03 November, 2026

Sharing is caring :Buy 1 Free 1 Victoria Secret Parfum

Since dari zaman anak dara
Aku antara die hard fan parfum
Selain jam tangan aku mmg suka parfum
Zaman sekolah dalam tgkt 4/5 gila menyimpan duit beli parfum kat Body Shop
Dan kalo x silap aku suka parfum Tommy Girl tapi bila dah berumur aku rasa macam kuat plak bau Tommy Girl ni.Rasanya scent preference aku dah berubah seiring usia.
Sanggup berikat perut nak beli parfum punya pasal

Bila aku mula bekerja 
Aku upgradelah sikit
Aku start beli Hugo Boss
Faveret aku adalah Deep Red

Bau sangat wangi,long lasting & sexy


Masa tu lebih kurang 22 tahun yang lalu
Set minyak wangi masih boleh cari bawah RM200
Antara yang aku suka terjah selain Sogo,Isetan KLCC dan Parkson yang berada di KLCC
Skrg Parkson dah lama xde di KLCC

Antara parfum lain yang jadi kegilaan waktu tu adalah Lancome
Even hantaran kawin dulu set Lancome 
Macam aku cakap dulu kos parfum set tak semahal skrg
Aku rasa set hantaran aku dulu sekali make up less than RM300 kot 
Beli di Parkson Mid Valley

Sayangnya Miracle So Magic ni discontinue di Malaysia market-tapi aku still remember baunya yang wangi,fresh,sweet.


So Lancome ni memang aku suka
Dari Miracle,Tresor,La Vies Est Bell,Idole
Tapi seiring dengan kadar inflasi yang makin naik
Aku rasa macam dah x mampu nak beli Lancome range
Mahal weii..30ml pum dah RM300+
Makcik miskin hina nok!
Last sekali aku beli Idole 2 tahun lepas
Itupun sebab wangi sangat-irresistable kekdahnya

Tapi disebabkan masih gila parfum
Aku pun blind buy
Macam sebelum ni beli Michael Kors Wonderlust kat Sogo
100ML baru RM179.00
Tup2 hari ni tgk kat Isetan online dalam range RM259
Aku jugak pernah beli VS Bare Magnolia
So jatuh hati-sebab suka parfum yang bau manis & fresh

Hari ni tgh sarapan kat kedai sblm masuk pejabat
Tetiba kat feed FB lalu iklan VS
Aku kebetulan parfum dah hbs lgsg.
Siap terpaksa pakai travel size yang mmg standby dlm handbeg
Makanya cari pasal disitu

Jupe promo Online Buy 1 Free 1
Aku pun maleh nak memusing mall cari parfum
Orderlah 1
Bayar sambil tutup mata  dan x herankan kalendar yang baru 3/11 hari ni
Harus minggu depan isi minyak keta guna air paip dah
takpun posa smp hjg bulan

Bare Magnolia tu aku dah biasa pakai,cuma yang bawah tu aku blind buy.Aku saje nak try test!Both pun sizing 100ml.So bagi aku worthlah.harga RM459 dapat 200ml.Takyahlah aku sibuk nak shopping parfum raya dah tahun depan.Haaa gituuu!!


So sesiapa yang kehabisan parfum
Mungkin leh try masuk VS website
VS punya range bau pelbagai
Trylah beli satu,mana tau ada yang berkenan dihidung, dan padan di poket

Aku x pakai aksesori
Tapi aku suka bau wangi
Aku suka orang yang smells good
Jadi bagi aku buatlah apa sahaja asalkan kita wangi,orang nak berurusan pun rasa selesa.

Aku pernah melalui fasa bergaul dengan orang yang ada masalah berbau
Bukan sahaja tak pakai parfum
Tapi x guna deodoran jugak
Jadi aku xleh terima orang yang x amik berat pasal higin ni
Ini common sense kot
Tak semestinya kena invest beli deo/parfum mahal
Banyak aje dlm market yang jual suit to any budget
Soalnya mahu atau tak?










02 November, 2026

JJCM:CBTL Andira Place, Fresco 16 Sierra,Cyberjaya Shell

Bulan lepas adalah bulan peghabis duit yang tak seberapa di CBTL
Puncanya aku xde arah tujuan lunch time Jumaat lepas
Jadi aku ke CBTL Andira yang letaknya kurang 10minit dari pejabat skrg ni
As usual lone ranger,xde berkawan


Disebabkan pagi tu aku dah belasah mee kari makanya aku lite lunch aje.Aku order Mocha Latte & Onion Bagel aje.Itupun x abis.Kos peghabis RM33.00 kot kalo x silap


Lepas tu semalam aku kena jupe kawan di Fresco 16 Sierra
Ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana
Rupanya x jauh mana dari rumah aku
Tempatnya cozy & selesalah
Pun melepak kar CBTL jgk
Macamlah makpak ko ada share kat CBTL kekdahnya


Aku order Caramel Machiato hot & Cheezy espresso chocolate cake.Pun habis RM30+.Tak ingat pulak exact amount


Pengsan!
So habis dah kuota mengopi ala2 T20
Sehingga tunggu next gaji plak hujung bulan ni
Hari2 mengopi
Tokey balak pun tinggai spenda

Ini awal bulan lepas-aku g makan kat Cyberjaya.Tapi Aglio-nya memang x kena dengan tekak aku.


Verdict:

Taste: 4.5/5.0
Price ; Standard cafe 
Portion: Acceptable 
Repeat : YES - WILL DO!

Tempat BARU be like :)

Alhamdulillah,aku dah melapor diri ditempat baru 28/10/2026 tempohari
Onboarding process-adalah sikit2 training
Dibawa melawat kawasan 2hr berturut2
Aku diberi bilik next to Manager aku
Ada subordinate 3 orang lelaki semuanya

New desk


Aku mula rasa seronok
Setelah pc dah berjaya on-aku pelan2 study fail
Dan mula belajar sistem 

Dah lama x rasa macam ni
Dulu aku rasa vibe seumpama ini ketika aku masih attached dgn bank
Sini memang super besar
Aku akan ambil masa nak kenal sumer orang
Literally,aku xleh buat kesimpulan apa2 lagi
Aku ikut flow aje
Orang senyum kita senyum
Keyword jadi orang baru ni selain humble ialah jangan Palatao
Belajar minta tolong & ucap terima kasih 

But still aku masih berseorangan
Takde siapa pun agaknya mahu berkawan atau sudi berteman dengan aku
Apa nak heran umur 47 tahun- sapa aje nak berkawan dgn orang tua
Aku being aku
ALONE ni memang MIDDLE name aku agaknya
Dari dulu aku mmg suka sorang2,makan sorang2,window shopping sorang2
Cuma aku xnaklah orang label aku kera sumbang /sombong
Sedangkan kedudukan sebenarnya adalah aku taknak try hard untuk masuk dalam circle yang kita tak tau samada dia terima kita seadanya atau terima kita sebab terpaksa
Aku rela jadi kera sumbang dari dilabel beria2 naw
Cuma aku berdoa Allah swt permudahkan urusan kerja aku
Takde dengki khianat manusia dan mana tau direzekikan ada betul2 sorang kawan yang terima baik buruk aku.
Best jugakkan kalo ada kawan bersembang
Ini semedang alone,makan pun sorang2 kat kafe.

Yang paling kelakar setelah 3hari masuk bekerja
Aku dah dipaksa join Annual Dinner
Aku mula2 agak reluctant sebab tau at the end aku memang berseorangan jugak
Tapi aku pegi jugak untuk cabar diri sendiri
How resilient aku ni being ALONE
Alhamdulillah I MADE IT 
Aku dtg semata2 makan,dengar Emcee merepek 1/2 jam pastu aku cabut balik
Sebab aku ni bab memandu malam seram sikit kerana kondisi mata rabun/silau aku ni
Nampaknya jatuh wajib aku kena pg buat spek mata baru dah

Since last minute kan terima invitation maka aku pakailah baju raya yang dah 200x aku ulang pakai sepanjang tahun 2026 ni.Tema ke laut dalam :p

Doakan semoga dipermudahkan urusan aku mencari rezeki hdknya
Aku suka sebab selain dekat dengan rumah,vibe kerja disini mengingatkan aku dengan kawan2 lama dulu

3 bulan ni cuti aku frozen
Jadi kalo nak cuti jugakwajiblah apply UPL
Termenung jugaklah,nak buat macammana
Yg penting sebelum Auni start SPM aku wajib ke KB
Dan hari terakhir paper SPM untuk pick up Auni balik rumah
Begitulah rencananya

Apapun good luck myself
Cabaran baru bermula
Teruskan belajar & jangan malu bertanya
Teruskan rendah diri,tak salah jadi serba tak tau awal2 ni
Yang penting kita mahu belajar dari orang lama
Hormat semua orang tak kira usia,bangsa & agama
Selalu berdoa smg ditemukan dengan orang yang ikhlas dengan kita

Insyaallah
You can do this,LYNN!!





30 October, 2026

MIMPI BURUK 4

Tak ingat bila ttp yang pasti dalam bulan ini
Aku bermimpi sedikit aneh
Aku bermimpi ada beberapa ekor ulat sampah keluar dari beberapa tempat dikaki aku bermula dari lutut hinggalah ke buku lali-aku rasa geli yakmat
Bangun tido siap belek kaki sendiri lagi


Imej janaan AI


Banyak tafsiran mimpi

Antaranya :

1-Mimpi keluar belatung dari kaki artinya :Akan ada sebuah pertolongan yang sebenarnya anda sendiri tidak memerlukan petolongan atau bantuan tersebut, meski demikian sebaiknya anda jangan menutup diri seandainya ada orang lain yang ingin berbuat baik kepada anda

2-Kaki: Bisa melambangkan arah hidup atau perjalanan spiritual yang perlu diperhatikan

3-Mimpi melihat belatung merupakan pertanda bahwa si pemimpi harus sangat berhati-hati dengan orang-orang di sekitarnya.

Sebab, orang-orang tersebut diyakini memiliki niat buruk karena merasa iri dengan pencapaian yang diraih si pemimpi.


Taknak terima semua pun xper
Tapi tak salah kalo kita berhati-hati kan

Banyak benda baik terjadi pada aku bermula penghujung Oct sehingga skrg
Tak mustahil ada orang yang rasa x senang duduk
Rambut sama hitam,hati lain2

Semoga kita dibawah pelindungan Allah swt hdknya
Ameen YRA

Heart Attack :(

Antara benda yang kami sekeluarga tak jangka langsung
Adalah mak akan diserang sakit jantung aka heart attack
Selasa  (20/10)  lepas ber-vc dengan mak
Dia mengadu sakit dada & rasa angin
Aku pun cakap dengan mak
Takut jantung aje mak
Sebab sakit jantung ni sakitnya lebih kurang sama macam simptom gastritis
Tapi mak kata xde apa
Ok aje ni

Rabu masih tak sihat
Tapi masih pergi ke pusat dialisis seperti biasa
Semasa dialisis dijalankan,selain bp tggi,oksigen drop
Centre buat ECG & refer terus ke HPJ
Result ECG memang x cantiklah

So Rabu mak berada di ED,diagnosed Heart Attack-aku cabut lari dr opis pkl 1 lebih
Sempatlah melawat dia di ED
Nampak penat,dan aku xmo berlama2 sebab mak x berenti bercakap spjg di ED
Keluar dr ED,balik rumah dulu

Malam tu pg makan luar dulu baru lah aku ke HPJ
Dengan harapan mak dah dapat bed
Aku smp lebih kurang 8.40pm,mak masih di ED
Aku sejam sekali masuk tgk mak
Dia elok tido cuma mengadu sejuk

Aku dok mereput di luar ED 
Smp 1 lebih mak masih xde bed
Aku plak dah mengantuk gila2
Alih2 masuk semula ke ED
Bgtau mak aku balik dulu,esok aku mai semula
Mak pun kata ok aje,lgpun mak di ED -side monitoring memang semedang ada Doktor/Nurse dekat area tu

Next day mak dah dapat wad,run HD seround
Tido semalam di wad
Dan keesokkan harinya mak dibenarkan discaj
Doktor buat referral ke IJN
Insyallah 2/11 ni mak akan ke IJN

Mak lepas HD



Jumaat-Ahad mak berada dirumah aku
Aku uruskan makan minum & ubat2 dia
Nampak ok sihatlah
Ahad pagi mak dibawa balik ke  rumah adik di Putrajaya

Isnin 26/10/2026-mak pg HD semula
Jadi kes yang hampir serupa,mak sesak nafas
Sekali lagi mak dikejarkan ke HPJ
Apa terjadi 
Doktor kata paru2 penuh air & jantung mak bengkak

Mujur mak x berlama2 di ED
Mak ditempatkan di HDW ACCU-Institut Endokrin
Wad mini ICU untuk kes jantung
Wad ni tak boleh ada waris menunggu 
Risaulah jugak sebab mak dia takut ditinggal berseorangan
Waris hanya boleh masuk waktu melawat shj
Mlm tu aku tgglkan mak pkl 9pm
Itupun lepas kena halau dengan nurse

Mak baru dipindahkan ke wad HDW-ACCU,HPJ



Next day aku dtg melawat mak ptgnya 
Alhamdullillah mak nampak segar,oksigen mask pun dah pakai yang low concentrate tube
Mak ditahan di HDW sampai Rabu tgh malam
Semalam mak dah dipindahkan ke wad biasa & discaj ptg smlm
Dan hari ini mak ada dirumah aku semula

Sujud syukur!
Semoga rawatan di IJN akan dipermudahkan hdknya
Ameen YRA








20 October, 2026

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi
Bulan ni 2x kami berulang Terengganu
Duit pun macam air paip
Kos lebur kali ni RM700
Nangis*
Apalagi urusannya selain menyantuni anakanda kami si Auni
Sampai ke Sahut 12.45pm,kami jupe Auni pukul 1pm dan terus ke KTCC Mall,Kuala Terengganu
Reason-bosannyalah dah 5 tahun outing memusing pekan Kuala Berang
Perjalanan dari KB-KT mengambil masa 40 minit lamanya

Di KT kami terus g makan kat SR
Adeeb merengek lapar dah masa tu
Mujur SR kat situ lengang x ramai guest

Selesai makan,solat & kami bergegas mencari barang2 Auni
Alat tulis,barang2 prom nitenya yang bakal berlangsung hari Khamis ni
Pkl 5 bertolak balik semula ke KB
Jadiklah ,asalkan dapat jupe,peluk2 anak,bagi makan sedap2
Sambil mak ko merepek macam2 
Nasihat itu-ini
Susah hati mak ko,nak SPM tak lama sangat dah ni

Pagi Sabtu tu sempat ke Pantai Teluk Lipat,Dungun.Sempatlah selfie sama en papa

Sebelum Auni masuk dorm,sempatlah bergambar buat kenangan.Affan xmo ikut jupe kakak,dia duduk rumah adik ipar di Dungun.Main sama sepupunya.


Auni tiap kali salam peluk papanya,mesti banjir nangis.5 tahun berulang hantar pun tetaplah sedih.Auni & rebelnya berpisah tiada.

As usual wajib order Bihun Tomyam kalo pg SR

Antara kek ulang tayang-Chocolate Odyssey



Kalo ikut perkiraan,macam kurang2 ada 2-3 trips lagi kami berulang KB ni
Bulan 11 & 12
Insyaallah Auni akan tamat SPM pada 17/12/2026
Solat hajat perdana pula akan diadakan pada 19/11/2026-Khamis.
Ikut jadual kami,memang xleh attendlah.Sebab tengah minggu.
Aku baru start keja baru,makanya misi mustahil nak apply cuti

Tak taulah kot en Papa leh attend atau tak.
Memanglah hajat dihati kami nak attend sumer program sekolah
Tapi biasalah jadual SAHUT dan kami yang bekerja di Klang Valley ni selalu bercanggah
Tak kena semedang
W/pun berulang kali mak pak request buat hari Sabtu tetaplah sekolah bolayan
Since kami ni minoriti,terpaksa akurlah dengan jadual sekolah

Memang dah bagitau Auni awal2
Harapnya dia kuat semangat hdknya
Wpun mak pak x dtg
Kami dr jauh x pernah putus doa untuk dia lagi
Semoga berjaya cemerlang SPM 2026 hdknya!








08 October, 2026

Speechless

Masih mengigil lagi baca offer letter
Appointed as CONSULTANT 
Walaupun tempoh hanya 1 tahun (contractual basis)
Tapi consultant fees mencecah 4 angka sebulan
Sumpah terkejut!

Seperti yang aku kompang tempohari
Mengatakan yang aku dah tender resignation dari current post aku
Dan seminggu dua ni memang aku back to back interview orang untuk gantikan tempat aku

As usual proses selection ni memang bias bila aku sendiri yang cari 
Sebab aku nak cari yang capable bekerja secara bersendirian
Dan mampu handle multiple task macam aku buat sekarang 
Ada yang pandai A-M
Sedangkan kat sini aku buat A-Z

Tup2 boss panggil
Dia nak lantik aku as Consultant sebab kebanyakan candidate aku panggil stuck 2/3 perkara diorang xleh buat & tak pernah buat langsung
Nak dapatkan yang pandai buat A-Z takde pulak yang available
Semuanya masih bekerja full time & perlu bagi notis sekian2 masa
Sedangkan aku nak candidate masuk mggu ke-3 
Supaya aku leh train yang kritikal part dulu

Aku terima tawaran ni sebab bagi aku umpama rezeki terpijak
Masyaallah,aku memang sangat memerlukan duit extra ni
Tak tau doa siapa yang termakbul
Doa mak,doa ayong di Mekah,doa suami atau aku menumpang rezeki anak2
Wpun aku & boss aku x bersetuju banyak benda tapi dia akui aku memang boleh buat kerja
Cuma banyak pertimbangan dia bagi aku selalunya x align dengan cara aku bekerja

Sujud syukur!
Aku hanya nak cari rezeki membesarkan anak2
Selesaikan hutang2 jahat 
Hutang kereta comel berbaki 4 tahun

*nangis


Sikit pun wajib kita syukuri,apatah lagi yang besar.Sujud syukur!


Tak habis sokseksoksek nangis lagi
Baru seminggu bergelut mengelolakan mak sakit
Tak sangka secepat ini Allah swt balas sedikit kebaikan

Tumpang doakan gais
Semoga dipermudahkan urusan kesembuhan buat mak
Masih berkira-kira nak try perubatan dengan shinseh plak
Ramai yang komen shinseh hebat mengubat penyakit kayap ni

Moga dipermudahkan urusan kami adik  beradik jaga mak yang uzur
Ameen Ya Rabbal Alamin








Post of a DAY

Sharing is caring :Buy 1 Free 1 Victoria Secret Parfum

Since dari zaman anak dara Aku antara die hard fan parfum Selain jam tangan aku mmg suka parfum Zaman sekolah dalam tgkt 4/5 gila menyimpan ...