Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

22 September, 2026

JJCM:COZY HOUSE,GREAT EASTERN MALL

Minggu lepas sebenarnya aku nak ke KLCG Confectionery kat Jalan Ampang
Geram aje tgk reels lalu lalang tayang pastri cecantik
Jadi memang teringinlah nak rasa sedap tara mana
Malangnya masa aku smp,full house,parking pun xde
Tapi aku dah lapor
Alih2 x jadi menunggu kat KLGC tu 
Kami terus ke depan,buat U-Turn dan masuk GEM -sebelah Menara Perkeso

Naik tingkat 3 terus ke Cozy House
Cozy Corner ni antara restoran  faveret aku
Dari outlet legend di Ampang Park 
Since Ampang Park dah runtuh,so memang jarang2 sekalilah nak g makan

Cuma aku rasakan kureng dah 
Tak sesedap dulu
Macam ada yang x cukup.Tak tau apa tu.

Sedikit trivia-
Dulu zaman aku masih belajar,aku sanggup simpan duit semata2 nak splurge gi makan kat situ
Ingat lagi dulu pernah belanja husband yang ketika itu kami masih on dating mode
Belanja sempena konvokesyen dia di UM-sanggup naik tren dr stesen Universiti pastu tukar tren plak 
Stop kat LRT Ampang Park-menapak g makan situ.

Harga as usual-standard fine dining
Takdelah kata murah mana,mahal pun subjektif
Orang Malaysia ni peel suka splurge makan
Bayar mahal sikit pun xpe kan


Entrance Cozy House,GEM Tingkat 3


Cozy & classic ambience.Memang trademark dari dulu.Pg mana2 outlet pun seakan2 aje furniture diorang.

Wefie -muka besar pinggan dont care!

Fresh Orange -en papa punya
Aku as usual Watermelon Juice.Ntah kenapa 2 gelas pun beza size.

Ini menu yang aku selalu ulang order tiap kali ke Cozy-tomyam,mix vege & siakap sweet sour.Dulu bg aku tomyam diorang sedap,sekarang ntahlah,kureng!Yang paling aku suka adalah mix vege.Maafkan kualiti gambar yang disnap asal ado aje.Kos lebur tempohari RM150+


Verdict:

Taste : 3/5
Price: Standard Fine Dining 
Ambience: 4.5/5
Portion: Acceptable
HALAL CERTIFIED RESTAURANT

Datang lagi-insyaallah.Aku suka jugak sebab sini banyak menu.Boleh google-berlambak info tentang menu di situ.Orang kata Hainanese Chicken Chopnya yang paling sedap,tapi ntah kenapa aku tak pernah terasa nak try makan.Plan nak repeat semula ke situ 2/10 belanja anak2 makan kebetulan Auni pun balik nanti.Mak2 be like,hari tu makan berdua sahaja dengan suami.Anak2 tak ikut sama.Jadi macam x best,makan x bawak anak2.Huhuhuhu

So pada sesiapa yang berdekatan atau tetiba tak tau nak makan apa kat GEM tu bolehlah try makan situ.Mungkin tekak korang rasa lain.







11 September, 2026

JJCM:NASI LEMAK WANJO,KG BHARU

Sabtu minggu lepas aku turun KL
Kebetulan memang nak pg hantar beg luggage untuk abangku yang bakal menunaikan Umrah 28/9/2026 ni
Lepas hantar beg kami ke Kg Bharu,nak makan nasi lemak
Sempat jugak singgah bangunan Tabung Haji tumpang solat maghrib
Dan terus ke Kg Bharu lepas tu
Tau ajelah,jalan KL
Sumer lorong pun jammed

Mula2 aku berangan nak g makan kat Nasi Lemak Antarabangsa
Aku tak tau zaman bila last aku makan kat sana
Rupanya dah xde,sungguhlah tiada dalam pengetahuan aku
Nostalgia sungguh,g makan Nasi Lemak Antarabangsa lepas habis keje part-time kat Guardian,paling teringat2 lauk paru crispynya
Sedap yakmat

Since dah xde,kami pegi lah jiran sebelah Nasi Lemak Wanjo
Banyak dah baca review even tgk reel kat Tiktok 
Ramai mat salleh pg makan situ
Kami jugak yang x smp2 lagik

Layan gambar ajelah ye

Kaunter lauk 

Staff akan serve ikut order 

Pick up order memasing

Ntah kenapa nasi lemak ni xmai dengan kacang tanah goreng,papa & anak2 lelaki sumer amik ayam goreng,sementara pinggan aku letak sambal paru


VERDICT:-

Portion : Munasabah
Price: Standard Klang Valley rate
Taste: Bagi aku sedaplah,even Affan yang super cerewet puji nasinya sedap.Habis sepinggan.Nasinya memang berasa lemak.Sambalnya bagi aku manis-tak pedas mana.Mungkin sebab nak cater foreigner yang ramai berpusu2 nak try makan nasi lemak.Aku plak suka nasi lemak yang sambalnya ada rasa pedas sikit.Tp bagi aku ok jer,cuma aku prefer Nasi Lemak Antarabangsa punya sambal lagi
Plus point :Restoran ada banyak meja,dan wpun beratur panjang tp servis agak laju jugaklah.
Comes again: Kalo teringin,boleh kot.Tapi xdelah kata mesti wajib datang semula.

Balik dari makan nasi lemak,si Adeeb sibuk nak ke KLCC
Mak aikhh dari Kg Bharu nak ke KLCC amik masa sejam
Nangis,punya teruk jammed

Hasil bidikan Gen Alpha-Adeeb.Dia kata skrg sumer orang tangkap gambar dari belakanglah.Adehhh mak dah kertu,x reti benda2 aneh2 macam ni.



18 August, 2026

JJCM:RESTORAN BESTEAK STEAK HOUSE: CYBERJAYA

As usual bila sambut birthday anak
Mestilah bawak g makan yang special sikit
Dan wajiblah mengikut kemampuan poket makpaknya jugak

So kali ni kami try makan di Restoran Besteak Cyberjaya yang bukan main trending kat Thread
Tak jauh pun dari rumah kami
Tapi Cyberjaya tau ajelah,traffic light kemain banyak
Dalam 15minit jugak driving barulah smp ke restorannya
Parking full,terpaksa tumpang parking kat stesen minyak disebelah

Ketika kami smp 
Ada beberapa meja dalam penuh
Mujurlah masih ada meja kosong untuk kami berlima

Kami order makan guna QR yang disediakan

Corner lot-area Sawadee Restoran

Wefie -missing Kak Ain yang tak balik minggu lepas

Chicken chop rega RM14.90 kot..ingat2 lupa.Portion besar,mujurlah aku memang lapor maka habis licin licau kecuali fries yang masih tersisa x terhabis makan

Birthday girl nak makan Crispy chicken burger-amik ko besar kemain burgernya.Kalo x silap dalam RM16 harganya

Lamb chop with fried rice-ini paknya punya.Kalo x silap RM 30+

Spaghetti Carbonara with streaky beef-RM19 kalo x silap.Ini dak Affan punya.Adeeb order Lamb burger,tak teringat plak nak snap gambarnya.




VERDICT:

Price : REASONABLE
Taste: 4.0/5.0 
Portion: BIG
Come again: YESSS!!

Aku rasa plus point kenapa restoran ni trending adalah portion besar,sedap ditekak melayu & harganya yang berpatutan.Dan menu diorang sangat VARIETY ye.Rambang mata memilih.Cuma tulah aku ni anti order guna QR-leh baran ye

So bolehlah try,sesapa yang berhampiran nak try rasa.

Kami hanya bayar lebih kurang RM148.00 untuk 5 main course & 5 jenis air.Mujur xde order desert bagai,sebab yang ada pun x terhabis makan sebab portion besar,Jenuhlah nak kuis2 bagi hbs jugak.Risaukan membazir.

Which is bagi aku murahlah sgt
Selalu kalo kami ke PADI HOUSE
Bill menjangkau RM300+ 

Untuk menu yang lebih kurang sama.

Cuma mungkin ambiance bukanlah INSTAGRAMABLE tapi bagi aku selesa & bersihlah tempatnya
Insyaallah ada rezeki bawak Kak Ain plak makan kat situ
Bila Kak Ain xde mak ko pun teringat2 anak makan apa kat kolej..Huhuhuhuhu!!








10 August, 2026

JJCM:Mencemar duli ke Aunty Aini's Garden Cafe,Nilai

Semalam selepas hantar Kak Ain balik kolej
Aku ajak en papa g makan kat Aunty Aini's Nilai
Dah lama aku teringin nak pergi
Rasanya dah hype berbelas tahun restoran dia ni
Baru kali ni berkesempatan nak pg itupun sebab Adeeb & Affan x ikut
Kalo tak mimpilah nak ke sini,sebab belum apa2 dah mengaruk lapar bdk2 tu
Mana maunya nak masuk JJCM jalan kg cari makan 


Entrance

Kami wefie sementara menunggu ada table kosong

Menu 


Menu yang diorder: Masak lemak cili padi telur itik ,ayam kampung goreng & sambal udang petai.Nasi Putih ,Teh O ais & Barley Lemon ais.


Verdict : 3.0/5.0

Taste : Sedap-udang fresh,ayam rangup,juicy kat dalam,masak lemak kebabom sedap.Tak pedas,masih boleh makan kalo bdk2 makan.
Portion: Kecik.Tak munasabah.Harga ayam kampung tu RM15 satu set-rupanya datang seketul aje ayamnya.Dalam gambar tu kalo x silap bahagian tight yang dibelah 2.Not even 1/4 pun.Telur itik tu hanya sebiji aje harga RM8.50.Sambal udang rega RM 25-dapat udang saiz sederhana 5 ekor.
Price : PRICEY!
Service: Oklah,laju jugak dapat seat.Laju jugak orang serve makanan,

Aku bayar RM65.40 utk makanan semalam.

Datang lagi-mungkinlah kalo teringin/terlalu jalan tu.Tapi xdelah beria2 nak kesana.

Table kami dapat pun ngam2 depan kaunter makanan-a bit stuck kat situ.

So pendapat marhaen dari aku,jika korang ada duit untuk splurge makan -mungkin boleh try.Aku x kisah jugak belanja makan mahal as long as portion tu berbaloi.Aku biasa jugak makan sana-sini,Para Thai mahal jugak tapi portionnya  munasabah.Jadi kita x berasa berkira membayarnya.

Bukan sebab owner dia ni Melayu aku nak komen macam ni.Owner mana2 FNB pun bagi aku kena come-out with their own price tag  tapi make sure ia beri pengalaman  berbaloi kepada guest.
Sedap sahaja tak boleh jadi tanda aras untuk orang berulang datang.

Walauapapun,suka jalan area situ,Kawasan kampung,Kiri kanan banyak kedai makan.Bolehlah try tempat lain plak lepas ni.

So minggu ni,mana plak kami nak merayap JJCM.Kebetulan Auni balik,jadi ada alasan munasabah untuk pergi mencuba makan tempat baru plak.








04 August, 2026

Lawatan TOP-UP kasih sayang buat anakanda Auni di Kuala Berang :)

Sabtu minggu lepas seawal 6.30am kami dah bertolak ke KB
Semata2 melawat Auni & bersempena minggu outing
Sejujurnya Auni x tahu pun kami akan ke sana melawat dia
Reason:husband masih 50/50 lagi masa nak buat keputusan melawat Auni
Kami pun tengah berkira2.sebab 13/8 Auni akan balik PB jugak
Tapi tup2 husband kata-mai lah melawat Auni pada petang Jumaat 
Ikutkan memang costly jugak bila melawat Auni
Tapi demi anak kan,semoga Allah swt gantikan rezeki lain pulak.
Macam baru ni kos lebur RM700,habis jimat dah tu.

Kami tiba di SAHUT betul2 pukul 12.30tghr ,itupun memusing cari hotel/homestay dulu di pekan KB
Kalo xde penginapan,memang kena balik jugak malam yang sama.
Hampir sumer hotel penuh Sabtu lepas,bercinta nak carik
Mujur bertemu homestay yang cantik & berpatutan

Menunggu Auni habis prep pukul 1pm
Alhamdulillah,cepat aje jupe anak
Jerit panggil nama anak
Dia berpaling pada mama setelah maknya menjerit 2x-terus lari peluk mama sambil menangis sokseksoksek
Rupanya sedih bakal tinggal sorang dalam dorm sebab dorm-mate sumer kuar outing
Dengan aku sekali emosi.
Sungguhlah,anak yang tinggal diasrama,bukan kita sahaja yang tersiksa rindu anak,anak apatah lagi rindu mak ayahnya

Sewaktu baru smp menunggu Auni di SAHUT



Kami terus ke pekan KB-cari nasik nak makan tengahari
Lapar memasing2,sebab last makan kat MCD Taman Melati aje
Habis makan,Auni nak beli stationery & tapau kek SR buat makan kat homestay
Kami terus check in homestay
EnPapa pun nak tido,dia sorang aje yang memandu dr Puchong ke KB

Memang berehat ajelah,layan mata ,layan hp 
Anak2 pun sibuk berhimpit dalam bilik
Melayan aircond sejuk
Kemain memasing

Pkl 5.30pm baru kuar homestay-singgah pasar raya Xiri belikan jajan untuk Auni
Lepas tu kami try makan kat kedai makan viral kat Tiktok namanya Combi
Sajalah nak try rasa
Orang ramai tapi servis boleh tahan laju jugak

Bila lama x jupe,memasing bahan sesama sendiri.Tapi dalam hati sayang adik beradik tu.

RESTORAN COMBI-kebanyakannya menu western.Setakat yang makan hari tu,Chicken chop fried rice sedap,pasta so-so ajelah.Bolehlah makan,xdelah kata xleh makan langsung.

Boleh waze; COMBI aje.Insyaallah x sesat.



By 7pm kami smp ke SAHUT semula
Kami akan attend majlis anjuran IB ITQAN-solat hajat & bacaan Yaasin sempena SPM Trial yang tengah berlangsung
Wpun lutut aku memang rengsa,bertahan jugak sepanjang majlis

Affan mana leh reti duduk diam,jenuh bersilat dengan abang Adeeb sepanjang majlis.



Sewaktu baca Yaasin



Muka breakout memasing,,adeii


 
Hbs majlis pkl 9pm kami pun gerak balik ke homestay
Auni pun perlu attend preps jugak
Tinggallah buah hati kesayangan kami
Insyaallah panjang umur,jumpa semula 13hb nanti

Tinggallah kakak Auni,jupe lagi nanti :)



Malam tu memang tido senyenyak2nya
Aku hanya sedar keesokan pagi 6.56am
Melompat bangun,sebab tak solat lagi
Aigooo..

Alang2 kami bersiap awal & meninggalkan homestay sebelum pkl 8am
Singgah makan pagi ditempat biasa kami sarapan setiap kali berada di KB
Dan masuk LPT Ajil ngam2 pkl 8.40am
Bersainglah dengan Geng RXZ 8.0 atas jalan
Alhamdulillah,selamat smp Puchong pkl 3pm
Itupun sebab pi singgah MAHBUB makan sebelum balik
Begitulah weekend kami
Penat+duit habis banyak
Tapi seronok!


Bukti bersaing dengan puak RXZ di exit Ajil,LPT







28 July, 2026

JJCM:RESTORAN SERI DAGANG,CYBERJAYA

Betapa sibuknya aku seminggu lepas
Sampai tak sempat nak BW apatah lagi nak post entry di blogntahapapantah aku ni
Tapi hari ini aku nak curik masa untuk taip blog post

Kali ini aku nak review Restoran Seri Dagang yang terletak di Cyberjaya
Aku memang peminat Nasi Dagang
Aku teringat sgt-aku pernah join kelab rekreasi masa zaman Uni dulu.
Ada program Rehlah di Tasik Kenyir.
Aku join sekali.
Tetiba senior tu jemput kami ke rumahnya di KT ,maknya masakkan kami Nasi Dagang
Punyalah sedap-dan itulah pertama kali aku makan nasi dagang seumur hidup
Aku smp terlintas dalam hati-aku nak cari org Ganu buat jodoh
Sungguhlah kata2 itu satu doa kan
Dah tahun ke 21 berjodoh dengan orang Terengganu weii..😂

So back to kisah makanan kesukaan aku,jadi aku selalulah pusing2 cari nasi dagang kalo weekend dengan en papa
Dia rajin melayan wifenya bab makan2 ni
Kalo x ke MAKANG yang area D'Pulze tu tapi MAKANG tutup hari Ahad selalunya
Aku akan ke Seri Daganglah lepas gian

Bagi aku sedaplah
Harga masih boleh bayarlah.
Tengok lauk apa yang amik.Anggaran RM8-12 rasanya.
Bukan mahal sgt,takdelah murah sangat

Verdict:
Taste: 4.5/5.0
Portion : Acceptable
Price: Price wise
Will come again: YES!

Layan gambor ajelah ye

Entrance -depan parking aje

Kedainya 1 lot aje,x besar mana.Kalo lewat mmg kena menunggu jugak kalo hujung minggu

Tak ingat bila pg sini-dalam gambar Nasi Dagang,Nasi Gulai Ayam & Lontong utk Affan serta cekodok pisang 5bj RM2

Ni minggu lepas: Nasi dagang as usual & pulut kelapa parut+ ikan

Tapaukan nasi kerabu,solok lada & ayam bakar utk Mak & nasi kerabu daging utk Adeeb.Aku smp ke sudah tak pandai makan nasi kerabu.Bagi aku banyak sgt rencahnya.Nak makan pun malas renyah2 aku ni..hahahahah











06 July, 2026

JJCM: RESTORAN NASI KANDAR POKOK PENANG,CYBERJAYA

As usual Thread selalu racun tempat makan lebih2 lagi area Cyberjaya ni
Sementelah Cyberjaya ni paling hampir dengan rumah kami
Maka memang semedanglah kami cari makan area sana

As usual sokmolah  teracun dengan Thread
Kali ni kami ke Restoran Nasi Kandar Pokok Penang,Cyberjaya

Kami singgah makan tengahari semalam selepas pulang dari hantar Kak Ain semalam
Terpaksa tekan Waze sebab selama berulang alik ke Cyberjaya memang xpernah tau Kedai ni
Malah xpernah nampak pun

Alhamdulillah,Waze bertindak cemerlang
Memang depan kedai dihantarnya
Kami main park kat roadside sebab malas nak masuk parking
Sebab niat memang nak datang makan aje pun

Verdict :
Rasa : 4.5/5.0
Lokasi : 5.0/5.0
Harga : REASONABLE 
Datang lagi-YES!!

Bolehlah menghilangkan kemaruk nak makan nasi kandar sekali sekala
Tak perlulah kita ke Penang semata2 nak layan nasi kandar kan


Entrance restoran-aku suka sebab berhampiran tepi jalan.Tapi masih ada buffer selamat-sebab meja makan diletakkan dalam ruang restoran.Aku paling seram tengok kedai mamak yang suka letak meja ngam2 tepi jalan.Aku ni imaginasi tinggi-selalu terbayang kereta terbabas..ishhhhh!!

Typical counter setting at Mamak's.Serve laju & kena explain betul2 samada nak kuah banyak atau sikit.Sebab mamak style suka letak kuah byk2

Pinggan aku-aku nak makan ayam madu & jelatah nenas.Sedap yakmat ayam madu tu.Buat teringat2 weii smp pagi ni.

Pinggan Adeeb-memang nalaaa kuah campur.Adeeb nak ayam goreng,kobis & telur masin.Sedap.Licin sumernya.






23 June, 2026

JJCM:Melawat Auni di asrama & melayan tekak di SR,Kuala Berang.

Sebagaimana aku bagitau pada post sebelum ini
Aku balik Terengganu melawat Auni
Sabtu awal pagi kami dah gerak dr Dungun ke Kuala Berang
Berbunga2 hati rasa nak jupe anak
Jenuhlah memusing kat area gerai2 jualan mencari anak dara kita
Alih2 mintak tolong kawannya panggilkan dia

Panas litlit Kuala Berang
Seronoknya rasa jupe anak
Melayan selera dia makan
Belanja jajan bagai
Melayan dia bercerita
Auni memang pandai bercerita,leka kita melayan dia bercerita

Sempat jugak seludup dia keluar wpun sebenarnya tak boleh keluar asrama
Tapi kisah plak mak ko
Mujurlah tak kantoi dimana2
Sempatlah bawak ke Secret Recipe,makan kek dsbgnya

Dapat 2-3 jam aje bersama,sebabnya kami kena patah balik Dungun
Nak jupe Kak Ipar yang dari Kuantan 
Kebetulan dia turun ke Dungun sebab plan hantar anaknya mendaftar ke Asasi UMT plak keesokkan harinya
Dan kami plak ptg Sabtu tu jgk kena bertolak balik KL
Sebab husband ada urusan Ping Pong MSSD  plak
Memang penatlah haiiiishh

Kami selamat sampai rumah pkl 11pm
Bertolak pukul 5pm setelah overdose makan durian kat kg
Makan laksa bagai
Sekarang mana2 pun musim durian kan
Kat kg,elok menjadi2 pulak durian tahun ni
Kak Ipar offer bawak balik
Huishhh xmolah
Kang pening melayan bau durian dalam keta berjalan jauh ni

Mehlah tepek gambar 
Buat diri sendiri sebenarnya untuk ulang2 baca
Biar xde orang tengok pun
Memang blog ni
Medium mama menyimpan memori
Kot dah tua
Boleh belek blog sendiri ,senyum sendiri

Lepas ni lambatlah dapat jupe Auni semula
Takde aral 1/8/2026
Kami ke sana semula
Kebetulan Auni ada outing
Semoga dimurahkan rezeki,diberi kelapangan masa & rezeki sihat tubuh badan
Insyaallah jupe lagi 
Sehingga itu,struggle untuk Trial SPM
Be the best & beat the rest



Entrance SAHUT-terbukak luas.Almaklumlah hari asrama terbuka kan.



Sempat curi masuk tgk dorm asrama Auni


Katil Auni duduk di bahagian bawah,hasil booked awal pagi awal bukak sekolah hari tu!

En Papa paksa bawak keta baru,sebenarnya sejak keta ni keluar sekalipun x terasa nak bawak.As usual ada rasa seram bawak keta besar/lebar macam ni.Aruz dulu pun amik masa nak bawak,penakut hampeh!


Missing Kak Ain sebab Ain berjalan Penang dengan classmate masa di SMT dulu.

Shinjuku Bakes ni wajib order setiap kali kami ke SR

Menu ni en papa yang order-nasi goreng dengan sate rasanya


Affan xmo makan nasi,maka dia order kek sahaja.Choc Chip Walnut-dia sendiri yang pilih kat kaunter

Vietnam Noodle ni memang faveret aku-sedap yakmat

Seafood spaghetti untuk Auni

Chicken chop ke apa namanya-yang ni aku redeem point SR 800 point.Savelah RM22

Anak dara kami & paknya :)














 


Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...