Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

25 February, 2026

Salam 7 Ramadhan dan Menu berbuka!

Diam tak diam
Hari ini dah masuk 7 Ramadhan
Selamat berpuasa semua,semoga semua amal kebaikan kita diterima ALLAH swt hdknya.

Alhamdulillah
Masih berpuasa setakat ini
Harus minggu depan mai lah kawan baik tu (sementelah jadual kawan baik tu memang tetap tiap bulan)

Aku hari2 memasak kecuali pada 3 Ramadhan
Pi berbuka rumah adik di Putrajaya
Sebab ntah kenapa rumah kami black out plak
Elok elektriknya ada,dah tinggal x berapa lama waktu berbuka
Jadi menumpanglah makan rumah adik.

Aku rasalah memasak di bulan Ramadhan memang penat tetapi bila difikir2kan,pahala menyediakan makanan orang berpuasa besar pahalanya.Maka kita endure that tiredness.Kita ni amal lain susah nak buat,apalah sangat tenaga memasak yang ada.Semoga ada kredit pahala buat kita hdknya.


Aku bangun hari2 pukul 5am untuk masak sahur.Tak nasi goreng,wajiblah nasi putih.Lauk simple2,ada aku masak singgang.Takpun ayam kicap.Hr ni aku belasah masak sardin sama telur dadar sebab dah tahap meloya tgk ayam daging.

Balik keja aku akan smp dirumah pukul 5pm.Aku ada masa yang cukup utk sediakan makanan berbuka.Aku masak yang basic-lauk kuah,lauk kering (ayam goreng/ikan goreng/telur dadar) dan sayur.Air sejuk sejag.Kuih kalo beli pun 1 perkara sebab kuih susah betul laku.Kadang2 smp sahur masih ada berbaki.

Bazar setakat ni aku xjejak lagi,sebab aku x suka bersesak.Dan aku rasa aku akan membuang masa dari awal ke hujung semata2 nak jamu mata sambil buat keputusan apa nak beli.Lagi satu bagi aku ke bazar ni perlu skil untuk mengagak kedai mana yang sedap & berbaloi dengan harga.Dan sumer skil tu aku gagal tanpa bertanding.

Aku jugak jenis cepat kesian,tgk ada seller x ramai orang beli.Wajiblah aku gi beli w/pun aku sebenarnya tak perlu pun.Dan minima RM50 sekali beli w/pun makannya hanya 4 beranak.Sebab tu aku mengelak ke bazar selagi boleh.Tapi kalo terpaksa jugak,aku selalu memilih beli nasi ayam/nasi minyak/nasi kerabu.Aku x suka beli nasi campur.Susah nak mengagak harga.Again,aku kan kalah tanpa bertanding disitu.Lagi satu aku nak mengelak jadi rambang mata melayan nafsu lapar.Bagi aku Ramadhan bulan kita berjimat bab makanan.

Antara menu yang aku masak sepanjang seminggu ni

Kurma daging,taugeh tumis & ikan tongkol goreng.Kurma daging ni memang faveret dak Affan.

Taucu ikan jenahak,ayam goreng & sayur buncis+lobak.Kuih tu en papa beli.At the end sampai sahur pun masih x abis lg.

Ikan gerut masak lemak cili api,ayam goreng tepung & kobis tumis.Goreng jugak hati & pedal ayam buat meratah.

Kalo x silap ini menu 2nd Ramadhan,sup daging sama cili kicap,cucur udang,ikan goreng & kangkung goreng.Faveret 4 beradik ni sup daging.Senang hidup mak ko.Yang penting wajib ada cili kicap.Bdk2 makan berulang2.

Kari ikan gerut,sotong belado campur kacang buncis,ikan goreng & telur dadar.Masak jugak cekodok pisang buat manis2.

Pre Ramadhan-masak beli jiwa anak2.Anak2 suka betul makan Nasi Ayam.Masak nasi 4 pot-settled.Memang berulang2 makan terutamanya Adeeb & Affan.Jadi ini menu selamat untuk bagi sumer orang enjoy makan.


Jadi selagi larat dan kesihatan serta masa mengizinkan,aku akan memasak apa adanya.Takde yang istimewa pun.Menu hari biasa yang aku ulang2 masak hari2.Pun x berapa pandai masak jugak,jamu anak2 makan jadikler.

So teruskan semangat Ramadhan,ada 3 minggu lagi nak pulun.Mana tau direzekikan kita Lailatul Qadr tahun ni.











28 January, 2026

Menuju Ramadhan 2026

As usual sebagaimana tahun2 sebelumnya
Aku tengah pulun ganti puasa diminit2 kecederaan
Hari ni dah hari yang ke 5
So tinggal 3hari lagi
Chaiyokkkk Lin!!

Ntah kenapa sejak berumur puasa untuk aku adalah sangat malas -bukan malas puasa tapi malas nak start.
Dah start ok je sebenarnya.Aku sekarang wajib sahur hatta roti sekeping sama nescafe panas.
Tak kuat dah kudrat aku berpuasa tanpa sahur.
Memang lemau nanti.

Tak sama zaman remaja dulu
Aku minum air masak aje bersahur.
Sekarang mimpilah,dah makan sahur pun kekadang lemau jugak .faktorusia

Teringat zaman aku belajar
Semedang posa Isnin/Khamis
Motif?
Aku nak jimat duit belanja
Lagi2 masa aku belajar uni dulu.
Memang aku berjimat dengan cara berpuasa

Aku selalu smp dr opis dalam 5.30-5.40pm
Kalo aku rajin aku masak
Kalo x rajin aku bukak posa minum air aje
Solat maghrib dan lepas tu barulah g makan kat mana2 kedai Thai terdekat dengan rumah.
Aku x cerewet makan berbuka,asal ada nasik-insyaallah makan dengan bahagia.

Tapi nanti dah masuk Ramadhan
Suka ke tak suka,malas macammana pun aku.
Wajiblah memasak sebab kesian kat anak2 yang berpuasa.
Memang  aku devoted melayan tekak anak2
Terutamanya Adeeb sebab dia enjoy makan.
Dia boleh atur menu dia seminggu straight.

Ain & Auni kalo balik wajiblah ayam masak merah & menu berasaskan udang.Memang faveret budak berdua tu.Affan sangat picky ,dia hanya makan nasi jika ada ayam kicap,kari ayam.Most of the time dia makan ayam shj.Faveret dia adalah Spaghetti Carbonara.Dapat ni konfem senyap x berbunyi dah.

Walaupun bulan puasa berganda2 penat lagi2 untuk ibu2 yang bekerja sepenuh masa macam aku yang maidless.
Tapi aku rasa ini ajelah bulannya aku nak buat yang terbaik untuk keluarga kecil aku,aku usaha bangun memasak untuk sahur & berbuka setiap hari tanpa gagal.Masak simple2 ajelah kalo weekday,weekendlah kalo mak ko nak telek resepi buat menu hebat2 itupun dibantu oleh pak google!!

Pahala lain xde dah,aku berharap kot Allah swt nak bagi pahala tang menyediakan makan-minum orang berpuasa.Jadilah kan!

Grocery wajib kami sekeluarga dibulan Ramadhan
  1. Serunding daging-anak2 makan dengan roti lepas makan nasi (waktu sahur)
  2. Roti Putih
  3. Telur (staple menu tiap kali sahur)
  4. Kordial Sirap
  5. Stok Susu cair,fruit cocktail ( sebab anak2 suka fruit cocktail)seminggu sekali aku pulun lah buat untuk anak2
  6. Sardin( menu ulang tayang waktu sahur)
  7. Ikan bilis
  8. Kentang
  9. Pisang-wajib buat cekodok.Tak untuk sahur mesti untuk berbuka.Anak2 suka
So ini memang list wajib top up sepanjang bulan Ramadhan.Tak termasuklah lauk basah yang lain.

Doalah semoga kita semua sempat sampai menemui Ramadhan 2026 bersama semua ahli keluarga tersayang.Antara nikmat yang selalu kita lupa adalah bersama keluarga.Keluarga adalah harta yang paling bermakna dalam kehidupan kita.Kerana keluarga sentiasa ada disaat kita tiada apa2 dan sentiasa ada diwaktu susah senang kita.

Menu ulang tayang di bulan Ramadhan nanti.
Gambar : pak google :)

Sebelum raya Cina memang niat nak mengemas rumah,dapur terutamanya.Seriau tgk peti ais punya banyak barang.Berangan sebenarnya nak ganti peti ais rumah kami yang dah berusia 14tahun,tp tulah.Peti ais yang ada skrg ngam2 masuk dalam ruang kabinet custom-made kami.Jadi jika nak beli yang baru suka atau tak suka-samada beli yang sama saiz @ beli saiz lebih besar ttp xleh fit masuk dlm kabinet dapur kami tu lah..dalam dilema sungguh!

So kena bincang molek dengan big boss dulu.

Dah melarat2 merepek dlm post ini.Stop sini dulu,sambung kerja gais!









25 March, 2024

14 Ramadhan

Yaa ampon dah masuk 14 Ramadhan
As usual hidup serupa apalagi sepanjang Ramadhan ni
Pukul 5am dah bangun siapkan sahur & tak tido dah -solat subuh & bersiap nak g keja

Balik keja smp rumah pkl 5pm
Kelam kabut memasak plak
Masaklah apa aje yang ada
Yang mudah2 aje sebab memang berkuntau sgt mengejar masa
Paling cepat sudah memasak pkl 6pm
Paling lewat 6.40pm itupun jika Cik Nee ada kat umah sebab bila Cik Nee ada auto masak beria sikit.

Terawikh kalo x penat sgt,heret jugaklah kaki ke masjid.Kalo penat memang tido awal,sbb mata tu berat aje bila dah lepas isyak tu.

Anak2 alhamdulillah berpuasa tanpa banyak isu
Adeeb aje dah ponteng 2 hari sebab dia demam baru ni.
Affan masih belum diajar berpuasa-insyaallah tahun depan kita try ajar dia pelan2.

Shopping checklist & things to do
Ada beberapa perkara tak dibeli & settle lagi
  • Tudung raya Ain/Auni
  • Dokoh & brooch Ain/Auni
  • Kasut raya Adeeb/Mama
  • Selipar Adeeb yang hilang perlu diganti
  • Bayar duit kuih raya
  • Tukar duit raya
  • Make up si Ain
  • Skincare mama yang dah nyawa2 ikan
  • Buahtangan nak bawak balik kg
  • Seluar jalan Adeeb
  • Haircut for myself-serabut tengok rambut yang tak terurus ni.
  • Cuci dapor & stock up lauk pauk sebelum balik kg 
  • Mengemas hall-cuci kipas-servis a/c
  • Tukar cadar bilik
  • Mula mengemas beg untuk balik kg
Tahun ni memang raya paling berjimat rasanya
Anak2 hanya dapat baju sepasang untuk pakai dipagi raya & sepasang baju jalan & kasut raya.
Takde yang extravagant.Mama tahun ni pun xde beli handbeg raya sebagaimana tahun2 sebelum ni.
Tahun ni staf gomen tak dpt bonus raya makanya tight jugak budget raya kami-semata2 bersandarkan saving yang tak seberapa.

Apapun kena banyak bersyukur kerana masih ada rezeki menyiapkan kelengkapan raya anak2 seadanya.Macammana susah pun wajiblah berganti baju raya anak2, sebab to be frank anak2 pun jarang berganti baju jika tak kerana nak beraya.Sekadar tambah sehelai dua baju duduk rumah terutamanya Adeeb & Affan yang membesar dengan jayanya.Ain & Auni statik aje saiz masing2-sekeping aje.Makan x seberapa bdk2 tu.

Ajarkan anak2 kita tentang rasa syukur,sebab dengan kita bersyukur insyaallah Allah swt akan tambah lagi rezeki kurniaanNYA.Yakin & percaya Allah swt maha pemurah,tiada tangan yang menadah tangan berdoa dibiarkan kosong tanpa pemberian yang diminta atau diberi yang lebih baik dari apa yang kita doakan.

Teruskan berpuasa ye..ada plus minus dalam 2 minggu lagi kita akan menemui 1Syawal.Semoga amal ibadat kita diterima tanpa filter hendaknya.






14 March, 2024

Sudah 3 Ramadhan!

 
Hidup sangat hectic bila bulan posa ni
Pagi2 dah bangun pukul 5am
Memasak ala kadar untuk bersahur
6.30am siapkan sarapan Affan,bersiap solat Subuh & 7am wajib dalam keta dah
Hantar Adeeb ke Sekolah dulu sebab papanya lewat sikit sebab menguruskan dak Affan bersiap untuk ke tadika plak
Sampai opis ngam2 pkl 8am

Balik keja sampai rumah pkl 5pm
Berkuntau kat dapor plak
Semalam paling lama memasak
Masak asam pedas ikan jenahak,goreng ayam,tumis kobis & goreng kuey teow untuk Cik Nee yang kebetulan ada dirumah.
Siap masak pkl 6.30pm-naik bilik mandi & solat Asar.
Terus terlentang atas katil lepas tu
Sebab mmg sakit sangat tangkap habis belikat belakang
Penat kemain semalam
Lepas berbuka sibuk mengejar Maghrib,kemas meja,mencuci apa patut & kain baju
Semalam x larat nak ke masjid berterawikh  sbb sumpah penat 

Pagi ni bangun waktu sama jugak 5am
Hari ni rezeki bersahur nasi goreng sardin aje
Sebelum bangun tu mimpi pelik naw rasa
Mimpi jadi pengantin-nak kawin
siap ada khemah bagai
Bersiap sama mak andam gitttewww
Pengantin lelakinya sapa?
Sepupu den..hahahahahaha..

Aneh2 mimpi di 3 Ramadan.
Begitulah kan..mimpi kawin plak..bilalah nak mimpi jadi jutawan plak kan!!

Selamat berpuasa semua
Stoplah scrolling gosip2 murahan retis
Stoplah tengok content merepek kat socmed tu
Kalo x mampu buat selamanya
Buatlah bulan Ramadan ni
Mana nak tau
ini jadi titik tolak perubahan kearah kebaikan nanti









13 March, 2024

Sessi Persekolahan & Ramadhan 2024

Alhamdulillah
Hari ni adalah hari ke-3 anak2 kembali ke sekolah
Tahun ini 3/4 anak2 bersekolah dialiran perdana
Auni di Tingkatan 3
Adeeb di Tahun 5
Affan di tadika 6 Tahun

Hari pertama sekolah aku bercutilah sebab nak tengokkan Affan masuk tadika
Alhamdulillah-xde huru hara sgt
Mama hantar & tinggal aje kekdahnya
Tapi biasalah mak kan
Seram jugak takut dia x jupe kasut dia
Takut dia susah nak adjust toilet cangkung tu
Macam2lah risaunya..takat boleh pesan ajelah
Selebihnya tawakal shj pada Allah swt.


Mama paksa bergambar depan rumah sebelum pi tadika


Affan didaftarkan ke Tadika Perpaduan aje macam kakak2 & abang dulu

Muka mengantok lagi hari ke 3 bersekolah gara2 ikut mama papa Terawikh malam tadi.

Adeeb dah besar,maka pg2 dia uruskan diri sendiri
Bangun pagi,solat bersiap dan ke sekolah
Tengahari pulak akan ke SRA

Auni plak kami dah selamat hantar dia Sabtu lepas
Budak ni lah yang paling huru hara sikit
Beli barang dia aje beratus habis
Macam2 demandnya pon
Semoga takde drama aneh2 sangat tahun ni ye


Sempat bergambar sebelum tinggalkan budak bertuah ni-kat luar hujan kemain lebat!


Dan hari ni merupakan hari ke-2 umat Islam di Malaysia berpuasa
Macam biasa bangun pukul 5am siapkan sahur seadanya
Nasi goreng penyelamat bila tak tau nak masak apa dah
Balik keja berkuntau masak gulai ikan bawal,goreng ayam & tumis kacang panjang sama udang plak
Buat air sirap sejug
Selamatlah berbuka semalam
Adeeb separuh pengsan ptg semalam
Jenuh kejut bangun tido suh mandi
Dekat pkl 7 x bangun2 pon
Ain lagi hauk,dah ler tak sekolah,x keja jugak
dia lagi penat
tido pengsan x kabor orang kata
Sabor ajelah mak ko!

Tak mintak banyak bulan posa ni
Semoga tak overslept sampai satu rumah x bersahur
Kuat berpuasa,kurangkan makan yang manis2,boss x merepek sgt & dikurniakan kesihatan yang baik spjg Ramadhan
Sebab being mother-tenaga nak guna 2x ganda dari hari biasa sepanjang Ramadhan ni

Selamat berpuasa semua!
Jangan membazir tau!






08 July, 2015

Berbuka di Masjid Sultan Mizan,Putrajaya

Aku & suami suka bawak anak2 berbuka kat masjid
Walaupun ikutkan sedikit renyah
Sbb anak2 kecik lagik
Lagi2 si Adeeb yang tak reti duduk diam

Berbuka di Masjid Sultan Mizan,Putrajaya
Dah aku mulakan sejak Ramadhan tahun lepas

Berbuka di masjid
Simple sebenarnya
Makan apa sahaja yang dihidangkan
Jangan banyak komplen

Selalunya berbuka pihak masjid sediakan air sejuk manis macam sirap ke oren ke
Ada kurma & kuih sepotong
Dah berbuka-terus bersiap utk solat maghrib berjemaah
Memang kelam kabut sikit sbb imam mmg memulakan solat maghrib berjemaah kurang 15 minit dari waktu berbuka

Pas maghrib barulah makan nasik
Pun jangan banyak komplen
Kalo nasib baik,hidangannya sumpah sedap!
Style buffet-g beratur elok2-amik ikut keperluan kita-jangan membazir
Jumaat lepas siap hidang nasi minyak,ayam merah,gulai daging!!
Ada buah lagi.
Tapi ada masa mmg tak kena jugak dgn selera
Tapi bersyukurlah ianya adalah hidangan percuma utk seisi keluarga
Tak perlu bayar sesen pun

Pas makan,sila kutip pinggan & cawan letak ditempat yang disediakan
Basuh tangan pun sila beratur elok2
Jangan bertolak2
Lepas tu berehatlah sekejap sementara menunggu solat Isyak & Terawikh

Di masjid Sultan Mizan
Dewan solat utama & tempat wuduk
Kena turun naik tangga
Memang tak praktikal kalo bawak anak2 kecik
Apa yang aku & suami praktis
Kami bergilir2 amik wuduk @ ke tandas

Aku seronok berbuka ramai2
Masa ni ramai sgt orang
Baca doa ramai2
Berselawat dulu sblm azan maghrib 
Auranya mmg berbeza

Tapi berbuka di masjid
Kena adaptive kalo kita dgn anak2
Usahakan mendidik anak2 ttg adab di masjid
Ajar anak sebaik mungkin tatasusila makan apa shj yang ada

Berbuka di masjid bukan utk orang yang cerewet makan
Yang fussy ttg cleanliness
Wpun masjid-selalunya waktu berbuka ada kes kuah tertumpah,air tumpah
Biasalah kan..so kalo yang fussy mmg tempat ini tak sesuailah

Bagi aku masjid mengajar makan berpada2,didik nafsu & mendidik sabar
Sbb utama kita ke masjid utk beribadat sementara masih ada Ramadhan

Aku tau ramai kata wanita elok berterawikh kat rumah
Aku tak kata itu salah
Tapi pengalaman peribadi aku sendiri
Tak terbuat terakwikh kalo aku buat sendiri kat rumah
Confirm tido pengsan dgn anak2

Terawikh di masjid auranya lain
Seronok & leka dgr imam baca ayat2 quran sepanjang terawikh
Lunak lenggok bacaan mereka
Masyaallah..indahnya.

Aku cadangkan kalian yang belum pernah mencuba,sila cuba sekali tahun ni sementara Ramadhan masih bersisa
Percayalah,ia pengalaman luar biasa!

Tarbiah utk kita sebelum ke Mekah nanti
Mana tau suatu hari nanti kita ada rezeki dipanggil ke sana?

Rezeki kita Allah yang tentukan

Selamat berpuasa kawan2
Jom kita kejar minit2 terakhir sblm Ramadhan melabuhkan tirainya
Semoga Allah menerima amalan kita!



*saprah kain memang dibentang utk para jemaah makan berbuka!

*gambar anak dara & papanya!

*para petugas yang sibuk menghidangkan makanan utk para jemaah,betapa besarnya pahala mereka!




05 July, 2015

Berbuka di Palm Hill Cafe @Shangri-La Putrajaya

Semalam menang loteri agaknya
Ada orang nak belanja berbuka
Nun kat Shangri La Putrajaya

Rezeki jangan ditolak
Musuh jangan di cari
Kata orang kan!

Im not a big fan of Ramadhan buffet
Since before!
Sebab utama mahal yaa ampun
Aku mmg tak mampuler
Rakyat super ramai
Nak berabis beratus semata2 nak makan..
Kem salam....
Baik settle hutang mana yang ada daripada gi makan melayan nafsu gitu!

Keduanya ramai yaaa amat
Bukan sahaja orang Islam,yang bukan Islam pun suke makan buffet Ramadhan ni

Dan buffet Ramadhan selalunya lousy,tak refill pun
Memang manipulasi disitu pun yea jgk!

Dan terkejar2 dengan mengejar maghrib..Orang ramai,surau tak besar mana..kelam-kabut jadinya!

Tapi kalo buffet steamboat memang suker sgt
Lagipun buffet steamboat sepanjang tahun ada,rega pun stok mampu jengah kata orang!

Buffet Ramadhan kat Shangri-La reganya RM140 per pax
Series mahal!
Tapi dah orang belanja,jangan banyak bunyi

Aku tak sempat nak tangkap gambar makanan pun
Dah berkuntau dgn si Adeeb
Memang tak de masa nak bergambar bagai

Food spread mmg variety
Western pun ada-merasalah try lasagna & pizzanya
Nasi lauk pauk jangan cakaplah
Kuih tradisional ntah berapa jenis
Salad macam2 jenis
Soup ada 2-3 jenis kalo tak silap aku
Kek berpuluh2 jenis-ini mmg jadi perhatian anak2 aku.Sumer suka makan kek.
Aiskrim macam2 flavour!
Air berjenis2-ini mmg kaunter ulang tayang muka aku!Bulan posa aku mmg kuat minum dari makan.
Buah-buahan segala jenis ada
BBQ  pun ada..
MasyaAllah..mmg rambang mata!

Jadi layan jer lah gambar kami
Ini jer yang sempat snap
Sebelum berkejar-kejaran sama si Adeeb yang super lasak!

*proud mom of three kids

*gambar 5 beranak depan lif/dah nak balik pun!

Apapun pada mereka yang berkemampuan,blhlah try g berbuka disana.Kena wat reservation dulu yea.Sila google ctc number.

Tq Tan Wee Kee & AC for your generosity.Next year belanja kami lagik!

Ada sapa2 lagi nak belanja?

Besar tapak tangan,nyiru kami tadahkan!



02 July, 2015

Piknik @ Kiblat Walk Putrajaya


Last week
Hubby ajak g berbuka kat Putrajaya
Since aku masih uzur syarie
Makanya tak leh masuk masjid
Kami berpiknik sambil berbuka di Kiblat Walk-Putrajaya
Landmark-berhadapan Perbadanan Putrajaya

Style:-
Tapau makanan/minuman masing2
Bawak tikar getah masing2
Cari port menarik
Barulah leh berpiknik



*muka penat kak Ain-posalah katakan!

*nampak tak orang ramai berpiknik tuh

*tapi jenuh nak berkuntau dgn budak super lasak nih!!

Nasihat khidmat masyarakat
-bawak wet tissue
-bawak bekas air utk cuci tangan
-pas makan sila buang sampah dalam tong sampah yang disediakan

Kadang-kadang seronok jugak
Berselera makan ramai2

Silalah try sekali!!



22 July, 2014

Berbuka versi marhaen!

So far tak pegi mana2 buffet lagi
Kalo tak masak sendiri
Aku mesti g makan umah mak
Takpun weekdays aku g masjid besi bukak posa & stay sampai terawikh

Aku tak rajin pegi berbuka kat masjid sebelum nih
Sebab tak confident nak bawak budak kecik
Tak tau datang angin mana,tahun nih gatal nak g berbuka kat masjid

But pertama kali pegi
Rupanya seronok
Orang ramai duduk bersila sama keluarga
Lepak2 sambil tunggu azan
Makan-minum orang hidang depan mata

Selalunya utk berbuka
Ada makanan ringan
Biasanya kuih & air sejuk
Pas berbuka kena bergegas utk solat maghrib dulu

Pakat hidang atas tikar aje
Maka-kalo sesiapa yang nak protokol sangat berhidang cantik2
Ini mungkin tak sesuai utk anda
Aku?
Belasah aje,aku takde pantang-larang
Nama pun free,jangan cerewet

Aku suker g Masjid Besi Putrajaya nih aka masjid sultan Mizan 
Tempat luas
Ada playground utk kanak2
Dan view cantik

Playground nih mmg sesuai & alternatif mesra masjid
Letaknya kat kawasan ruang legar
Jauh sikit dari ruang solat
Maka takdelah kacau orang solat

Dan ini budak yang paling happy pegi masjid
Explore sana sini


Dan pas maghrib barulah ada heavy food
Selalunya nasikler
Menu macam2
Masyaallah
Murah rezeki makan kat masjid
Lauk mesti 2 jenis,sayur,buah2
Macam semalam rezeki kami
Ada nasi beriani lagi

Makan relax2 sementara tunggu waktu isyak & solat sunat terawikh pada yang mahu

Aku cakap terus-teranglah 
Kalo tak pg masjid
Nama nak buat sendiri kat rumah
Memang tak ler
Nafsu nak tido tuh lebih
Sebab tuh suker nak g masjid
Teruja nak ikut terawikh macam jenaah lain

Selalunya tak susah sgt wpun ada anak kecik
Adeeb tido pas maghrib selalunya
Letak aje kat karpet solat,alas kain yang bawak dari rumah
Tidoler lena dia smp pas terawikh
Ain & Auni pandai bawak diri masing2

Apapun seronok sgt 
Kalo tak bulan posa
Rasanya masjid takkan semeriah ini

Wallahuallam bswb!




09 July, 2013

Ramadhan kali ini

Kali nih
Berpuasa kali ke 2 dalam keadaan aku yg berbadan dua & kini  di penghujung trimester ke 2
Hopefully bertahan sehingga 30 hari

Berpuasa,mengandung,bekerja sepenuh masa
Cabarannya?

Tentulah berkali ganda dpd biasa
Bangun pagi2 utk menyediakan sahur
Rushing dari PJ utk memasak utk berbuka pulak
Belum lg kelelahan dgn kerja rumah yg x pnh hbs

Berpuasa kali ni jugak adalah cabaran besar utk anakku Ain
Kali pertama bersekolah pg & ptg
Mujur esok kedua-dua sekolah bercuti
Jd papanya boleh monitor di rumah sbb papa pon bercuti esok

Aku masih mgamalkan sistem ganjaran dgn Ain
Sbb ini didikan awal yg diterapkan oleh mak ayah aku dulu
Alhamdulillah,lama-kelamaan dia akan tau ttg kewajipan berpuasa

Tp aku selalu berpesan pd Ain
Dia boleh berbuka kalau dia rasa tak larat
Tiada paksaan lgsg
Yg ptg terus mencuba utk berpuasa penuh sehari

Kewajipan plg utama mendidik dia tertib solat dahulu 
Bila dah boleh solat ,i/allah yg lain xde mslh

Apapon selamat menunaikan ibadat puasa semua
Kaut ganjaran bonus berlipat kali ganda bulan ini
Kurangkan berkata yg tak berfaedah

Dan bulan ini bulan mentarbiah iman 
Smg kita diberi kesabaran 
Utk melalui ujian iman ini










14 August, 2012

pre raya checklist :))

mmg sibuk sgt2
smp tak sempat nak telek blog
BW pun otw balik rumah dlm ERL shj
nama nak leave comment bagai
mmg x sempat

mesti ramai dah mula packing nak balik kg
aku x start lagik
tapi dlm kepala ada dah
apa yang perlu bawak

tahun nih dlm sejarah
kuih raya ada 2 jenis shj
yang aku beli
kuih tart-- itupun adik paksa beli
kuih popia -order dr blogger

misi tak mahu membazir
spt tahun lepas
beli macam nak raya setahun

kalo takde aral
insyaallah akan pulang ke Dungun
hari sabtu pagi2
sebabnya jumaat masih bekerja
wpun surely mood ke laut dalam that day

sila bertahan dgn kesesakan jalanraya yang maha hebat
hopefully boleh kuar awal sikit
kalo dapat nak bersahur tgh jalan jer
ini perancangan awal

shopping ?
niat dihati nak beli kasut sepasang utk diri sendiri & lohkong
kami berdua masih xde kasut
haruslah beli sbb kasut yang ada dah lunyai pakai
sekali-sekala kan..

zakat fitrah?
as usual tiap2 tahun
kena diingatkan selalu
spy lohkong bayar cepat2
suker sgt bayar lewat2!!!

apapun selamat berpuasa semua
hari nih sejuknya mencengkam ke tulang
hujan dr semalam smp ke pagi
sampai opis pun basah lenjun
gara2 tak bawak payung kan ?

lailatul qadar ke malam td ?

wallahuallam bswb!!

10 August, 2012

Barakah 20th Ramadhan

   semakin gemar berdoa utk kebaikan orang lain,
semakin mustajab doa kita
saat itu para malaikat turut berdoa utk kebaikan kita
allahhuakhbar!!


semalam hari yang sangat panjang rasanya
balik keja tak sempat masak
beli -order shj dr kedai Thai
konon2nya taknak sakit perut beli kat pasar Ramadhan
ini pun atas nasihat blogger jugak

sampai rumah sempat tanak nasi
bancuh air sirap cincau sejag
tak sampai 20minit dah azan
berbuka- minum air bergelen2
mmg style minum banyak gitu!!

lepas makan- maghrib- g amik baju yang siap tempah kat tailor
menjemur kain baju - barulah mandi
sudah mandi -kerahan kanak2 naik bilik-sbb aku nak melipat kain baju dkt hall atas

sambil layan Waris
tgk ada mesej whatsapp
macam familiar sgt2 nombornya
tapi tak leh nak recall

rupanya kawan lama sejak sekolah menengah
subhanallah!
rasa nak melompat jupe kawan lama..
its been 20 yrs --last jupe masa sblm kawin kot 9 thn lepas !

berborak bagai dlm Whatsapp
sambil maki-hamun membebel sbb lama x contact
kebetulan mmg nombor tel dia mmg hilang terus bila hp aku hilang dulu
mujurlah dia still simpan no aku
kemujuran lainnya aku masih tak bertukar hp number sejak berbelas tahun lamanya

inilah barakah Ramadhan
sedikit-sebanyak kita akan selalu terusik dgn Ramadhan
masa macam ni lah..mmg selalu kita akan teringat dgn kawan2 lama
mereka2 yang beriringan dgn diri kita
semasa zaman kanak2,zaman remaja & zaman kolej dulu
such a sweet moments!!

apapun semoga tali silaturrahim & muamalah kita
akan terus berpanjangan sehingga akhir hayat
Allah maha mengetahui
kadang2 kasih sayang seorang kawan
tak boleh kita ekspresi dgn kata2

dan kau tahu
aku selalu doa yang terbaik utk ko!

pls keep in touch babe
-u know who u are-

*meski beli kat restoran Thai- perut aku mula meragam tgh malam td membawa ke pagi--semoga tak melarat hdknya..sbb ptg nih nak g Jln TAR.doakan misi berjaya!!

07 August, 2012

its negative :x

disebabkan kes nausea yang berlarutan
dgn period yang lewat
as usual sbg seorang perempuan yang berkahwin
its normal kalo kita suspect kita mengandung
atau dalam erti kata lain - rasa macam mengandung

aku pun pergi beli UPT IN VITRO test dr pharmacy
ternyata Negative keputusannya

mungkin period lewat sbb sedang berpuasa
mungkin muntah/loya2 sebab angin kerana berpuasa
mungkin kes banyak air liur
due to unnecessary hormon sepanjang bulan posa nih

semuanya berkemungkinan

aku tak rasa menda pun
percaya pada rezeki Allah swt
bersangka baik pada pemberian Allah

Allah nak bagi lagi baik
dan yang baik itu selalunya lambat

dalam hati berdoa biar period tak datang2 langsung bulan posa nih
bolehlah puasa smp 30 Ramadhan
moga2!!

Salam 18 Ramadhan

pagi nih struggle dgn Auni yang meragam kaw2
taknak ke taska

-alangkah baiknya kalo anak2 tahu, betapa luluhnya hati ibu bila meninggalkan anak pegi keja dgn diiringi tangisan begitu !!


-down a bit!

30 July, 2012

10th Ramadhan

1st day Auni ke taska baru
pesanan aku pada new care taker tuh
mengalahkan hantar baby pas pantang
giler paranoid ..hahhaahh

pesanan paling wajib
+auni mandi air panas pagi2
+auni free diapers except on her nap time
+auni adalah penderita asthma(x ice,x peanuts )
+cara nak buat susu utk Auni

pagi nih bangun pukul 5am
siapkan makanan utk sahur
mujur semuanya tggu dipanaskan shj
bancuh teh seteko

lepas makan -- sambung tido balik sampai kul 6am
giler kelat mata
mmg tido lewat smlm
balik terawikh dr Masjid Sultan Mizan
dah pukul 1015pm
mengemas kain baju kanak2 -melipat kain baju sebakul
sedar2 dah pukul 11pm
mmg pantas masa berlalu
terus paksa mata utk tido

orang yang kenal aku
tahu yang aku nih mmg jenis tido awal
pukul 11pm tuh kira lewat sgt utk aku
muahahahahah!!

semalam lohkong telah bermurah hati
membelanja isteri terchinta barangan idamannya di IKEA
alhamdulillah..
dapat jugak island table yang kecik comel utk dapur cinonit itu
dan dapat jugak coffee table yang dok lama aim
barulah rasa semangat nak raya kan!!

thank you lalink
i lap you very much!!

after bonus rasanya nak g Ikea semula
nak beli karpet utk dining
sgt comel warna merah itu

apapun selamat berpuasa hari ke 10
alhamdulillah
setakat ini masih bertahan

* x tahu sampai pukul berapa Ain boleh bertahan puasa hari nih?

27 July, 2012

6.10am

pagi2 tadi lohkong kejutkan
tgk jam sekali imbas
terus turun bawah
bawak keluar lauk nak dimasak

last2 bawak masuk
keluarkan sardin
konon2 nak tumis sardin ajelah..

lepas tuh lohkong masuk dapor
tanya "nak masak apa"
orang mamai ni jawab "nak masak sardin"
"masak apanya- dah subuh nih "

tgk jam dah 615am
lailahaillah
overslept!!

gara2 layan citer WARIS sampai kul 11am
dan layan si Auni smp 1130am

sorry lohkong!!
x sengaja..

hopefully lohkong boleh bertahan
read: lohkong has gastritis & sahur is needed for him to avoid gastric attack

*biasalah kan..termissed sahur dlm bulan posa..mesti ada scene terover tido..setakat ini masih bertahan!!

-semalam sentap tgk tangan Auni lebam kena gigit kawan di Taska
 semoga hari nih xde scene lebam2 gitu lagik

-paip baru telah diganti semalam --alhamdulillah.walaupun kosnya agak mahal..tapi berbanding dgn keselesaan ,rela berhabis duit banyak tuh..

-yuran pendaftaran taska baru Auni telah dibayar.minggu depan Auni mula dok di taska baru.

-rasanya baru sesuai nak pusing Parkson cari kasut raya kanak2 dah nih..lega!!

alhamdulillah!!!

20 July, 2012

new addition & Ramadhan :))

allolo tomei sgt2!!!






we have new addition in family
im just got a new nephew-baby boy!
wahhh sumer adik beradik sgt excited
sbb dah lama x mengulit baby kecik


sampai semalam berlarik2
nak cabut balik rumah
sbb tak sabar nak tgk baby kecik tuh


tapi as usual
x berani nak pegang baby
x smp 24 jam lagik ok..
sgt kecil..sgt bulat pipi dia
sgt merah..aiyokhhh mmg buat sasau skjp tgk baby org
jadiler..nak dpt baby lain xde pulak..


adik ipar start sakit pagi smlm pukul 3am
sanggup menahan sakit
sbb teringatkan anak2 nak sekolah..
tggu smp pukul 7am-siapkan anak2 mandi
dan shoot htr pg sekolah & taska masing2


otw ke  hospital putrajaya jalan sesak plak
almaklumlah awal pagi kan..sumer org kelam-kabut nak kejar punch card
mujur x terberanak dlm keta
smp hospital dah 8am-7cm dilated
x smp 20minit selamat bersalin -baby boy 3.42kg
dan petang semlm dah discharged

 
sgt jeles disitu
mudah sgt2!!


so haruslah setiap hari muka aku yang akan bertempek kat rumah adik tuh
sgt suka bau baby!!
sila berTabah adikku!!


balik ni nak terus ke rumah dia
tolong masak utk adik ipar
sbb mak dia jenis x jaga anak tgh pantang
modern mum sgt kan
dan mak aku pulak hanya boleh tlg jaga adik ipar bermula hr isnin
sbb banyak sgt hal dia yang x habis2 lagik


jenuh plak google menu org berpantang
sbbnya dah tak berapa nak ingat
sbnrnya masa aku pantang
sumer aku belasah
pantang jupe kan!!


hahahahaa


tiba2 time nak masak utk adik ipar
beria cari makanan ibu berpantang


apapun utk adikku Iman & Intan
smg murah rezeki dgn kehadiran si kecik yang tak bernama lagi tuh
allololo tomei sgt!!!

utk semua selamat berpuasa
smg membawa 1001 perubahan utk kita
kerana Ramadhan itu membentuk sahsiah
Ramadhan itu memberi tarbiah
moga terdidik jasad & rohani
permudahkanlah puasa kita kali ni

jom terawikh malam ini

ampun -maaf dipohon
andai sepanjang setahun ini
sepanjang aku membebel dlm blog nih
kot ada yang terasa dgn bebelan aku
kot ada yang terasa aku x jawab komen
kadang2 mmg nak jawab --tp masa mmg x mengizinkan
apapun maaf banyak2 ok!!

18 July, 2012

checklist before Ramadhan :))

this is need to be done before ramadhan -my own checklist!

- posa ganti , bayar fidyah -kalo ada

-stok bahan basah/bahan kering utk memasak-wajib ada sardin/telur/roti

-jadual imsak & berbuka mesti dah tampal kat icebox

-telekung dok dlm kereta (utk journey berbuka seantero masjid )

-tudung kanak2 harus dibeli barang 4 helai sorang -sbb tahun nih dah bincang sama lohkong- akan berbuka di masjid during weekday..sbb mmg takkan sempat masak..kalo kira2 hanya ada 30 minit shj waktu yg tinggal utk berbuka-travel dr opis-rumah..so better plan..kita ronda semua masjid ok!boleh terus terawikh sekali..

-jadual berbuka rumah bonda & adik beradik yang lain spy tak bertindih masanya nanti ( as usual setiap tahun adik beradik akan rotate jadual berbuka ) tahun nih tak sure lagik sbb sedang menanti kedatangan anak sedara baru yang anytime saje bakal dilahirkan..adik ipar sedang tggu hari..kalo adik ipar bersalin awal--maknanya takde giliran berbuka di rumah mak-sbb mak akan jaga adik ipar smp habis pantang..

-sila keluarkan semua baju kurung - sbb selalunya mmg akan berseluar ke tempat kerja..posa nih kena bukak balik gobok carik baju kurung..spy lebih bersopan bila g masjid nanti kan..hahahahaha

-buang2 sikap mazmumah jauh2..hentikan gossip benda2 x berfaedah,baran tgk orang potong queue,hangin tgk orang suka tolak2 orang,mengamuk dgn kerenah orang xde sivik & yang paling penting lebih belajar BerSABAR ..amin..

korang macammana?

dah settle semua terutamanya yang 1st sekali tuh?

semoga Ramadhan tahun ini bawa 1001 keberkatan buat kita semua..amin..

tak sabar menunggu Ramadhan tiba--auranya luar biasa..
allahhuakhbar :))

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...