12 May, 2026
Mimpi buruk?
11 February, 2026
Fasa PENAT aku dah berlalu 50%
06 December, 2023
Being boss @ 44 y/o
21 September, 2018
Mini Open House
09 March, 2018
Musim exam,Mama Pitam!
Musim Exam,Mama yang pitam!
Bermula minggu ni & minggu hadapan adalah minggu exam Bulan Mac utk Ain & Auni.Kedua-dua SRA & SK menjalankan ujian selang seminggu.Pengsan mak-pak sumer tlg anak mengulangkaji.Bertabahlah semua hdknya melayan rebel anak2 semuanya yang macam2 jenis peel
Disinilah letaknya NILAI kesabaran tahap dewata raya.
Aku masih dgn cara –paksa anak2 buat latih tubi guna kertas ujian yang telah lepas dimana aku print secara online.Banyak website yang murah hati bagi kitaprint,tapi aku selalu print melaluiwww.sumberpendidikan.com sebab website ni boleh terus print tanpa perlu download pdf segala mak nenek.Recommended sgt sebab ada jugak skema jawapandisediakan untuk memudahkan kita menyemak jawapan anak2 kita.
Minggu ni jugak aku kelam-kabut menyiapkan borang pendaftaran 6 tahun untuk Adeeb tahun depan,cikgu dah paksa hantar awal sebab kuota hanya ada 25 orang pelajar shj tahun depan.Susahnyalah hati aku,takut Adeeb tercicir plakdari list pendaftaran.Sekarang bayar yuran Tadika swasta macam nak masuk Universiti,aku rasa tak mampu plak nak daftarkan dia ke tadika swasta.Jadik aku kena amik peluangini untuk slotkan Adeeb ke tadika bantuan kerajaan by hook or by crook.Nak daftar Pra-Sekolah awal2 dah kena rejek.Sabor ajelah!
Hari ni emo plak baca kisah suami Ziana Zain masuk penjaragara2 takde penjamin nak jamin RM5K.Begitulah kitamanusia,masa seronok suka2 ramai kawan himpit-bila tengah ssh terduduk-yang kata kawan tak muncul2,saudara pun lari x mengaku sedara.Hanya yang betul2 bergelar sahabat sejati aje yg sanggup bersusah-payah agaknya.Betapa besarnya kuasa duit,harta & pangkat ni,takde duit-takde harta ko takde nilai dimata masyarakat.Kejamnya hidup kan!!Semoga ada sinar di sebalik kemelut ini.Kesian tengok gambarnya,wajah seorang ayah yang dimamah usia & kini terpaksa meringkuk di penjara.Masyaallah!Emo makcik!!
Tetiba teringat lagu Ziana Zain
Kemelut di Muara Kasih!!
*baru anak 3-mama dah rupa naga,singa bertukar rupa!
06 March, 2018
Kisah penat,Pelan JJCM JB
Sangat memenatkan!
Rutin harian si Ain sejak tahun ni berubah 360 darjah,kelas pagi-petang-malam silih berganti.Belum dgn kelas tambahan SK, tambah pulak kelas tambahan SRA.Tak masuk lagi personal kelas dia utk subjek BM & BI.Dan yang terbaru terpilih untuk kelas SUKSES anjuran PPD Sepang-setiapbulan 2hari full day.Allahuakhbar!
Jenuh aku consult Ain untuk bersabar sikit ajelagi,lagi 6 bulan sebelum PPSR & PSRA.Tahundepan Ain boleh relax sikit.Dia menggangguk fahamaje.Ada jugak berbincang sambil memasak katdapur,tentang sekolah pilihan dia untuk tahun depan.Kami suami & isteri sepakat nak masukkanAin ke Sekolah Berasrama Cuma tak taulah apa tuahanak seorang ni.layakkah nak bersaing dengan berpuluh ribu pelajar bijak kat luar sanatu.Wallahuallam bissawab.Sbg ibu selain galakan,akutak putus berdoa semoga Allah permudahkan urusan anak2 dalam pelajaran hdknya.
Aku as usual still struggling dgn rutin 2018 bilamana Adeeb juga dah bersekolah.Tak Nampak apa perkembangan lagi dengan si Adeeb-masih keliruwarna lagi belum lagi bab Tanya ABC,123-pening dibuat anak lelaki nan sorang ni!Auni takde apa nakkurebelkan dia,dia macam tu jugaklah.Kuat menangis kuat merengek-hilang buku,hilang itu-hilang ini..sampai dah tak terlayan dengan aduandemi aduan dia.Aku sekarang balik keja wajib masak sebab Ain banyak hari ada kelas tambahanwaktu malam kecuali hari Isnin,so dah tak lehmengelat makan luar macam dulu.Masak ajelah alakadar,asalkan ada makanan sebelum Ain ke kelasnya pkl 8pm.
Sibuk keja macam biasa,ada masa sangat sibuk-ada masa sangat relax plak.Apapun look forward cutisekolah penggal pertama ni sebab terasa penat sangatsejak awal tahun.Dok recce2 hotel kat JB,macam nakjalan2 ke JB tapi bukanlah nak masuk Legolandsebab misi berjalan kali ni adalah misi nak rehat2 kathotel smbl layan anak mandi pool.Itu aje!Nak masuk Legoland tak mampu pulak rasa nak beli tiket beratus utk seorang aje..inikan kami 5 beranak ramainya.Unlesslah kot ada orang tetiba sedekah duit tix masuk Legoland plak kan…rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari kata orang!
Inipun nak g berjalan mama dok tekan kalkulator 4-5 round.Suka bawak anak2 berjalan,tapi memang kenaada proper plan terutamanya dari segibajet.Takmolah berbelanja melebihi had sampaikena ikat perut pulak pas balik bercuti dan takmolah kedek sgt berbelanja sampai sumer anak nak mkn apapun kena sekat plak masa bercuti.Akuselalu spend banyak pada kos penginapan,sebab akusuka anak2 aku enjoy tido hotel-biar diorang selesa utk tido.Kalo boleh biar ada bath tub sbb kami kat rumahxde bath tub,time dok hotel ajelah nak merasa berendam bagai.Dan wajib ada breakfast buffet sebabdapat save kos sarapan disitu.Pool tu memang wajib,sebab tujuan utamanya nak melayan anakmandi pool.Skrg banyak jenis penginapan yang adapool & skrg ada plak jenis infinity pool.Teringin plaknak merasakan..bila lagi nak try.Aku masih recce lagi tpt penginapan sebab kalo boleh nak duduk tgh town supaya senang nak kemana-mana & cari makan khususnya.Nak shopping tu xdelah,tapi haruslah nak jengah IKEA TEBRAU nanti.Kalo nakshopping kat KL lagi bersepah shopping mall,Cumaaku jenis bukan kaki shopping sgt-aku ni kaki makan.Aku suka makan & aku suka try tempat makan yang baru.
Doakan plan aku ni sukses hdknya,aku nak reward kak Ain sebenarnya.Kesian tgk dia penat sgt sebulan-dua ni.Kebetulan dapat duit lebih sikit bulan Mac nibolehlah mama belanja anak2 sikit kali ni.Mak pak nisebenarnya menumpang rezeki anak2 apalah salahnya kita berbelanja untuk anak2 pulak.Dok sibuk cari duit bukan untuk orang lain,untuk anak2 jugak sebenarnya.Semoga Allah murahkan rezeki kita semua wahai seantero ibu & bapa.
Kemana cuti sekolah ni kawan2..apapun be safe yea!
*saujana mata memandang tgk pool ni..sila berangan mama!
Post of a DAY
Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like
Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...







