Showing posts with label MIL. Show all posts
Showing posts with label MIL. Show all posts

19 January, 2012

Ianya kecil tapi sangat bermakna :(

Love all, trust a few & do wrong to none
William Shakespeare


gulai tempoyak ikan pari


aku merupakan peminat tegar gulai tempoyak
dan arwah ibu mertua paling rajin buatkan tempoyak utk aku
kadang2 tuh berbekas2 dia siapkan utk aku
ini nilai kasih sayangnya pada menantunya ini

mmg dia tak pernah cakap dia sayangkan aku
tapi aku tahu dia sayangkan aku

buktinya sejak aku berkahwin
tak pernah arwah lupa siapkan bekalan tempoyak utk aku
sedangkan arwah bukannya orang yang suka makan tempoyak
malah suami serta adik beradiknya tak pandai makan tempoyak

dan baru2 ni aku sempat masak gulai tempoyak ikan pari
ini mmg faveret no wahid
dan ianya bekas terakhir yang arwah mertua bekalkan utk aku
aku begitu sayang mahu menghabiskannya

ini sgt mengharukan
kerana selepas ini tiada dah bekalan tempoyak dr arwah setelah ketiadaannya

dan saat ini aku rindukan mak
dia bukan hanya ibu mertua
dan sampai sekarang aku cukup rasakan pemergiannya

malah utk menyebut nama arwah
sudah menerbitkan sayu dalam dada
apatah lagi melihatkan nilai kasih sayang yang sekecil ini
tapi ianya sangat bermakna buat aku

utk arwah mak
al fatihah
semoga roh arwah ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman..

missed you very much
:(









26 December, 2011

Pagi di Dungun

Sejuk mencengkam sampai ke tulang

x perlu kipas

x payah aircond

yg perlu mungkin hanya selimut tebal,stokin hatta baju panas

dan mungkin jika x keterlaluan perlu di pasang heater utk mandi pagi


ini yg xkan aku rasa bila blk ke KL

suasana pg hening mcm ni selalunya menyentuh sayu dlm hati


diawal pg begini selalunya

bising mulut arwah panggil anak cucu bgn solat

berkicau pggl anak menantu utk prepare breakfast


arwah mak sgt particular ttg waktu ,preparation makan utk keluarga

jelas -arwah mendidik anak2 & menantu

jgn diabaikan soal menjaga perut semua ahli keluarga

masak sendiri sdh tentu kebersihan terjaga

cukup rasa masin,manisnya

dan makan bersama plg penting

hatta yg tido dikejutkan

demi mendapat berkat-demi meraih sepakat adik beradik


buktinya mereka hr ini

meski adik beradik suami ada yg lain ayah.lain ibu

kesepakatan mereka

subhanallah!!!


Ianya lebih baik dr adik beradik seibu seayah


sungguh berada disini hampir 3hari

menerbit sayu bukan sepicing

menumpahkan airmata tanpa sedar


iyer.kematian itu pasti

namun berasa kehilangan itu

cukup sukar mencari penawarnya


benarlah kata pujangga

yg patah takkan tumbuh

yg hilang takkan berganti


-ibu mertua.ayah mertua sama nasab spt ibu & ayah kandung,hormati mereka s/mana kita mhormati ibu&ayah kandung kita.


smg Allah merahmati kedua-dua mereka.


Published with Blogger-droid v2.0.1

25 December, 2011

unbearable feeling :'(

I was at dungun rite now

spend the xmas holiday here


the journey is running smoothly

but the rain accompanied us since from gombak


taken 7-8 hours

almost 4-5 x we stop a while


been here after 40 day my late MIL left us

its still like she is around

even im think i can smell her

like overheard she is calling us for breakfast


this is really unbearable feeling

im admit


i miss her

even only my mom in law

but her loves,touch & motherhood


nothing seem can compared


al fatihah buat kedua-dua arwah mertuaku


Published with Blogger-droid v2.0.1

24 November, 2011

Hadiah terakhir utk MIL

tongkat ini arwah request utk memudahkan pergerakan dia

lohkong belikan seharik sblm raya haji


rm70 jer pun


tp arwah x smp guna pun


Published with Blogger-droid v2.0.1

21 November, 2011

RM200 hokey ...

makin tggi makin menunduk

bukan nak membuka pekung sesiapa
sekadar memberi pengajaran & peringatan pada kita yang masih hidup
supaya menggali ilmu & tak jemu mempelajarinya


ttg ilmu "pengurusan jenazah "


baru2 nih sewaktu menguruskan jenazah arwah MIL
seorang yang arif @ makcik ttg mandi jenazah tlh dijemput
utk membantu sama dlm pengurusan jenazah
spt mandi & kafankan jenazah

ikutkan dia hanya memberi tunjuk-ajar
takut tersilap cara
takut x kena hukum-hakam
praktikalnya -adik beradik suami yang 7 org itu yang buat belaka

alhamdulillah
sumernya siap - jenazah selamat dikebumikan setelah 4jam 1/2 dia disahkan meninggal

so atas budi bicara
adik beradik suami sedekahkan RM50 shj pd makcik ni

dia boleh sound apa ?

"ler nih mana ada dah ore bagi RM50--kurang2 RM200 "

so adik beradik x kata apa
tambah lagik rm150

moral of the story --

-hilanglah kemuliaan/keiklasan sesuatu pekerjaan jika dilakukan hanya kerana wang semata2
-demanding saat orang lain ditimpa musibah--sgtlah tidak wajar

-pahala? itu soal dia dgn Allah SWT

dan entry ini sbg peringatan utk diri sendiri
smg aku belajar ilmu ini utk kegunaan masa hadapan

jangan nak terhantuk baru nak terngadah

-paling benci orang yang suka menangguk di air keruh & mencari untung atas musibah orang lain..

18 November, 2011

Rezeki pg jumaat :-D

Ada hamba Allah sedekah seekor kambing

utk kenduri tahlil malam ke 2


arwah MIL

orgnya amat pemurah

dan beginilah karmanya


ada org yg bermurah hati utk dia


subhanallah!


-aku bukan penggemar kambing tp org kat kg nih suka mkn kambing.


Menu mlm nih - nasik + gulai kambing


Published with Blogger-droid v2.0.1

16 November, 2011

Kematian itu pasti

Sekadar mencuri kesempatan dlm derai tangis


MIL selamat kembali ke rahmatullah pukul 530pm

hanya slps 10minit dicabut tiub ventilator

yg sgt ajaib di saat nazak itu

MIL sempat membuka matanya

subhanallah


stlh 6hr koma

dia hanya membuka mata hanya stlh tiba di kediamannya


aku disitu ketika beliau nazak

terlalu mudah cara pemergiannya

tiada raungan,tiada tangisan

tiada struggling

about less than 5 minute on nazak

she left us


org ramai melawat melaut dirumah

subhanaallah!!!


Hampir nk roboh rumah tua ini

tp masih muat semua org utk memberi penghormatan terakhir

ramai yg sudi membaca yaasin


saat ini arwah tlh siap dikapankan

dan segala urusan mandi & kafan

dilakukan oleh suami & adik beradiknya

betapa mulianya arwah berjaya mendidik anak2 beliau

aku sgt kagum


arwah tlh dibawa ke masjid utk solat jenazah

dan bakal dibawa ke tanah perkuburan dlm kariah masjid utk dikebumikan


aku yakin suami sndr yg akan mengimamkan sokat jenazah & membaca talkin sekali s/mana waktu kehilangan arwah FIL 2thn lps


begitulah khidmat bakti anak buat kali terakhir

selain doa yg x berkesudahan


aku?

X dpt ke masjid lantaran menjaga auni di rumah

dan saat ini aku terasa sgt kehilangan

malah aku yakin biras.yg lain merasakan yg sama


kerana Arwah MIL sgt penyayang orgnya

wpun br 7thn mengenali beliau

rasa bg terlalu lama kenal dia


al fatihah buat arwah ibu mertuaku

smg roh aman disana & ditempatkan bersama org2 yg beriman


Published with Blogger-droid v2.0.1

15 November, 2011

at HTAA

Beginilah tetiap hr sejak 5 hr lepas

bergelandangan di ruangan luar wad CCU 3B

senario auni mengamuk lgsg tertido

itu adalah normal


yg x berapa normal

bila pakcik,makcik bantai tido jugak


redha aje

kalo anak2 demam nanti

kuman hospital lebih kuat dr di luar


dah kurang2 6-7jam berkampung depan nih


-update MIL-the whole family has decided to bring her back.katanya esok pg.wallahhuallam bswb


Published with Blogger-droid v2.0.1

14 November, 2011

39/100

Itu adalah ECG MIL


setakat 8pm td

di mesin tersebut-lampu warna merah menyala2

memberitahu kita keadaan kadar nadi mkn menurun


kerana itulah aku

membatalkan kepulangan aku ke KL

banyak sign2 lain yg myebabkan aku menundakan kepulangan jugak


sbg org islam yg belajar

ttg tanda2 akhir kematian/pemergian seorg manusia itu

salah satu tandanya bermula kaki tlh sejuk

sedangkan smlm masih panas dsebabkn dia demam panas


adik beradik skrg tak putus2 membaca yaasin

smg Allah permudahkan pemergiannya


aku?

Disaat org berkumpul di hosp

aku dok rumah kak ipar

ain kena demam panas

mungkin jangkitan stlh seharian dok d hosp smlm

dia mmg mudah dijangkiti


inipun baru lps sponging ain

susah hati bertambah2


sbg menantu

aku turut merasa tempias ujian ini

airmata murah saat2 ini

melihatkan MIL yg terlantar sebegitu


Ya Allah ya Rahim

Ya Rabbul Jalil


permudahkanlah segalanya

kami redha pd ketentuanMu ini


dia semulia2 insan di hati kami


-ward CCU setakat hr ni tlh ku lihat 3kematian dlm tempoh 4hr,aku cukup kagum dgn staff di CCU,mereka bekerja penuh tekun,x emosi,professional.benarlah,bkn calang2 org boleh bekerja di ward serba mencabar ini.kurniakan pahala sebaik2nya buat mereka ya allah.


Published with Blogger-droid v2.0.1

13 November, 2011

berita buruk

Update progres MIL


dr pakar tlh mengesahkan

semua organ dalaman MIL yg hanya berfungsi adalah limpa,usus shj

jantung,buah pinggang mmg both out hbs

ada infection pd otak,paru2

kadar urea yg tinggi smp ke otak

serangan sawan berulang kali

masih coma

sepenuhnya bergantung mesin bantuan pernafasan


jd kata doktor pakar

MIL hanya hidup bergantung pd mesin pernafasan tersebut

dlm erti kata lain mmg xde harapan utk pulih spt sediakala


adik beradik

masing2 x rela utk cabut tiub oksigen itu atas dasar ketidaksanggupan utk melaluinya


tp atas dasar kemanusiaan

adakah wajar utk membuang tiub tersebut?

Spy x menyeksa dia lebih lama lgk


selfish kah?

Redha kah?


Serba susah utk amik keputusan muktamad


smg Allah beri jln terbaik


allahhuakhbar


"kpdNya kita dtg & kpdnya kita kembali"


Published with Blogger-droid v2.0.1

11 November, 2011

masih begitu :'(

Update MIL


-she has fever today


-masih dlm keadaan tidak sedar


-BP masih tinggi tp stabil kata doktor pakar


-usaha utk menyedarkan MIL, monitor selama 24 jam-jumlah dos ubat dikurangkan utk menyedarkan dia secara semulajadi.


-jika masih belum sedar slps tempoh itu- akan buat scan otak- suspected internal brain injury


-so far both kidney mmg out hbs


-will running dialisis daily basis once she's awake


mlm ni akan diadakan kenduri doa selamat dn solat hajat utk MIL


smg semuanya bjln lancar


amin


Published with Blogger-droid v2.0.1

serba salah :-\

really cant decide anything yet ( >_<)

keadaan MIL masih spt semalam 
tiada banyak perubahan
esok sudah sabtu-lusa ahad


aku x tahu sampai bila akan disini
kos makin mencanak2 
udahler tgh bulan
terpaksa menyewa homestay/hotel kerana rumah SIL mmg betul2 sesak ramai org dr kg 
xkan nak paksa anak2 tido berdiri pulak
teringatkan kerja tertunggak di opis
teringatkan cuti yang tiada berbaki
teringatkan sms pada en boss yang tiada berjawab

marah ke dia aku amik cuti mengejut ?

aku rasa kalo keadaan MIL masih spt itu sehingga lusa
nak tak nak aku kena kembali ke KL
meneruskan t/jawab mencari rezeki
hujung minggu akan kembali semula ke sini

tapi serba x kena
hubby x beri apa2 kata putus
nak tgglkan anak2 sama lohkong disini -pun x kena jugak
CCU - tiada pelawat dibenarkan lagi2 kanak2
kalo lohkong mahu ke hospital
siapa pulak mau babysit anak2 di rumah?
mmg menyesakkan fikiran rasanya 

susah mau cakap
susah jugak nak bg sesiapa paham
kalo tidak duduk di tempat aku

hanya pd DIA tpt mengadu
smg ada jalan keluar pd setiap kesulitan
smg Allah permudahkan segalanya

we gonna hold a simple feast
for Yaasin recite at nearest mosque tonite

at last, mohon 1 minit masa anda
jika x keberatan
menyedekahkan sejambak doa buat mertuaku itu

disaat ini wang ringgit tidak lagi bermakna
hanya doa tulus ikhlas buat dia
smg di hari yang barakah ini

mak akan bukak matanya itu
tidak lagi diserang sawan berulang kali spt semalam
wpun matanya terpejam rapat

wallahuallam bswb






10 November, 2011

ALLAH know best :-(

Im felt an empty feeling

really sad to see her in this way

unbearable :-(


Ya Allah

pls guide us on your path


ampunkanlah dosa2 kami

kurniakanlah ketabahan & kesabaran kpd kami

kurniakanlah dgn izinmu


kesihatan yg baik buat ibu ku itu

setiap kesakitan dtg dgn izinMU

dan moga kesembuhan juga dtg dgn izinMU jua


-MIL masih x sedar lagik- melepasi 24 jam sdh


-sdg melalui dialisis


- masih dgn bantuan oksigen


-oksigen x ckp dlm bdn,ada ketika paras oksigen x smp ke otak


-kadar UREA tinggi


dlm penuh keamatan menelek wajah tua suci itu

tergenang airmata dibirai matanya


ya Allah

ini sgt menyedihkan ,mengundang sayu

dan benar2 menghibakan


lg sedih mendengar alunan Yaasin dibacakan


im just cant take it!!!!!


forgive me,its really unbearable feeling.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Semoga ujian ini hanya sementara :'(

Mlm td smp kuantan 2am

serata ceruk rnr bantai berenti

ngantok sgt2-so singgah utk tido


smpt ke hospital mlm td

x boleh masuk

tgk,intai ikut tingkap bercermin

x tahu nk kata apa

tp for those yg x tau CCU stand for critical care unit

mak mertua completely unconscious skrg ni

pray hard for the best

prepare hard for the worst


disebabkan rumah k.ipar dah sesak sgt

kitorg check in di hotel sentral,kuantan

asal boleh tido dn rehat sudah


apapun sumer adik beradik lohkong was here

smg ujian kali ni hanya sementara


she not only my MIL

she was a mum for me

terrific mom for the whole family


utk yg sudi doakan smg MIL cepat2 sdr

saat ini hampir 24jam dia dah x sedar


sayu hati nih

sayu lg hati lohkong

org lelaki - when he sad he not showing any sign

but deep inside as wife i knew he was damn worried


:-(


Published with Blogger-droid v2.0.1

13 September, 2011

UPSR tahun 1990


sblm aku merepek
good luck to all UPSR candidates 2011
sure mak-ayah yg paling susah hati kan
macam zaman mak-ayah kita dulu

bila teringatkan zaman aku amik UPSR dulu
sgt menarik rasanya
harus jugak aku bebel kat sini

thn 1990 aku tukar sekolah baru
x tahu kenapa masa zaman sekolah rendah..punyalah banyak sekolah pindah- randah aku ni
thn 6 tuh ler aku kenal cinta monyet
tp nak kata cinta monyet pun x kena jugak
sbb aku beria in touch dgn ex tuh sampai abis SPM..masuk uni..ciss...
sgtler membuang masa dahulu :(

so back to citer UPSR
aku rasa aku antara calon paling mengada2 manja

mana ada calon UPSR
mak dia tggu kat kantin 3 hari berturut2 tau
hanya "aku " shj ok

giler kagum
giler bongkak time tuh

sumer org ingat mak kita "cikgu" ok

sebenarnya masa zaman UPSR tuh
kata mak aku ada sakit masa tuh
so as precaution mak aku jadi tukang teman that time

kalo diingat2kan
sgt terharu teringatkan pengorbanan mak

sob..sob..

rasanya nanti kak ain exam UPSR ( kalo ada lagi ler masa tuh)
harus jugak aku turunkan tradisi ini
biar bagi motivasi kat anak ..yea x ?

semalam aku MC penat sgt balik dr Kuantan
so relax2 sahaja sama kanak2
golek2 makan2
membasuh baju..melipat kain baju 2 bakul
menyapu rumah..menyapu laman
w/pun penat tp puas hati tgk rumah kemas..bersih..

hujung minggu ni akan ke Kuantan lagik nampaknya
xde maknanya nak g open house..
kenduri kendara..nak sambut besday sama famili pun xdelah nampaknya
kawan2 nak dtg rumah..kindly make reservation during week-day shj ok
makan aje apa yg ada
yang penting silaturrahim kan!!
sbb tuan rumah mmg xde setiap weekend


update MIL
peritoneal dialysis dah completed cycle 20 bags
tgh tggu result darah
kalo sumernya ok- khamis nih akan masuk OT utk wat pembedahan memasukkan skru/plat pada tulang pehanya

smg sumernya selamat
smg sumernya dipermudahkan

amin..



rindu nak masuk exam hall mcm dulu2..

11 September, 2011

Ujian Allah xkan berhenti melainkan kita sabar & redha :-|

Seriously sgt penat bila terpaksa travel back to back
tp nk wat m/mana
MIL masih warded

semlm separuh hari di HTAA
dgn knk2 yg x mkn saman
dgn aku yg tgh keuzuran
dgn senggugut yg dtg x tentu masa
aku sgt2 penat

semlm doktor sarankan MIL utk menjalani prosedur utk mengeluarkan toksin dlm bdn
Proses ini dipanggil 'PERITONIAL DIALYSIS'
aku lupa nk infm MIL jugak mengalami mslh kegagalan buah pinggang
refused to go for dialysis sblm nih
dia hanya bergantung pd ubat2an shj

prosedur smlm bunyinya sgt menakutkan
dimana ada lubang yg ditebuk di bwh pusatnya
ada tiub dimasukkan,ada water irregation,
fungsinya utk mencuci keluar toksin dlm bdn
so amik masa selama 72jam katanya

byk komplikasi kata doktor
antara komplikasi kesakitan.ketidakselesaan
can lead to the bleeding dn tiub itu jugak bkl terkena usus - itu mmg unexpected kata doktor
mlm td baru pasang tiubnya
x tahu apa perkembangan setakat ini lgk
aku xke hosp pg ni
auni was x feeling very well
flu lagik dn mula batuk
this was x a good sign to me :'(

terlalu byk kesukaran utk MIL aku go thru this op
kuasa Allah siapa yg tahu
dia hanya injured sbb patah/retak tulang peha
tp terpaksa go thru all this kind episode one by one
dipindahkan dr hosp dungun-kemaman-kini di kuantan
subhanallah :-(

ramai yg bg pilihan utk bwk bomoh patah
bomoh ini
aku x kata itu x bagus
tp bg aku isu toksin berlebihan dlm bdn hampir 40% harus ditangani secepat mungkin
itu lebih mengancam nyawa
berbanding dgn isu tulang yg retak itu
kata pakar,selagi isu2 ini x diusahakan lebih awal
maka op utk kaki akan delay lagik

apapun the whole family was here
back to back
may there is miracle behind this difficulties scenes
may Allah lead us the best way

insyaallah

i will be leaving to KL tdy evening
pray for the smooth journey
pray for everything

see u then
bubye :-P
Published with Blogger-droid v1.7.4

09 September, 2011

Permudahkanlah Ya Allah

pagi2 ini otw ke Ampang menghantar kanak2
mendapat khabar dr Kemaman - bahawa MIL telah bersetuju utk menjalani pembedahan
pembedahan yang bakal dijalankan ini
merupakan high risk surgery
memandangkan MIL pengidap penyakit jantung

pembedahan bakal dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
kerana kemudahan & tenaga pakar disana yang mencukupi
berbanding hosp kemaman

x tahu bila akan dijalankan
MIL masih di Kemaman
hanya menunggu surat refer dr Hospital Kemaman
dan akan dikejarkan ke HTAA pulak sedikit masa lagi

sbg anak menantu wpun dlm hati ada debar/ ada ragu
apatah lagi anaknya- lohkong ku itu
namun aku yakin seluruh ahli keluarga yang lain pasrah & tawakal shj
mereka ( adik beradik) telah sepakat utk memberikan consent utk pembedahan itu

mengikut saranan pakar ortopedik
lebih baik dijalankan surgeri tersebut
if not MIL akan terlantar bed ridden lebih 3 bulan utk recovery purposes
MIL pun nampak makin pucat & lemah sejak warded tempohari

doa aku di pagi jumaat yang mulia ini
smg Allah mempermudahkan segala2nya
janganlah ada komplikasi-smg mudah serba- serbi
jauhkanlah ..jauh2..

w/pun dia hanya MIL
aku sayang dia macam ibu kandung sendiri
MIL aku mungkin the best in the world
treat anak menantu lebih dr anak sendiri
very soft spoken-very motherhood

jasa dia pada aku yang takkan aku lupa smp bila2
dia menjaga aku sewaktu berpantang anak sulung si Ain
masa tuh mak aku ke Mekah menunaikan umrahnya
subhanallah..aku rasa smp bila2 pun x terbalas jasanya itu

kawan2 doakan MIL saya yea
smg pembedahan yang bakal dijalankan berjalan lancar
amin..

Permudahkanlah ya rabbi


- menunggu hint dr lohkong samada mahu balik kemaman/kuantan esok @ x ?

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...