Jumaat minggu lepas aku berkesempatan telefon terus Sales Manager branch yang aku order kereta tempohari
So memang terang lagi bersuluh,yang kereta tu takkan dapat sebelum Raya Haji ni
Aku pun mesej husband terus bagitau
Mula2 aku bercadang nak sewa kereta untuk balik Terengganu
Ada few-lah quotation kereta sewa yang aku dapat
Balik keja bincang2 lagi dengan en papa
Tup2 dia bagitau dia ada mesej 1 SA kat KT mengatakan kat sana ada 1 keta ready stock varian & warna yang sama kami order tempohari.
So kami contact SA sana-aku bgtau kami dah signed loan dgn MBB Selayang
Katanya,xleh guna sana
Kena re-submit loan bank di KT--yang ni memang aku pun xfaham sgt
Aku pun kamikaze submit document yang sama aku submit tempohari
Sabtu dlm pkl 3pm aku terima notifikasi MAE mengatakan loan aku dah lulus
Semalam bank KT courier document ke Puchong branch
Kalo document selamat smp hr ni,mmg aku kena g sign hr ni lah
Aku jugak prepare surat untuk pertukaran dealer-reason aku perlukan kereta dengan kadar segera
Aku malas dah memikir hal lain
Malas nak memikir bila orang kata-SA sedia ada dah buat keja dia
Aku sebenarnya kalo SA sedia ada ni tak menipu aku sanggup aje tunggu dia
Ini dah lah menipu,lepas tu ghosting aku plak
Bak kata orang
Adab dulu the rest will follow
Aku sebenarnya bukanlah orang yang suka menyusahkan orang lain
Tapi disaat ini,aku rasakan aku yang lebih teraniaya
Menunggu benda tak kunjung tiba!
Lagi haru bila telefon dealer kata mungkin paling awal sebulan lagi.
Itupun xde confirmation lagi.
Jadi aku nak mintak doa kawan2 di Hari Tarwiyah ni
Doakan urusan kami suami isteri dipermudahkan hari ini
Moga boleh sign document hari ini
Dan SA boleh proceed register kereta kami
Ahad insyaallah kami boleh dtg collect kereta
Kami sekeluarga akan beraya di Putrajaya rumah adik aku
Aku pun akan masuk keja Khamis-Jumaat ni
Dan kalo kereta tu ready,Sabtu atau Ahad kami akan pulang ke Terengganu
Tak tau lg naik flight atau aci redah naik bas aje
Lepas hantar Auni ke KB Isnin nanti
Barulah kami balik ke KL semula
Ya Allah,Ya Baariq
Aturkan perjalanan kami
Permudahkan urusan kami
Berikan yang terbaik buat kami sekeluarga
Dia yang maha mengetahui buruk baik sesuatu
Kami tiada daya selain dengan izin Allah swt semata2
No comments:
Post a Comment