Showing posts with label leisure time. Show all posts
Showing posts with label leisure time. Show all posts

20 September, 2018

Bayou Lagoon Melaka

As usual entry nak clear hp space
Aku rasa dalam bulan 3 tahun ni
Aku bawak anak2 bercuti semalam ke Bayou Lagoon Melaka
En papa booked apartment 2 bilik
Jadikler utk lepas gian anak2 nak tido hotel kekdahnya

Aku dah start mabuk masa ni
Tp demi anak2,gagahkan jugakler ke sana
Budak2 seronok sgt main air
Berjam jugak kami melayannya

Layan ajelah gambar2 yg sempat aku snap guna hp aje ni



Abis mandi kolam
Kaki mandi,solat bagai & kuar semula cari makan malam
Takde pun pg cari ikan bakar bagai
Kami hanya pg makan kat kedai Thai yang berdekatan aje sbb anak2 penat mandi kolam
Kalo beria nak cari ikan bakar wajiblah sumer pengsan tido dlm keta nak menyampai ke medan ikan bakar.

Lepas makan-balik hotel
Malam tu mmg a bit horror
Macam2 gangguan yang kami hadap tgh malam tu smp ke pagi
Nak cerita pun seram
Mungkin nasib kami tak baik masa tu

Takmo citerlah kang org lain yang teringin nak pg terbantut plak
Overall percutian singkat kami
Anak2 suka..siap tanya bila nak pegi lagi?


02 September, 2015

Weekend Getaway-Melaka!

Cuti merdeka 3 hari
Mula2 bgtau en papa
Takmo gi mana2 sbb sumer hotel fully booked
Wpun anak2 dah merungut dah lama mama papa tak bawak g tido hotel
Budak2 skrg mmg demanded sggh

Maksud aku fully booked yg hak murah2 tu
Yang tinggal hak yang mahal-yang RM400--500 smlm
Dan aku mmg tak mampuler
Baik aku settle komitmen kalo nak bayar takat nak tido semalam kan..

Tapi husband berkeras nak cari jugak
Dia bagi aku destinasi pilihan
Katanya "jom g Melaka"
Last tido kat Melaka 5 tahun lepas
Ok thats make sense
Lagipun Melaka tak jauh mana
Kos yang bakal terlibat tak tinggi mana
Tol tak mahal mana
Minyak pun tak banyak sbb jarak dalam 2 jam perjalanan dari rumah kami

Jumaat senja baru aku jupe hotel thru agoda.com
Aku punya kriteria cari hotel sgt simple
Deluxe room
Ada swimming pool utk kanak2 berendam
Dan ada breakfast buffet sekali
Tak kisahler berapa bintang pun

Finally jupe EMPEROR HOTEL
Rega deluxe semalam RM107.00 tak termasuk GST & sekali buffet breakfast
Wallaweeiii
Murah kan?
So en papa setuju
Terus kira jadik

Packing baju malam sabtu
Sabtu bertolak dari rumah pukul 12tghr
Smp hotel pukul 3:30pm
Itupun sbb PLUS sesak dgn kenderaan
Dari susur Ayer Keroh nak ke Bandaraya Melaka pun sesak yaa rabbi

Sampai2 kami gi cari makan sbb anak2 tak makan tghr lagik
Memusing jugak cari kedai melayu
Almaklumlah tak biasa
Dok tpt orang kan..tapi mmg kebanyakan kedai makan tgh town dipelopori oleh orang Cina..
Jenuh kami carik pusing2

Lepas makan balik hotel
Anak2 melayan berendam dalam bath tub

*baru smp masa ni

*simple room-ada 2 katil divan single

*anak2 smp mmg rebut katil dulu

Lepas maghrib kami kuar semula nak cari makan
Set Waze kami ke Bandar Hilir
Mak aikhhhh sesak giler jalan
Waze pun tunjuk lane merah sepanjang jalan
Disebabkan tak tau nak gi makan mana
Kami makan kat food court Pahlawan Mall 
Sadis sungguh!

Sebelum tu anak2 nak naik beca
Layankan ajelah
Aku tak naik
Tak smp hati nak naik
Kesian kat abg beca
Aku dah ler besau godang ni
Anak2 naik sama papa dia jer

*tumpang berposing jap!liplapliplap beca dia weeiii


*makan kat food court Pahlawan Mall-mahal!

Balik hotel pengsan smp ke pagi
Esok merasa g buffet breakfast
Mmg complimentary sekali pakej bilik tuh
Food spread tak banyak mana
Tak kisahlah asalkan free


Pastu g menara Taming Sari walaupun aku tak minat sgt peghabis duit semata2 nak naik atas tu tak smp 1/2 jam tp anak2 yang excited sgt
Makanya naiklah jugak demi anak2
Rega 5 beranak-RM50

*gambar sementara menunggu giliran nak naik

*finally merasa wefie semasa di atas



*view dari atas

Turun dari situ baru pelan2 cari tempat nak makan tengahari

Tgk ramai review Asam Pedas Hajjah Mona

Marilah kita try
Ikut waze dalam 6km shj
Tapi disebabkan jalan kat bandar Melaka rata2 one way & sesak
Maka perjalanan kami rasanya amik masa jugak
Dgn anak2 meragam mmg mencabar sungguh

Smp kat situ rupanya terletak berhadapan Hotel Casa Del Rio 
Rumah teres corner lot yang dijadikan kedai makan
Adeeb pulak tido time tu
Orang queue nak tggu meja kosong
Mak aikhhh
Mujur ada stroller,takdelah penat berdukung



Verdict: aku tak reti nak explain tapi bukan taste aku lah sbb aku pernah rasa yang lebih sedap dari situ.Tapi masih sedap rasanya,kawan2 blh mencuba rada.Mana tau kena dengan selera kan?

Pas makan balik hotel
Bagi budak2 tido rehat 
Tapi diorang lebih sawankan bath tub hotel
Sabor jelah mak ko!

Ptg pas asar g bawak budak2 terjun kolam
Aku tak mandi pun
Biarlah papa diorang aje melayan
Aku lagi rela dok jaga beg kat tepi



*kolam kanak2..jadikler buat lepas gian!

Malamnya kami g makan kat kedai Thai shj
Tak pegi pun makan kat Umbai sbb masa nak masuk pun parking takde
Aku pun malas nak bersesak2
Tak kuasa
Nak makan pun jadi penat kalo masa menunggu lama & anak2 meragam
Baiklah cari kedai biasa2 aje
Asal makan & kenyang
Balik makan-tido pengsan smp ke pagi.

*last buffet breakfast sblm balik KL

Begitulah rangkuman ceritera cuti2 marhaen kami
Jadikler untuk mengembirakan anak2
Cukuplah sekali sekala bawak anak berjalan tgk tempat orang
Nak berjalan jauh lagi
Belum masanya
Zaman ekonomi meleset ni silalah dok diam2 kat umah

Terima kasih en papa sebab sudi belanja kami bercuti
Moga Allah murahkan rezeki papa bawak kami berjalan lagi

Amin ya Rabbal Alamin
M





04 January, 2015

Random JB

Ini entry last kot untuk cuti2 JB
Overall takdelah semua tempat dapat kitorang pegi
Wpun ittenary nak cover semua
Tapi Danga Bay pun tak spt nak pegi
Kekangan Adeeb yang sakit

Elok pulak balik makan dari Senibong
Tgh2 malam tu Auni kena attack lelah
Jenuh pulak cari klinik.24hr area Taman Johor Jaya
Terpaksa cari klinik sbb tak berkesan guna inhaler yg ada..
kesian tgk dia malam tuh..tercungap2 menahan batuk

Papa dia yang memusing cari
Tawakal ajelah berdua sama Auni
Sbb ain & adeeb dah tido kat hotel
 
Next day -bangun pagi mengemas
Breakfast & check out
Sempat ke JPO-sajer nak tgk apa yang best sgt
But untuk orang yang bukan branded conscious rasanya JPO bukan untuk aku
Masuk jugak few boutique..Coach,Fossil,Gap..
Takdelah best sgt!
 
Apapun meh layan gambar yang ada dlm hp nih
Buat kenangan mama
So next time kena repeat jugak ke JB
Sebab tak puas hati berjalan kali nih


Dah semua anak2 x sihat
Nak berjalan pun x seronok sgt
Tunggu anak2 besar sikit
I/allah akan datang JB balik
Moga panjang umur mama & papa
Murah rezeki...ada masa,pasti akan ke JB lagik.
 
baru kuar bilik hotel-Silka JB
 
@ Hello Kitty Town
breakfast time
muka mama tak cukup tido!
HKT lagik
@JPO
@JPO lagik
queue nak main salin2 baju HK katanya!

03 January, 2015

JB Day 2-Hello Kitty Town

2nd day-bangun pagi bersiap
Bersilat menyiapkan anak2
Turun cafe untuk breakfast
Memang usually cari hotel yg provide breakfast
Selamatlah RM20 kan..

 
Breakfast spread...alhamdulillah macam2 jenis
Yang paling win bila waitress memusing offer tempe goreng cicah cili kicap
Wah!!mmg sedap
Dah sudah makan


On waze masuk keta
Ke Nusajaya kita
Disebabkan Adeeb x sihat
Maka hanya pergi satu tempat sahaja.


Hello Kitty Town
Jadikler utk anak dara berdua tuh
Ikutkan mmg xmo nk pg sbb Adeeb sakit
Tapi kesian tgk Ain & Auni yg teruja nak pg sejak dr umah lg
Tawakal ajelah
Lgpun dah sampai ..bu

kan sng nak smp JB lgk.
Adeeb boleh kata 70% masa hanya dalam stroller & mmg x bg dia kuar merayap sgt
Rega tiket RM55 seorang dgn MY id
Mmg xde apa sgt..


Budak2 aje yg excited
Kalo nak pegi lagi..rasanya tak ler kot
Sbb xde apa yang menarik
FM pun mahal ya rabbi kat dalam tuh
Makan,minum pun expectedlah reganya
Air kotak susu RM4..

 
Apapun kalo ada rezeki
Akan dtg lagi..mungkin ke Legoland pulak
Kali ni datang Adeeb sakit
Makanya tak berani nak berjalan ke sana

Mari kita layan gambar yang sempat diambil buat kenang-kenangan

ini kt entrance HKT
temankan Adeeb main..
sessi pakai baju ala HK katanya
kaler cookies HK..x sedap pon!
Gold HK
Ini tumpang bergambar kat luar HK tuh

26 October, 2014

Wall climbing -Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya


Tadi terajin bawak anak2 berjalan
Konon2 nak bagi anak2 beriadah
Kuarkan peluh
Jadi bawak budak2 ke Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya

Apa yang menarik?
Ada tempat khusus utk budak2 wall climbing
Giler seronok bdk2 memanjat




Pada awal2 kak Ain & Auni gayat jugak
Tapi Auni jenis high determination
Dia cuba dan cuba smp boleh
Sgt impress mama ko nak...

Trust me,budak2 mmg suka memanjat nih
Jangan risau pasal keselamatan
Bawah lantai tuh mmg disediakan lapik tilam yang tebal


See,adeeb bukan main seronok wpun tak leh nak memanjat

Utk yg berdekatan blh try datang
Jangan kata anak yang nak memanjat
Mak pak pun boleh mari sawan nak memanjat sama

Kahkahkah!!!

28 September, 2014

Misi cabut dari KL,jenahak bakar & review Langit Langi Hotel-weekend getaway Port Dickson

Serious lama tak pergi PD
Dari sebelum mengandung si Adeeb sampailah Adeeb nak masuk 11 bulan
Campur tolak dekat 2 tahun

Rabu lepas dah mula cari2 hotel thru agoda,booking.com
Tapi yang biasa aku booked sebelum nih-full house & yang tinggal pun-yang mahal2-rate rm500 onwards
A big NO lah sbb takde bajet byk macam tuh

Sampai Jumaat mmg x jupe lgsg yang berkenan di mata & di poket
So decided-cancel ajelah
Dok rumah ajelah weekend konon2nya

Pagi2 Sabtu
En papa volunteer nak carik hotel kat PD thru agoda lagi sekali
Ikut ko lah abang,mama nak tido
Kebetulan malam sabtu tuh
Adeeb meragam kaw2
Makanya mmg aku tak cukup tido 
Aku kata g cari,kang kul 12tghr kejut aku balik

Kul 11:55am dia kejut bagitau 
Dah jupe hotel & dia nak book hotel nama Langit Langi.
Oitttt hotel yang ada gambar lembu tuh ke?
Kebetulan aku ada ternampak dalam agoda tapi macam tak take notes sgt sbb ternampak gambar lembu..sbb wpun search PD-agoda selalunya akan tunjuk jugak area Sepang,KLIA

Jadi disebabkan en papa confirmed mmg kat PD
aku pun bangun kemas baju sorang 4 pasang
Baju adeeb byk sikit
Dan makanan utk adeeb yang paling penting
Dalam sejam-siap packing,bdk2 pun dah siap-terus masuk keta -jalan!

Memusing jugak cari hotel nih
Rupanya kat Batu 1 sbb Corus Paradise
Dan percayalah -hotel nih sgt baru
Masa kitorang sampai diberitahu hotel baru seminggu launching


Rupanya deretan shop lot -4 lot dari tepi kanan mmg hotel semua


Zoom dekat sikit!

En papa decide booked sbb hotel nih murah dalam RM85 termasuk breakfast & ada outdoor pool



See-ada pool okey.
Sila impress-sbb aku pun tak sangka hotel shoplot blh buat outdoor pool jugak
Merasa jugak berendam sama kanak2


Ini dalam bilik,ada katil queen satu jerk
Tapi kitorang standby bawak toto satu- bantal kecik2 3 bijik
Pakat bersempit-sempitan kat bawah
Ain/auni tido atas katil
Mama,adeeb & papa tido bawah
Fully aircond
Ada free wifi
Heater & coffee bar pun ada

Giler ahhh!!
Murah kan.. 

Selesai mandi anak2 mengaruk lapar
Mari kita ke Seri Mesra Seafood
Ini tempat wajib singgah kalo aku g PD




Percayalah Jenahak bakar kat sini serious worth to try
Sedap giler!
Rega RM 7.50 per 100g
Dan ada nasi lemak bungkus yang sgt sedap
Lupa pulak nak snap gambar
Ain suker betul
Total loss:RM84 
order ikan jenahak,tomyam campur,kailan ikan masin,nasi lemak,otak2-air buah 4 gelas,telur dadar..

Balik malam tuh-mmg pengsan awal
Motip-bosan takde apa nak layan kat tv
Dah papa tgk bola

Esok pagi
Bawak budak2 g breakfast buffet
Takdelah meriah sgt tapi still ok
Selamatlah duit rm20 kalo g breakfast kat luar kan
Ada nasi lemak,kuih 2/3 jenis,mushroom soup,kopi/teh,roti,cereal
Jadikler..lupa nak amik gambar
Bersilat dgn si Adeeb

Pas breakfast g pantai teluk kemang
Mmg nak suh budak2 mandi laut pun
Sampai aje orang tak berapa nak ramai Mmg nak kuar pagi pun spy tak panas sgt
Sewa hut aka kanopi sekali kerusi meja rega RM30
Dah lupa bawak tikar maka nak selesa kenalah sewa kan


Gambar jauh guna henfon jerk
Mama tak terjun laut
Sebab jadi "jaga" beg
Tukang beli makan

Abis mandi dlm 11.15am
Bersiap & balik ke hotel
Utk check out!

Kos peghabis cuti2 marhaen nih
Tak sampai RM250

Jadikler kan
Nak bagi anak2 happy 
Mama papa pun tumpang release stress sekali sekala

Bagi aku nak bercuti hujung2 minggu nih
Kena cari tempat yang dekat2
Ada proper plan
Dan jangan banyak sgt tempat nak melencong
Lagi2 yang ada anak kecik macam aku
Diorang cepat penat tak macam kita kan..
Kena amik kira time tido anak2
Dan yang paling penting
Timing betul2


Dan paling penting
Stroller wajib ada
Anak kecik nih tido tak tentu masa 

Ok,selamat merancang bercuti2 Malaysia

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...