Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

16 June, 2026

Road to SPM 2026: Auni Irdina

 

Anak kami dah berusia 17 tahun

Insyallah,takde aral Sabtu ni kami akan bermusafir ke Kuala Berang
Selagimana Auni masih bersekolah disana
Memang wajiblah kami ulang-alik KL-KB

Kali ni semata2 sebab Hari Terbuka SAHUT
Dan sebagai ganti yang kami berdua x dpt attend Outing dia 27/6 sebab clash dengan wedding sepupu aku di Sg Buloh hari yang sama

Hujung bulan ni Auni akan start trial SPM
Sungguhlah,susah hati jugak kami pun
Auni & Add Maths-setakat ni tak pernah lulus lagi dia
Risaulah haiii..sayang betul
Subjek lain berderet A's sampai ke Add Maths F plak dah
Aduiii!

Auni ni antara topik wajib aku dlm blog ni dulu
Blogger yang rapat2 dengan aku
Memang taulah,betapa huru haranya aku meladeni Auni waktu dia masih kecil dulu
Masuk wad tu macam cuti sekolah,selang 2/3 bulan wajib check in hospital
Struggle sungguhlah masa tu

Tapi alhamdulillah,seiring peningkatan usia
Auni bertambah baik cuma kes Rhinitis dia lah
Itu mmg xleh buat apa
Penyakit genetik,menurun paknya

Auni memulakan hidup berasrama di usia 13 tahun
1/2 hati aku bangga dengan pencapaian Auni
Dia memang anak yang terang hati
Auni memang selalu aku jadikan role model pada adik2nya
1/2 hati aku rasa sedih berjauhan dengan Auni
Auni ni umpama shadow aku,dia anak manja aku
Berbanding Ain,dia kesayangan paknya

Sayang anak sumer pun sama
Tapi ada traits anak tu yang suit kita lebih
Macam Auni dia umpama twin aku
Dia berpikir macam aku pikir
Sangat analitik orangnya,kepala penuh bermain dengan fakta
Jadi dia adalah mini ME
Very good listener and she has talent as speaker
Dulu pernahlah mengusik dia
Jadi cikgu ajelah Auni,kamu pandai bercerita

Auni tak banyak meminta
Dia x demand banyak
Paling tidak pun,order belikan cookies kat Famous Amos ajelah
Itu ajelah kesukaan dia
Jadi memang wajib beli dulu di KL jika pegi melawat dia
 
Besar harapan kami dengan Auni
Paknya melobi supaya anaknya jadi Ofthalmologist aka doktor mata
Reason: sangat kurang pakar mata orang Islam kat Malaysia ni
Maknya harap sgt anak jadi Pharmacist aje sebab rasa macam peluang kerja ada aje untuk sektor kesihatan ni.
Tapi tuan badan nampak berminat dengan Law
Taktaulah apa rezeki Auni nanti

Apapun minat & kecenderungan dia
Sbg mak pak kita support ajelah
Siapkan aje duit RM

Long way to go bab berangan ni
Kena fokus untuk trial & SPM betul hujung tahun ni
Permudahkanlah urusan anak jauh kami 
Semoga berjaya cemerlang dalam SPM 2026

Mode:mengira hari nak jupe anak kami :)

18 December, 2023

Untuk Kak Ain,anak mama

 Sungguhlah,tahun ni memang tahun kami sbg mak pak rasa teruji sangat.Tahun ni pertama kali kami melalui pengalaman anak sulung kami yang bakal menduduki SPM.

Walaupun nampak macam mak pak cool sebenarya kami sama susah hati mengingatkan anak sulung kami yang akan menduduki SPM Jan 2024 ni.

Memang kami tak pernah letak sekian2 target untuk Ain.Dok pesan sama Ain,SPM ni bukan penentu masa depan tetapi segalanya bermula dengan SPM.

Jika result SPM baik,ada peluang untuk Ain sambung study tinggi lagi.Mama x harap pun Ain dapat straight A'S-yang penting result SPM tu melayakkan Ain sambung Matrik atau pun Diploma UITM jadiklah.

Being parents,aku takmo strict sgt dgn anak.Aku hanya bg guideline-jika Ain nak itu-Ain kena buat ini.Kita kena lebih realistik dengan anak2 skrg.Depa skrg hidup dengan dunia dihujung jari,dah pandai berkawan,dah pandai secret2 dengan mama.Aku xmo jadi over protective,xmo guna kuasa veto-kalo boleh nak anak tu willing sendiri nak belajar,nak usaha sekuat mungkin.Doa ajelah tak putus2 untuk anak tu.Semoga Allah swt pelihara anak kami,dipermudahkan urusannya,diberi kebaikan buatnya dunia & akhirat.
Aamiin ya rabbal alamin.

Utk Ain,anak kesayangan mama,papa.Apa pun result Ain produce SPM nanti,mama papa akan raikan.Jika keputusan tak sebaik mana sekalipun,mama akan bersama  Ain untuk masa depan Ain.Kita usahalah apa sahaja asalkan Ain mahu belajar.Mama Papa jika perlu bergolok bergadai sekalipun,sanggup.Tiada ibubapa yang taknak tengok anaknya berjaya.Samalah jugak dengan kami.Jika kamu berjaya,mama papa tumpang gembira.Kami x dpt apapun jika kamu berjaya nak,sebab kemanisan kejayaan kamu solely untuk diri kamu.Kamu akan ada kerjaya yang baik,bertemu jodoh,membina keluarga kamu suatu hari nanti.

Semoga kamu bertahan menepis angin pitung beliung SPM 2023/24 ni.Walau apa keadaanpun yakinlah bahawa usaha takkan mengkhianati hasil.Insyaallah.

Sehingga itu,percayalah doa mama,doa papa tak pernah luput untuk kamu adik beradik.Mama melahirkan kamu dengan besar harapan semoga kamu jadi contoh tauladan buat adik2 kelak.

Sayang kamu lillahitaala.










Post of a DAY

Bulan peghabis RM :(

15/9/2026-countdown 2 hari lagi menjelang hari lahirku yang ke 47 tahun Tak sangka sepanjang ini usia pinjaman Allah swt Tak pasti samada ad...