Showing posts with label Dah tua aku nih. Show all posts
Showing posts with label Dah tua aku nih. Show all posts

12 August, 2026

Kerja pertama tahun 1997: Mc Donalds Bukit Bintang

Dulu selepas SPM tahun 1996
Aku tak duduk diam,aku bekerja di McDonalds Bukit Bintang
To be exact restoran ni terletak kat 4 junction tersibuk di BB
In between Sg Wang-Lot 10-BB Plaza
Jadi zaman remaja memang berlegar2 di BB

Credit: google

Aku bekerja kat sana mungkin 5-6 bulan kot
Disebabkan kerja kat situ aku membuka akaun Maybank di branch BB
Alhamdulillah,Maybank adalah akaun utama yang aku gunakan sehingga sekarang

Gaji tak banyak mana
Mungkin RM5 sejam kalo x silap
Tapi yang seronoknya,makan unlimited
Hari2 ayam goreng,x pun Double cheese burger,aiskrim chocolate sundae
Kadang2 bila dapat gaji-aku g makan kat food court Sg Wang (rooftop)
Hanya lejen sahaja yang tau lokasi food court ni
Aku masih ingat menu yang aku akan ulang order
Sup ayam+nasi putih-makan cicah sos cili+teh o ais limau
Kos mgkn RM 9-10 sekali makan pada ketika itu

Kerja McD seronok,tapi memang penat
Paling liat kalo kena time opening
Takpun kena time closing
Mmg barai betul mata
Opening kena smp sebelum 7am
Closing smp rumah pkl 3am
Pitam!

Tapi aku x lama kat McD
Aku smbg bekerja di Metrojaya BB Plaza
Aku suka keja situ sbg Casual Worker
Dapatlah gaji 6-700 ratus
X banyak jugak tp masa zaman tu habis banyaklah

Aku berhenti keja bilamana tiba masa untuk sambung pengajian
Tetapi bila aku teringat pengalaman kerja tu
Aku faham rasa penatnya cari duit
Masa zaman remajaku
Kehendak nafsu tgh banyak
Aku gila jam tangan
Dikelilingi mall besar-aku selalu cuci mata tgk Swatch kat Lot 10 
Tak pun cuci mata tgk jam kat Guess
Menyimpan duit nak beli jam tangan

Alhamdulillah,setelah hampir 30tahun
Diusia 47 tahun skrg banyak benda yang aku dah capai
Belum cukup berjaya macam orang lain
Tetapi aku berbangga dgn diri sendiri
Anak yatim diusia 10 tahun ni dah berjaya

Sungguhlah,kesusahan hidup dahulu kala yang banyak membentuk diri aku skrg
Allah swt maha baik
Ditemukan dengan jodoh terbaik
Ditemukan kawan2 yang baik
Diberi rezeki diterima bekerja
Diberi nikmat menjadi ibubapa kpd 2 pasang anak2

Mengenang masa dahulu kala
Hidup takde benda yang disusah-hatikan sangat
Zaman remajaku adalah zaman hustle serba serbi
Duit xde,makan apa adanya
Berganti baju jarang2 sekali
Tp bahagia membesar dalam rebel dunia remajaku
Belajar sehingga tamat & cepat2 panas enjin cari kerja
Takde istilah honeymoon lepas grad dulu
Kena cepat2 cari kerja
Sebab rasa useless sgt jika tak bekerja
Penat belajar,jadi kena bekerja bantu mak
Adik2 ada yang masih bersekolah masa tu

Coretan ini mengenang zaman remaja yang jauh ditinggalkan
Dan hari ini rasa dejavu bila baru shj mendapatkan perkhabaran anak sulungku diterima Internship di PPUM
Terbang tinggilah wahai anak
Semoga beroleh kejayaan pada setiap usahamu,anak.
Doa ibu-biar jalan hidup anak2nya lebih baik dari apa yang telah dia lalui dulu
Biar anak lebih berjaya dari kami suami isteri

Sungguhlah masa itu umpama angin lalu
Tak sedar dia datang
Tak sedar dia pergi

Tak tahu apa adakah lagi nyawa pinjaman Allah swt 10 tahun akan dtg?

Wallahuallambissawab 





 









16 November, 2023

After LONG HIATUS-5 years

 Yaa amponnnn...super lama bersawang blog aku ni

Last sekali update lepas bersalin Affan tahun 2018

Sumpah rindu nak berblog


Affan Fahri - 5 tahun hari ini :)


Hari ini Affan dah berusia 5 tahun

Dah banyak cakap,dah banyak akai,dah bijak macam2

Tahun ni jugak aku dah berumur 44 tahun

Tua dah rasa aku


Aku masih bekerja even aku baru sahaja masuk skop kerja baru

Lupakanlah agaknya niat aku nak FTHW

Anak2 makin membesar maka belanja makin besar

Ain anak sulungku bakal menduduki SPM Dec ni

Kalo ada rezeki boleh sambung belajar lebih tinggi lagi


Depan sekali kakak Ain diikuti dibelakangnya Auni & tuan tanah kedaung



Ain & Auni masing2 bersekolah di asrama penuh

Ain nun jauh di Kedah,sementara Auni nun jauh tercampak di Terengganu

Aku sekeluarga masih tinggal di Puchong

Takde banyak yang berubah selain uban mula penuh atas kepala

Hidup masih terkejar2 macam dulu

Cuma skrg hidup lebih teratur berbanding ketika anak2 masih kecil dulu

Dah cukup tido :)

Dulu tido pun semedang tak cukup almaklumlah dulu hidup membesarkan anak2 kecik


Sungguhlah masa itu pantas berlalu

Tak sedar langsung dan siapa menyangka

Aku masih disini mengetuk keyboard

Menitip kisah diblog ini


Banyak yang ingin aku rakamkan

Kisah magis kami sekeluarga

Terutamanya apa yang terjadi sepanjang tahun lepas

Doakan smg aku sihat untuk menitip kisah magis kami nanti


Ada sapa2 belek blog lagi ke sekarang?





07 October, 2014

Tanpa smartphone..hidup pun!!

Rasa rindu sgt dgn blog sendiri
Tak sempat nak update blog, nak telek blog
Gara2 iphone tetiba wat hal
Sim card not detected,ingatkan problem sim card
Beria g celcom kat PJ, tapi katanya sim card xde problem
Makanya hantar iphone g repair since still ada warranty

Personally 1st day takde iphone
Hidup adalah sedikit huru-hara
Email,fb,blog-sumer takde
Kena bukak lappy @ bukak ipad baru leh tgk
Itupun kena balik rumah baru leh tgk
Dalam ERL lagi bosan
wpun 17 minit aje waktu perjalanan-kiri-kanan depan belakang
baik muda,tua-semua bangsa mengadap smartphone
hoiiii stresss weeeiii!!

Mostly iphone aku sgt berguna waktu membosan dalam ERL @ LRT
Percaya atau tak?
dah 2 tahun aku update blog guna iphone
see...tgh duduk dlm LRT/ERL sempat jugak update blog
Iphone aku sgt berjasa pada aku

Tapi nak wat m/mana..dah guna sgt2
sekali takde,mmg terasa

Hari nih dah masuk seminggu hidup tanpa smartphone
Makin get used to it
Takde kejap2 nak tgk newsfeed kat fb
ataupun nak tgk whatsapp masuk
takde serabut tgk group whatsapp htr citer merepek2
see...Allah uji ada rahmat jugak

Dosa mengutuk pun kurang sikit
Serius!
Aku tak tau ler orang lain..kadang2 sbg manusia
ada masa2 terkeluar jugak dosa mengutuk tgk fb orang
tgk iklan merepek2 lagi iklan produk suami-isteri tuh
lagi berbakul2 sumpah seranah wpun dalam hati

Betapa insafnya aku dgn dugaan kecik ini
Percayalah, kita boleh hidup tanpa  smartphone ni rupanya
Macam dulu2..
Zaman kita update blog guna lappy
tgk fb guna lappy
Jadinya allocation masa tuh terhad
takdelah bangun tido mengadap hp
nak tido tgk hp
dah macam penyakit aku rasa..

Skrg aku pakai handphone lama en papa
Nokia E71 tuh
button pun banyak yang hilang..belasah ajelah
janji senang nak berhubung,,asal boleh terima & buat call sudah
asal blh sms ...jadiler!!




cuma terasa rindu nak ketik kamera Iphone snap gambar si kecik nih
iphone tuh mmg penuh beribu gambar si awing kenit Adeeb

Apapun..aku rasa betul2 belajar sesuatu
Ujian ini memang apalah sgt tapi mendidik aku ttg sesuatu

Banyak lagi yang lebih penting selain smartphone
Dan banyak lagi cara nak isi masa selain dari mengadap hp

Ada berani nak cabar diri sendiri?
hidup tanpa smartphone seminggu?

Percayalah..banyak yang kita dapat kita belajar dari situ
Aku sudah rasa
dan rasanya masih ada masa untuk memperbaiki diri
umur aku bukan makin muda
takmo terlalu leka dengan dunia

Allahuakhbar
Syukur ya Allah

Luka yang begitu mengesankan!!


17 September, 2014

Hadiah hari jadi yang ke 35 tahun

17-09-2014
Hari lahir yang ke 35 tahun

Makin tua
Makin menuju ke alam sana
Tak tau sampai bila Allah pinjamkan umur ini..

Doa aku byk2 semoga makin kuat & matang sebagai ibu & isteri
Moga Allah anugerahkan kesihatan tubuh badan
Dan dikurniakan kemurahan rezeki hendaknya

Dan sbg menghargai badan sendiri
First of it
Gi wat eye check up
Setelah bertahun lama tak check mata

Dan inilah yang aku dapat


Sila mengadap optometris
G wat cermin mata

Rasa makin tua
Mata pun dah tak setajam dulu
Allah tarik sikit2 nikmat usia muda

Allahuakhbar
Tapi sekurang2 masih bersyukur
Sebab Allah masih bagi nikmat melihat wajah2 kesayanganku

Dah tua2 nih
Hadiah dah tak penting sgt
Yang penting tanda ingatan dr family terdekat
Itu lebih penting
Hari nih adik beradik pakat lewat wish,dah bergenang airmata 
Punyalah emosi ok!

Apapun utk yang sudi wish kat fb,whatsapp
Terima kasih byk2
Semoga yang baik2 jugak utk kalian kembali
I/allah!!

Malam nih kalo umur panjang g makan2 sama anak2 aje rasanya
Cukuplah celebrate kecik2
Dah tua sgt nak potong kek bagai
Hahahahah!!







18 September, 2013

34 tahun yang manis

17-09-2013
tarikh simbolik kelahiranku
yang ke 34 tahun

Pencapaian terbaik dlm hidup 
selain ada reta sikit2
ada ilmu yang tak seberapa utk dikongsi
Dikurniakan rezeki anak
Insyaallah bakal menimang baby baru nov ini & kali ini lelaki
Kerjaya yang stabil
Dilimpahi kasih syg dari suami,anak2 & keluarga
Alhamdulillah!!

Semalam suami tercinta belanja dinner
Kami ke Red Wok Bangi
Itu yang terdekat
Wpun meroyan nak ke Cozy,Ampang Park
Tapi memikirkan Ain penat balik sekolah
Kami pg yg dekat2 aje


Jadiler celebrate simple2
Yang penting bersama keluarga kan

Dalam hidup
Hanya keluarga yang paling utama
Selain tanggungjawab sbg umat Muhammad saw
Kalo roboh institusi keluarga
Maka tak wujudlah lagi nilai kasih-syg itu

Jadi jangan membelakangi keluarga
Hanya keluarga yang bersama kita
Masa susah & senang

Utk semua mereka2
Yang wishes thru Fb,insta,htr email & whatsapp,sma
Terima kasih banyak2
Semoga makbul doa kawan2
Makbul doa adik beradik
Makbul doa aunty2

Allahhuakhbar
Hanya sepotong ucapan & doa
Buat aku tersenyum semalam
Buat airmata bertakung pada birai mata
Hati ibu mgdg ini berhati tisu kawan2!!

Semoga yang baik2 jua kembali pada kalian
Insyaallah..

34 tahun yang sangat Manis!
Yang pahit2 telah aku lontar jauh2
Mula lembaran baru setiap hari
Semoga Allah permudahkan serba-serbi



26 September, 2012

Hadiah kasih sayang :))

sling beg CR 

balik2 semalam
si ain bisik2 sama papanya
siap cakap mama balik nanti tutup mata
belum apa2 lagik
si auni dah pecah rahsia
"ada present untuk mama"

hahahaa
mengamuk kak ain
adik mmg tak pandai simpan rahsia 

tq papa
tq kak ain
tq adik auni

ini beg sling yang mama dok browse 2-3 hari lepas
gara2 nak g kuching 12/10 nih

bila sebut kuching trip 
* rasa nak pengsan balik
pening kepala!!




18 September, 2012

17 September 2012






as per FB status this morning

33rd with 2 growing kids
juggling with time between family & work

im goin thru a few phase in life
still long way to go ( kalo panjang umur)

its not easy
the journey comes with joy & tears
sometimes its up
sometimes its down

sometimes im happy
sometimes im not

but this life is all about
struggling & fighting

this has made who i am now

may Allah show a right path

Thousand thanks to all family & friends for all the best wishes

-

life is always rewarding journey :))

31 May, 2010

aku di umur 51 tahun nanti?

www.in20years.com

oh tidakkkkkkkkk!!

inilah agaknya rupa aku bila bertambah usia 20 tahun lagik..

idea nih ku jupe dlm blog cik viruspadu

tag to others yg terbaca,tergodek blog ku ini!!

sajer2 suka suki..

hopefully by next 20 yrs time

aku dah ada kehidupan yg stabil

dah xde hutang piutang

kak ain that time dah berumur 24tahun

ntah2 that time aku dah ada menantu

hehehe..berangan jer.......


18 September, 2008

happy besday!

Semalam cuti nuzul quran merangkap hari kemasyhuran ku yang ke 29 tahun..Tua dah aku nih...Semalam jugak aku & hubby & ain menyambutnya di umah adikku Iman serta ahli keluarga yang lain di Putrajaya..Seronok jugak..lama dah tak buat celebration besday dah tua2 gini...Hubby & anakku bagi kad yang bg aku sgt cute!Diletaknya kad itu dkt termos si ain..so masa aku buat susu ain tgh malam tgk ada kad disitu..hehehe..

Aku jugak dah selamat berpindah umah..selamat mengemas w/pun bukan 100%..banyak lagi keja yang nak dibuat..Tahun ni rasanya macam nak beli meja makan baru stlh meja yg lama dah aku pos kan ke umah iman sblm pindah hr tuh..dok tgh surveyler nih mana yg suit dgn bajet yg ada..tak mau ler beli mahal2 bagai..asal cantik..selesa..selamat cukuplah bg aku...Aku suka jenis kontemporari design..just simple & sweet..

Persiapan raya mungkin hanya tggl 30% lagi...kebanyakannya dah siap berbeli kecuali kasutku & kasut papa..Tahun nih beli baju kurung ain di Jln TAR macam thn lepas..cuma tahun nih mahal sikit dpd tahun lepas..maklumler minyak naik semua benda pun naik harga..hampeh!

Aikkkhh nofa bilaler nak bersalin....??hopefully tak kena induce macam aku dulu..semoga selamat semuanya!

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...