28 September, 2026

Rezeki tidak salah alamat :)

Sebenarnya 17/9/2026 tempohari 
Tetiba aku  terima emel mengatakan aku dijemput untuk attend iv dengan company ABC yang aku dah aimed selama lebih 11 tahun
Aku smp dah terlupa bila plak aku submit resume ke situ
Nampak sangat dah terlalu lama aku tanam angan2 untuk cuba nasib semula 

Aku setuju untuk attend iv
So aku pilih tarikh 18/9/2026
Sebenarnya aku langsung tak prepare 
Sebab macam aku cakaplah aku x ingat bila aku hantar latest application kat situ
Memang orang kata "try your luck" kekdahnya

IV berjalan dengan lancar
Direct dengan Group GMA
Perempuan Melayu-mungkin dalam usia awal 50-an
So pung pang2 dekat sejam rupanya IV tu berjalan
Wpun aku seram tapi aku cover sehabis baik

So aku balik aje dr IV ,kebetulan hari Jumaat
Uruskan Affan g sekolah,dan hantar Ain ke MRT Putrajaya
Lepas tu baru aku g lunch lepas solat Jumaat dengan en papa ke Nasi Kandar Pokok Penang
Aku cakap dengan en papa
Mama dah buat bahagian mama
Tang rezeki" serah pada Allah swt"
Ini masa berdoa aje
En papa kata jangan pikir2 dah
Go with the flow

So 21/9/2026 aku pg keja macam biasa
Nak end month kan,aku punya kalutlah keja kiri kanan
Rasa macam x cukup bernafas
Tup2 Jumaat lepas ngam2 pkl 9am
Aku terima call dari HR syarikat tersebut
Aku diterima bekerja & surprisingly
Expected salary yang aku mintak-dapat dengan senang hati
Berdebar2 aku bila baca LO 

Sapa nak sangka diusia 47 tahun
Aku masih laku dalam job market

So hari ini aku dah selamat tender resignation
Aku dah pikir panjang
Hubungan antara aku & boss tegang semedang
Banyak benda dia buat aku x berkenan
Dan dia pun x pernah suka kot bekerja dgn aku
Lagipun banyak plus point untuk aku bertukar angin
Kedudukan tempat baru ni hanya 10minit memandu dari rumah
Gaji yang naik pun anggaran 30% dari gaji sekarang
Aku pun x stress kena  bayar parking semedang kat opis skrg

Alhamdulillah untuk hadiah hari jadi dari Allah swt
Ini memang rezeki yang tak disangka2
Jadi betullah quote yang aku selalu baca




Tapi sebagai orang yang beragama Islam
Kita sangat percaya
Rezeki takkan salah alamat
Percayalah rezeki diatur oleh Allah swt
Jadi teruskan buat kebaikan
Sebab kita tak pasti kebaikan yang mana satu yang kita buat diganti berlipat kali ganda untuk kita


So bermula hari ini 
Aku dah serve notis dan akan memulakan tugas ditempat baru pada 28/10/2026
Wpun muka boss kelat sebab dia rasa macam short notis sangat
Sedangkan notis tu follow LO yang diberikan
Esok plak aku kena attend seminar kat Bangi
Harus seharian x sempat layan blog

Apapun tepuk tangan untuk diri sendiri
Sebenarnya aku serabut sgt dr semalam nak mengadap bos hr ni
Tapi aku kuatkan hati
2nd boss aku pun tahu isu aku dgn boss skrg
So dia happy bila aku amik keputusan macam ni

Ok Lynn
Selagi mana masih bernafas,masih larat bekerja
Maka teruslah mencari rezeki
Nak membesarkan anak2 
Bukan seringgit dua caturannya








No comments:

Post of a DAY

Rezeki tidak salah alamat :)

Sebenarnya 17/9/2026 tempohari  Tetiba aku  terima emel mengatakan aku dijemput untuk attend iv dengan company ABC yang aku dah aimed selama...