Antara benda yang kami sekeluarga tak jangka langsung
Adalah mak akan diserang sakit jantung aka heart attack
Selasa (20/10) lepas ber-vc dengan mak
Dia mengadu sakit dada & rasa angin
Aku pun cakap dengan mak
Takut jantung aje mak
Sebab sakit jantung ni sakitnya lebih kurang sama macam simptom gastritis
Tapi mak kata xde apa
Ok aje ni
Rabu masih tak sihat
Tapi masih pergi ke pusat dialisis seperti biasa
Semasa dialisis dijalankan,selain bp tggi,oksigen drop
Centre buat ECG & refer terus ke HPJ
Result ECG memang x cantiklah
So Rabu mak berada di ED,diagnosed Heart Attack-aku cabut lari dr opis pkl 1 lebih
Sempatlah melawat dia di ED
Nampak penat,dan aku xmo berlama2 sebab mak x berenti bercakap spjg di ED
Keluar dr ED,balik rumah dulu
Malam tu pg makan luar dulu baru lah aku ke HPJ
Dengan harapan mak dah dapat bed
Aku smp lebih kurang 8.40pm,mak masih di ED
Aku sejam sekali masuk tgk mak
Dia elok tido cuma mengadu sejuk
Aku dok mereput di luar ED
Smp 1 lebih mak masih xde bed
Aku plak dah mengantuk gila2
Alih2 masuk semula ke ED
Bgtau mak aku balik dulu,esok aku mai semula
Mak pun kata ok aje,lgpun mak di ED -side monitoring memang semedang ada Doktor/Nurse dekat area tu
Next day mak dah dapat wad,run HD seround
Tido semalam di wad
Dan keesokkan harinya mak dibenarkan discaj
Doktor buat referral ke IJN
Insyallah 2/11 ni mak akan ke IJN
Jumaat-Ahad mak berada dirumah aku
Aku uruskan makan minum & ubat2 dia
Nampak ok sihatlah
Ahad pagi mak dibawa balik ke rumah adik di Putrajaya
Isnin 26/10/2026-mak pg HD semula
Jadi kes yang hampir serupa,mak sesak nafas
Sekali lagi mak dikejarkan ke HPJ
Apa terjadi
Doktor kata paru2 penuh air & jantung mak bengkak
Mujur mak x berlama2 di ED
Mak ditempatkan di HDW ACCU-Institut Endokrin
Wad mini ICU untuk kes jantung
Wad ni tak boleh ada waris menunggu
Risaulah jugak sebab mak dia takut ditinggal berseorangan
Waris hanya boleh masuk waktu melawat shj
Mlm tu aku tgglkan mak pkl 9pm
Itupun lepas kena halau dengan nurse
Next day aku dtg melawat mak ptgnya
Alhamdullillah mak nampak segar,oksigen mask pun dah pakai yang low concentrate tube
Mak ditahan di HDW sampai Rabu tgh malam
Semalam mak dah dipindahkan ke wad biasa & discaj ptg smlm
Dan hari ini mak ada dirumah aku semula
Sujud syukur!
Semoga rawatan di IJN akan dipermudahkan hdknya
Ameen YRA








