected

ttg jauh umah ke tpt keja
dr situ ke opis aku di PJ
will take around 40m driving
utk en papa
mmg xde masalahler

en papa kata
sumernya terpulang pada aku
if aku suker
he will proceed the loan arrangement

with the limited budget that we have
i cant possibly own a landed house area klang valley
yes a lot of houses to sale but i need to proceed with 10% from selling price as initial payment
sdgkan aku & en papa berharap pd govt loan nih ajer
aku x tau m/mana processnya beli umah atas org
kata org initial pymt 10% is a must
then lawyer cost sumer atas kita
belum bab penyelenggaraan rumah masa masuk tuh lagik
seriously i cant afford it..:
that's why aku & en papa bincang
we should buy new house instead of buying 2nd hand houses

mmg banyak condo tgh naik..(area gombak,batu caves sana,selayang)
tp aku x minat sgt umah tinggi2 nih
harga lebih kurang umah landed
kena bayar maintenance seumur hdp lak tuh
mmglah banyak fasciliti itu & ini
tapi aku selalu bertanya pada diri sendiri jugak

"am i really need that?"

bila masa lak aku nak berendam dlm pool tuh
nak guna gym fascility?
nak g kedai..dobi..(mana2 ada skrg nih)
nak dkt segala tpt..happening life..dok tgh2 bandar
takkan tetiap hari nak g shopping lak kan.........

so for the long term decision
aku & en papa setuju nak proceed dgn umah tuh
to live our own life,to raise our kids & built better future disana

mungkin jauh mula2
dah lama2 oklah tuh kan...........
dulu org kata putrajaya jauh
skrg x jauh dah kan...........

sekali-sekala org nak dtg jer
biarlah jauh pun..
tp aku suker..(x jauh nak g PJ dah..)

korang rasa macammana?

bagi aku selagi lokasi masih dlm lingkungan "accessible thru h/way"
rumah jenis"terrace"
bawah rm270k
aku rasa ok dahhhhhhhhhh............

harapnya kami membuat pilihan yg tepat

insyaallah........



02 July, 2010

when poppy become popiah.......







ohhhhhhhhhh Miss Poppy

how i wish to hold you tight

how i wish to smell you

how i wish to kiss u hard

you melt my heart

you tear off my pocket



Hi miss poppy...

you make me sound crazy

here you are;

smiling without guilty;

so funky,so shining,so gliterry

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



ayat2 kasihan & mengecek en papa

buy me a new Coach Poppy

huahuahuaa...

papa,i want this poppy

not a popiah basah one......

uwaaaaaaaaaaaaaa....!!

02 June, 2010

menarik x ?



steamer..with divider!!

toaster!!cool..

battery operated cup..(letak creamer+nescafe+suger) bancuh sendiri!!

sgt sesuai utk en papa..



ini
aku x tau apa namanya..tp rasanya macam griller..korang rasa apa?


ini namanya MINI MICROWAVE OVEN

(pic crdt to www.coolgadgetconcept.com)

sgt menarik kan...

kat MSIA x pnh jupe lagi yg pelik2 gini

kalo ada pun

tentu harganya melampau2 kan..


31 May, 2010

aku di umur 51 tahun nanti?

www.in20years.com

oh tidakkkkkkkkk!!

inilah agaknya rupa aku bila bertambah usia 20 tahun lagik..

idea nih ku jupe dlm blog cik viruspadu

tag to others yg terbaca,tergodek blog ku ini!!

sajer2 suka suki..

hopefully by next 20 yrs time

aku dah ada kehidupan yg stabil

dah xde hutang piutang

kak ain that time dah berumur 24tahun

ntah2 that time aku dah ada menantu

hehehe..berangan jer.......


21 May, 2010

best kan??

selamat hari jumaat
hari yg paling best dlm banyak2 hari bekerja
pertama-sbb break time awal
keduanya sbb esok hari cuti
ketiga sbb hari nih balik awal

huhuhu

dlm perjalanan ke tpt keja pg td
aku terfikir
alangkah baiknya kalo ada bussiness blog
drpd sesaja aku berblog
kenapa aku x generate blog
sbg pusat utk meraih pendapatan sampingan
selain dr klik kat en nuffnang nih

tp bila terfikir
apa lak yg aku nak offer
  • nak buat cake..cookies
    haram aku x pandai
    dan aku rasa bukan line aku pun
    line aku bab makan & try test aku cukup suker.........
  • nak jual baju brg budak2 branded
    mmg berlambak blog bisnes gini
    menarik jugak kan..
    such as clothes,toys & etc..
    (tp aku lgsg xde idea dimana aku nak dptkan pemborong @ contact person)
    so abaikan opt itu...
  • jual baju.......(aku ada terfikir jugak..tp aku rasa this kind of biz berlambak jugak dlm blogspot
  • jual aksesori(aku x minat..tedious job for me)
  • jual tudung & scarf (ini aku minat..tp as usual mmg aku xde ctc lgsg)
  • jual barang perhiasan rumah(haaa..haaa..same as above x ctc)
  • any idea? (aku blank..)

aku rasa selain minat & modal

utk ada biz yg menarik & profitable

aku kena jugak amik kira target market aku,pemborong mana yg patut aku cari & biz apa yg jarang sgt ada tp sesuai utk kita offer pd market..

dan pengorbanan masa & sbgnya..

v

v

v

v

v

v

v

so abaikan jerlah niat suciku ini...huhu..

mmg bukan biz minded pun..hehehhe

tapi aku seriously sgt takjub

dgn h/wife @ sesapa yg ada biz blog nih

bagi aku diorg nih creative & smart work

to those who has their own biz blog

"all the best of luck guys.."

semoga murah rezeki

to my dearest nofa

terutamanya...

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...