Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

21 January, 2026

SAMAN PARKING MBSA : RM270.00

Kalo tak silap aku kena saman parking MBSA 2minggu lepas semasa aku berada di Bangunan Darul Ehsan-jenuh memusing cari parking ,jadi aku fikir nak g kejap aje-maka berani mati letak keta tepi jalan.

Saman yang aku terima adalah Kompaun Tunda sebanyak RM270.00 yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14hari bekerja.

Aku pun termenunglah,banyaklah haiii nak bayar kompaun macam ni tgh2 bulan.
Aku pun dok google itu ini

Aku jadi curiouslah sebab keta aku x ditunda,dah kenapa kena bayar sebanyak tu plak.Aku still belum bayar lg,hari ni baru aku berkesempatan call Jabatan Perundangan MBSA.

Bagitau apa masalah aku,tanya ada pengurangan ke tak.Sebab aku rasa macam mahal sgtlah kos kompaun tu yang mana bila aku search online-kos itu memang termasuk kos tunda,kos simpan di depoh.Yang mana sumer tu x berlaku pun pada keta aku.

So Pegawai yang menjawab talian bagi solution.Bayar RM60 melalui mana2 kaunter MBSA atau PBTPay atau melalui Jompay.

Untuk Jompay
Biller Code: 6726
Ref 1 : No kompaun yang bermula dengan huruf "K"
Ref 2: Tel no

So kes aku ni dia akan cas aku RM60 sahaja.Ok sangatlah dari nak berabis RM270.00.Sempatlah menunggu gaji esok,jadi settelkan esok ajelah.

Aduhai..tgh2 bulan xde duit nilah,macam2 nak kena hadap bayar plak.

Moral of the story,carilah parking sehingga titisan terakhir darah kalo ko berada di kawasan Shah Alam.Tersakiti tau nak bayar kompaun kemain mahal.MBSJ saman parking baru RM 10 jika bayar dalam tempoh 24jam :(




02 December, 2025

Suspect PNEUMOTHORAX aka paru-paru bocor

W/pun pada dasarnya mungkin xde sapa yang berminat pun nak baca pun entry aku ni.
Tapi aku tetaplah nak coretkan disini sebagai catatan peribadi aku meladeni isu kesakitan mak aku yang bertalu2.

Mak dah 2 malam tido di HUKM
Malam tadi pukul 11pm baru dapat wad setelah 24jam duduk mereput di ED
Expected,HUKM mmg penuh.
ED semalam pun serupa macam kes di kem bulan sabit di medan peperangan,tak lalu kita melihatnya.Sumer tenat2 belaka,kesian melihatnya

Mak nampak ok semalam,oksigen bila on mask -reading mencatat 99-100%
Tapi bilamana off mask,auto mak macam struggle bernafas.Cepat penat,mengah.
Tapi alhamdulillah,muka x sepucat hari tu
Tido elok tanpa terkejut2 bangun tengah malam spt sblm2 ni.
Alhamdulillah,aku boleh jugak tido straight 5jam malam tadi.Bagi aku memadailah dapat recharge selama itu,sebelum memulakan tugasan semula hari ini.

Pagi ni aku tinggalkan mak dalam jagaan kakak sulungku.
Doktor round  bagitau,macam suspect mak ada simptom paru2 bocor aka Pneumothorax
Sebab tanpa oksigen,mak macam struggle nak bernafas sendiri



Bila digoogle-kebarangkalian mak kena ni adalah disebabkan kebergantungan kepada mesin pernafasan ketika berada di ICU Hospital Putrajaya bulan Oktober lepas.
Wpun bunyinya adalah menakutkan,tapi aku lega sebab sekurang2nya mak aku dihospital skrg bukan dirumah.Pendek kata she's in good hands.

Penat memanglah penat berulang hospital yang jauhnya 30-40minit dari rumahku di Puchong tapi aku redhalah asalkan ianya memberi kebaikan pada mak.

Tumpang doakan semoga mak cepat sihat hendaknya,dipermudahkan urusan jemaah Doktor Pakar yang merawat mak.Semoga ketemu rawatan sesuai dengan mak hdknya.

Nampak gayanya,haruslah paling awal seminggu wajib mak ditahan di hospital kali ni.Bertabahlah :)



10 January, 2013

kalo dah kaki judi!!



The Sun today




ada jugak orang kaki judi
yang dok kira2 bila orang nak mati

"meramal pesakit kanser mati dalam tempoh berapa lama"
melibatkan RM106 juta ok


memang giler!!

12 December, 2012

ini namanya GILA !

12-12-12

dunia dah makin tua
dan kita sehari ke akhir zaman
subhanallah!

baru2 ni utk semua peminat gadget
pasti tahu
tentang kedatangan gadget Apple yang terbaru
ipad Mini serendah RM999
dan jugak kehadiran Iphone5
dimana pre-order boleh dilakukan dimana2 branch Celcom

kalo cerita pasal gadget
kegilaannya menjadi2
ada yang sanggup bertunggu-tangga depan kedai
nak dapatkan yang terbaru.terawal..
ada yang sanggup mengikat perut
nak kumpul duit punya pasal

tapi sampai sanggup jual sebelah buah pinggang
nak beli gadget
ini bukan perkara main2
ini GILA namanya!

boleh tumpang baca SINI

kalo nak mengikut trend
tak terikut rasanya

selain kekangan kewangan
aku selalu counter back dgn diri sendiri
samada perlu @ tak nak tukar gadget itu & ini?

aku still pengguna tegar Samsung Galaxy Tab PT1000
dah berusia 1 tahun 6 bulan
alhamdulillah..masih berfungsi dengan baik
digunakan secara hardcore 24/7
aku jugak pakai Samsung Galaxy S plus
ada lappy peribadi kat rumah
yang dah berumur 5 tahun kot!

lohkong masih dgn handphone E71 yang dah berusia 2 tahun
ada ipad
ada lappy peribadinya sendiri

rasanya cukuplah tuh!
pakai sampai roboh
pakai sampai lusuh

anak2 pun tumpang jadi gadget savvy sekarang
kak ain & auni
memang suker main games
boleh guna ipad,tabby dgn begitu baik
tapi as parent kena kawal
kena tgk content yang selalu anak2 browse

teknologi memang baik
tapi kena dikawal selia sentiasa

aku tengok ramai parent sekarang
mungkin lebih daripada mampu
manjakan anak2 dgn segala macam gadget
ada tuh umur 2/3 tahun
dah disuakan dgn PS2
belum lagi gadget2 lain

subhanallah..
beruntungnya budak2 zaman sekarang

mungkin lambang kemewahan
mungkin lambang kasih sayang

wallahuallambissawab

anak2 kita
acuan kita

semoga kita berjaya mendidik mereka
dgn iman & taqwa

amin



true!!





23 November, 2012

FINANCIAL MEDIATION BUREAU ( FMB )

hidup bawah tekanan dasar kapitalism.its about money--money--



hari nih aku teringin nak berkongsi ttg maklumat ini
Financial Mediation Bureau
adalah badan -NGO
sebagai orang tengah
untuk sebarang pertikaian antara pengguna- pihak intitusi perbankan

contohnya
A pengguna kad kredit Bank B
tetiba terima statement kad kredit
ada transaksi yang mengelirukan
yang menunjukkan transaksi yang tidak dilakukan oleh A sendiri

report dispute dgn Bank B
Bank B amik masa 14 hari utk keluarkan result investigation
bila kuar result - A bertanggungjawab atas transaksi itu & dikehendaki membayar keseluruhannya
A marah & tak berpuas hati
maka A disarankan merujuk kesnya pada FMB

FMB selalunya akan bertindak sebagai badan berkecuali
tidak memihak pada A  jugak pada bank B
penyiasatan akan dilakukan tanpa bias
berpandukan bukti dokumentasi yang diberikan oleh pihak bank & jugak mereka akan menjalankan penyiasatan terperinci dr pelbagai sudut

jadi sekiranya
kawan2 ada pertikaian dgn pihak Bank
bolehlah merujuk kepada FM

maklumat lanjut boleh lihat di website mereka disini

kenapa tetiba aku raise isu nih

-sbb tgh struggle fight dgn bank jugak nih,ada transaction online bayar bil air Kota Kinabalu- sampai 570 ringgit..bank kata kita liable to pay sedangkan kita tak tahu menahu pasal ni..sapa pulak yang tggl kat KK yang aku baik sgt nak tlg bayarkan bil nih..wallahuallam!!so tgh tggu result dpd FMB jugak ni..

so utk mereka yang ada masalah macam aku nih, adviceable to get help from FMB

fight for your right :))

Contact number : 03 22722811
Alamat               : Level 25 Dataran Kewangan,Dataran Takaful, No 4 Jalan Sultan Sulaiman,50000 KL

sharing is always caring!

23 March, 2012

ACHLUOPHOBIA :(



aku nih mmg ada fobia yang amat sgt
dan aku yakin ramai jugak ada fobia masing2

shameless admit
aku paling takut pada suasana/keadaan yang gelap-gelita
sbb itu aku mmg tido terang-benderang
huhuhuhu!!!

semalam elok tgh mandi nak bersiap2
elok plak ada short- circuit
ini sumer pasal water-heater yang problem tuh

aku terjerit2 sampai anak2 terbangun
fobia aku ni..
boleh smp aku rasa macam nak sesak nafas
since lohkong dah tau sejak kawin lagik
kelam-kabut dia dtg bawak handphone yang ada torchlight tuh

mmg aku sgt takut 
takut yang bukan dibuat-buat

korang ada fobia jugak ?

nih aku godek dlm google jenis2 fobia
macam2 jenis
pelik2 pun ada..

sila tgk sini 

29 February, 2012

AV TRANSMITTER



ini memang kegilaan lohkong
segala jenis gadget dia suka
ini yang terbaru yang dia beli


fungsinya :-
supaya channel Astro juga dapat dilihat melalui tv di tingkat atas
kebetulan ada 2 tv- 1 dkt main hall
1 lagi dkt family area tgkt atas
since xnak subscribe another astro package semata2 nak tgk kat atas
so lohkong invest beli benda alah ni
its cost us RM210.00

ok lah jugak
wpun aku tgk masa nak memasang benda alah ni
jenuh jugak nak adjust reception
mujurlah menjadi jugak akhirnya
if not burned duit saje2

reason nak sgt benda alah ni
sbb aku selalu bawak anak2 naik tido kat atas kul 10pm
of course aku x dpt tgk tv
so bila adanya benda alah ni..so dptlah aku tgk tv sambil dodoikan anak2 tido
muahahahha!!

kebaikannya :-
save ler drpd nak subscribe another astro package bulan2
gambar cantik jugak tanpa perlu pasang antenna bagai

keburukannya:-
kalo2-2 tv bukak
kalo tv bawah on 104- begitu jugak akan terjadi dgn tv diatas
tapi drpd atas pun masih boleh tukar channel even decoder astro dok kat bawah
cool kan ?

tapi oklah...sbbnya xde sapa pun yg berebut nak tgk tv atas @ bawah
anak2 aku kalo aku dok atas..berderetlah ikut naik atas jugak

apapun utk yang berminat
mungkin leh cari thru mudah.my
aku g beli ahad lepas
sampai ke pandan indah

malam tadi layan vanilla coklat
smbl popok2 anak2 tido

heaven!!


24 February, 2012

HFMD , AUNI & HOSPITAL COLUMBIA ASIA , PUCHONG :(



Isnin lepas mmg auni demam
balik aje dr keja aku mengulit dia
dia mengadu sakit mulut
mmg xmo minum & makan
aku ingatkan ulser biasa sbb panas dalam
aku bantai belikan icecream cup tuh
itupun dia x mo makan..

malam tuh sblm tido
dah jadi tabiat aku dr dulu mengulit anak sblm tido
suka belek badan anak.tgk kaki, kuit tangan,
masa ni lah perasan ada blister 2-3 biji celah jari
terus panggil papa..
dan menurut pembacaan -->>aku mmg confirm yang itu adalah simptom  HFMD

so mmg x salah ler penyakit habit aku
telek anak 24jam
if not mmg xkan tahu anak sakit gini
dan x salah jugakler habit aku yang suka browse ttg isu kanak2
dalam babycenter,google
itu mmg hobi sejak 5 tahun lepas..


dan malam itu jugak malam paling disaster
dia menangis bagai nak rak smp ke pagi
mungkin sbb sakit mulut
dan dia pulak x leh nak menyusu
dah ler sakit & lapar pulak..
esok pg bawak pg klinik
aku mmg terpaksa MC kebetulan sakit perut sgt2
doktor klinik kata auni nampak dehidrated
refer to hospital

terus ke Columbia Asia Hospital
itu option terdekat
terus ke ER
jupe MO- MO advice utk warded lah
sbb dia refused feeding sejak hari sebelumnya
set IV line --melalak x hingat!
ditempatkan ke ISOLATION WARD-59


hari pertama warded- blister here & there even in buttock


ini bila dapat perlepasan bukak IV ..lepas geram dok bwh katil

mujur dah discharge semalam
amik masa utk discharge 5 jam
x tau salah dimana..call insuran, insuran kata x dapat apa2 fax dr billing
billing kata dah fax
rupa2nya silap fax number
mmg kurang efisyen disitu

Columbia Asia Hospital Puchong
mmg totally boring
tp in term of service, ward & doktor still as expected
dan rasanya Hospital kena provide kiddy playground
sbb mmg budak2 yang dok ward ni boring sgt2
lgsg xde entertainment utk diorang
selain dok dlm ward & ngadap tv

in term of food -- mmg hampeh!
mmg x leh lawan KPJ hospital terutamanya Tawakal
sbb pernah pg Tawakal & APSH
APSH food x leh compared jugak dgn Tawakal
aku x kisah kalo mmg xde variety menu pun
as long as the food is not tasteless
orang sakit makin sakit gini..

tp what to do
ini yang terdekat dgn rumah
nak g govt di putrajaya
lagi packed kat sana
so kita gunakan insuran yang ada to the max

apapun syukur alhamdulillah
nampak lebih ok hr ni
masih ada 4 hari utk amik antibiotik
ada spray mulut
calamine lotion utk sapu

auni..hai...auni
bila auni besar
mama harap auni baca blog mama
its not easy to raise you, my dear
but still.. im always will do anything for you

you always be my little angle :-))




10 February, 2012

Jom jalan2 mahu ?




sekadar berkongsi di blog aku ni
kotler ada sapa2 nak recce peluang bercuti
dan mancari pakej bercuti ke luar negara
yang murah2 & berbaloi2
mungkin ini membantu

SELANGOR MATTA ISLAMIC TRAVEL FAIR
yang akan berlangsung bermula hari ini
di SACC Shah Alam

aku x pernah pegi
tp ingat nak pg jugak tgk
kot ada yang menarik kan?

jom...jalan2 cari pasal..
hehehehe :)





22 November, 2011

Pencarian Tadika- urusan wajib hujung tahun :-D

aku as usual hujung tahun mulaler berselirat kepala otak
mencari tadika / nursery utk ain & auni

tadi gatal telefon CIC
Children Islamic Centre kat area Puchong Utama
berdekatan dengan rumah aku di TPP

kelas 3- 6 tahun
sumer sama..basic play school

waktu kelas 7.30am -2.00 pm
kalo ikut syllabus mmg menarik ler
serba okey pada aku

tp bab yuran
fuhhhh kesat peluh jugak ok

Yuran Pendaftaran utk Jan- Jun  -RM100
Peralatan,buku2 (utk setahun )   -RM580
Pakaian Seragam 2 psg               -RM 80
Insuran                                       -RM 10

Yuran bulanan                           -RM330 seorang

gulp!!!


itu baru seorang ..kalo macam aku nak htr dua beradik sekali..kena fikir banyak kali jugak tuh

bukan berkira ttg persekolahan anak2
tapi bagi aku kena ukur baju badan sendiri jugak
mungkin kena carik option lain lagik


kalo nak hantar ain & auni lain2 taska x kena jugak
kang dua-dua nangis sebab dah terbiasa bersama
inikan tggl sorang kat rumah opah
si kecik nih depressed
menangis bagai nak rak
10minit sekali tanya "mana kak ain?"


pening daaaa



masih ada sebulan nak mencarik lagik..sila jangan fengsan dulu!!
ikutkan kak ain dia nak pg Little Caliph

tp pegi recce yuran dia
lagik wat aku pengsan 4-5 round

muahhahaahh

-jom buka tadika jugak tahun 2012..kaya weeiii ...muahahaha

Borang permohonan e-bantuan - LHDN 1/12/2011




utk mereka yang belum mengetahui
LHDN telah mengeluarkan borang permohonan secara percuma
dan juga permohonan melalui talian mulai 1 Disember 2011
utk e-bantuan sebanyak RM500 bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM3K kebawah
utk gaji yang melebihi RM3K mintak maaf--anda tidak layak yea.

alhamdulillah utk mereka yang layak
rezeki jangan ditolak
musuh jangan dicari ok

semoga tiada sindiket2 yang mengambil kesempatan
utk buat penipuan pendaftaran
dan kita pulak jangan mudah tertipu @ nak amik jalan mudah

almaklumlah sekarang ni
banyak jenis manusia kaki kelentong

linknya disini
utk berita lanjut

dan utk link borang mungkin boleh merujuk pada laman web LHDN @ ke pejabat LHDN terdekat dengan anda :-)

sharing is always caring

19 October, 2011

Mandi Wiladah ?

aku dahulu di beritahu oleh kakak2 masa keja di tempat lama ttg kewajipan mandi wiladah
setelah/ sejurus melahirkan bayi
tp ntah m/mana mmg aku x buat
masa pas bersalin ain..aku tertanya2 ttg kewajipan mandi wiladah ni
bagi aku yg x berapa nak cerdik nih
mana leh org pas bersalin sehari nak sejuk2 mandi basah kepala bagai
mandi wiladah itu sama perlaksanaannya s/mana mandi wajib

begitu jugak dgn slps bersalin auni
aku x buat jugak

pas tuh..bila terbaca few artikel yg menekankan ttg isu ni
aku rasa berdosa yea jugak
dah tau tp x buat


tapi bila aku baca disini
aku rasa lega yaa amat

biar aku paste kat sini yek :- credit utk soleh.net

Mandi wiladah ialah mandi wajib selepas bersalin. Wujudnya hukum mandi wiladah itu adalah untuk Siti Fatimah, yang diberi keistimewaan oleh Allah s.w.t, tidak keluar darah nifas selepas bersalin.


Ia tidak berkenaan bagi kita orang biasa. Jika ditunaikan juga mandi wiladah, maka mandi itu dikira lagha, kerana masih lagi dalam keadaan kotor.

Benar, terdapat beberapa percanggahan di sini. Dari apa yang saya pelajari, sekiranya dalam keadaan kotor, maka segala ibadat yang dilarang semasa kotor jika ditunaikan adalah dikira lagha, iaitu sia-sia (tidak mendapat pahala, malah membazir masa dan air).

Jadi di sini, untuk mengangkat hadas besar, dalam keadaan masih berhadas besar, maka tidak sah mandi tersebut. Sebab itu dikatakan mandi wiladah sahaja itu hanyalah untuk Siti Fatimah isteri Saidina Ali r.a., yang hanya keluar wiladah sahaja.

Bagi kita orang biasa, cukup dilaksanakan sekaligus mandi wiladah dan nifas, sebaik sahaja kering darah nifas. Perkara ini banyak diperbincangkan dan diberi penerangan di peringkat hospital-hospital bersalin.

peringatan utk diri sendiri jugak
gali ilmu dgn orang berilmu
jangan suka dgr cakap orang

dgn kemudahan ilmu dihujung jari
gunakan sebaik mungkin
cari dari sumber yang sahih

perkongsian ilmu utk mereka yang musykil macam aku dulu

sharing is always caring beb







05 May, 2011

Deep Sea Creatures-After Tsunami

antara binatang pelik2 yang terdampar ketika bencana Tsunami
baru2 ni di Jepun

copy & paste dr email
















As everyone knows, the tsunami in Southeast Asia was devastating both in the loss of life and economically to the region.


However now that the clean up is underway in the region, deep sea creatures that live too deep to be studied are being found scattered throughout the wreckage. These creatures were washed up on shore when the waves hit.

We still have not fully discovered the wonders of our earth!!!





* subhanallah !!






07 April, 2011

6 hari jekk...??

giler x gilerlah
melihatkan teknologi Jepun

copy & paste :-

Gempa bumi kat jepun yang kuat telah merosakkan beberapa jalan utama dan menyebabkan kerosakan yang agak teruk..
Jepun hanya memerlukan 6 hari sahaja utk membaiki lebuh raya Great Kanto di Naka bermula pada 17 Mac.




kalo kat Msia bumi bertuah nih
nak mintak baiki lubang pun amik masa bertahun ok

cthnya jalan kat ampang
macam padang golf terutamanya kat bdr baru..
alahai....susah mau cakaplah kan!!

apapun jom menderma utk Japan Relief Fund kawan2
skrg masa dia..masa kita nanti..wallahuallam!!

28 January, 2011

dont drink too much water ?

sedikit info yg pelik tetapi benar
terlalu banyak minum air boleh menyebabkan "buta"


sila enter pada gambar utk lebih jelas ok :)



masa yg sesuai utk minum air mengikut kajian : copy & paste :-

Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the Human body.


Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

 
betul ke x betul..
alasan paling menarik utk org sweet tooth macam aku
tp skrg dah mula minum air masak banyak2..

apapun air ttp penting
jangan smp x minum lgsg lak kan..



18 January, 2011

TONSILITIS & A.G.E

malam tadi mak telefon 
bagitau anak abang yg bongsu muntah2 ..makan apa ..minum apa pun muntah
terus call abg..dia kata dah start cirit-birit
teringatkan kes auni raya haji tahun lepas
selamat berkg di Hospital Ampang selama 2 hari..
sbb dehidrated..

so nampak gaya macam sama..auni that time muntah adalah smp 3 hari
then cirit-birit 5 hari..
jenuh dok ward..timbang pampers..amik sampel najis..sian sgt2..water drip lagik..
kat spital xde bagi ubat apa2..sekadar air garam utk ditelan si auni..itupun jenuh paksa..

pg2 ni abg htr sms bgtau anak dia warded di HKL.
kesian abg aku..tentu kelam-kabut..nasib baik ada mak
kakak ipar tggl jauh..sbb mengajar di rembau..hanya boleh balik masa cuti shj.
so ptg td..sempat melawat aish wa'i
nampak sgt susutnya..
dan x mau lekang dgn abang aku..sian sgt2!!

so motif entry nih sekadar berkongsi :

in case nampak anak x boleh  menyusu,minum @ makan spt biasa & diikuti dgn muntah non stop
kemungkinan besar ia adalah TONSILITIS @ keradangan tonsil

mungkin boleh baca disini

sgt2 kesian pada kanak2 yang mengidap tonsil nih..sbb selain dia x aktif..dia phobia nak makan@ minum..kita jugak akan ikut susah sbb dia akan meragam non stop..muntah jangan kira lah..salah satu sbb bila dia refused feeding-perut akan masuk angin..dan angin ini yang akan mengakibatkan keadaan lebih buruk..

dan utk AGE-atau cirit-birit selalunya GP akan bagi air garam..tp aku prefer bagi apa2 jenis air..as long as air,sup ayam pun kira cecair jugak..just nak gantikan semula air yg hilang dlm bdn..serta aku bagi SMECTA yang dicampurkan dgn jus/susu..i/allah..


utk aish;

semoga cepat2 sembuh..bulan depan nak smbt besday 2 tahun kan...

dan samada tahu @ tidak pernah terdengar yang penyakit cirit-birit boleh berjangkit...!!


sharing is always caring !!


22 December, 2010

Entry tertunggak-sehari sebelum jatuh sakit!! the best port of nasi lemak i've ever tried ever :)

korang pg2 sure ada tempat fav nak tapau makan kan?
aku mengaku..aku jenis heavy breakfast
all time fav-dah tentu nasi lemak..
tgkler body kan!!

kat sini aku nak kongsi 1 port yang plg yummy aku rasa
dan agak menarik
dia meniaga thru boot keta WIRA
in case kalo aku g keja terdrop by ke masjid jamek
aku akan selalu beli kat sini..
dan yang paling jadi igauan nasi lemak sambal sotong
(x sabar nak tggu jan 2011..nak g sana..skrg tgh pantang makan pedas..makan seafood)



tgk betul2 ramaikan org beratur..makcik nih jual nasi lemak guna boot keta WIRA..   


tempatnya di hadapan bangunan HSBC yang bersebelahan LRT M.jamek.

lapar tgh2 malam bila teringat nasi lemak sambal sotong nih...



kawan2  yg berdekatan leh ler g cuba
harga standard ..berpatutan!!
dan yang paling penting mmg SEDAP!!



*** sepatutnya entry ni aku wat awal lagik.apa nak wat dah jatuh sakit that day..

23 November, 2010

sonotron therapy?

aku dok godek2 dlm google nih
actually mmg ada kaitan dgn buah hati pengarang jantung aku
si lil Auni Irdina lah
dia actually wpun nampak bertambah sihat
aku still worried sbb dia dah kena flu hampir sebulan lebih lamanya

as usual paed mmg x on any medication
selain nasal drop utk keringkan selesema dia
tp smp skrg mmg x worked out

aku mencari alternatif lain utk treat masalah flu auni yg melarat2
flu auni sgt jahat ok
tiap kali dia flu akan melarat smp batuk
dan melarat2 ke acute broncholitis

aku terjumpa pasal SONOTRON THERAPY
katanya sgt mujarab utk mengatasi masalah ini
untuk mengeringkan kahak yg masih x habis keluar dr paru-paru
dan merupakan punca utama auni sering flu on & off

aku mencari kepastian & keberkesanannya
dalam pada itu aku look into for 2nd opinion
atau ada blogger2 yang pernah cuba kaedah ini?

mungkin leh baca lebih lanjut disini


image dr google
sonotron therapy untuk kawalan bronchitis pada kanak2/bayi
bagi aku..aku nak try g wat appt dgn doktor dahulu
nak mintak pendapat dia m/mana
aku x nak auni disogokkan dgn drugs memanjang
dia masih kecik lagi
jadi mungkin ada alternatif  yg mungkin sesuai utk dia

ps: irni @ ibuafiqhuzaifah
nak g wat appt sama2 tak?

03 November, 2010

demi agama ISLAM sila sebarkan :)


Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran ......
Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.
Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..................
Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay "(Terus reject)
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.....
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok keseluruhan.
Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah,
Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran.......sebenar ayat Bible.

note: sila lebih alert sekarang nih macam2 peniruan dah ada !!

28 October, 2010

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

as a new blogger
kadang2 x salah kita belajar dr sifu kan
menuntut ilmu dr yang arif
baru leh berjaya..baru betul gayanya
baru afdhal kata mak
en ben kita baru aje launch new promo blog
especially utk new blogger
kalo ada sesiapa lain nak mencuba
boleh wat macam aku
x salah & x rugi mencuba
ada rezeki,insyallah!!
you never knew until you try it :)
pg jengok blog dia di SINI
macam2 tip menarik yg dia kongsikan

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...