Showing posts with label Bff. Show all posts
Showing posts with label Bff. Show all posts

20 July, 2026

Kuatlah wahai sahabat

Sabtu lepas tengah2 hujan lebat aku bergerak ke HKL
Melawat sahabat lama sewaktu aku bekerja dgn Standard Chartered
Yang dah warded 3 minggu lamanya
Warded sebab strok-affect pergerakan sebelah kiri badannya

Sekarang masih warded kerana perlukan bantuan pernafasan menggunakan bantuan mesin
Reason -pembuluh darah dalam otak yang pecah melibatkan kemampuan seseorang untuk bernafas sendiri
Sungguhlah,sampai aje ke katilnya tempohari
Memang aku burst nangis

Irman antara kawan baikku di SCB dulu
Teman aku bercerita,dia pangkat adik untuk aku.
Gap umur kami 5 tahun jauhnya
Tapi sebab dia matured,maka bercakap dengan dia bagaikan hilang gap umur kami
Even isteri dia sekarang-aku & seorang kawan yang kenenkan
Alhamdulillah berjodoh -dah 13 tahun berkawin lamanya
Begitulah akrabnya kami berkawan dahulu
Aku ingat lagi,aku attend wedding dia lepas habis berpantang melahirkan Adeeb wpun tengah sakit mata
Aku mmg xmo missed pg wedding dia,sebab ukhwah sebagai kawan tu

Kesian melihatkan wife & anak2 yang masih kecil
Anak sulung baru  12 tahun,belum faham apa2pun soal hidup mati

Aku doakan ko cepat sembuh Man
Kuat semangat untuk anak2 & isteri
Semoga dipermudahkan urusan buat Shila hendaknya jadi ibu & bapa sekaligus buat 3 orang anak ko.

Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul kan
Ya Allah Ya Baariq-aturkan yang terbaik buat mereka sekeluarga
Ameen Yaa Rabbal Alamin 


Infografik simple untuk mencegah stroke.Semoga jadi peringatan buat kita yang masih belum diuji.


Aku simpan lagi gambar ni Man,aku hadir wedding ko dalam keadaan mata sakit.Sedih weiii..bila tertengok gambar ni bila terbayang ko atas katil tu.


Irman berbaju biru dari kanan-sebelah aku & Auni.
Waktu ni kami attend wedding office mate ;Dinor.










03 October, 2018

Sahabat!

Bila dah nak 4 series ni
Kadang2 kita teringat zaman remaja kita
Zaman kita belajar dulu
Kawan2 yang menyerikan perjalanan hidup remaja kita
Sekali-sekala berkumpul apa salahnya kan

So Sabtu lepas bertempat di rumah salah seorang kawan lama
Gathering kecik2 kekdahnya
Dari sepatutnya ada 7 orang
Yang dapat hadir hanya 6 orang
Macam aku yang dah beranak pinak
Aku heret anak2 sekali
Rumah member tu kondo
Ada pool
Bolehlah kanak2 berendam sambil mak2 buat sessi membawang





Budak2 berendam dkt 3jam
Aku & the geng berborak smp tak sedar dkt pkl 7pm
Punyalah nak bercerita kisah 14-15 tahun yg lalu
Kelakar bila ingat2 semula

Begitulah masa kan
Sekejap aje meninggalkan kita
Antara kami ni tk tau siapa yang akan pergi dulu
Wallhuallam bissawab

Semoga para sahabat dibawah lindungan Allah swt walau berserak dimana sekalipun
Ameen Ya Rabbal Alamin

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...