Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

28 September, 2026

Rezeki tidak salah alamat :)

Sebenarnya 17/9/2026 tempohari 
Tetiba aku  terima emel mengatakan aku dijemput untuk attend iv dengan company ABC yang aku dah aimed selama lebih 11 tahun
Aku smp dah terlupa bila plak aku submit resume ke situ
Nampak sangat dah terlalu lama aku tanam angan2 untuk cuba nasib semula 

Aku setuju untuk attend iv
So aku pilih tarikh 18/9/2026
Sebenarnya aku langsung tak prepare 
Sebab macam aku cakaplah aku x ingat bila aku hantar latest application kat situ
Memang orang kata "try your luck" kekdahnya

IV berjalan dengan lancar
Direct dengan Group GMA
Perempuan Melayu-mungkin dalam usia awal 50-an
So pung pang2 dekat sejam rupanya IV tu berjalan
Wpun aku seram tapi aku cover sehabis baik

So aku balik aje dr IV ,kebetulan hari Jumaat
Uruskan Affan g sekolah,dan hantar Ain ke MRT Putrajaya
Lepas tu baru aku g lunch lepas solat Jumaat dengan en papa ke Nasi Kandar Pokok Penang
Aku cakap dengan en papa
Mama dah buat bahagian mama
Tang rezeki" serah pada Allah swt"
Ini masa berdoa aje
En papa kata jangan pikir2 dah
Go with the flow

So 21/9/2026 aku pg keja macam biasa
Nak end month kan,aku punya kalutlah keja kiri kanan
Rasa macam x cukup bernafas
Tup2 Jumaat lepas ngam2 pkl 9am
Aku terima call dari HR syarikat tersebut
Aku diterima bekerja & surprisingly
Expected salary yang aku mintak-dapat dengan senang hati
Berdebar2 aku bila baca LO 

Sapa nak sangka diusia 47 tahun
Aku masih laku dalam job market

So hari ini aku dah selamat tender resignation
Aku dah pikir panjang
Hubungan antara aku & boss tegang semedang
Banyak benda dia buat aku x berkenan
Dan dia pun x pernah suka kot bekerja dgn aku
Lagipun banyak plus point untuk aku bertukar angin
Kedudukan tempat baru ni hanya 10minit memandu dari rumah
Gaji yang naik pun anggaran 30% dari gaji sekarang
Aku pun x stress kena  bayar parking semedang kat opis skrg

Alhamdulillah untuk hadiah hari jadi dari Allah swt
Ini memang rezeki yang tak disangka2
Jadi betullah quote yang aku selalu baca




Tapi sebagai orang yang beragama Islam
Kita sangat percaya
Rezeki takkan salah alamat
Percayalah rezeki diatur oleh Allah swt
Jadi teruskan buat kebaikan
Sebab kita tak pasti kebaikan yang mana satu yang kita buat diganti berlipat kali ganda untuk kita


So bermula hari ini 
Aku dah serve notis dan akan memulakan tugas ditempat baru pada 28/10/2026
Wpun muka boss kelat sebab dia rasa macam short notis sangat
Sedangkan notis tu follow LO yang diberikan
Esok plak aku kena attend seminar kat Bangi
Harus seharian x sempat layan blog

Apapun tepuk tangan untuk diri sendiri
Sebenarnya aku serabut sgt dr semalam nak mengadap bos hr ni
Tapi aku kuatkan hati
2nd boss aku pun tahu isu aku dgn boss skrg
So dia happy bila aku amik keputusan macam ni

Ok Lynn
Selagi mana masih bernafas,masih larat bekerja
Maka teruslah mencari rezeki
Nak membesarkan anak2 
Bukan seringgit dua caturannya








21 September, 2026

47 tahun :)

Entri khas sempena birthday tuan tanah kedaung
Kasi canlah merepek di blog sendu ni
Biar xde orang baca pun tapi habis seronok dah boleh tengok ulang2 baca pastu tersengih sendiri
Syok sendiri kekdahnya!


Sempat bergambar di hadapan Besteak Cyberjaya.En Papa belanja makan kat sini.Aku kenyang pulak,jadi anak2 aje yang makan.Aku dok cuit2 aje makan dari pinggan anak2.

Wefie be like.

Alhamdulillah,Khamis lepas sempatlah sambut birthday secara sederhana bersama keluarga kecilku
Sumer ada dirumah kecuali Auni yang terlibat dengan Program Kecemerlangan SPM di Pengkalan Chepa,Kelantan
Tapi Auni ptg Khamis tu sempat call ucap Happy Birthday.Sayu hati bila membaca mesej dia.
Sungguhlah diusia yang makin banyak,mak ko cepat emo semedang

Diusia sebegini
Takde banyak benda yang kita harapkan
Kita hanya nak hidup tenang2
Nak setelkan hutang secepat mungkin
Dan mengira2 kalendar berangan bilalah agaknya aku boleh BERSARA awal
Gittewww!

Self gift di hari lahir ke 47 tahun
Beli 2 pasang baju kurung moden di Jakel Bangi kebetulan ada majlis kenduri yang aku perlu attend awal Oktober ni.
Dan aku beli sebuah Tote handbag di Parkson setelah bag yang ada dah tercabut handlenya
Aku siap ikat guna cable tie lagi.Sadis!
Jadiklah buat tersenyum simpul sendiri
Hajat dihati nak beli Iphone 18 Pro masalahnya duitnya tak berapa nak ado kan..hahahaha
Pulunlah pakai Iphone 14 yang dah berusia 3.5 tahun ni sampai rebeh orang kata

Tapi hadiah yang paling bermakna adalah
Bilamana ibunda diusia 77 tahun masih ada & menyanyikan lagu " Happy Birthday" buat anaknya ini
Sungguhlah takde PRICE TAG.Ianya "priceless"



Hadiah untuk diri sendiri tak sampai RM700 pun..
Tu pun senyum meleret kemain sampai ke telinga 😆


Untuk sesiapa yang menyambut hari lahir di bulan September ini
Selamat hari lahir tau
Enjoy your day to the fullest!



17 August, 2026

Happy sweet 17th Auni Irdina :)

 Selamat Hari Lahir ke 17 tahun di hari ini 17 Ogos 2026
Buat anak kesayangan kami Auni Irdina







Auni Irdina is 17th today


Melahirkan & membesarkan kamu sehingga sekarang
Merupakan privillege buat mama
Mama bangga jadi ibu kamu
Mama bangga melihatkan siapa kamu hari ini
Mama tiada doa lain
Semoga takdir hidup kamu lebih baik,lebih indah dari apa yang telah mama lalui
Semoga kamu lebih berjaya dari mama & papa
Teruslah terbang tinggi nak
Dan teruslah hidup membumi


Mama doakan SPM Auni dapat score yang terbaik
Ingat aim awal kita at least 7A
Dan Add Maths mesti credit


Mama berdoa & berharap Auni jadi anak yang solehah,kakak tauladan buat adik2 dan yang paling penting jadi Hamba Allah swt yang taat perintahNYA
Ameen YRA

Sayang kamu lillahitaala





17 November, 2025

Birthday staycation di M World Hotel,Petaling Jaya.

Bulan November merupakan bulan kelahiran ketiga-tiga lelaki dalam rumah kami.
Adeeb lahir pada 11-11-2013,en Papa lahir pada 15-11-1979 & Affan lahir pada 16-11-2018
Setiap tahun memang kami akan sambut sekali harunglah untuk ketiga-tiga mereka.

Tahun ni since mak masih warded xleh lah berjalan jauh
Kebetulan dari bulan lepas lagi aku dah booked nak staycation kat hotel since anak2 suka mandi kolam renang,dan konon2 aku teringin jugak nak merasa tido semalam kat Hotel M WORLD ni since tahun lepas aku merasa g training Taxation kat situ.
Macam menariklah,sebab walking distance aje ke One Utama.

So lepas habis shif aku jaga mak malam Sabtu tu-aku pun balik umah packing kain baju.Nak g semalam aje pun jadi packing apa adanya aje.

Aku persetankan aje apa orang kata,konon tinggal mak sakit kat hospital g berjimba2.
Aku malas nak bertekak dengan orang yang x pandang cermin ni.
Lantaklah orang kata apa,mak bukan ditinggalkan sorang2 dalam rumah.Dia ditinggalkan diwad & aku bukan satu-satunya anak mak.Dia ada 7 orang anak yang lain.Aku ada masa memang x kuasa nak jadi people pleaser.Aku buat keras hati aku,family aku tetap memerlukan aku & family aku adalah priority aku yang paling utama.Penat dah jadi orang yang sentiasa beralah.

Sebelum ke hotel,aku & suami bawak anak2 makan Nasi Beriani kat MAHBUB.Sedap kemain makannya.Tak hairanlah hype betul kedai MAHBUB ni.Parking aje seksa,terpaksa parking kat Bangsar Village sebab 3x pusing still x jupe parking on site.

Muka ada senyum dapat makan nasi beriani Mahbub yang super sedap!

Licin-licau makan nasi beriani Mahbub!


Lepas makan kami terus check in hotel.Alhamdulillah,puas hati dengan bilik wpun aku booked bilik termurah disitu.Tapi bagi aku habis mewah dah.

awwww!
Welcome gift-habis sumer Adeeb sesah!


Kemain posing!

3 birthday boy yang diraikan


Affan dah merengek nak mandi kolam,so pujuk dia tunggu solat Asar dulu baru turun kolam.Elok lepas Asar hujan plak weii..mengaruklah budak tu.
Pujuk lagi,ajak jalan ke One Utama.

Masuk2 aje OU jupe plak kedai mainan ni.Kemain beranganlah dak Affan

Tapi as usual aku memang x berapa gemor masuk mall jika waktu petang,weekend plak tu
Ramai betul umat manusia
Aku sejenis kalo nak g mall wajib awal2 pagi 
So aku memang x de nak beli apapun
Killing time aje
Adeeb nak cookies,maka pi beli cookies
Minum2 kat cafe & tapau dinner sesiap bawak balik hotel
Sebab malas nak kuar kemana dah malam tu

Balik hotel,paksa anak2 mandi & masing2 mengejar solat Maghrib
Anak2 makan & melayan tv.tablet.
Ntah masa mana terlelap tido smp ke pagi.

Esok paginya,bangun mandi solat Subuh
Ready untuk breakfast buffet
Alhamdulillah kenyang makan
Macam2 benda try makan
Kopi beround2,Adeeb pulunlah makan yogurt
Suka sgt dia.
Affan as usual-dia bukan foodies
Makan pun macam kena dera


Pilih meja tengah2 supaya leh mobile bergerak ke kaunter kiri kanan,depan belakang.

Omelette dan buffet breakfast bagai air dan tebing.
Free flow latte anyones!

Lagi satu staple food buffet breakfast-cereal & choices of milk.



Lepas sarapan seperti yang dijanjikan dengan Adeeb & Affan adalah mandi kolam
Infinity pool terletak di tingkat 15
Besar jugaklah poolnya tapi pool kanak2 taklah semeriah pool tempat lain.Lantaklah haiii..janji budak2 seronok berendam.
Merasalah masing2 berkuak lentang 2.5jam.Itupun kami paksa naik,jika tak paksa mana mahu nak naik.

Kemain berendam!
Pool kanak2 terletak di wing kanan & kiri.In the middle pool dewasa.
Muka mak yang terpaksa menunggu!

Kerusi menunggu anak2 berendam


Pkl 11.30am kami check out & singgah di IOI Puchong
Sebab Affan nak makan The Chicken Rice Shop
Since semalam birthday dia
Maka kami turutkanlah apa mahunya wpun mak pak dia dah jemu mengadap nasi ayam semedang

Apapun wpun duit habis tapi seronok jugak sekali sekala spend duit merasa hospitality.
Merasa jadi orka ,dilayan dengan baik 
Betullah pengalaman mahal mungkin dikira dengan wang ringgit
Tapi kenangan akan tersimpan selamanya.

Ada rezeki bawak anak2 dara 2 orang tu sekali berjalan
Kebetulan budak2 x balik bercuti maka pg ajelah dgn the boys yang ada kat umah.

Apapun itulah kisah staycation kami yang singkat
Tapi cukup beri impak buat diri aku
Aku rasa relax setelah penat betul aku seminggu dua ni.
Aku tak tau bila last sekali aku rasa betul2 berehat
Berada dikasutku yang memegang banyak profil dalam satu masa bukan kaleng2.
Selain ibu,isteri,anak aka caregiver & juga pekerja sepenuh masa.
Sungguh tak semudah menyebutnya.

Semoga diberi rezeki & kesempatan lain bawak anak2 berjalan tempat lain plak.
Insyaallah.






19 September, 2025

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas.

Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan.

Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata.

Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu.

Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah dan sedang mewarnai hidup.Anak2 memang truly blessing dari Allah swt.Anak2 jadi pemangkin supaya aku jadi lebih baik hari demi hari,lebih sabar,lebih banyak doanya  dan lebih kuat berusaha sbb nak beri yang terbaik buat anak2 kerana anak2 tak minta dilahirkan.Dia dilahirkan dengan izin Allah swt menjadikan kami sbg ibubapa mereka maka suka atau tak suka,kami memegang amanah untuk membesarkan,mendidik & beri segala yang terbaik dibawah kemampuan kami.

Tak mintak banyak,semoga Allah swt panjangkan usia yang barakoh,dimurahkan rezeki supaya aku dapat retire for good by umur 50/51 nanti.Diberi kesihatan yang baik & terus ada ruang berbakti untuk mak yang makin uzur.Diberikan kemudahan serba serbi & ditunjukkan jalan keluar pada setiap kesulitan.Semoga anak2 berjaya dunia akhirat,ditemukan jodoh yang baik2 dan yang paling utama smg anak2 jadi anak yang mendoakan kami ketika suatu masa kami dipanggil pulang ke negeri abadi kelak.

Layanlah gambar dr hp my eldest daughter-Ain

So that xde plak gambar Ain dlm ni,dah dia yang tukang photognya.


Hello 46th!!

Yours truly

Dengan boypren halal

With Auni my 2nd

With Adeeb-my 3rd

My with bongsu -4th 

Tetaplah nak enterframe potong kek mama.





18 September, 2024

Happy 45th birthday MYSELF

17/9/2024  tarikhnya dimana aku meningkat usia ke 45 tahun.
Kalo dikira dengan umur,cukup matang menilai baik & buruknya sesuatu.
5 tahun lagi jika panjang umur aku dah masuk ke-usia separuh abad.
Umur 45 tahun jugak arwah abah meninggalkan kami sekeluarga
Maka umur 45 tahun ni agak signifikan buat aku 

Hari lahir itu sedikit sebanyak jangan tipulah
Kau akan ada sedikit expectation
Tak harap dari kawan2,tp mungkin dari suami sendiri

Malangnya hari lahirku
En Papa demam panas
Jadinya menyambut hari lahir dengan kureng serba serbi
Nak g makan pun dah rasa macam terpaksa aje
Dan sumpah cakap aku tak seronok pun
Dengan mengadap jem dr Melaka- KL
Lepas tu terus ke restoran kononnya nak makan2 sambut birthday
Sungguhlah x seronok rasa.

Lunch treat yang nampak serba unplanned
Makan & order benda yang sama di restoran yang sama saban tahun
Takde hadiah pun dari suami walaupun sekeping coklat
Kadang2 bukan nilai yang kita harapkan
Tapi efforts tu yang penting

Dulu masa tak berduit kita fahamlah
Tapi bila berduit pun xde dapat apa
Sudah tentu sebagai manusia biasa
Perempuan yang hanya mahu rasa special dihari lahirnya setahun sekali
Sumpah sentap ye!!

Tapi takperlah
Bukan sehari dua kena macam ni
Dah biasa sangat kan...
Nak beli apa pun ko beli sendiri
Tak cukup kita simpan sikit2,main kutu dsbgnya
Gittewwww!!

So next year stop expect bukan2
Sebab at d end ko yang sedih meratap hiba sendiri
Beli siap2 hadiah untuk diri sendiri
Balut elok2,sembunyi dalam almari
Esok lusa acah2 dapat surprise gift
Jadikler buat seronok diri sendiri
Biarlah pathetic pun
Yang penting ko happy












30 November, 2018

Besday Papa @39

11/11 sebelum aku bersalin
Aku & anak2 sempat buat sambutan besday en papa yang ke 39-tahun bersekali dgn besday Abg Adeeb yang ke 5 tahun
Kami sambut kat Padi House Galleria Putrajaya

Actually birthday en papa jatuh pada 15/11
Tapi pada 15/11 tu jatuh hari Khamis
Aku plak nak masuk wad hari yang sama
So awalkan ajelah sambutannya

Dalam 6.30 bertolak dari rumah
Sampai situ dah pkl 7pm
Terus maghrib dulu sebelum masuk restoran
Disebabkan weekend restoran pun x ramai orang
Cepatlah sikit servisnya

Layan ajelah gambar yea
Aku nak clean up hp space sebenarnya ni
Almaklumlah hp space ada 16gb aje
Penuh vid
Dah penuh space dlm hp ni



*gambar sama cinta hati-betapa saratnya aku weiii!!


*anak2 mmg suka order ni kalo gi makan kat Padi House-sgt sedap!

*en papa yang order ni

*last but not least!

*masih bertiga masa ni!

Semoga Allah pelihara suamiku ini
Diberi kemurahan rezeki
Kesihatan yang baik
Dan dipanjangkan umur hdknya

Terima kasih jaga mama & anak2 dgn baik sekali selama ni
Lagi2 mama tgh pantang skrg
Penat berganda2
Doakan smg rumahtangga kami dibawah rahmat Ilahi hdknya

19 September, 2017

Almost 40


17-9-2017
Time ticking & keep ticking
Aku dah berusia 38 tahun,syukur alhamdulillah
Bukan muda & bukan tua sgt (haiiiippp..jasa sgt kata kita tua!!)

Kebetulan aku & family ada kat Taiping selepas berkunjung ke Penaga pada 16-9-2017 hantar duit belanja kawin abgku itu.I/allah kenduri besarnya pada hujung Nov ni..

Being 38th, what’s more to expect
A bit:-
Recognition
Being loveable
Appreciated

Jadikler kan…

Nak mintak kaya raya macam DSV tu mimpi ajelah kan…

Dah takde berderet sangat wishlist berbanding zaman muda selain Wishlist carry forward 5 tahun yang lepas..we need a new MPV..muahahhaa!!

Mak lah orang pertama yang ucapkan Selamat Hari Lahir siap dapat duit sikit dari mak,mak kata g beli kopi mahal kamu..mak belanja..so sweet sgt Cik Nee kan?

Diikuti dengan kawan2 yang wish dalam FB,whatsapp..Alhamdulillah,perasan retis sehari kan.Adik beradik pun ramai dok whatsapp aje.The worse case scenario,suami terchinta hanya wish isteri dah dekat pukul 1pm.Sentap langit ke7 mak ko!!Takpe ada ubi ada batas..sikit hari kita balas..

So malam tu en papa belanja makan.Makan kat Padi House,Cyberjaya.Merasalah jadi orang kaya sekali-sekala kan..beli pasta rega RM 22.00 sepinggan..mujurlah sedap..kalo tak sedap..harus ku bakar jugak restoran tu.Anak2 paling excited,diorang suka sangat kalo dapat gi makan luar sekali sekala.Tapi mama dok sayangkan duit..bukan senang cari duit anakku!!

*birthday girl tau!!

*anak2 penguat semangat mama!

*birthday girl punya..sedap jugak!

 *spaghetti carbonara rega RM22 tapi sedap yaa rabbi..

*makan kena kongsi sebab portion besar,anak2 mmg suka sgt.

*dengan en papa terchinta!tq belanja mama yea..
Semoga Allah beri aku kesihatan yang baik untuk terus mendidik anak2 serta mengumpul dana akhirat,murahkan rezeki untuk settlekan semua komitmen secepat mungkin dan cepat2 dipermudahkan urusan kebebasan masa yang aku dok berangan lama sgt.Semoga r/tangga aku & suami bahagia ke akhir hayat dan anak2 jadi anak yang soleh serta solehah.

Happy Birthday dear self
Do more, expect less





21 September, 2015

36 tahun

17-9-2015
Tarikh dimana  umur tua setahun lagik

Alhamdulillah
Officially 36 tahun
Allah pinjamkan umur selama ini
Tiada yang lebih bahagia selain masih bernafas disamping keluarga tercinta
Masih ada peluang Allah bagi untuk bertaubat.

Anak2 mmg ingat hari jadi mamanya ni
Pagi2 dah senyum,sengeh2
Nyanyi happy besday kat mama
Alahai anak..

36 tahun
Anak 3 orang
Ada harta sikit buat kesinambungan hidup hari2
Ada kerja tetap 
Ada suami yang baik,sahabat susah senang..truly blessed!
Syukurlah kan!!

Masih struggle dengan komitmen
Sedang usaha untuk debt free sblm hujung tahun ni

Kadang2 bila usia dah banyak ni
Takde apa yang kita nak sangat
Dapat freedom dr segi masa & kewangan
Mujurlah!

Semoga aku istiqamah didik nafsu-nafsi
Kumpul bekal nak bawak ke alam satu lagi tu-hidup kita makin singkat
Kalo nak balik kg pun 2/3 malam beg berjenis apatah lagi nak duduk selamanya di alam barzakh nanti
MasyaAllah

Moga berjaya didik anak2 
Jadi manusia yang lebih banyak bersyukur & jadi anak soleh/solehah
I/allah!!

*kek birthday mama-dia yang over!dah tua2,tak leh makan kek byk2..

*celebrate kecil-kecilan makan kek 2 potong kat SR,Bangi.Jadikler!!Itupun dah happy sgt..





09 May, 2015

Selamat Hari Lahir -Ainee & Ain

8 May
Setiap tahun
Tarikh keramat -tarikh lahir bonda tercinta & anakanda yang amat dikasihi

Dan rugi rasanya tak amik kesempatan utk mencoret disini
Agak lama mengabaikan blog ni
Saat2 skrg sedang x berdaya & tak berapa sihat sgt nak blogging
Kesibukan dgn kerja yang tak berkesudahan

As usual hari lahir kedua mereka mmg akan disambut secara sederhana
Sambutan secara berjemaah
Dan biasanya mmg akan pegi makan malam kat restoran western sbb mak mmg suka makan steak segala

Aku pun sempat tempah kek dgn baker depan rumah sehari sebelum
Itu jer pun yang sempat
Jadilah utk orang2 biasa macam kita nih kan


Simple kek-kek coklat chiffon & nuts


Yang diraikan-puan Ainee aka my mom & Ain -anakanda tersayang


Family picca!


Cutting cake time!!

Jadilah makan anak beranak

Dan doa aku utk kedua mereka
Semoga Allah lindungi kedua mereka
Dimurahkan rezeki segenap segi
Dipermudah segala urusan

Panjang umur,jupe lagi 8 May tahun hadapan..

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...