Showing posts with label Myvi. Show all posts
Showing posts with label Myvi. Show all posts

26 May, 2025

Ujian kecil

Jumaat minggu lepas
Aku bangun pagi macam biasa
Menonong masuk dapor,hajat nak goreng nasik untuk sarapan
Sedang elok aku menumis bawang
Sudden sharp pain kat right lower abdomen dan kesakitannya menjalar smp ke pinggang
Terus off api dapor & berbaring kat sofa

Panggil en papa turun
Dia pun macam blurlah jugak
Katanya nak ke hospital ke?
Tak leh memikir banyak
Hajat nak masuk opis jugak
Dia pun start urut2 perut kot angin
Angin pun keluar atas-bawah
Rasa macam kuat sikit,bangun sambung memasak semula

Siapkan sarapan atas meja & terus naik atas mandi & segera solat Subuh
Sujud terakhir sakit semula
Lepas bagi salam-terbaring semula
En papa naik bgtau htr Adeeb/Affan ke sekolah dulu
Nanti br adjust htr klinik

Pg klinik-doktor run urine test
X nampak apa2 yang pelik
Katanya perlu run ultrasound/x-ray jugak
Terus mtk buatkan refer letter ke hospital
Disebabkan telan painkiller
Adalah kurang sikit sakitnya
Gagah masuk opis kejap settelkan keja yang urgent

Dah siap keja belaka-balik rumah semula
Baring kat sofa 
En papa ajak nak htr hospital
Ngam2 smp Hosp Cyberjaya pkl 1.30pm-dia pun tgglkan aku kat situ sebab nak kejarkan solat Jumaat
Aku ok aje masa tu-not in pain
Cuma rasa berat kat perut tu
Nak berdiri tegak xleh.

Ngam2 3 jam baru nombor giliran dipanggil
Doktor run u/s
X clear sgt kata doktor
Suh xray plak-so pg xray
x smp 1/2 jam Doktor panggil masuk
Result: batu karang 
Start painkiller & ubat
Seminggu lagi next TCA

Seram sokmo kalo masuk bilik Xray ni 


Alhamdulillah sakit beransur baik menjelang malam tu
Sempatlah g makan luar
Dah aku x memasak apapun

Sabtu pg sempat g breakfast sama Ecah 
Mulanya ingat banyaklah masa nak melepak dengan Ecah tapi sebab Affan xmo pg hari  Sukan plak
Terpaksa htr dia ke Kelas Baca yang hbs pkl 11am
Jadi sejam lebih aje masa melepak dengan Ecah
tq Ecah mai dr Sg Buloh melayan aku


Inilah bff 32 tahun lamanya be like


Tengahari pg wedding 2-pupu kami kat Putrajaya
Mak aikhhh grand sungguh wedding skrg
Rezeki dapat makan free
Pg berdua sama si Affan aje
Dah  en papa & Adeeb ada sukan kan

Mujur Affan x rebel bawak g kenduri kawin


Ahad pagi pegi sarapan sama en papa & terus shopping lauk basah kat CS
Beli lauk banyaklah sikit dr biasa dah anak2 dah start bercuti
Makanya volume memasak kena tambah 1 slot lg
Selain sarapan & makan malam maka kena memasak makan tengahari jugak
Orang lain relax bila start cuti sekolah
Tapi aku bila cuti sekolah memang penat sikit tang memasak tu
Rehatnya sikit ajelah yakni  xyah mengejar anak bersiap pi sekolah aje

Petang semalam melayan Adeeb & Affan tgk Ejen Ali The Movie 2
Haram sepatah menda aku x paham
Tak kisah ler asalkan bdk2 enjoy
Itulah pengorbanan sbg ibubapa kan
Selain peghabis duit ringgit
Anak ko tgk kartun ko pun kena sama melanguk jugak
Gittewww!!

Toilet selpie disaat bosan tgk Ejen Ali kekdahnya

Dan pagi ni kereta comel kesayangan aku
Pancit plak tayarnya
Jadi masalahnya kalo keta en papa ok
Aku xdelah serabut sgt
Bolehlah bawak keta dia 
Ini keta dia bila start engin bunyi macam lori plak
Nak jadi tragis lagik
Keta aku tayar spare pun xde
Haduiii

So pg td pinjam tayar spare keta maksu dulu
Wpun tayarnya kecik sikit saiz 14",tayar keta aku saiz 15"
Tetaplah belasah sementara nak ke kedai tayar
Selamatlah RM70 settle
Beli tayar spare RM60
Pasang cacing filler tu RM10

So aku rumuskan ujian2 kecil ni
Walaupun kecil
Ianya melibatkan kos masa,kos duit ringgit
Dan pastinya ia membuahkan pengalaman baru
Pengalaman jatuh sakit
Pengalaman menunggu berjam2 di ED
Pengalaman berdepan situasi unexpected

Semoga baik2 hdknya selepas ini
Miskin tau..gaji baru aje dpt
belum masukpun bulan Jun
dah macam2 kos kena kawtim
huhuhuhuhu!!







21 February, 2024

Tragedi 19/2/2024

Tanggal 19/2/2024 around 9.15am
Aku otw ke pejabat
Di traffic light bawah flyover 
Kereta aku di lane kiri-kena langgar dengan motor Modenas yang merosakkan lampu belakang,mengemekkan fenders,sagat sebelah pintu bahagian kanan

Menggigil acik dalam keta-parking kat road side
Ini adalah pengalaman pertamaku sejak memandu dilanggar dari belakang
Aku tel en papa bgtau kena langgar & paksa en papa mai tgk aku
Aku pelan2 melintas jalan tgk mamat malang tu
dia nampak stabil,boleh cakap & bangun tanpa dibantu serta beliau mengadu kaki injured & back pain.
Mana tak sakit nampak dia melambung masa tu.

Aku pun startlah membebel-ko dah kenapa laju2 bro
Skrg yang injured awak-sy sikit pun xde injured
Skrg macammana?Motor ada insurance?Ada road tax?
Nak bawak hospital ke macammana?
Katanya dia suh wife dia dtg bwk ke hosp
Bgtau motornya ada 1st party polisi insuran & suh aku buat polis report

So setelah en papa smp kami ke balai polis 
Dok di balai buat statement jupe IO aje amik masa 2 jam lamanya.Lepas tu IO buat statement susah nak menang kalo berlanggar dengan motor ni Puan.Walaupun Puan tak salah tapi undang2 Msia ni memang bagi imuniti kuat pada penunggang motosikal kerana mereka antara golongan yang berisiko tinggi diatas jalan raya.
Dah tu?
Kalo dia penunggang motor pi langgar pejalan kaki sampai mati-kira dia tak salah jugaklah ke macammana?
Saya dilane yang betul-saya bergerak dalam 30/40km/j sebab traffic light baru bertukar warna hijau-tup2 saya dilanggar dari belakang & tup2 Tuan kata saya salah..dah apa keadilan disini?Saya buat report sbg cover report let says saya memerlukan ia untuk dokumen insurance claim -nak claim NCD penunggang motor tu.
Acik super emo weiii...
Bayangkanlah..mangsa itu awak tup2 at the end awak plak yang kena saman RM300.00 sebab awak buat report kereta dilanggar motor.Tak ke super nak marah ?

Setakat ni belum keluar apa2 keputusan dari IO-sebab mamat malang tu masih dirawat di hospital.Jadi dia belum buat report side dia plak.

Semoga keadilan berpihak kpd aku kali ni.

So sementara ni pakailah dulu keta en papa sebab dia pun masih cuti sekolah.Keta comel aka MYVI tu masih boleh bergerak cumanya aku lah sakit hati tengok keadaan keta tu yang menyedihkan.Apapun paling lewat pun minggu depan kena hantar Body & Paint Perodua jugak-supaya keta boleh siap sebelum sessi persekolahan bermula semula.Susah jugak kalo guna keta en papa semedang sebab keta dia tu besar,payah aku nak parking kat area pejabat aku ni.Almaklumlah kiri-kanan jalan orang parking haram-kita nak menyelit pun takut tersagat keta kita atau keta orang.Masalah sejagat betul.

Roadside parking-post accident


Tersakiti betul acik tengok sagat ni weii










05 February, 2024

Keta comel!



Jumaat lepas balik keja macam biasa
Terus jemput Adeeb macam biasa di SRA
Sampai rumah,suh Adeeb bukakkan pagar sebab mama tak suka parking keta kat luar sebab keta en papa kat luar dah.
Jadi serabut keta depan rumah bersusun.
Masuk dalam pagar baru perasan tayar depan side driver pancit flat terus
Hukalooo..padanlah rasa berat pusing stereng keta.Dasar org pompuan bawak keta kanšŸ˜†
En papa tolong tukarkan tayar ,mujur masih ada tayar spare dalam boot keta.

Keesokkan harinya mmg kebetulan ada appointment dengan Perodua
Nak major service 40k km
Kat situ aje dah kopak RM 549.70
Foreman kata tayar dah xleh tampal sebab pecah belah tepi-kena beli ganti baru or else memang xde lgsg tayar spare.
Lagi satu bateri dah start low-wajiblah diganti baru
Nangis mak ko situ..sebab baru awal bulan Februari ni..panjang lagi masanya nak bernafas hingga gaji Feb plak.
So bateri en papa kata order dari Lazada aje-depa mai tukar terus depan rumah
Tayar ajelah tak beli lagik.
Itupun wajiblah g tengok2 jugak,risau jugak kot pecah lagi langsung xde spare nak guna

Mujurlah dapat duit kutu bulan ni
Maka adalah extra $$$ ditangan..or else memang termenung jugak rasanya.Sebab bajet dan gaji ngam2 aje nak hidup & sekali-sekala nak makan luar.
Takde berlebih & takde berkurang.

Dengar perkongsian -kereta itu adalah liabiliti
Memang tak dinafikan.
Tapi xde kereta lagi susah
Dengan kerja macam aku ada masa kena outstation
Jadi kereta ni satu keperluan
Kereta en papa wajib kena standby jadi runner anak2,kadang2 hujan-takleh guna motor nak pick up anak2.En papa kadang2 merata jugak g meeting PPD & aktiviti sekolah.Ada tu sampai ke Kuala Selangor pun ada.
Sebab tu aku memang go through each details sebelum amik keputusan beli keta 2 tahun lepas.Sebelum2 tu aku belasah keta en papa aje,tp tu lah jadi berebut tang dia pun perlukan keta masa yang sama.

Aku beli Myvi basic aje auto rega  RM 42k.Bulan2 bayar RM508.00.Insuran road tax mmg aku main kutu bulan2 nak kasi settlekan.Sementara bila ada urusan nak hantar servis-kena standbylah sekian RM .Cuma kelmarin jatuh tang major servis mmg nangislah sikit nak menyediakan ongkosnya.

Bagi aku belilah kereta ikut kemampuan ko nak bayar bulan2,ko nak maintain kos servis & kemampuan nak menyediakan insuran road tax segala mak nenek tu.Bukanlah sebab ko mampu bayar bulan2 tp masa nak buat servis ko nangis tepi katil x cukup duit nak maintainance keta H.Ikut gaji memang sumer mampu nak menyediakan bayaran bulanan tu tapi nak maintain tu ada masuk tekan kalkulator tak?

Ikut nafsu memang masa tu aku berangan nak amik H-City.Tapi en papa suh pikir panjang,mana nak cekau duit nak maintain sakneka benda tu.Betul jugak kan.Nak perelok kasi maintain keta yang ada pun mengadu dlm blogšŸ˜“Hahahahahah!!

Moral of the story-pikir panjang2 sblm commit hutang jangka panjang ni.Lagi2 yang ada family,anak2 yang masih bersekolah.Kita hidup tak kenyang dek gaya.Kita tetap kena makan nasik kurang2 2x sehari.Anak2 perlu disekolahkan setinggi boleh.Tentukan prioriti masing2,elakkan tengok orang tu boleh takkan kita tak boleh..,ko tak tau apa orang lain tu dah lalui sebelum dia dapat apa yang dia ada hari ni.Paham ke paham?

Niat dihati nak settlekan hutang keta ni paling lewat tahun depan,tapi tu lah berangan ajelah dulu.Banyak puluh ribu lagi weiii...tapi tu lah mana nak tau ada rezeki mai atas langit bagi settle hutang peghabis.Bolehlah berangan beli kondo sebijik,buat rumah persinggahan Affan nak mandi kolam hujung minggu...berangan weiii..

Now,pi sambung buat keroje.

Opppsss sebelum terlupa anak2 asrama nak balik Rabu ni..Punya excitedlah haiii tggu anak2 balik,bersusun menu nak masak.Nak menjamu anak2 makan katanya.

betui kan?











 

Post of a DAY

Bulan peghabis RM :(

15/9/2026-countdown 2 hari lagi menjelang hari lahirku yang ke 47 tahun Tak sangka sepanjang ini usia pinjaman Allah swt Tak pasti samada ad...