19 August, 2026

Alhamdulillah atas rezeki ini

Campur tolak dekat 2 bulan jugak aku berusaha bantu Kak Ain mencari tempat internshipnya yang insyallah akan bermula bulan December ni
Jenuhlah sama dengan Kak Ain blast email merata
Dari private sector ke government sector

Adalah 1 & 2 private sector yang reply
Sumernya rejeklah sebab katanya xde allocation/placement
Yang lain palau aje email kami
So kami continue blast email/resume bagai
Finally 11/8/2026 kami dapat berita baik dr PPUM



Alhamdulillah hari ini Surat Tawaran Rasmi telah dikeluarkan
Walaupun takde elaun disediakan
Aku cukup puas hati sebab bagi aku yang penting adalah confirmed Placement
Sebab tau betapa susahnya nak dapat placement sekarang ni

Insyaallah setakat belanja makan & tambang Kak Ain
Kami suami isteri masih mampu lagi nak tanggung dia
Mara pun tetap bayar elaun bulanan untuk student wpun tgh intern

Lega satu bab
Cuma nanti bermula Ain start Intern jadual aku pg & balik keja sama berpusing 360 darjah
Sebab suka ke tak suka ke,kena keluar awal hantar KakAin ke stesen LRT
Dan mungkin jugak menunggu Ain balik di tren 
Ain akan naik tren ke PPUM
Nak memandu kat sana,x berbaloi mengadap kesesakan Federal Highway
Parking lagi yang super horror kat PPUM

Jadi bersusah2 dahululah anak
Macam nilah susahnya mama cari duit dulu
Turun naik tren,mengandung sarat pun berkejar tren
Insyaallah,kesusahan ini yang akan mould kekuatan diri kita kelak

Hidup tak seindah macam dalam socmed
Kena bersusah2 dahulu
Insyaallah,Allah swt lihat usaha kita

Apapun hujung bulan ni pelan2 kena start beli baju Ain sepasang dua
Buat tukar2 pergi Internship nanti
Semoga dipermudahkan urusan anak kami hdknya

Sungguhlah menjadi ibubapa ini
Bukan sekadar melahir dan membesarkan
Tetapi jugak memastikan urusan dia belajar sehingga tamat berjalan lancar
Semoga Kak Ain berjaya tamatkan kursus & sambung belajar di peringkat lebih tinggi lagi

Ameen Ya Rabbal Alamin.








No comments:

Post of a DAY

Alhamdulillah atas rezeki ini

Campur tolak dekat 2 bulan jugak aku berusaha bantu Kak Ain mencari tempat internshipnya yang insyallah akan bermula bulan December ni Jenuh...