Showing posts with label my mother. Show all posts
Showing posts with label my mother. Show all posts

25 August, 2025

Mak dah DISCAJ!

Tiada kata lain selain syukur alhamdulillah.
Mak selamat discaj pada hari Khamis lepas yakni 21/8/2025.
Aku yang membantu bawak mak balik ke Putrajaya tempohari.
Struggle ye,keta Myvi kan comel
W/pun mak duduk di seat depan sebelah pemandu
Kakinya yang patah tu macam x selesalah
Nak berlunjur jadi sakit/sengallah kot
2x terpaksa berhenti dibahu jalan sebab mak tetiba melorot ke bawah,jenuh jugak dibuatnya.

Dalam keadaan mak sekarang ,adalah mak masih in pain.
Masih xleh buat apapun
Makan-minum perlu dibantu
Solat pun atas katil lagik
Buang air kecil/besar masih dalam diaper lagik

Minggu depan mak ada appointment Orthopedik di HUKM untuk urusan buka jahitan & jugak untuk fisio
So setakat ni,memang bertambah lagi appointment hospital mak
Dari nefro,Onco,diabetes,bp clinic ke Ortho -fisio.
Relatifnya baca sahaja dah memenatkan apatah lagi menguruskannya 1 demi 1.Jika kita yang menguruskan dah rasa perit apatah lagi mak yang menanggungnya.

Aku berdoa semoga Allah swt permudahkan urusan aku menjaga mak dengan baik.Memurahkan rezekiku dari jalan yang tidak disangka2.
Semoga suamiku & anak2ku memberi kerjasama pada aku melalui rutinku yang baru.Semoga aku kuat semangat hdknya.Aku yang bekerja sepenuh masa & dalam masa yang sama merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak yang sedang membesar dan kini memakai apron baru yakni menjaga ibu yang sakit.

Aku malas dah nak berfikir2 siapa yang layak jaga mak atau kenapa aku..kenapa bukan dia.Aku melihatkan rezeki menjaga mak ni,bukan sumer orang akan dapat.Ini adalah peluang aku mendidik anak2 secara langsung bahwa t/jawab menjaga ibubapa yang uzur adalah t/jawab seumur hidup.Jangan berkira kau lagi patut jaga mak atau kenapa aku?Anggap sahaja ini sahaja ruang lingkup terbatas dengan peluang membina jambatan pahala tanpa batas iaitu menjaga /menyantuni ibubapa yang uzur.

Aku tak tau sampai mana masa yang ada atau sampai bila mak akan bertahan dengan episod kesakitan demi kesakitan.Tapi selagi masih ada ruang & peluang aku akan rebut peluang yang ada.Semoga tak jadi penyesalan berpanjangan jika suatu hari  Allah swt panggil mak balik.

Aku teringat kisah Dato Chef Wan- dia kata dia xde sedikit pun rasa ralat atau penyesalan bila arwah maknya pegi sebab selama hidup ibunya,Dato Chef Wan dah buat yang terbaik  untuk beliau.Dan kisah ini sangat menginspirasikan aku.

Aku tak kaya tau,aku bekerja sebab nak support suami dan untuk beri yang terbaik pada anak2 aku.Aku nak anak2 belajar setinggi boleh dan disebabkan itu aku sanggup bekerja kerana dengan 2 pendapatan dalam keluarga-kami dapat support selain basic necessity kat umah,kami dapat provide lebih lagi untuk anak2.Anak2 perlu tuisyen-maka kami mampu membayarnya.Anak2 nak pegi lawatan,insyaallah mampu diadakan.

Pendapat aku sbg ibubapa,kita yang memilih untuk ada anak dan melahirkan anak2-jadi tanggungjawab kita beri yang terbaik pada mereka.Cukuplah dulu kita puas hidup susah,nak pg lawatan pun bayar RM30 pun mak kita x mampu adakan.Aku tak menyesal jadi orang susah tapi kesusahan itulah yang membentuk aku hari ini.

Melalut dah kan.Sekarang selain fokus urusan keluarga,aku ada ibu sakit yang perlu dijaga,dilayan makan-minumnya,aku juga kena balance urusan rumahtangga dengan baik.Aku taknak anak2 dan suami terabai.Insyaallah sedang diusahakan beli sebiji tv,supaya anak2 & suami boleh melepak kat hall atas.Sebab mak akan berada di living hall kebanyakan masa.Nak letak mak dibilik bawah,jadi kesian sebab bilik tu xde tingkap.Rumah aku jenis Semi-D Cluster.Jadi memang disadvantage sebab bilik bawah memang xde tingkaplah.Tapi itu ajelah rezeki rumah yang kami mampu beli.Pun dah bersyukur banyak sebab mana dapat dah rumah sebesar itu dengan harga RM190K sekarang ni.

Aku seboleh2 berusaha untuk beri apa yang aku mampu.Setakat mana yang boleh aku usahakan.Semoga mak selesa hdknya berada dirumah aku bermula Khamis ni.Semoga tak merepek suruh hantar dia balik rumah dia.Semoga aku jadi sesabar manusia melayan mak nanti.

Ameen Yaa Rabbal Alamin.




















08 May, 2014

Happy Birthday -Mak 65th & Ain 8th

Aku sangat mengantok
Tapi aku rasa macam perlu mencoretkan sesuatu sebelum aku tido
Mana tahu esok tak sempat 
Ajal maut ditanganNYA

Malam nih
Berkesempatan meraikan hari lahir dua insan terpenting dalam hidup aku
Mak & anak sulungku yang berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 8 Mei

Dua insan yang membentuk siapa aku
Mak insan terpenting yang mengadun aku seadanya sehingga hari ini
Dan anakku yang menobatkan diri aku seorang Mama kini

Doa aku utk mak moga2
Diberi kesihatan yang baik
Dimurahkan rezeki
Dipanjangkan umur yang berkat
Dipermudahkan segala urusan
Lillahhitaala
Aku sayang mereka berdua

Utk Ain
Mama doa semoga kamu jadi kakak yang baik ,contoh tauladan utk adik2
Diterangkan hati utk belajar
Berjaya dunia & akhirat
Mama janji akan usaha beri yang terbaik buat kamu 3 beradik




01 October, 2013

Kenduri Kesyukuran utk mak!

Ahad lepas
Ad-hoc plan
Kami sekeluarga
Mengadakan majlis kesyukuran & doa selamat serta tahlil sekali

Majlis kesyukuran kerana emak terselamat dari nahas jalanraya baru2 nih
Doa selamat semoga Allah lindungi mak hdknya 
Tahlil arwah utk arwah ayah & nenek

Masak sendiri
Belanja murah sikit
Kos bahan mentah baru RM350
Jangan haraplah ibu mgdg nih boleh memasak
Sbb dah sarat nih,bawak diri pun tak larat
Tolong potong2 sayur aje
Dgn buat puding
Itu aje yg paling senang
Itupun sakit pinggang yg amat!

Adik mak dari taiping pun dtg
Satu2nya adik mak- satu ibu & ayah
Seronok sgt mak!!

Terus hilang sakit
Sedara-mara yang lain pun sudi datang jugak

Jemputan hanya lingkungan 50org shj
Tp yang datang dkt 80-90org
Beras masak 5kg
Kena ulang masak lagik
Apapon lauk memang berlebih2
Alhamdulillah
Semoga jemputan puas makan


Ini gambar mak & adik lelakinya 
Serupa kan?

Mak nama Ainee
Uncle nama Azmee

Update ttg mak
Luka2 mula kering,menghitam
Kami berdoa smg takde parut kekal hdknya
Tapi mak masih sakit2 badan
Nampak sgt dia sukar nak bangun dari baring
Mungkin kesan hentakan rasanya
Risau jugak dgn dia 
Mujur ada adik yg bercuti panjang jaga mak dirumah
Aku boleh tgk kejap2 ajer
Cuti dah tahap -ve nih

Rasa macam nak cepat2 beranak
So boleh babymoon sambil tgk2kan mak
Tp bukan kerja kita nih
Baby baru 34mggu
Banyak masa utk bersuka-ria lagi 
Esok masa mgadap gynae
Smg baby dah pusing ke bawah hdknya
Amin
Ya Rabbal alaaminnn...






25 September, 2013

Kun fa yakun!!

Aku ralat sgt2!!
Tapi aku yakin
Ini dugaan ALLAH

Pabila Allah mengkehendaki sesuatu
Tiada sesaat lambat
Tiada sesaat lewat

Kes kemalangan emak
Discharge dr ER HUKM
rupanya ct scan x dibuat lgsg
W/pun pada awalnya doktor bertugas
Bagitau nak run utk CT SCAN
setau aku yg bukan medical b/ground nih
Kalo patient dihantar dlm keadaan unconscious
Patient need to be run for CT SCAN
Tak tau apa sebab CT SCAN tak dibuat

Mak slps discharge smlm
Smp ke Putrajaya rumah adik
Mak continuos vomitted
Sehingga senja semalam
Dekat 30x
Minum sikit muntah
Makan sikit muntah
Dgn ilmu yang sedikit
Aku yakin there's something not right 
Wpun bertekak jugak dgn adik beradik semua kata kesan ubat tahan sakit
Tp hati aku keras mengatakan ini bukan sebab ubat tahan sakit!!

Pujuk mak ke hospital bukan kerja mudah
Mak tak suka pg hospital lgsg
Namun adik beradik tak putus asa memujuk
Lepas maghrib bawak mak ke HPJ
Terus ke ER
doktor bertugas terkejut sbb takde CT SCAN dibuat utk mak

Terus dibuat CT SCAN Prosedur
Kami diminta menunggu lebih kurang 6 jam
Kerana report analisa hanya boleh di keluarkan oleh pakar neuro HKL

Dlm pukul 11pm-result dah keluar
Mujur cepat!!
Ada blood clot
Berukuran tak besar mana
Hanya 1cm
Doktor advice utk warded -under observation
Diberi ubat utk mencairkan darah beku itu
Pagi nih tunggu arahan lanjut dari pakar neuro utk rawatan lanjut

Allahhuakhbar!!

Sebal rasa hati
Mujurlah ini terjadi di bawah pengetahuan  kami 
Sekiranya perkara yang sama terjadi pada orang lain
Orang yang tak tahu apa2
Yang kurang pendidikan
Yang tiada exposure pada capaian internet
Pendek kata mereka yang betul2 kekurangan serba-serbi
Apa nasib pesakit ini?

Sekali lagi
Mungkin ini kes terpencil
Tetapi aku turut rasa kesal dgn kecuaian ini
Yang melibatkan nyawa seorang manusia

Kawan2
Sekali lagi tumpang doakan kesembuhan buat emak
Sesungguhnya aku takde siapa lagi selain emak
Hanya emak !!


23 September, 2013

Tak sedap hati

Pg2 bertolak pg keja
Naik erl macam biasa
Dlm hati ada debar yang tak ketahuan maksudnya

Hadap jugak pg opis
Keja piling back to back
Email berderet perlu direply segera

Allahhuakhbar
Mmg mood kedaung

Pg lunch dgn bestie
Dapat call dari abg yang dok di Melaka

"Ko tau mak accident?"

Mengigil2 sekejap tuh jugak
Terduduk tepi jalan
Air mata berderu2

Aku mmg jenis lemah semangat

Tunggu en papa datang 
Terus ke ER HUKM CHERAS

Tgk mak di unit kritikal
Allahhuakhbar
Mmg unbearable

Open wound muka
Kaki,tangan,belikat,lutut
Sayu hati aku!!
Kalo boleh di beri tukar sakitnya biar aku aje yang tanggung sakitnya itu.

Doktor kata kena buat ct scan
Kena buat xray tulang belakang sbb mak mengadu sakit
Tggu prosedur nih shj dlm 3 jam
Mmg ramai sgt manusia di ER tuh
Semua adik beradik ada kecuali abg long yang outstation ke Cambodia

Lari sekejap ke surau 
Solat zuhur & baca yaasin utk mak
Semoga pahala bacaan ditukar ganti dgn kesembuhan emak
Susah hati jangan dikira
Perut lapar jadi sebu!

Result xray/ct scan keluar serentak
Alhamdulillah
Takde internal injury
Boleh balik berehat kat rumah
Lega hati ini..

Tp melihatkan keadaan mak
Mmg buat hati aku sayu sgt
Kasihan mak!!

Tumpang doakan
Kesembuhan cepat buat emak
Semoga trauma emak cepat2 hilang

Mmg malang tidak berbau 

Alahai....


Lin sayang mak sgt2!!

Dugaan Allah itu besar rahmatnya
Kami semua adik beradik dapat berkumpul setelah lama tak bertemu

Subhanallah!!

11 January, 2013

nikmat yang sama tapi tidak serupa



sedap!

masa kita kecil2 dahulu
aku yakin kita akan ada makanan kegemaran masakan ibu kita
biarpun bahan2nya simple
cara2nya mudah
ia tetap menjadi kegemaran no wahid

kalo makan nasik
lebih2 lagik ramai2
dgn adik beradik
bila ada menu "sambal cili padi ikan bilis" nih
memang berebut2 jadinya
jadi mak akan siap bahagi2 setiap pinggan sama rata

makan sama kicap & nasi panas
sedapnya mengalahkan makan ayam goreng KFC

bila dah kawin
aku memasak menggunakan bahan yang sama
teknik yang sama
kali nih tak perlu berebut2 dah
boleh hadap semangkuk sorang
sebab lohkong tak berapa minat makan pedas2
nikmatnya tak sama seperti 25 tahun yang lalu
walaupun still makan bertambah2
tapi kicknya kurang disitu

kesimpulannya
makan berebut2 bersama adik beradik itu adalah nikmat sebenarnya
makan masakan ibu itu yang rahmat
dimasak dengan kasih sayang
diadun dgn 1001 rasa yang tak boleh dibayang dgn kata2

rindu dgn adik beradik
susah nak jupe semua sekali
wpun duduk tak jauh mana

apa makanan kegemaran kawan2?
ada yang serupa ?

salam pagi jumaat kawan2



anekdot :-

-sedekahkan ALFATIHAH pada kedua-dua ibubapa samada hidup @ sudah meninggal dunia-


13 May, 2012

utk mak- Selamat Hari Ibu

pic : google :)



Selamat Hari Ibu
terutamanya utk bonda terchinta
Ainee Bt Mat

jasa & pengorbanan mak membesarkan aku &  7 adik beradik yang lain
dgn ketiadaan suami
memang aku salute !!

mak x pernah biar kami berlapar
mak x pernah buat kami susah
wpun hidup serba x kecukupan
tapi x pernah lagi kami rasa berlapar

tiap2 tahun ada aje baju baru
ada jer belanja sekolah, x pernah miss
ada jugak kelengkapan baru nak beraya
kasut baru, baju baru kurang 2 pasang,even underwear baru
nak masuk sekolah awal tahun--sumer kelengkapan baru
merasa jugak mak bawak bercuti
merata dia bawak..biar bukan obersea pun..

mak akan cuba memberi segala yang terbaik walaupun aku & adik beradik sudah tiada abah
arwah abah meninggal usia aku baru 9 tahun
dan aku x pernah rasa kekurangan dr segala segi
wpun tanpa abah disamping

mak jarang kata tidak
mak jarang kata tak boleh
cepat dgn lambat
mesti mak akan beli apa yang kami mintak

kalo jatuh sakit
mak akan membebel
itu & ini
sambil heret pg klinik--heret pg hospital
sebenarnya aku tau
"dia susah hati kalo kami sakit"
tgh2 malam mesti dia akan tgk/akan jamah kepala kalo kami sakit

dulu aku pening dgr mak membebel
tp sejak aku bergelar ibu
aku tau membebel itu terapi utk seorang ibu
bila dia penat- dia membebel
dan selalunya bebelan itu hint - to get heard please :)

mak x pernah lupa ingatkan
jangan tinggalkan solat
jangan ringan-ringankan solat
jaga aurat ,jaga makan

even dah kawin beranak-pinak begini
mak x pernah jemu
bagi nasihat/bagi panduan
mak memang tempat aku bertanya
mak jugak tempat aku mintak nasihat
she never make me down

masakan mak --the best in the world
walaupun mak masak sambal bilis cili padi
still sedap-still makan bertambah2
sebab air tangan mak --siapa pun x kan boleh lawan
mak masak   dgn kasih sayangnya
subhanallah !!

kalo nak list down-- faveret dishes aku
memang banyak sgt2!!
sbb tuh kalo pg rumah mak- makan macam bela hantu raya
x terkira..mak jenis pandai masak lauk-pauk
kalo bab kuih-muih mak x berapa nak pandai

apapun mak still WORLD
mak still the best mom ever

semoga Allah panjangkan usia mak
semoga Allah pelihara mak
semoga Allah beri kesihatan yang baik buat mak
semoga Allah mengasihani mak

dan semoga Allah jadikan aku anak yang solehah
permudahkan masa & keupayaan aku utk berbakti pada mak
selagi aku masih hidup, ya allah.,

permudahkan ya allah
amin ya rabbal alamin

mak,lin sayang mak sgt2 !!


utk semua mereka yang bergelar ibu/mama/mummy/mak
selamat hari ibu
semoga kita jadi ibu yang amanah mendidik amanah Allah
semoga kita jadi ibu yang ikhlas serba-serbi
semoga kita jadi role-model yang baik utk anak2 kita
dan semoga Allah mempermudahkannya

21 November, 2011

Dendeng Daging -resepi bonda terchinta

yummy!!
Aku merupakan peminat no 1 masakan mak aku

kebanyakan resepi yg dia masak,dia adun,dia adjust sana-sini ttp sedap di tekak aku



antara air tangan bonda

yg berjaya aku curik resepinya

dan alhamdulillah berjaya jugak masak serupa mcm mak masak



smlm aku msk utk lunch


resepinya nk kata mudah

xdelah mudah sgt

nk kata susah xdelah susah sgt



aku share resepinya ok



Bahan2
Daging lembu-potong nipis2

Bawang merah,putih,halia-blender

cili giling

kicap manis

sos tomato

serai-diketuk

lada htm,jintan manis +putih-ditumbuk

asam jawa

gula

garam

bwg besar potong bulat

daun sup racik kasar



Steps


daging lumur kunyit+garam goreng dulu

dah siap goreng

tumbuk plak dlm lesung batu

biar lenyek,biar relai dagingnya



tumis bhn yg diblender

masukkan cili giling,serai,jintan2 tuh,lada hitam


kicap & sos tomato tuh jangan lupa lak

smp naik bau

masuk air sikit,asam jawa

gula,garam,



dah mengelegak br masuk daging

agak2 dah serasi- baru masukkan daun sup & bawang yang telah dipotong bulat itu ok

Outcome

mmg sedap kalo makan sama nasi panas

rasa manis,pedas & masam itu yg buat masakan nih rasa kick

sila cuba kalo x percaya :-D

mode- kedaung..hari pertama kembali bekerja setelah EL 7 hari..


Published with Blogger-droid v2.0.1

27 July, 2011

hanya sepotong doa - buat rasa nak menangis pagi2 ni .


sgt2 syahdu
bila tel mak pagi nih
hanya kerana pemberian yg x seberapa dr seorang anak

mak doakan semoga kamu murah rezeki hendaknya

amin...


hanya sepotong ayat
rasa nak menitik airmata

aku x tau org lain
kalo berhadapan dgn mak
apa jua ayat2 yang keluar dr mulut dia

mmg selalunya mendatangkan tangisan
meskipun menangis dlm hati..

ya allah
panjangkanlah umur mak hdknya
smg mak sihat ,kuat & dpt terus beribadat padaMU

04 July, 2011

susah hati :(

the warmest hugs ever..


sgt susah hati
bila mak jatuh sakit
dan lebih susah hati
bila dia kata dia sakit sikit
x perlu nak ke hospital.. x payah nak ke klinik bagai

kalo budak2 boleh jugak ku heret ke klinik,hospital
tp ini mak..bukan boleh kita paksa
bukan boleh kita sebut pun pasal hospital/klinik
marah amat dia..

alahai..susahnya hati!!
susah sgt2 kita nak memahami hati ibu kan


Ya Allah
Kembalikanlah kesihatan ibuku
Kembalikan kekuatan tubuhnya
Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihiku  & memeliharaku sewaktu aku masih kecil
Permudahkanlah setiap pekerjaannya
Ringankanlah kesakitannya

20 May, 2011

Birthday celebration for most important person in my life :-)

as usual aku sentiasa lambat bab mengupdate bagai..
sbbnya cukup menyampah nak upload gambar dr kamera cikai aku tuh
apapun still nak tepek dlm blog wat kenangan hari tua
buat bacaan kak ain nanti!!

abaikan tuan tanah yang malas nak menaip
sila layan gambar ok!!

this bouquet of flowers-hadiah dr kak ain,auni & papa sempena hari ibu!!

kek ini seberat 1 1/2kg khas utk ain bawak ke taskanya


ini pulak request khas dr kak ain-dia bawak kek nih makan di TADIKA PASTI

sempat menemankan kak ain potong kek sama kawan2 di PASTI

just to see her smile..its enough for  me !!

dan kek ini pulak dibeli sempena makan2 kecik di rumah..kak ain berkongsi tarikh lahir dgn ibunda tercinta

cutting cake time..tp kak ain menangis time nih..x mo potong kek..so sepupu-sepapat yang tumpang memotong!!

yang diraikan-ibunda tercinta..Hjh Ainee Mat

kak ain,opah & mak longnya !!
 
its only a lil celebration
besday mak- kak ain & sambutan hari ibu sekali
all in the same day last 8th May
 
sekadar menjemput adik-beradik shj
itupun dah penuh rumah kecik aku
maklumler adik-beradik ramai
 
apapun its good to get together with the whole family
 
utk mak- selamat hari lahir yang ke 62 ..smg mak sihat & dipanjangkan umur hdknya
 
utk ain- selamat hari lahir yang ke 5-jangan notti2,dgr cakap mama & papa..dan jadi budak baik yek!!
 
 
 
 

30 August, 2010

blood infection?


kata doktor darah emak ada kuman

sbb itu smp skrg mak belum boleh discaj

that day HB mak rendah 7.8

doktor amik keputusan wat blood tranfusion

x smp 1/2 beg darah mak dah reacted

suddenly BP naik mendadak

dan emak demam ptg tuh

so doktor stop blood tranfusion tuh

dan on drip lak..........


aku baru kuar wad bersama anak2ku sabtu lepas

malam tuh jugak aku rushed ke HKL

belikan apa yg dia mintak

mak mintak aiskrim..nak makan laici dlm tin..mak nak sumi-jelly..roti..nak makan gula2..nak makan kacang rebus

agaknya tekak mak xsedap

aku cari mana aje yg sempat aku jupe

nak naik ward kul 8.30pm bukan main susah

pak guard macam pak guard penjara

kerek semacam..


semalam pg2 mak dah tel

nak makan bubur nasik+ikan bilis goreng+cili kering + kicap

aku masakkan utk dia..siap buat kopi 1 flask

kul 12 smp..tgk mak nampak segar

dia punyalah happy bgtau macam hr nih dia leh kuar ward

tp bila adik bgtau tadi

emak xleh kuar ward

aku jadi sayu pulak..mesti emak lebih2 sayu rasanya


malam nih pas berbuka

aku nak larik lagik ke HKL tgk mak

nak tel mak pun x leh........aku mmg xde suara..


nak pg ptg nih pas keja sure x sempat

aku nak kejarkan anak2 lagik

en papa nak makan lagik

so +-malam ni jer lah..pak guard nak marah.....marah ko jer ko tau..marah aku ko x tau lagik..


apapun.......aku x putus berdoa smg emak cepat2 sembuh

dan kuman2 itu cepat hilang jauh.......

kesian emak..


ya allah

kasihani ibuku..
sembuhkanlah penyakit mak
berikan kekuatan pada mak hdknya..




16 July, 2010

when your HEART smiling : )


selamat hari jumaat

spt entry jumaat2 yg lalu

(hari yg paling aku suker..)


hari nih mood ok..x swing

pg td x rushing sgt

sempat mandikan kak ain

sempat main dgn si bambam booboo

(makin hari makin debok itu budak kecik,bak kata papa ayam daging...)

sempat smp opis 8.15am

wahhhhhhhhhhh sgt takjub ok..(dr ampang ke PJ )

pg2 sempat bergayut dgn bonda tercinta

bergosip..huhuhu...


this bonda

tgh excited nak baking

sejak dua menjak nih

rajin sgt join baking class

so dia tgh excited sesgt..

siap ajak beli oven lagik


the real story

my mom masa aku kecik2

not good in baking

adaler 2-3 jenis kuih yg dia pandai buat

kuih samprit & tart nenas & kuih kacang

dan buatnya adaler 5 tahun sekali..(yea kot........cant remember)

tapi aku x salahkan mak

dulu aku kecik2

my mom is single mother sinced umur aku 10 tahun

she strived very hard to feed all of us..with her limited sources,time,hand & etc

so mmg mak xde masa nak g belajar baking nih

but bila 6/8 anak dia dah kawin,dah ada hidup masing2

baru ler dia senang hati nak join class itu-join class

join class craft,baking,menyulam..etc


anyhow its good for her

sinced she has retired last 5 years

dia pun nampak boring sikit

dok sorang2 ..weekend baruler kami adik-beradik dtg

paksa mak masak lagik..huhuhu..


tiba2 rindu sama mak...

tapi ini petang

mau serang umah mak..(siap order makan lagik..)


so next wishlist

to buy new oven for my mom

last may dah beli washing machine utk dia as besday gift

kali nih beli oven

utk paksa dia baking utk anak,menantu & para cucu..aci??


apa yg murah & berkualiti yek?


aku mmg blur bab2 baking nih

aku suker je makan cuppies,makan kek tp bab nak buat

aku x minat!!

camno tuh??


esok ada dinner kat PICC

sgt kelakar tema "gothic & glitter"


bayangkan jerlah.......

aku seriously x beli baju lagik

esok pg baru nak merayap ke sogo

carik baju ...

bak kata partner in crime

beli t-shirt hitam jerk..........aci kot??huhuhu...


mmg buta seni betul kan..


dapat emel nuffnang


"you are cordially invited to LG COOKIES MONSTER PARTY on 24/7/2010"
(ada sesiapa dapat..jom kita g sesama nak?)


suker jerk..cuma x tau sempat ke nak pg nih

tgh kelam-kelibut pindah.nak mengemas lagik


apapun nanti adjust dulu

kena submit RSVP dulu...


laallaallaallaa....

today mmg sgt suker hati

wpun x best keja hari nih

muka boss macam apa lagik..





02 July, 2010

bila mak mula membebel : )



pg2 as usual
kena report duty pada mak

SESSI SOAL JAWAB

+ kamu dah dpt umah lin?
-dah dpt dah..
+kat mana?rumah apa?
-kat ampang,umah tinggi..apartment ala2 kondo gt..
+aikkh tgkt berapa?berapa bayarnya?
-tgkt 9,sewa adalah rm***, kena bayar rm3k+
+lailahaillah..mahalnya..tinggi pulak tuh..tinggi2 pun mahal..besar ke rumahnya..

**** hamba speechless****

bagiler peluang mak membebel pg2 nih..lama dah mak x membebel kat aku
dulu masa anak dara,tetiap pg kena bebel..bangun lewat
balik lewat kena marah lagik
kahwin lewat pun kena marah
lewat solat lagiler
serba-serbi lewat aku nih
dah kwn ada anak sndr..aku lak memanjang membebel dgn kak ain..smp si booboo pun kena leter jugak..huhuhu

mak,
kalo ler kat ampang tuh ada rumah murah,xkan ler lin nak g cari rumah mahal gt..
ada yg murah nun tgkt 4..takde lif..rumah ala2 nak roboh gt.kesian kat cucu2 mak..belum lg anak kesayangan mak nih yg makin montel nih..x larat nak naik tangga..itupun mahu rm750..x ke giler..ada lak smp rm900 yg diorg nak..mmg hampeh!!


jadi nak xnak terpaksa bayar sdkt mahal utk selesa..sedikit lebih utk dok dkt segala fasiliti & sedikit banyak utk faktor hampir ke tpt keja..tpt nursery kak ain & si booboo..
jadi mak doakanlah smg anak mak nih murah rezeki selalu..
nak wat macammana..

apapun Lin Sayang MAK...........mmmuahhhhhhhhhh..!!


17 February, 2010

Risaunya aku..

saat nih aku dah x senang duduk
hr nih sepatutnya mak ada check-up
di dua tempat berlainan
pertama di HKL utk check routine diabetis & darah tgginya
kedua di Unit Respiratori di sblh Hospital Tawakal
tp emak hanya sempat ke HKL shj
sbbnya masa aku tel mak pg td
dia hampir pitam
katanya darahnya naik mendadak 175/92
dan dia pening smp muntah2
katanya lg mungkin sbb dia x makan apa pg td
biasanya mmg begitu
procedur utk amik darah utk diabetis
setau aku mmg disuruh berpuasa
malam harinya sehingga keesokan pg

so mak tak mo pg check up lungnya ptg nih
tp dia dah g chcek up utk diabetis pg td
nasib baik abg ku dtg amik dia
kalo x aku risau gak

skrg aku menghitung waktu nak cabut balik jer
aku akan terus ke umah mak
nak tgkkan keadaan dia

progress mak skrg
mak x sekuat dulu
mata mak mula x nampak
kata doktor mak ada masalah "retinopathy"

apa itu...
aku paste dicn:

What is diabetic retinopathy?
Diabetic retinopathy is the most common diabetic eye disease and a leading cause of blindness in American adults. It is caused by changes in the blood vessels of the retina.

In some people with diabetic retinopathy, blood vessels may swell and leak fluid. In other people, abnormal new blood vessels grow on the surface of the retina. The retina is the light-sensitive tissue at the back of the eye. A healthy retina is necessary for good vision.

If you have diabetic retinopathy, at first you may not notice changes to your vision. But over time, diabetic retinopathy can get worse and cause vision loss. Diabetic retinopathy usually affects both eyes.

What are the stages of diabetic retinopathy?
Diabetic retinopathy has four stages:

Mild Nonproliferative Retinopathy. At this earliest stage, microaneurysms occur. They are small areas of balloon-like swelling in the retina's tiny blood vessels.
Moderate Nonproliferative Retinopathy. As the disease progresses, some blood vessels that nourish the retina are blocked.
Severe Nonproliferative Retinopathy. Many more blood vessels are blocked, depriving several areas of the retina with their blood supply. These areas of the retina send signals to the body to grow new blood vessels for nourishment.
Proliferative Retinopathy. At this advanced stage, the signals sent by the retina for nourishment trigger the growth of new blood vessels. This condition is called proliferative retinopathy. These new blood vessels are abnormal and fragile. They grow along the retina and along the surface of the clear, vitreous gel that fills the inside of the eye. By themselves, these blood vessels do not cause symptoms or vision loss. However, they have thin, fragile walls. If they leak blood, severe vision loss and even blindness can result.


jd dptkah dibayangkan..
betapa seriusnya penyakit mak...

risiko utk buta sgt tinggi
dan doktor dah menetapkan tarikh utk operation mata utk memasukkan kanta pd bulan 3 tp mak bertegas nak buat bulan 5

kononnya mak nak pg umrah hujung bulan 3 nih dgn abg long ku

dan skrg berkenaan diabetisnya yg x terkwl
mak dah mula on insulin 8 unit setiap hari sekali sehari pd waktu malam

mak dah mula kurang selera makan..

mak selalu mengadu
kdg2 tak sdp badan
demam..pening kepala..

lung mak..
doktor nak buat operation utk amik sel
mak refused jugak

dan aku dpt rasakan
yg mak takut!!
dan aku lebih lagi takut
aku taknak paksa mak
tp dlm masa yg sama
aku takkan berhenti pujuk mak
melalui prosedur yg doktor tetapkan
bukannya nak melwn kuasa tuhan
skdr nak berusaha berubat selagi boleh

Ya ALLAH
kembalikanlah kesihatan ibuku
kembalikanlah kekuatan ibuku
kasihanilah ibuku sbgmana dia mengasihaniku
sewaktu ku masih kecil dahulu..


sbg anak
aku menjalankan t/jwb didalam kemampuanku
tel setiap hari
menjengok mak setiap minggu
mencari apa yg dia mahu
menyediakan keperluannya
didalam kemampuanku yg ada skrg
dan selebihnya
tak berhenti aku mendoakan kesejahteraan buat ibuku ini..
smg ALLAH mendengar & memakbulkan doaku ini


25 September, 2008

tq mak..

Pg2 semalam mak telepon aku..
"payahnya nak dpt tel kamu nih"
"datang umah mak bukak posa ptg nih yek"
macam best jer..tak yah aku kelam-kabut nak masak..
wpun umah mak area kl nih tp aku jarang jugak nak pg makan kat umah dia sbb rasa lan macam dah kawin nih..takkanler nak menumpang makan umah mak lagi..tp sekali-sekala mmg akan pg makan kat umah dia..
dalam kul 6.30pm aku smp umah mak..
tgk menu apa yg mak masak..
sedapnya!!
ada mee goreng yg tersedap di dunia..
asam pedas ikan merah..
gulai ikan masin talang campur nenas(tp aku tak makan pun..takut ada baby dlm womb nih..cuma tak confirm lagi..mintak2 bolehler nak menambah baby lagi)
ada pengat pisang..
so makan macam apa lagi..semua aku belasah..
rupanya mak berhajat nak bagi aku baju raya & tudung sehelai sbg hadiah hari jadi katanya..isshhhh dah bersuami macam nih pun mak bg hadiah lagi...rasa syahdu lah pulak...
mak belikan si ain baju kurung sepasang..
bertambahlah koleksi baju raya ain tahun nih..
rezeki cucu mak!!
aku ada 2-3 benda lagi tak beli utk raya nih...
so kena merayap jugak nak mencari benda2 nih..
kena cari jugak!!
kalo tak..
nampaknya tak meriahler raya tahun nih..
okler jupe d entry yg lain pulak...

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...