Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

25 May, 2026

Mohon doa di hari Tarwiyah :)

Jumaat minggu lepas aku berkesempatan telefon terus Sales Manager branch yang aku order kereta tempohari
So memang terang lagi bersuluh,yang kereta tu takkan dapat sebelum Raya Haji ni
Aku pun mesej husband terus bagitau

Mula2 aku bercadang nak sewa kereta untuk balik Terengganu
Ada few-lah quotation kereta sewa yang aku dapat
Balik keja bincang2 lagi dengan en papa
Tup2 dia bagitau dia ada mesej 1 SA kat KT mengatakan kat sana ada 1 keta ready stock varian & warna yang sama kami order tempohari.

So kami contact SA sana-aku bgtau kami dah signed loan dgn MBB Selayang
Katanya,xleh guna sana
Kena re-submit loan bank di KT--yang ni memang aku pun xfaham sgt
Aku pun kamikaze submit document yang sama aku submit tempohari
Sabtu dlm pkl 3pm aku terima notifikasi MAE mengatakan loan aku dah lulus





Semalam bank KT courier document ke Puchong branch
Kalo document selamat smp hr ni,mmg aku kena g sign hr ni lah

Aku jugak prepare surat untuk pertukaran dealer-reason aku perlukan kereta dengan kadar segera
Aku malas dah memikir hal lain
Malas nak memikir bila orang kata-SA sedia ada dah buat keja dia
Aku sebenarnya kalo SA sedia ada ni tak menipu aku sanggup aje tunggu dia
Ini dah lah menipu,lepas tu ghosting aku plak
Bak kata orang
Adab dulu the rest will follow

Aku sebenarnya bukanlah orang yang suka menyusahkan orang lain
Tapi disaat ini,aku rasakan aku yang lebih teraniaya
Menunggu benda tak kunjung tiba!
Lagi haru bila telefon dealer kata mungkin paling awal sebulan lagi.
Itupun xde confirmation lagi.

Jadi aku nak mintak doa kawan2 di Hari Tarwiyah ni
Doakan urusan kami suami isteri dipermudahkan hari ini
Moga boleh sign document hari ini
Dan SA boleh proceed register kereta kami
Ahad insyaallah kami boleh dtg collect kereta

Kami sekeluarga akan beraya di Putrajaya rumah adik aku
Aku pun akan masuk keja Khamis-Jumaat ni
Dan kalo kereta tu ready,Sabtu atau Ahad kami akan pulang ke Terengganu
Tak tau lg naik flight atau aci redah naik bas aje
Lepas hantar Auni ke KB Isnin nanti
Barulah kami balik ke KL semula

Ya Allah,Ya Baariq
Aturkan perjalanan kami
Permudahkan urusan kami
Berikan yang terbaik buat kami sekeluarga
Dia yang maha mengetahui buruk baik sesuatu
Kami tiada daya selain dengan izin Allah swt semata2








15 May, 2026

Jadi Duyufurrahman-tak berangan ke kita?

Rasanya dah 2-3 minggu feeds FB aku rancak tengok pelepasan jemaah Haji Malaysia menunaikan Haji
Walaupun xde sorang pun ahli keluarga kami mahupun dekat ataupun jauh terpilih menjadi Duyufurrahman tahun ini
Tapi bila tengok reel/video yang dikongsikan di socmed -kaum keluarga menghantar jemaah haji
Tetaplah ada rasa sayu sebak dalam hati

Sungguhlah jemputan menunaikan haji ni memang bukan untuk yang berduit
Tetapi untuk yang terpilih sahaja
Tapi tak dinafikan wajib ada duit,sebab kos menunaikan haji di Malaysia sumpah tak murah
RM30k asas-belum termasuk duit belanja,kelengkapan,vaksin dsbgnya
Belum lagi nak kira belanja yang perlu ditinggalkan di tanahair untuk anak2 yang ditinggalkan,terutamanya jika masih bawah tanggungan-kena standby bayar bil utilities in advance 2 bulan,dan mungkin kena hirer caretaker jaga anak2.
Bukan sedikit RM yang perlu dikorbankan

Jadi tak heranlah orang sanggup bergolok gadai,jual harta benda yang ada mencukupkan keperluan ke sana
Sebab jemputan haji ni umpama kad jemputan khas yang hostnya Allah swt
Dia yang memilih hambanya yang layak jadi tetamuNYA
Dan kita sebagai hamba,wajarkah kita tolak jemputan yang teragung ini?
Pastinya kita harung 1001 ujian getir dihadapan asalkan kita berjaya diterbangkan ke Mekah kelak.

Apakah preparation sekadar menyediakan wang ringgit semata?

Tentulah tidak kan..berderet lagi tick box yang perlu kita perhatikan

Jaga solat 
Bayar hutang (jika ada)
Pastikan kesihatan tip top
Make sure anak2 faham-(fasa ditinggalkan) dan kemampuan kita menangung anak2 sewaktu ketiadaan kita ditanahair
Keselamatan,kebajikan anak2 amanah no 1 -kita taknak meninggalkan anak buta2
Anak2 perlu jadi priority utama sebelum kita buat keputusan besar menunaikan Haji
Settelkan urusan hal ehwal anak2 dahulu-the rest will follow kata omputih
Mendidik sabar
Mendidik husnudzon
Mendidik nafsu

Aku tau bunyi macam palatao
Sementara aku masih belum layak atau jauh lagi dari giliran panggilan
Tapi observation bertahun2 melihat orang ke Mekah,ditambah dengan aku yang suka membaca & cari tahu 
Aku buat kesimpulan rambang yang pada dasarnya sama utk sumer orang
Kita hanya nak ALLAH SWT pandang kita dengan kasih sayangnya,redhaNYA,semoga Allah swt melihat pengorbanan kita yang kecil dengan kasih sayangnya
Semoga dosa2 kita seluas buih dilautan Allah swt ampunkan

Pernah terbaca tulisan arwah Prof Dr Muhd Kamil
Pekerjaan HAJI ini adalah life hacks yang Allah swt sediakan laluan beserta tatacaranya untuk kita masuk SYURGA
Soalnya kita mahu atau tidak sahaja?

Kawan2,dosa kita banyak umpama buih dilautan
Tak mahu ke kita ke sana
Mintak Allah swt ampunkan dosa kita & kembali seperti fitrah bayi
Kita memang rasa misi mustahil hari ini
Dengan duit yang cukup makan sampai menunggu gaji bulan mendatang
Tapi sifir rezeki dari Allah swt ni kita tak tahu jalan kiranya

Mari kita sama2 berniat & berusaha menunaikan Haji
Diwaktu usia masih muda,disaat kita masih sihat
Kerana pekerjaan haji ni tak semudah yang kita baca
5hr masy'air umpama (perang) kesabaran,diasak diuji kiri & kanan
Lihatlah diagram pekerjaan haji seperti dibawah;sumber pak google




Sanggup kah kita atau bolehkah kita bayangkan kita dalam jutaan umat yang sama2 dimedan perang dengan kita?
Masyaallah,membayangkan sahaja aku dah meremang bulu roma

Jemputlah kami,Ya Allah
Berikan kecukupan,keluasan rezeki yang barakah
Semoga ada kesempatan kami menunaikan Haji secepat mungkin


Lautan putih dihadapan Kaabah.Aku pernah berpeluang bersolat dihadapan Kaabah pada malam terakhir kami di Mekah ketika menunaikan Umrah.Sungguhlah,rasanya tak dapat explain dengan kata-kata.














08 May, 2025

20th Anniversary & Pelan cuti sekolah

Last 30/4/25 merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan aku & en papa yang ke 20 tahun.
Kami dulu nikah gantung,majlis besarnya bulan 8
Reasonnya bernikah awal 4 bulan sebab en papa kena isi form untuk posting sebab masa tu en papa masih di IPG Jitra.Konon2 takmo kena posting jauh Sabah/Sarawak sebab mostly lulusan Agama mmg KPM suka sgt hantar posting Borneo.

So bernikahlah kami seadanya-aku yang ulang-alik JAWI settelkan dokumen permohonan nikah,ke masjid Putrajaya hantar borang dan booking Qadi dsbgnya
Masa tu buat sekadar ada aje,tak beria macam orang lain.Gambar nikah pun bukan main kelam lagik.

Awal nikah kami x berduit pun,kereta pun xde.Sedih tak sedih.But kami survived hidup susah berdua.Start dari kereta Perodua Kenari sehinggalah bertukar2 kereta selepas itu.Dari hidup berdua sampai hidup berenam.Betullah orang kata rezeki orang mendirikan masjid ni,lain sifirnya.Alhamdulillah,x pernah lagi berlapar xde makanan.Anak2 kami sekolahkan sebagaimana orang lain.Ada duit makan luar,ada duit lebih lagi kami berJJCM jauh sikit.Takde duit dok senyap2 dalam rumah.

Suami adalah betul2 hadiah titipan Allah swt buat aku.Dia banyak mould siapa aku skrg ni,banyak tone down rebel aku.Banyak didik aku jadi manusia yang penyabar dan redha menerima aku seadanya.Dia bukanlah romantik & begitulah jugak aku.Bahasa cinta dia adalah Act of Service,Dia make sure apa aku nak makan,dia cari dia belikan.Dia x pernah komplen rumah bersepah,sebab dia faham aku jugak keluar bekerja sama macam dia.Dia x cerewet makan cuma cerewet tang nak beli baju atau barangan personal dia.Kadang2 menyampah melayan masuk kedai berpuluh2,1 pun x jupe yang dia berkenan :(

Tapi tetaplah dia suami yang baik.Ayah yang baik buat anak2 kami dan yang paling penting dia adalah menantu kesayangan mak aku.HAHAHA!!

Semoga kami berdua panjang umur & gigih membesarkan anak2 kami belajar setinggi boleh.Dan yang paling penting semoga rumahtangga kami jadi ladang pahala buat kami berdua,semoga terus bahgia-membahgiakan buat selama2nya.

Kembali ke kisah berangan aku entry sebelum ni.

Begini ye,kisah renovasi berangan aku tu
Tak nampak cara atau tak nampak cahaya
Kontraktor yang kami biasa tu
Tak available & aku plak malas nak recce kontraktor lain
Takmo amik risiko pun ye jugak

So as usual
Mulalah berangan nak berjalan bawak anak2
Takpun pi bayar depo pi buat Umrah September nanti
Sempena besday yang 46 tahun kekdahnya
Tapi tu lah..contemplating sgt
Nak pegi situ,nak buat itu,nak beli ini
Manusia kan..sumer benda ko nak ye

Setakat ini ,masih menunggu update dari jadual final exam Ain
Kalo ngam bolehlah rancang bawak anak2 berjalan jauh sikit cuti bulan Mei ni sebelum raya Haji nanti.
Tp as usual lah,angan2 mak jenin dulu
Sekarang nak berjalan ke mana pun kena tunggu jadual Ain dulu sebab cuti Ain dah tak sama dengan adik2 lagik
Nak berjalan tanpa Ain pun x seronok jugak sebab kami anak beranak dah terbiasa berjalan memang sumer anak2 ada belaka.

Tahun lepas aku bawak anak2 ke Pulau Perhentian,tahun ni rasa macam nak ke KK- wpun tix super israhell sgt harganya ttplah mak ko gigih ye.
Tak dapat panjat Kinabalu,dapat smp ke kaki gunung pun mujur dah!


Sebab memikirkan bila lagi nak ada masa yang sesuai dengan anak2.Kadang2 memikirkan tak tau panjang mana umur kita.Ntah2 esok lusa habis umur,kita tak tau.
Memikirkan duit mmg takkan habis,kadang2 pikir peghabis aje apa yang ada.Kita penat2 cari duit pun  untuk anak2,dah kenapa nak kedekut sangat berbelanja.Kita nak create moment bersama anak2.dan masa berlalu takkan berulang tapi moment will remain thousand years.Gittewwww!!
Tapi bila fikir semula,kang aku xde duit.Sapa pulak nak lanting RM50 RM 100 bg kat aku kan..nan hadooo..

So aku amik jalan tengah
Belanja berpada2
Simpan pun berpada2
Jangan sampai nak bersengkang mata cari duit
atau jangan sampai ikat perut x makan2
Aku punya prinsip menyimpan adalah 
At least ada 3-6 bulan gaji kami laki/bini
Belilah emas bekukan duit cash kat tangan
dan pedulikan tentang anggapan orang lain
Kita hidup tak mintak makan kat orang pun mujur

Next aku try hupdate lagi
Jadike plan berjalan kami cuti hujung bulan ni
Atau sesama melangut kat rumah aje

Semoga angan-angan aka niat baik aku Allah swt permudahkan hdknya kali ni










15 April, 2025

Edisi BERANGAN itu gratis ye!!

Aku taktau orang lain
Tapi setelah beberapa lama
Orang lain bersiap rumah sebelum raya
Aku plak lepas raya baru sibuk nak persiap rumah
6 tahun lepas aku renovate rumah pun lepas raya
Jika ada rezeki bolehlah invest renovate rumah dengan kontraktor.

Kebetulan aku ada duit terpijak sikit
Aku ingat nak buat small reno kat rumah tu
Hajat dihati nak pasang tiles dengan kontraktor untuk bilik ditingkat atas.
Tiles bilik Auni & bilik master tu memang wajib tukar dah.
Kami dok bertangguh2 nak buat sebab membayangkan betapa hauknya rumah bakal jd disaster angkara hacking tiles lama tu
Tapi suka ke tak suka ke wajib kena tukar dah tu-dah tahap merbahaya sebab tiles sedia ada dah menunggu nak meletup aje
Dah ada yang pecah pun,kami cover dengan karpet aje buat sementara waktu

Keduanya nak tukar parquet kat tangga yang mula tercabut gamnya disana-sini
Nak pasang tiles aje kalo boleh.
Ketiganya nak pasang plaster ceiling dengan kontraktor yang buat servis pasang plaster ceiling  kat living hall dan hacking dinding pembahagi ruang antara living hall & dining.
Jadi Living hall & dining akan sharing satu plaster ceiling yang memanjang

Suka betul design PVC plaster ceiling macam ni


Ketiga kalo ada extra duit nak pasang aluminium folding door kat wet kitchen
So dpt membahagi ruang dining & wet kitchen tu sekaligus.

Ini memang lama dah aku letak dlm wishlist


Keempatnya kalo leh nak cari kontraktor pagar  rumah dan trade in pagar lama kami di & amik trackless gates.Dah lama berangan pun.
But still lah itu jika ada extra dimana2.

Sumpah cantik!


Setakat ni list yang wajib adalah menukarkan tiles di tingkat atas shj-itu memang xleh nak dielakkan lagik.

Tetapikan....as usual aku ni kan jenis tak tetap hati jugak
Ada rasa macam sayangnya duit
Baik aku beli emas wpun harga melambung ke bulan
Takpun baik aku beli tix g Jakarta bulan Dec nanti
Itukan dream places to go kekononnya
Takpun book aje tix Umrah bulan 8 ni
Begitulah nafsu-nafsi aku ni kan

Dan kesemua plan ni belum dibincang secara rasmi dengan en papa
Aku sejenis buat dulu
Gadoh kemudian kekdahnya

Masalah utama sekarang
Kontraktor rumah yang kami biasa buat tu sedang occupied keja lain
Makanya memang setakat ni x nampak bayang kontraktor lain lagi
So pelan2 survey lagi ni
Separuh hati aku nak peghabis duit persiap rumah ni
Tapi tu lah-tengok apa keadaan terutamanya yang melibatkan bajet & ketersediaan kontraktor melayan projek picisan dari aku ni

Wish me LUCK gais!
Wpun duduk rumah murah
Tetap berangan nak rumah cecantik macam  rumah AlipSyukri nok!





11 January, 2024

Plan 2nd UMRAH @ 2024

Aku tak tahulah orang lain
Tapi sejak aku balik dr Umrah 2 tahun yang lepas
Hati aku macam meronta2 nak ke sana semula
Tahun lepas en papa dapat pergi ke sana buat kali ke-2
Rezeki en papa membawa jemaah Umrah
Masa tu dia bertugas sebagai Mutawwif yang berkhidmat secara sambilan dgn Emraz Travel

Minggu ni upline Hanami aku Saadiah up story ttg pakej Umrah murah 9h7m x sampai RM5K
Ishhhh murah sgt ni
Wpun jarak hotel jauh 2km tapi tetaplah tergedik2 rasa nak mendaftar
Ikut realiti xde pun allocation besar begitu disaat tahun ni berhajat menyimpan untuk Ain jika ada rezeki beliau nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi nanti.

Kisah orang nak buat Umrah ni
Senang kalo aku nak simpulkan dengan ayat
Bagi aku Umrah ni bukan untuk orang yang mampu tapi untuk orang yang mahu
Sebab bila orang tu Mahu-insyaallah ada jalan bg dia MAMPU
Aku pun x reti nak explain dengan ayat yang senang paham
Tapi niat kita nak kesana ni
Bila benarlah jemputan Allah swt tu ada untuk kita
Tanpa kita sedar ada aje rezeki kita untuk sampai kesana
Tak tahulah kdg2 mana dtgnya duit tu
Belum lg last minute tup2 ada duit masuk
ntah mana-mana dtgnya

Bagi aku lah,pengalaman aku berhajat nak buat Umrah ni masa aku sgt stress dengan keja dulu
Aku berdoa nak kesana
Nak mintak doa sungguh2 sebab rasa masa tu helpless sgt
Kerja stress,hutang banyak,hidup rasa x teratur
Anak2 kecik lg,sakit silih berganti masing2
Tapi tu lah,jemputannya hanya smp 7 tahun kemudian

Punyalah lama berdoa mintak Allah swt jemput aku & suami--tup2 tahun 2022 barulah kad jemputan rasminya sampai
Rupanya masanya tiba bila hidup aku stabil,anak2 dah mula membesar,dah boleh diharap
Kita banyak dosa,bukan hari ni doa esok Allah swt kabulkan
Jadi sbg umat Islam kita percaya doa adalah senjata kita
Angkat tangan & berdoalah tanpa putus asa.
Allah swt maha mengetahui 
Dia akan lepaskan doa kita satu-satu pada waktu yang tepat.
Bersabarlah menanti waktu yang tepat itu tiba.

So berangan nak ke Mekah semula Ogos ini.
Tumpang doakan semoga dimakbulkan hdknya niat ku ini.
Berangan tak salah kan,kita usaha apa yang terdaya,mana nak tau angan2 bakal jadi kenyataan.

7 bulan akan dtg ini
Kalo leh menyimpan RM300 X 7 : RM2,100.00
Bolehlah simpan duit poket nak kesana

Ada sapa2 nak join sekali
Meh bisik2..kita adjust gi sesama yek
Umur lebih 40 tahun kalo orang perempuan tak perlu mahram dah
Kalo jadi pergi kali ni
Rasanya akan pergi berseorangan
Tuh yang nak adjust carik kawan tu 

Mailer....












29 January, 2015

WISHLIST 2015- part 1

Wishlist 2015
Bear with me,akan ada few part untuk wishlist tahun ni

Antara wishlist tahun ni

Revamp bilik anak2

Kalo dulu kak Ain & Auni ada bilik berasingan
Tapi tahun ni sibuk nak tido sama2

Rumah kami ada 4 bilik tido
Tp mostly budak2 suker tido kat living hall
Suker sgt golek2 depan tv
Aku pulak yg rimas sbb kena mengemas pagi2
Kelam kabut jadinya

Jadi aku mmg berhajat nak revamp bilik anak dara ni
Kena usahakan letak 2 katil yg berasingan so msg2 ada space sendiri
Gitu....bab berangan

Ikea mmg byk idea menarik
Tp poket yg tak berapa nak menarik
Mahal!!
Kalo ada yg murah,means that yg x berapa nak berkenan di mata aku
Plain..pale...no no no!!

Bilik kanak2 perabut kena minimalis
Warna kena ceria-either cat @ cadar mestilah warna2 yg comel
Cukup ruang nak bermain
Ruang belajar & simpanan

Seee....im done research ok!

Jadi mari kita berangan
Sambil layan gbr dr pak Google

Utk orang yang x byk duit macam aku
Kena beli sikit2
Tak leh beli sekali harung
Mana yg blh DIY kita DIY shj

Jimatkan?


Yang mana satu pilihan kalbu?

Tepuk dada tanya selera ..tp yang plg berkenan merah putih tuh...cun kan?

16 January, 2015

2.0.1.5

Better late than never...kan!
Salam tahun baru semuà

Usia makin bertambah
Anak2makin membesar
Belanja makin banyak
Inflasi makin tinggi
Prepare untuk GST pulak..

Ini biasalah kan...

Tahun baru ramai dok renew azam
Aku pun ada azam aku sendiri

Azam nak memperbaiki solat
Takmo lewat2 solat lagik...
Dan pantau kak Ain solat

Apapun kena perbaiki diri dulu
Baru boleh tunjuk contoh teladan pada anak2

Teringat kata ustaz sewaktu berkunjung ke rumahnya bulan lepas

Anak2 itu ikut acuan ibubapanya
Kalo bagus acuan mak ayahnya
I/allah menjadilah anak2 itu

Ayat yang sungguh ringkas
Tapi deep!!!

Banyak lagi azam lain

Kena usaha lebih gigih lagi
Tahun lepas aku dah berjaya tutup semua kad kredit..alhamdulillah
Tahun ni kena usaha kumpul duit untuk simpanan anak2 pulak.

Ada 2-3 benda yang tak tercapai tahun lepas
Redha ajelah..bukan rezeki kan..

So carry forward tahun ni
Terutamanya bab nak beli MPV tuh
Takperlah berangan pun
Cita2 itu mmg perlu datang dgn angan2 dulu

Apapun kena settlekan segala hutang dahulu  sebelum nak buat hutang lain

Kena muhasabah diri dengan dugaan yang pernah aku lalui sepanjang tahun lepas
Belajar dari pengalaman
Dan didik diri supaya kawal emosi,jangan mudah percaya pada orang & yang paling penting-belajar jadi selfish sekali sekala supaya tak mudah diperkotak-katikkan.

Teringat ayat ni
Bila kita ingat Allah,Allah akan selalu ingat kita.

Apapun kesimpulan disini

Buat apapun
Selalu ingat Allah

Semoga kita dibawah rahmatNYA
Diberi perlindungan & hidayah Allah selalu
Salam pagi Jumaat

14 January, 2015

Seru!!

Tak tau kenapa
Sejak seminggu yang lalu
Macam jadi angau
Sampai termimpi2
Nak ke Mekah,nak buat umrah

Mula2 buat x tahu jer
Mungkin sbb Maulud nabi baru nih kan
Tapi bila tahap sampai termimpi2
Terkejut2 tengah malam
Rasanya memang lain
Meremang bulu roma bila teringat mimpi melihat kaabah depan mata..

Aku mula browse around
Blog mereka2 yang dah sampai sana
Kos2 yang terlibat
Ittenarynya
Gambar,aktiviti di sana
Serta tip2 berguna
Aku jugak sedang baca pengalaman mereka yang bawa anak-anak kesana

Inikah orang panggil seru?
Wallahuallam!!

Sedikit sebanyak
Ada impian dari dulu
Nak buat haji sebelum umur 45 tahun bersama kekasih halal ku-en papa
Sebelum umur makin tua
Sebelum penyakit datang bertandang
Supaya tak menyusah sapa2

Kena kerja kuat lagi
Kumpul duit nak ke sana
Dan kena banyak lagi ilmu nak kena cari
Moga Allah permudahkan niat ini

Cemburu tengok orang yang dah sampai sana
Siap bawa anak-anak
Allahuakhbar...seronoknya mentarbiah anak begitu!

pic:google
 









07 September, 2014

Berangan -Laundry Area

Aku ada satu benda
Yang teringin nak buat
Bila ada rumah sendiri

Selalulah berangan
Bila tgk citer mat saleh
Features pasal laundry area
Alahai cantiknya
Kemas aje kan..

Kat rumah
Ada satu ruang kosong yang terbuka
Betul2 bersebelahan main hall
Sekarang ni mmg letak mesin basuh kat situ
Tapi nampak macam tak proper
So ingatnya kalo ada rezeki mmg nak revamp tempat tuh jadi laundry area

Jadi mari kita berangan
Tgk laundry area

Sources: pak google


Yang ini-sesuai utk ruang kecik,but still stunning ok.Mana nak carik washer merah menyala itu..giler cantik!!


Yang ini simple
Putih,kemas & idea open shelf tuh sgtlah sesuai kan..


Ok..yang ini mmg mengancam
Jaw drop!!

Sgt feminin kan
Colourful
Dan lighting tuh..hoiiii cantik weiiii!!


Yang nih pun sesuai utk ruang terhad
Simple minimalis kekdahnya
Tak byk aksesori
Tapi still cantik


Ini pun not bad
Rasanya yang ini kita boleh realisasikan
Dengan idea DIY guna produk IKEA
Berlambak aje brg2 kat IKEA tuh
Asal ada ongkosnya
Semua beres!!

Dan ini..
Mmg simple & sangatlah aku berkenan
Kemas jer kan..

Haissshh seronok tgk gambar cantik2
Silalah berangan
Berangan kan percuma!

Ada yang sawan macam aku?
Agak2 berapa bajet nak revamp nih ?


19 February, 2014

Sawan Baking!

Aku sekarang giler
Atau obses
Atau terkenan
Atau suker

Baking!!

Aku mmg tak pandai baking
Takde pendedahan pun pasal baking
Langsung takde
Zero point kata orang
Takde asas langsung
Mak aku jenis tak reti bakar2 kek
Kuih raya jauh sekali
Makanya,memang jelas sekali aku mmg tak tau apa2 ttg baking

Tapi tak tau kenapa
Sejak Adeeb lahir
Keobsessan pada baking2 nih 
Makin menjadi2

Aku google resepi mudah2
Kata orang panas enjin
Seriously,aku takde oven canggih pon
Dulu aku beli oven murah jer kot
Tak sampai RM80 kat Tesco
Motip-nak wat puding roti jer kot
Sbb suami suker makan benda alah tuh

Loyang pun ada 2-3 jer kot
Itupun dulu beli sebab suka buat puding
Mixer langsung takde
Baking tools lagiler takde

So aku start baking dengan resepi yang mudah
Tak perlu mixer
Dan tak perlu bahan yang banyak

So misi tahun ini
Belajar baking sampai boleh buat kek birthday anak2 sudahlah
Tak payah beli2 dah
Mahal tuh kek sekarang
1/2 kg chocolate moist pun sampai RM45!!

Weekend lepas aku gigih buat 
Orange blended cake
Paling senang
Guna blender ajer!!



Walaupun macam overbake sebelah bawah
Tuh yang nampak hitam sikit
But still rasa boleh makan jugak
Kena cuba & cuba lagik

Sekarang rasa macam nak kena attend kelas baking jugak
Bukan nak meniaga pun
Just nak puaskan hati diri sendiri
Dan baking utk ahli keluarga sahaja


Jadiler kan!!

Wish me luck

Sedang kumpul duit

Nak beli mixer
Loyang2
Baking tools
Mould

Katanya perlu
Utk sumber inspirasi!!

Kannnnnnn!!!!





Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...