19 August, 2026
Alhamdulillah atas rezeki ini
07 July, 2026
Kenangan awal perkahwinan & beranak sulung tahun 2006
| Kami suami isteri bersama anak sulung kami.Mungkin Ain sewaktu ini belum pun 1 tahun lagi. |
Kesimpulannya,kami laki bini tak terus senang
29 January, 2024
Weekend Getaway :Alor Setar & menyantuni anak nak SPM Batch 0623
![]() |
| Memusing beli itu-ini |
![]() |
| Ikan terubuk bakar rega RM20 seekor |
![]() |
| Hotel compound-bersih & sunyi |
![]() |
| Good Luck anak2 G6 |
18 December, 2023
Untuk Kak Ain,anak mama
Sungguhlah,tahun ni memang tahun kami sbg mak pak rasa teruji sangat.Tahun ni pertama kali kami melalui pengalaman anak sulung kami yang bakal menduduki SPM.
05 December, 2023
Last Weekend be like,Self Rant & My eldest AIN
Sabtu lepas aku & suami beserta anak2 menghantar Kak Ain pulang ke asramanya semula di Alor Setar.
Tepat 7.11am dari Puchong-kami selamat sampai ke bumi Kedah pkl 2.30pm.Kebulur memasing-terus ke Aman Central sbb kebetulan perlu cari kedai gadget untuk beli charger head charger handphone baru Ain.
Terpaksalah juga beli handphone baru sebab susah dia tanpa handphone ni.
Sampai aje ke AC-kami carik makan dulu.Makan kat The Chicken Rice Shop sahaja sbb Affan sgt picky.Makanya Nasi Ayam ni makanan selamat jika nak paksa dia makan or else dia rela berlapar tanpa makan.Affan hanya makan nasi yang ada rasa,Contoh nasi lemak,nasi goreng,nasi ayam.Pasta pun hanya makan Carbonara shj.Walau begitu picky-Affan tetap membesar bagai johan.Tinggi tak serupa dgn rakan sebaya lain.
Dah sudah makan-teruslah memusing cari Kedai Gadget-mujurlah jupe yang dihajati.Sedar2 tak sedar jam dah 5.15pm/Melompatlah kami sebab Ain kena masuk asrama sblm 6pm.
Smp asrama Ain pkl 5.45pm itupun sebab salah jalan.Hantar Ain dengan 1001 nasihat.Sebak rasa hati sebab Ain bakal menduduki Amali Fizik esok,dan kami jauh disini.Sedih weiiii...acik emo betul.
Kami bergegas ke Hotel Grand Crystal-kami book kat Agoda shj dengan harga RM92.Jadikler-biliknya besar jugak.Ada breakfast.Malangnya xleh access pool sbb under mauntenance katanya.Mengamoklah dak Affan :(
Esoknya bangun Subuh & terus bersiap.Makan sarapan di hotel & terus bergegas balik.Singgah Taiping umah Uncle Mit & singgah RNR Tapah untuk makan & solat,
Smp KL singgah umah Cik Nee plak-belikan dia mihun goreng & dia makan ubat.Barulah balik ke rumah.Smp umah kami ngam2 azan Maghrib.
Walaupun balik KL miskin 600-700,redhalah mak pak oiiii..Asalkan anak selamat sampai asrama,kita pun senang hati nak tinggal dia.
Insyaallah,ada 2 lagi trip berulang ke Alor Setar-dimana hari 1 Kak Ain menduduki SPM ujian bertulis & juga hari terakhir untuk bawak balik segala barang dia selama hampir 2 tahun diasrama.
Jadi kami plan cuti awal2 & bajet apa yang patut spy tak sangkut bajet/komitmen yang lain.T20 atas pagar dengan 4 orang anak2 yang menetap di Selangor tak kaya ye gais...miskin jugak.Cukup2 aje hidup nak menyampai ke gaji akan datang.
Kami golongan yang x dapat apa2 bantuan STR/Rahmah dsbgnya-taxpayer yang nak mintak refund pun masih x dpt 100% refund -kami yang kadang2 bercatu jugak nak itu atau ini.
Kami laki bini pakai kereta tempatan sahaja,masih serve hutang rumah dan belanja hari2 pun menyesakkan.Barang mentah yang naik harga,belanja runcit yang dulu ya hanya RM80 seminggu dah jadi RM 120 seminggu,Belum lagi kenaikan bahan asas yang lain.Dulu shopping barang kering sabun2 untuk sebulan baru RM 350-sekarang RM 450-500 sebulan.Lebih lagi pun ada.Tapi tu lah merungut pun x de solution,akhirnya berjimatlah selagi boleh.Kadang2 x tau jugak nak berjimat dimana,masaknya hari2 tapi tetaplah x kaya2..hahahhahaa..
Hari ini dapat claim EMadani--ececehhh..rasa macam dapat claim RM 1000..almaklumlah x pernah merasa duit gomen bagi sesaja ni.Rasa macam habis kayolah RM 100 tu.Rasa nak beli lipstick-last sekali beli lipstick raya tempohari.Sadis sungguhlah weii 😄Apapun TQ PMX.Merasa jugak orang macam saya merasa duit gomen bagi.
Apapun syukur alhamdulillah,apa rezeki yang kita dapat wajiblah kita syukuri kerana Allah swt dah janji bila kita bersyukur dengan apa adanya,nescaya Allah swt tambah lagi nikmatnya,
30 November, 2023
A perk of having kids at boarding school
Seperti yang aku mentioned entry sebelumnya
Ain & Auni duduk SBP sejak tahun lepas.Ain di Kedah,manakala Auni di Tganu
Baru ni Ain mengadu handphone hilang.Kehilangan handphone ni mmg buat aku susah hati jugaklah
Sebab pertamanya Ain memerlukannya ketika nak travel back balik KL.Tix airplane @ tix ETS kami beli akan htr melalui whatsapp shj
Dan dgn hp dialah dia leh order Grab jika perlu ke airport @ stesen keretapi,serta sudah tentulah being paranoid mama-kejap2 tanya Ain dah smp mana.Tentulah menggunakan handphone.
Sebab keduanya,nanti ganti handphone baru yang elok wajiblah mengeluarkan modal yang bodoh2 pun RM500.Mana ada dah smartphone rega RM199 kat sini dah.Termenung mak ko nak :(
Jadi isu hilang barang ni mmg sgt sinonim diasrama-yang paling kelakar tahun lepas Ain pernah hilang baldi..Just imagine baldi weii..dah kenapa baldi sebesar tu pun nak curik.Hadoii..
Auni plak hilang duit masa awal2 masuk asrama.Hilang beg duit kat RNR termasuklah ic dsbgnya.
Selain kisah hilang itu ini-kisah anak2 jatuh SAKIT ketika diasrama.Ain pernah demam panas tahun lepas stok melepek macam karpet-aku fly ke sana naik flight terawal ke Alor Setar dan fly balik ke KL pkl 2pm hr yg sama bawak dia balik.
Dan hari ni dapat kabar yang Auni sakit mata- wabak sakit mata diasramanya plak.Apo laie roger adik ipar mtk tlg amikkan dia.Offer balik KL,xmo plak si Auni,Agaknya penat berulang balik KL-Tganu tu.
Susah hatilah jgk bila anak2 sakit diperantauan ni.Ikut emo mak ko,biar sumer balik ddk sama mama.Tak payahlah dok asrama dah.Tp tu lah,Ain dah tahun terakhir ni.Bakal menduduki SPM bulan Dec ni.Auni plak mmg dah seronok sekolah sana,haram xmo balik duduk sini dah :(
Apapun suka ke tak suka hadap ajelah isu2 budak serama ni.Tak hilang barang,makanan kat DEMA x sedap,citer sentap dgn kawan2,tak pun kisah emosi tak ketahuan hala,Lagi satu anak2 duduk asrama ni,mak pak umpama banker ye.Jenuh nak ajar berjimat.Jangan boros belanja,Mak Pak ko xde darah pewaris Hilton nak oiiiii..
Lusa nak htr Ain balik Alor Setar since malam ni dia balik PB wajib makanya Sabtu kami kesana plak hantar dia.Tix ETS dah hbs,naik bas dia serik,Naik flight tix melambung2 reganya,Kalo ikutkan menghantar dia pun seganda harga tix AA tp memikirkan 5hb ni dia nak exam Amali Sains-apalah salahnya kita membeli jiwa bg moral support pada dia kan.
Moral of the story ni,bawak bekal spjg Dec ni.Jangan mimpi nak makan luar sbb bajet makan dah kena divert ke kos nak menghantar anak dara sorang ni.
| Gambar kami Raya Aidilfitri 2023 |
03 October, 2017
Ain-UPKK @ big day
Finally, semalam hari yang ditunggu2 tiba.UPKK hari 1 untuk Ain akan bermula 2pm hari ni.Ini pengalaman pertama untuk Ain menduduki ujian besar & begitu juga dengan aku serta suami –kami ibubapa yang pertama kali merasa pengalaman debar anak nak masuk exam besar.Thrill ok!
Sekolah buat extra class back to back- even malam ni sampai Rabu pun ada lagi.Sekolah pun haruslah diorang pun ada % expectation utk Mumtaz..w/pun kesian tgk Ain penat tapi aku paksa jugak dia pergi sebab kalo kat rumah,nak mengadap buku jenuh berperang dengan en papa.
Trial yang lepas Ain scored 5A3B, so this time kitorang laki bini encourage dia untuk at least dapat 6A2B ke..takdelah dahsyat sangat mama kan..nak harap anak score straight 8A,kita pun tau kemampuan anak2 takat mana but still mama doakan semoga Ain dipermudahkan jawab kertas soalan Sirah petang ni.
Membesarkan Ain sangat mudah bagi aku,dia jarang sakit.Masa kecik dulu ,75/2007 itulah pertama kali dia masuk wad sebab dia cirit birit sampai keluar darah.Lepas tu setakat demam,batuk,flu..bila dia start umur 3-4 tahun baru perasan dia ada masalah tonsil,tiap kali demam pun mesti sebab tonsil bengkak.Jupe surgeon konon nak remove,tapi surgeon kata better tunggu dia besar sbb tonsil Ain still boleh dirawat,So kami laki-bini strictly control makan-minum dia sbb dia tak leh silap makan,eg:kalo dia amik keropok2 yang banyak sangat perisa,banyak sangat colouring macam Pretzels,Super Ring memang akan triggered Tonsil dia cepat membengkak.Bila tonsil membengkak,confirm demam & batuk non stop.
Ain ni anak manja en Papa..anak sulunglah katakan.Sangat lembut hati,cepat sentap kalo mama/papa marah.Cepat naik angin tapi cepat sejuk.Sayang sangat adik2 tapi takmo tunjuk.Suka berangan & banyak sangat angan2 nak itu,nak ini.Ada masa mama layankan jugak..Kita dulu kecik2 pun selalu berangan nak itu,nak ini kan..ini masa dia berangan,tapi jangan biar dia hanyut berangan.Kena selalu tarik ke-tepi,selalu cakap dengan dia..nak itu,nak ini..kena belajar rajin2,dapat kerja yang baik-barulah ada kemampuan nak beli apapun.
Apapun all the best untuk anak mama,Ain Darwisyah.Try your best,beat the rest!
Mama & papa doakan yang baik2 sahaja utk kamu selalu.
Make us proud!!
Post of a DAY
Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like
Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...











