Tiada kata lain selain syukur alhamdulillah.
Mak selamat discaj pada hari Khamis lepas yakni 21/8/2025.
Aku yang membantu bawak mak balik ke Putrajaya tempohari.
Struggle ye,keta Myvi kan comel
W/pun mak duduk di seat depan sebelah pemandu
Kakinya yang patah tu macam x selesalah
Nak berlunjur jadi sakit/sengallah kot
2x terpaksa berhenti dibahu jalan sebab mak tetiba melorot ke bawah,jenuh jugak dibuatnya.
Dalam keadaan mak sekarang ,adalah mak masih in pain.
Masih xleh buat apapun
Makan-minum perlu dibantu
Solat pun atas katil lagik
Buang air kecil/besar masih dalam diaper lagik
Minggu depan mak ada appointment Orthopedik di HUKM untuk urusan buka jahitan & jugak untuk fisio
So setakat ni,memang bertambah lagi appointment hospital mak
Dari nefro,Onco,diabetes,bp clinic ke Ortho -fisio.
Relatifnya baca sahaja dah memenatkan apatah lagi menguruskannya 1 demi 1.Jika kita yang menguruskan dah rasa perit apatah lagi mak yang menanggungnya.
Aku berdoa semoga Allah swt permudahkan urusan aku menjaga mak dengan baik.Memurahkan rezekiku dari jalan yang tidak disangka2.
Semoga suamiku & anak2ku memberi kerjasama pada aku melalui rutinku yang baru.Semoga aku kuat semangat hdknya.Aku yang bekerja sepenuh masa & dalam masa yang sama merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak yang sedang membesar dan kini memakai apron baru yakni menjaga ibu yang sakit.
Aku malas dah nak berfikir2 siapa yang layak jaga mak atau kenapa aku..kenapa bukan dia.Aku melihatkan rezeki menjaga mak ni,bukan sumer orang akan dapat.Ini adalah peluang aku mendidik anak2 secara langsung bahwa t/jawab menjaga ibubapa yang uzur adalah t/jawab seumur hidup.Jangan berkira kau lagi patut jaga mak atau kenapa aku?Anggap sahaja ini sahaja ruang lingkup terbatas dengan peluang membina jambatan pahala tanpa batas iaitu menjaga /menyantuni ibubapa yang uzur.
Aku tak tau sampai mana masa yang ada atau sampai bila mak akan bertahan dengan episod kesakitan demi kesakitan.Tapi selagi masih ada ruang & peluang aku akan rebut peluang yang ada.Semoga tak jadi penyesalan berpanjangan jika suatu hari Allah swt panggil mak balik.
Aku teringat kisah Dato Chef Wan- dia kata dia xde sedikit pun rasa ralat atau penyesalan bila arwah maknya pegi sebab selama hidup ibunya,Dato Chef Wan dah buat yang terbaik untuk beliau.Dan kisah ini sangat menginspirasikan aku.
Aku tak kaya tau,aku bekerja sebab nak support suami dan untuk beri yang terbaik pada anak2 aku.Aku nak anak2 belajar setinggi boleh dan disebabkan itu aku sanggup bekerja kerana dengan 2 pendapatan dalam keluarga-kami dapat support selain basic necessity kat umah,kami dapat provide lebih lagi untuk anak2.Anak2 perlu tuisyen-maka kami mampu membayarnya.Anak2 nak pegi lawatan,insyaallah mampu diadakan.
Pendapat aku sbg ibubapa,kita yang memilih untuk ada anak dan melahirkan anak2-jadi tanggungjawab kita beri yang terbaik pada mereka.Cukuplah dulu kita puas hidup susah,nak pg lawatan pun bayar RM30 pun mak kita x mampu adakan.Aku tak menyesal jadi orang susah tapi kesusahan itulah yang membentuk aku hari ini.
Melalut dah kan.Sekarang selain fokus urusan keluarga,aku ada ibu sakit yang perlu dijaga,dilayan makan-minumnya,aku juga kena balance urusan rumahtangga dengan baik.Aku taknak anak2 dan suami terabai.Insyaallah sedang diusahakan beli sebiji tv,supaya anak2 & suami boleh melepak kat hall atas.Sebab mak akan berada di living hall kebanyakan masa.Nak letak mak dibilik bawah,jadi kesian sebab bilik tu xde tingkap.Rumah aku jenis Semi-D Cluster.Jadi memang disadvantage sebab bilik bawah memang xde tingkaplah.Tapi itu ajelah rezeki rumah yang kami mampu beli.Pun dah bersyukur banyak sebab mana dapat dah rumah sebesar itu dengan harga RM190K sekarang ni.
Aku seboleh2 berusaha untuk beri apa yang aku mampu.Setakat mana yang boleh aku usahakan.Semoga mak selesa hdknya berada dirumah aku bermula Khamis ni.Semoga tak merepek suruh hantar dia balik rumah dia.Semoga aku jadi sesabar manusia melayan mak nanti.
Ameen Yaa Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment