Yang ditunggu2 dah tiba
Aku dah selamat signed LOU di MBB Puchong tadi
So selesailah bahagian aku
Cuma menunggu SA buat kira2,untuk bayaran tambahan deposit yang perlu kami jelaskan
Kalo melihatkan kalendar cuti Terengganu
Terengganu bercuti panjang sempena Aidiladha
Sumer urusan rasmi akan bermula semula pada hari Rabu minggu depan
Jadi aku beranggapan hal ehwal,register kereta dsbgnya akan selesai pada Rabu minggu hadapan
So suka atau tak suka,aku kena ke Terengganu untuk collect kereta kami pada hari Khamis/Jumaat
Aku plan nak fly ke sana hari Rabu bersama anak2
Tido semalam di KT & amik keta kami hari Khamis tu
Mungkin singgah ke KB melawat Auni skjp
dan pulang ke Dungun semula
Bermalam kat kg 2 malam
Balik semula ke KL-Sabtu
Ahad ada masa sehari untuk berehat & twist mood anak2 yang akan memulakan sessi persekolahan semula setelah 2 minggu lamanya bercuti
Skrg husnudzon ajelah,semoga tak kena games aje lah dgn SA kat KT ni
Risau jugak,takut kena scam jugak
Aku ni tawakal ajelah
Sebab yang beria tukar dealer ni En Papa
So jika kena scam dsbgnya memang wajib gadoh lah
Sebab dia yang beria sangat-aku
Tak taulah apa nasib aku beli keta
Ini keta ke-5 yang kami beli dalam tempoh 21 tahun berkawin
Keta pertama Perodua Kenari
Elok dapat keta petangnya
Malam tu keta tu accident
Nak jadikan kisah tu lagi tragis
Aku yang duduk dikerusi penumpang ketika itu,tgh sarat mengandungkan Ain
Kereta kedua kami Toyota Vios-aku panggil Si Putih
Aku memang cadang nak beli kereta sebab aku baru bersalinkan Auni
Rasa macam x sesuai bawak Kenari dengan anak 2 orang
Tiap kali balik kg,jenuh nak adjust letak barang
Kereta tu-tak tau kenapa loan amik masa smp sebulan nak lulus
Tapi alhamdulillah lulus & elok aku naik keja lepas maternity-keta pun keluar
Vioslah kereta yang plg berjasa,aku pakai hampir 11 tahun lamanya
Lepas isu wear & tear-aku pun beli keta Aruz (aku panggil cik Tam)-lepas bersalinkan Affan
Sbgmana aku ceritakan kat post sebelum ini
Aruz xde banyak isu-kecuali kami terlibat dengan kemalangan
Merasalah kereta tu dalam workshop 2 bulan lamanya
Aku pun beli MYVI setelah 2 tahun beli Aruz,sebab terasa susah share kereta dengan husband masa tu
Ni lagi kelakar weii
Loan siap kena signed 2x sebab lapsed
Kereta aku lepas 6 bln baru release
Itupun warna yang aku nak,x dpt
Order biru dapatnya silver
Alhamdulillah,aku lenjan tahun ke-5 tahun ni
Tak berangan nak jual
Sayang aku dengan si Comel ni
Aku panggil dia Comel sebab saiznya kecik,senang aku mengelola Myvi ni
Tak banyak renyah orang kata
Dan keta yang terbaru ni
Masih x nampak bayang lagi
Tak tau berapa episod lagi nak hadap sebelum kereta tu kami terima
Harus jugak aku KOMPANG di-entry khas jika keta tu berjaya aku terima minggu depan
Tunggu yek!!!
Pendek kisah,keta kami sumer keta mampu beli
Bukan orang senang pun
Beli keta pun recce rebate smp muntah
Kalo leh sesen pun xmo kuar bayar deposit
Insuran pun asal ado
Celah mana senangnya tak taulah
Orang tengok kami mengata kami senanglah itulah
Tapi takperlah,kata2 satu doakan
Biarlah senang selalu
Hidup jangan menyusahkan orang hdknya
Selamat Hari Raya Aidiladha semua
Semoga bergembira bersama seisi keluarga
Raya ni hanya meriah bila ada keluarga aje
Kan...
No comments:
Post a Comment