Showing posts with label self rant. Show all posts
Showing posts with label self rant. Show all posts

20 October, 2026

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi
Bulan ni 2x kami berulang Terengganu
Duit pun macam air paip
Kos lebur kali ni RM700
Nangis*
Apalagi urusannya selain menyantuni anakanda kami si Auni
Sampai ke Sahut 12.45pm,kami jupe Auni pukul 1pm dan terus ke KTCC Mall,Kuala Terengganu
Reason-bosannyalah dah 5 tahun outing memusing pekan Kuala Berang
Perjalanan dari KB-KT mengambil masa 40 minit lamanya

Di KT kami terus g makan kat SR
Adeeb merengek lapar dah masa tu
Mujur SR kat situ lengang x ramai guest

Selesai makan,solat & kami bergegas mencari barang2 Auni
Alat tulis,barang2 prom nitenya yang bakal berlangsung hari Khamis ni
Pkl 5 bertolak balik semula ke KB
Jadiklah ,asalkan dapat jupe,peluk2 anak,bagi makan sedap2
Sambil mak ko merepek macam2 
Nasihat itu-ini
Susah hati mak ko,nak SPM tak lama sangat dah ni

Pagi Sabtu tu sempat ke Pantai Teluk Lipat,Dungun.Sempatlah selfie sama en papa

Sebelum Auni masuk dorm,sempatlah bergambar buat kenangan.Affan xmo ikut jupe kakak,dia duduk rumah adik ipar di Dungun.Main sama sepupunya.


Auni tiap kali salam peluk papanya,mesti banjir nangis.5 tahun berulang hantar pun tetaplah sedih.Auni & rebelnya berpisah tiada.

As usual wajib order Bihun Tomyam kalo pg SR

Antara kek ulang tayang-Chocolate Odyssey



Kalo ikut perkiraan,macam kurang2 ada 2-3 trips lagi kami berulang KB ni
Bulan 11 & 12
Insyaallah Auni akan tamat SPM pada 17/12/2026
Solat hajat perdana pula akan diadakan pada 19/11/2026-Khamis.
Ikut jadual kami,memang xleh attendlah.Sebab tengah minggu.
Aku baru start keja baru,makanya misi mustahil nak apply cuti

Tak taulah kot en Papa leh attend atau tak.
Memanglah hajat dihati kami nak attend sumer program sekolah
Tapi biasalah jadual SAHUT dan kami yang bekerja di Klang Valley ni selalu bercanggah
Tak kena semedang
W/pun berulang kali mak pak request buat hari Sabtu tetaplah sekolah bolayan
Since kami ni minoriti,terpaksa akurlah dengan jadual sekolah

Memang dah bagitau Auni awal2
Harapnya dia kuat semangat hdknya
Wpun mak pak x dtg
Kami dr jauh x pernah putus doa untuk dia lagi
Semoga berjaya cemerlang SPM 2026 hdknya!








15 September, 2026

Bulan peghabis RM :(

15/9/2026-countdown 2 hari lagi menjelang hari lahirku yang ke 47 tahun
Tak sangka sepanjang ini usia pinjaman Allah swt
Tak pasti samada ada rezeki umur panjang atau tak esok mahupun lusa
Ikut jangka umur arwah abah-umurnya dipinjamkan hanya 45 tahun sahaja
Arwah abah dipanggil pulang pada tahun 1989
Diagnosed: HEART ATTACK
Apa nak dihairankan- arwah abah perokok tegar
Dan sebab itu,aku memang berniat cari calon suami yang bukan perokok
Alhamdulillah,Allah swt makbulkan lintasan hati nan satu itu.

Tahun ini aku xde apa2 expectation
Aku beranggapan aku telah menghadiahkan diri sendiri
Jamuan mata-tengok bilik2 anak elok berganti dengan mozek baru
Insyaallah jamu mata tengok tangga ganti parquet yang reput dimakan dek anai2

Tapi biasalah nafsu nafsi
Ada jugak  Add to Cart beberapa item
konon2 WISHLIST
Ada skincare,ada handbeg,ada parfum,ada jugak pinggan mangkuk
Tapi setakat ni takde pulak yang aku berjaya check-out
Sebetulnya sayangkan duit,kebetulan bulan ni hampir 7k lebih duit simpanan dihabiskan dengan urusan mini renovation rumah kami

Add to cart- is my kind of therapy!!
Sebenarnya tak berapa nak berduit

Dan sejenis aku
Paling berat mulut nak mintak suami belikan apa2
Dari dulu smp sekarang-aku kumpullah duit pelan2,semata2 melayan nafsu-nafsi
Mungkin dari kecil dididik sebegitu
Aku ni anak yatim sejak umur 10 tahun
Maka dengan siapa aku nak tadah tangan meminta
Mak seorang bekerja menanggung anak2 8 orang
Jadi aku terbiasa berdikari & diajar tidak mengharap pada orang lain hatta suami sendiri
Kita yang berkehendak,maka usahalah sendiri

Tapi petang semalam balik kerja
Aku perasan peti ais dah tak sejuk
Bawah x sejuk,dan pagi ni perasan ais belah atas dah cair
Maksudnya apa-rosaklah tu
Peti ais tu dah berusia 15 tahun
Maka logiklah jika ianya rosak
Dan aku malas nak repair,takut repair sekejap
Tup2 rosak semula
Kos repair pun sekarang tak murah jugak
3-400 ratus x lari kot

Termenung jugaklah pagi ni
Mujur lauk x banyak dlm peti
Ayam ada 4 kerat terus dimasak ayam kicap utk habuan lunch Adeeb & Affan,daging kurang lebih 1kg
Aku leburkan rebus-risaukan takut busuk tinggal dalam peti aje
Yang bahagian bawah,memang tak sempat nak bawak keluar
Sebab aku sendiri terkejar2 nak ke pejabat pagi ni

Jadi suka ke tak suka,aku kena cari jugak peti ais baru buat rumah kami
Pilihan peti ais kat pasaran memang banyak sekarang
Tapi nak cari yang sesuai dengan kemampuan poket & kehendak hati tu adalah super payah nak align!
Esokkan cuti,adalah masa aku nak memusing mencari
Moga ada ketemu yang sesuai dengan keperluan dan berpadanan dengan kemampuan kami suami-isteri
Ikut nafsu memanglah aku berangan nak side by side fridge
Puas hati besarkan?
Lauk 2 minggu pun boleh humban simpan sekali harung
Begitulah angan2 mak jenin
Nanti kita kompang kat sini kalo dah jupe fridge yang berkenan.

Tang berangan itu PERCUMA kan?
Berkenan naw!!



Aku rajin jugak BW blog
Masalahnya x suka tinggal jejak
Jadi segan nak komen blog orang
Kita ni sedar diri,segan rasa
Tumpang seronok baca kisah orang
Tetiba teringat rakan blogger lama yang dah pencen ber-blog
Rindu !!







07 September, 2026

Not being judgemental,but WIFE you need to has your own MONEY

 




Selain masalah suami takde timbangrasa-ada jugak masalah langsung xde duit spare ditangan.Semua mengharapkan single income





Ini antara yang sempat aku screen shot
Insyaallah,posting ni tak mengaibkan penulisnya
Tiada nama "anonymous"

Aku sangat faham betapa semua impian ibu2 adalah menjadi surirumah
Menjaga rumah,anak2 & urusan rumahtangga sebaiknya
Bak kata FTHW seronok melihat anak membesar didepan mata
Aku pun jika diberi pilihan,aku juga berangan nak jadi FTHW 
Seronok apa,tak perlu nak mengadap jem pagi-petang nak pg/balik kerja
Melayan drama opis yang berbabak2
Tapi hasil penat lelah tu kita dibayar sekian2 jumlah gaji setiap hujung bulan
Dan ada caruman KWSP/SOCSO untuk security
Atau untuk govt servant,ada skim Pencen sekian2

Dan aku yakin
Akan ada exteremist yang akan reply
Ulat dalam batu pun boleh hidup?
Masalahnya ko ulat ke?
Yang tak perlu bayar rumah,yang tak payah pakai baju,yang tak perlu ada kenderaan?

Cuma banyak sangat kes SURIRUMAH tersakiti macam ni
Duit xde dalam tangan.suami KURANG berkemampuan
Kalo mampu pun setakat yang asas sahaja
Nak berjalan,nak beli baju nan sepasang pun berkira2
Jangan mimpi nak mintak duit nafkah sekian2,mmg xdelah
Surirumah tak bekerja,xde side hustle
Semata2 mengharapkan duit suami semata2
Itupun sekiranya jika suami setia sampai hujung nyawa
Belum lagi kes suami yang kena sondol babi hutan "penyondol"

Sebab tu perlunya ada DUIT sendiri
Usahalah apa jua keadaan asalkan mendatangkan penghasilan untuk diri sendiri
Duit ni memang orang kata rezeki dr Allah swt
Tapi celah mana datangnya rezeki jika tiada usaha tulang 4 kerat?

Ramai staff aku yang muda2,baru pregnant-dah plan selepas bersalin nak resign
Aku tk pernah lagi x approve orang hantar notis resign even hantar notis resignation during maternity leave-tetaplah aku approve dengan senang hati
Itu hak & pilihan masing2
Cuma sbg orang tua yang ada pengalaman kita nasihat ajelah yang boleh
Aku merasakan itulah titik mula dia takkan mula bekerja semula
Sebab selepas bersalin anak pertama,kemungkinan untuk menambah anak kedua-ketiga dan seterusnya adalah EXPECTED
Celah mana nak bekerja semula?
Sorry bukan bitter,tetapi itu adalah kenyataannya

Membesarkan anak2 bukan seringgit dua pelaburannya
Dan percayalah single income terutamanya tinggal di Lembah Kelang ni adalah misi mustahil
Unless suami tu T20 gaji 5 angka
Lambat laun isteri akan bersuara,keinginan /kehendak tak dipenuhi
Dan disitulah bermulanya konflik dalam rumahtangga iaitu "Masalah KEWANGAN"
Nak berjalan jauh xboleh,nak makan sedap sikit-tggu gaji
Belum lagi urusan sekolah anak2,nak pergi tuisyen,nak pergi lawatan
Kos2 luar jangka yang tak masuk dalam fixed commitment
Kalo tak,takdelah bersepah surirumah tabur QR dalam Thread mengemis ayam gepuk dari strangers
Malukan?
Disitulah letaknya titik terendah,titik tertinggi segala bagai
Dalam Thread tu memang macam2 jenis manusi kita boleh tengok

Sebab itu suka atau tak suka
Jadilah suri rumah yang resourceful,ada skill dan berani mencuba
Yang pandai cari duit 
Jiran aku,seumur hidup hanya bekerja 2 tahun sahaja selepas graduate
Dan selepas berkawin-terus ikut suami berhijrah
Apa yang dia buat
Dia jadi homebaker
Dia membesarkan anak2 sambil jual kek.dessert dan sampai skrg x menang tangan amik order
Ada jugak jiran yang pandai menjahit-jadi dia gunakan skil menjahit menjana duit untuk dirinya

Jika pandai memasak-buat mini katering,buat jualan mangkuk tingkat,buat dessert
Jika suka kanak2-jadi babysitter tetapi janganlah tamak sampai 10 budak nak asuh sekali harung
Jika boleh memandu-amik/hantar anak2 jiran sekolah
Mungkin boleh jadi pemandu grab hujung minggu
Pokoknya mahu atau tak
Sebab jika berdebat soal ini
Ramailah yang pompang 1001 alasan 
Main socmed 24/7 boleh
Tapi suruh cari side hustle macam2 alasan
Rela tadah QR dalam socmed
Mengidam kfc,ayam gepuk,CBTL,Tealive
Kadang2 kesian baca Thread tengok surirumah post itu & ini
Tapi bila pikir2 semula geram jugak
Mana laki korang ni?
Laki korang ni tau tak,korang mengemis kat Thread ni?

Memang duit tak boleh bawak ke kubur
Tetapi duit itu alat memudahkan hidup kita
Taknak masak-kita beli
Takmo drive-kita order grab
Tak larat urus kain baju-kita campak dobi
Tak larat keluar masuk hantar anak sekolah-kita bayar van sekolah
Tak larat mengemas rumah-hire part time maid hujung minggu
Dan itulah fungsinya berDUIT

Kita bukan hidup berkiblatkan duit
Tapi zaman sekarang serba-serbi perlu DUIT

Dari POV:Seorang ibu beranak empat 
Yang bekerja sepenuh masa sambil membesarkan anak2.
Alhamdulillah,anak2 membesar dengan baik di taska
Kami juga menjalankan t/jawab sebagai mak ayah
Sentiasa berusaha berada dalam setiap fasa anak2 membesar
Bekerja bukan halangan untuk seseorang jadi mak ayah yang bertanggungjawab
Yang penting cara kita membahagikan masa
Memang penat jadi ibubapa yang bekerja
Tetapi insyaallah PENAT yang BERBALOI!




03 September, 2026

Entry pertama di September 2026

Tbh hari ini baru aje aku masuk opis
Semalam aku terlibat seharian dengan Seminar Perkeso di Bangi
Berpinar mata ,sakit kepala berdenyut2


Lokasi seminar semalam-Hotel Tenera,Bangi

Muka orang cabut awal dari seminar semalam.Tetiba sakit kepala nyut2.

Luncheon-kari ayam,kari ikan,sup ekor,stew taufu & kobis mamak
Kek beraneka jenis,buah honey dew & buah naga.Tak termasuk kopi & air anggur

Mula sakit kepala



Banyak story nak dikisahkan dalam blog ini
Buat aku ulang2 baca 

Long weekend -anak2 semua ada dirumah
Ain siap bawak sorang kawan tumpang bermalam sebab tak balik kgnya di Kedah
Kami tak kemana-mana
Auni ada Seminar Add Maths di UKM (29-30/8/2026) seharian dari pagi-petang
Aku bayar RM280 untuk kem 2 hari ini,sebab aku risaukan yang Add Maths dia setakat x pernah lulus
Sayang rasanya sebab subjek lain agak baik resultnya
Baru ni utk Trial SPM dia scored 6A,2B+,1G (Add Maths) -dengan markah 36%


Auni & kawannya berkampung di FTSM ,UKM Bangi.


Isnin 31/8/2026 mmg bawak anak2 mandi laut di Port Dickson
Kesian anak2 tak kemana,maka aku pun cakap dgn en papa
Jomlah bawak anak2 mandi kat PD
Tapi tau ajelah PD
Panas litlit & tak sebersih dulu
Kami xlama pun kat sana 
Mandi2 berendam,air surut plak tu
Lps tu berkemas & cari tempat makan
Htr Kak Ain balik kolej terus

Tak sebersih dulu dah PD



Makan tengahari di PD.Hajat nak makan ikan bakar,tp kedai yang biasa kami pergi makan tu hanya bukak pukul 6pm.



1/9/2026 Selangor PH kan,aku plak pg2 dah ke TBS hantar Auni
Auni naik bas express ke Kuala Berang
Auni kena balik awal,sebab terlibat dengan Kem Booster SPM 2
Redhalah ...berkorban sikit sebab x smp 100 hari lagi nak SPM ni
Balik dr TBS kami ke IKEA Cheras
Setelah sekian lama,akhirnya aku tutup mata ajelah
Beli bunk bed & meja belajar yang aku dapat rega murah utk kami start buat bilik Adeeb & Affan
Dah lama berhajat nak buat pun
Tapi itulah duitnya semedang ke-lain perginya
Hasil menyelam di AS-IS Ikea
Alhamdulillah,kos lebur RM982.00

Di IKEA skrg sedang berlangsung contest-spend  RM500 keatas-ada rezeki bawa pulang kereta SUV Haval.Kita pun cuba nasib ajelah.Kot ada rezeki terpijak kan.

Nampak x meja tulis tu-yang tu hasil menyelam di AS-IS ,aku dapat dengan harga RM120.00 seunit,masalahnya memang akan datang seketul macam tu.Jadi untuk urusan delivery-memang kena dismantle & bayar 10% dari harga kos utk caj dismantle sahaja.Sabor ajelah mak ko!



So hari ini IKEA akan hantar ke rumah,jadi dari semalam
Memang teruk sikitlah mengemas bilik bawah tu
En Papa terpaksa plaster dinding dengan simen
Sebab bilik tu ada leaking jugak bila hujan lebat sangat

Aku jugak beli a/c kat Tiktok kos x sampai RM500 untuk bilik Adeeb & Affan
Dan kena standby kos pasang yang mungkin 3-400 jugak sebab mungkin kena tambah piping sebab bilik ni letaknya jauh sikit dari tempat yang kami cadang nak letak outdoor unit tu.
Tak leh bayang lagi berapa kos lebur,kena tunggu a/c sampai barulah kami akan mintak quotation dengan technician a/c yang selalu kami berurusan tu

Sumernya melibatkan RM
Hari ni baru 3hb September 
Lambat lagi nak boleh gaji :(

Insyaallah 2 minggu lagi kami akan ke KB melawat Auni
Duit lagi & lagik
Rasa macam nak buat side hustle jugak
Ada sesapa nak lady driver pg airport 
Meh roger..
Hahahahaah!!

Apapun semoga yang baik2 sahaja untuk bulan September ini
Tak harap lebih
Semoga aku sekeluarga sihat hendaknya
Anak2 jauh kami dipermudahkan urusan masing2
Dan yang paling penting
Tiada drama aneh di ED mana2
Ameen Yaa Rabbal Alamin













12 August, 2026

Kerja pertama tahun 1997: Mc Donalds Bukit Bintang

Dulu selepas SPM tahun 1996
Aku tak duduk diam,aku bekerja di McDonalds Bukit Bintang
To be exact restoran ni terletak kat 4 junction tersibuk di BB
In between Sg Wang-Lot 10-BB Plaza
Jadi zaman remaja memang berlegar2 di BB

Credit: google

Aku bekerja kat sana mungkin 5-6 bulan kot
Disebabkan kerja kat situ aku membuka akaun Maybank di branch BB
Alhamdulillah,Maybank adalah akaun utama yang aku gunakan sehingga sekarang

Gaji tak banyak mana
Mungkin RM5 sejam kalo x silap
Tapi yang seronoknya,makan unlimited
Hari2 ayam goreng,x pun Double cheese burger,aiskrim chocolate sundae
Kadang2 bila dapat gaji-aku g makan kat food court Sg Wang (rooftop)
Hanya lejen sahaja yang tau lokasi food court ni
Aku masih ingat menu yang aku akan ulang order
Sup ayam+nasi putih-makan cicah sos cili+teh o ais limau
Kos mgkn RM 9-10 sekali makan pada ketika itu

Kerja McD seronok,tapi memang penat
Paling liat kalo kena time opening
Takpun kena time closing
Mmg barai betul mata
Opening kena smp sebelum 7am
Closing smp rumah pkl 3am
Pitam!

Tapi aku x lama kat McD
Aku smbg bekerja di Metrojaya BB Plaza
Aku suka keja situ sbg Casual Worker
Dapatlah gaji 6-700 ratus
X banyak jugak tp masa zaman tu habis banyaklah

Aku berhenti keja bilamana tiba masa untuk sambung pengajian
Tetapi bila aku teringat pengalaman kerja tu
Aku faham rasa penatnya cari duit
Masa zaman remajaku
Kehendak nafsu tgh banyak
Aku gila jam tangan
Dikelilingi mall besar-aku selalu cuci mata tgk Swatch kat Lot 10 
Tak pun cuci mata tgk jam kat Guess
Menyimpan duit nak beli jam tangan

Alhamdulillah,setelah hampir 30tahun
Diusia 47 tahun skrg banyak benda yang aku dah capai
Belum cukup berjaya macam orang lain
Tetapi aku berbangga dgn diri sendiri
Anak yatim diusia 10 tahun ni dah berjaya

Sungguhlah,kesusahan hidup dahulu kala yang banyak membentuk diri aku skrg
Allah swt maha baik
Ditemukan dengan jodoh terbaik
Ditemukan kawan2 yang baik
Diberi rezeki diterima bekerja
Diberi nikmat menjadi ibubapa kpd 2 pasang anak2

Mengenang masa dahulu kala
Hidup takde benda yang disusah-hatikan sangat
Zaman remajaku adalah zaman hustle serba serbi
Duit xde,makan apa adanya
Berganti baju jarang2 sekali
Tp bahagia membesar dalam rebel dunia remajaku
Belajar sehingga tamat & cepat2 panas enjin cari kerja
Takde istilah honeymoon lepas grad dulu
Kena cepat2 cari kerja
Sebab rasa useless sgt jika tak bekerja
Penat belajar,jadi kena bekerja bantu mak
Adik2 ada yang masih bersekolah masa tu

Coretan ini mengenang zaman remaja yang jauh ditinggalkan
Dan hari ini rasa dejavu bila baru shj mendapatkan perkhabaran anak sulungku diterima Internship di PPUM
Terbang tinggilah wahai anak
Semoga beroleh kejayaan pada setiap usahamu,anak.
Doa ibu-biar jalan hidup anak2nya lebih baik dari apa yang telah dia lalui dulu
Biar anak lebih berjaya dari kami suami isteri

Sungguhlah masa itu umpama angin lalu
Tak sedar dia datang
Tak sedar dia pergi

Tak tahu apa adakah lagi nyawa pinjaman Allah swt 10 tahun akan dtg?

Wallahuallambissawab 





 









06 August, 2026

Percaya tak isteri itu ada DAULAT-nya?

Aku ni dah berkawin selama 21 tahun
Jadi ada beberapa kisah antara suami & aku
Yang buat aku percaya 
Isteri ni ada DAULAT-nya
Aku tak 100% percaya tetapi banyak kisah terjadi samada tidak sengaja @ kebetulan mengesahkan apa yang aku rasakan

Semalam aku pulang dari kerja awal dari biasa
Kebetulan aku bekerja diluar maka dapatlah pulang awal selepas selesai kerja luar tu
Lunch dgn husband kat SR Old Town PJ
Aku dok craving nak makan Vietnam Mee

Yang dimimpi2kan -Vietnam Mee SR 

Aku pun xtau apa aku order ni.Latte ke apo..siap ada whip cream.En Papa punya Ice Lemon Tea

Shinjuku Bake Chocolate ni en Papa punya sebab katanya kenyang lagik,Tapi as usual wifey menumpang makan jugak!





Usai makan aku terus balik
Aku mengadulah dengan suami a/c bilik kami tak sejuk
En Papa die2 kata cuaca panas-kedudukan bilik yang mengadap matahari menyebabkan a/c tak cukup sejuk
Aku bangkanglah sebab bilik Auni yang terletak di sebelah bilik kami elok sejuk aje a/c-nya

Sebelum maghrib semalam aku paksa dia bawak naik tangga
Aku nak dia cuci jugak a/c tu
Susah aku nak terima alasan2 retorik pasal a/c x sejuk dari mulut en papa
Sebab aku x nampak logiknya
Beli a/c beribu,takkan tak berupaya sejukkan ruang bilik
Dah kenapa beli a/c kalo a/c pun kena follow cuaca panas diluar rumah

Bila a/c bilik tu dibuka
Mak aikhhh..filter berdebu siap boleh buat bedak
Punyalah tebal debunya
Mana x panasnya
So aku bantu cuci filter,en Papa spray a/c guna chemical yang kami beli dari online & air biasa

On semula a/c tu
Amik ko..elok sejuk pun!

So betullah teori aku,a/c panas sebab maintenance x dibuat
Semalam en papa naik tido kat bilik setelah berminggu2 dia tido kat bawah dikatil mak
Sebab senang katanya nak bangun pagi

Aku bangun pagi,tgk dia berkelubung dengan toto
Maksudnya apa,sejuk macam ais batu

Dan pagi ni sewaktu aku sibuk bekerja dia mesej 
Demam katanya sebab sejuk sgt tido malam tadi
Adeiii..


Haaa..kan dah kata
Jangan melawan,bergado dengan isteri
Wifey is always right tho!
Isteri ni ada daulat kan?




07 July, 2026

Kenangan awal perkahwinan & beranak sulung tahun 2006

Entah kenapa aku terdetik untuk merakamkan kisah dimana aku menjadi ibu
Ketika melahirkan anak sulungku;Ain Darwisyah pada 8/5/2006
Blog ni bukan ada sapa sangat pun keluar masuk
Tapi aku suka menulis,jadi ini medium escapism aku untuk menterjemahkan kisah seharian untuk aku ulang baca sendiri

Aku mengandung Ain diusia aku 26 tahun
Orang kata bunting pelamin
Aku suspek aku mengandung bila aku start loya muntah pagi
Tapi aku masih 50-50 masa tu
Diikuti dengan demam malam berhari2
Barulah aku pergi beli UPT stick test kat farmasi di Alamanda Putrajaya
Itupun sebab kakak2 RHB paksa aku pg beli UPT
Ntah kenapa nak beli UPT pun berkira2
Aku x berduit masa tu.
Duit untuk survive smp next gaji aje sbnrnya
Tapi aku tutup mata pg jugak beli

Aku terus test urine di toilet yang berhampiran dengan MPH 
Elok terang benderang 2 line
Terus aku guna public phone tel en papa yang ketika itu berada di IPDA,Jitra
Husband buat DPLI ketika itu

Malam tu aku tido dirumah mak di P16,Putrajaya
Dan keesokkan paginya mak bawak ke Klinik P9 untuk confirmation
Alhamdulillah,aku disahkan mengandung sulung 5 minggu sewaktu itu

Hidup berumahtangga awal2 sangat susah
Suami yang jauh di Kedah
Aku yang menyewa di Taman Desa Serdang
Dan ketika itu aku banker di RHB Bank,Bangi
En papa hanya hidup bersandarkan elaun KPM RM1200.00 sebulan
Sementara aku,hidup dengan gaji yang x seberapa
Aku bayar sewa rumah kami yang berharga RM350/sebulan
Kemujuran kami xde hutang lain selain hutang belajar masing2

Aku duduk seorang,kadang2 aje mak dtg jengok
Most of the time aku berseorangan
TV xde,katil xde,sofa xde
Aku survived dengan cerek,microwave,periuk nasi yang aku dapat sebagai hadiah waktu kawin
Pinggan mangkuk pun hadiah kawin
Langsir,kipas duduk & karpet ehsan mak aku
Aku hanya ada tilam bujang,aku bentang tengah rumah
Sepanjang mengandung aku tido dekat hall,aku suka bukak sliding door 
Aku semedang panas waktu mengandung
Makan beli tapau,pg keja aku jalan kaki ke jalan besar & naik bas ke tempat bas (KTM Serdang) dimana ada bas Bank yang akan pick up disitu

Aku ingat lagi beli barang baby
Kami ke Sogo,aku beli baju baby beberapa helai
Beli tilam,bantal,
Beli kelengkapan asas menyambut baby
Sumer warna biru sebab masa scan doktor kata macam baby boy
Kami ke KL-naik motor separuh jalan
Lepas tu kami naik LRT smp stesen Bandaraya 
Kan xde kereta.berbondong2 beg plastik heret beli barang utk baby
Masa tu en Papa baru shj dapat kad kredit pertamanya dari Bank Islam
Begitulah kami survive dulu,CC sgt membantu awal kawin
Sampaikan susu,pampers baby pun swipe CC

Aku melayan mabuk sorang2,pening kepala,mual muntah
Allahu,menangis hari2 
Dengan duit yang x berapa ada
Memang susah sgt hidup masa tu
Aku xde kenderaan,yang tinggal hanya motor cabuk suami sejak zaman belajar dr UM lagik

Bulan Jan 2006 ,en papa posting Guru di Ampang
Bayangkan kami xde kereta masa tu
Aku bekerja di Bangi dengan perut yang makin sarat
En Papa naik motor cabuknya berulang dr Serdang-Ampang awal pagi
Pagi2 aku membonceng motor drop di LRT Sg Besi,aku naik tren smp stesen Bukit Jalil
Aku tido dulu di surau sementara menunggu bas bank yang akan tiba anggaran pukul 8am

Hujung bulan April 2006 aku tamat kontrak keja Bank
Aku menunggu hari melahirkan Ain ketika tu
Kalo x silap due date bersalin Ain dalam pernghujung Mei 2006
Tapi Allah swt tetapkan Ain lahir pada 8/5/2006

Beberapa hari sebelum kelahiran Ain
Aku berkesempatan ke KLIA hantar mak menunaikan Umrah dia yang pertama
Sepanjang di KLIA aku boleh rasakan macam ada air turun,tapi bila cek di tandas takde show apa2
Aku dok bayangkan,mungkin keputihan atau sebab aku penat berjalan aje

Selang 2 hari aku masih merasakan ada air turun
Aku x bersuara pada en papa sbb aku sendiri risau,aku rasa kalo aku bgtau dia.Dia sama naik risau.Jadi aku rasa xleh tolerate jika nak mengadap risau dia plak masa tu.Naif sggh masa tu.
Masa tu masih x rasa sakit dsbgnya
Aku masih aktif macam biasa,cuma bertambah penatlah
Mengah bawak perut
Sabtu malam aku mula rasa sakit
Takleh nak explain sakit macammana sebab sakitnya rengit2 mcm tu
Kebetulan mak tel dari Mekah
Bagitau mak apa yang aku tengah lalui
Mak kata-jangan tangguh2 dah
Pg hospital- sebab kata mak,sewaktu dia melahirkan aku dulu
Dia leaking air ketuban jugak

Kelam kabutlah malam tu
Adik lelaki aku tlg drivekan ke Hospital Putrajaya
Smp Triage,terus scan perut
Doktor bagitau,ye lah air ketuban makin kurang ni
Admitlah malam ni,,esok kita induce
Aikhhh seramnyalah haiii

7am aku kena induce,masuk ubat 
Pkl 3pm aku dah berguling2 sakit
Bukaan baru 3cm
Doktor masukkan ubat induce 1 lagi
Sakit serupa apa lagi
Aku bergulung atas katil,rasa nak duduk bawah katil
En Papa datang melayan aku yang merengek sakit,menangis mengongoi2
Ptg,aku teringin nak makan kek wpun sakit berguling
Aku tau waktu tu en papa xde duit sgt
Tp dia gagah belikan kek sepotong untuk aku
Sampai skrg aku ingat-ianya kek blackforest
Bukan SR tetapi ianya dijual di kafe hospital

Dalam 10pm lebih air ketuban pecah atas katil
Sakit makin menggila
Aku x diberi painkiller
Kata doktor,takde anaes ( pakar bius) on weekend.
Sampai mati pun aku akan ingat
Ironinya anak2 aku 4 orang semua dilahirkan tanpa bantuan epidural
Paling takpun aku diberi hidu gas penenang dalam LR shj

Aku x ingat bila aku disorong ke LR
Pada waktu & ketika itu
Pain score aku mungkin 100000x
Sangat sakit masyaallah

Melahirkan Ain dengan penuh kepayahan
Aku x tau cara bernafas
Tak pandai curi nafas
Tak tau meneran
Almaklumlah 1st time melahirkan
Aku serba serbi blur
Tapi dengan izin Allah swt
Ain lahir dengan selamat

Tanpa painkiller
Tapi dengan luka episotomi
Ain lahir seberat 2.76kg
Dan sejarah menahan sakit selama 17 jam lamanya
Sungguhlah epik jika teringat semula

Aku berpantang di kampung suami di Dungun
Arwah mak & ayah mertua yang jaga ketika itu
Sebab mak aku masih berada di Mekah
Aku masih ingat Kakak Ipar dari Kuantan datang jemput amik kami bawak balik kg
Kan kami xde kereta
Selepas bersalin barulah kereta pertama kami ada
Kereta Perodua Kenari yang kami berhutang 9 tahun lamanya
Masih ingat bayaran bulanannya ialah RM502.15



Kami suami isteri bersama anak sulung kami.Mungkin Ain sewaktu ini belum pun 1 tahun lagi.

Kesimpulannya,kami laki bini tak terus senang
Sekarang pun bukanlah senang sangat
Tetapi tak sesusah dulu
Kalo dulu nak makan luar,hanya sebulan sekali
Kami berjimat ikat perut sebab nak beli rumah pertama
Nak beli McD breakfast yang rega tak sampai RM 10 pun jenuh berkira2
Tapi alhamdulilah
Kesusahan kami dahulu yang membentuk kami hari ini

Jika hari ini atau esok lusa anak2 kami akan mendirikan rumahtangga
Aku akan nasihatkan benda yang sama
Hiduplah asing dari mak ayah/keluarga mertua
Hidup susah berdua,belajar susah2 kumpul harta sama2
Biar bermula dengan susah payah pun
Insyaallah,bila kita ikhlas membina rumahtangga
Allah swt buka luas rezeki dari jalan yang tak disangka2

Pokoknya kena ada usaha
Tidak ada expectation tinggi 
Dan menerima kekurangan & kelebihan pasangan masing2 dengan hati terbuka

Ain skrg dah berusia 20 tahun
Siapa yang tau kan
Mana tau jodohnya tiba 4/5 tahun lagi
Apapun sebagai mak ayah
Kami doakan anak kami diberi jodoh yang terbaik hdknya
Dan diberi zuriat keturunan yang sihat baik2 suatu hari nanti
Insyaallah..Ameen Yaa rabbal alamin,





02 July, 2026

MIMPI BURUK 3




Semalam aku tido awal lepas lipat baju,Affan pun xde homework nak dibuat
Jadi aku ajak tido awal
Kebetulan dah 2 malam aku tinggal sama Affan berdua aje
Sebab en papa & Adeeb ada latihan ping pong sempena MSSS bulan ni

Ntah kenapa aku bermimpi sedikit aneh
Macam berada di kawasan perkarangan hospital
Meredah hujan yang  sangat lebat
Dan aku diminta mendukung bayi yang bukan milik aku
Untuk diserahkan kepada ibunya

Dalam mimpi tu aku berlari selaju yang boleh
Seakan2 ada binatang yang menurut dibelakangku
Sambil risaukan bayi dalam dukungan tu
Lantas aku terbangun berpeluh2

Aku as usual bila terjaga aku istighfar byk2
Tapi sebab aku tertanya2
Aku as usual sukalah google maksud apa
Tapi bukanlah nak percaya 100%
Aku suka relate dengan keadaan semasa yang aku tengah hadap jugak

Ni contoh yang aku google tadi :-

9. Menggendong Bayi Orang Lain

Dalam mimpi tersebut, Ibu menggendong bayi sahabat atau kerabat terdekat? Bayi tersebut sedang buang kecil, belajar berjalan atau tertidur? Hal ini bisa menjadi pertanda baik bagi karier dan usaha Ibu. Rezeki yang datang akan berlimpah dan Ibu akan kedatangan seorang yang istimewa. Wah siapa ya, Bu?

Jika Ibu bermimpi menggendong bayi, namun sedang tidur terlelap menandakan kedamaian pada kehidupan. Ibu tengah mengalami saat-saat bahagia dan tidak ada masalah yang mengganggu. Ada sesuatu hal yang baik juga akan menghampiri hidup Ibu.

2. Mimpi Terjebak Hujan

Menurut Muhammad Ibnu Sirin dalam bukunya Tafsir Mimpi, jika seseorang bermimpi tentang terjebak dalam hujan atau melindungi diri dari hujan dengan atap atau dinding, ini bisa diartikan sebagai pertanda bahwa akan ada situasi yang sulit yang akan dihadapi seseorang, baik dalam bentuk kata-kata atau gangguan.

2. Mimpi Kehujanan dan Berlari

Mengalami mimpi kehujanan dan berlari untuk mencari tempat berteduh itu punya arti seseorang bakal menghadapi masalah.  Dalam kondisi tersebut, orang itu bisa meminta nasihat atau pertolongan dari orang lain yang dia percaya untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut

Aku berdoa semoga dipermudahkan urusan hidup aku & keluarga,semoga tidak diduga dengan sesuatu yang diluar kemampuan hendaknya.

Sehari dua ni memang aku sangat banyak isu yang tak selari dengan boss aku.Tapi aku ni orangnya yang bekerja mengikut buku,aku yakin aku ditempat yang benar.Aku bermohon sebaik2 perlindungan dari Allah swt daripada dengki khianat manusia.Kerja ni bukan beri rezeki,yang beri rezeki Allah swt.Aku yakin jika Allah swt tutup satu jalan-pasti ada jalan lain terbuka cara lain.Aku takmo risau keterlaluan,aku yakin sangat Allah swt akan bantu orang teraniaya.Magik rezeki Allah swt ni,kita tak tau butir kira2nya.Sebagai orang Islam,kita kena yakin selagimana kita tidak menganiaya sesiapa,kita berada ditempat yang benar.Allah swt takkan pandang sepi kita ni.Teruskan buat kebaikan,jadi orang baik & berkata yang baik2.

Ameen Yaa Rabbal Alamin



Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...