Showing posts with label X90. Show all posts
Showing posts with label X90. Show all posts

03 June, 2026

Finally,tamatlah sudah kisah KERETA kami :)

 


Finally,setelah berbabak2 kisah drama beli kereta kami

Akhirnya selamat jugak kami terima  kereta pada Ahad minggu lepas 

Kami collect dari dealer di Kuala Terengganu


Semoga kereta kali ini

Memudahkan urusan kami sekeluarga hendaknya

Kami menumpang rezeki anak2

Kalo tak kerana rezeki anak2

Tak merasa agaknya nak boleh kereta baru


Nanti free sikit nak story pasal kisah kami ke KT

Sekarang tak berapa nak free

Nanti pelan2 kita ketuk keyboard











25 May, 2026

Mohon doa di hari Tarwiyah :)

Jumaat minggu lepas aku berkesempatan telefon terus Sales Manager branch yang aku order kereta tempohari
So memang terang lagi bersuluh,yang kereta tu takkan dapat sebelum Raya Haji ni
Aku pun mesej husband terus bagitau

Mula2 aku bercadang nak sewa kereta untuk balik Terengganu
Ada few-lah quotation kereta sewa yang aku dapat
Balik keja bincang2 lagi dengan en papa
Tup2 dia bagitau dia ada mesej 1 SA kat KT mengatakan kat sana ada 1 keta ready stock varian & warna yang sama kami order tempohari.

So kami contact SA sana-aku bgtau kami dah signed loan dgn MBB Selayang
Katanya,xleh guna sana
Kena re-submit loan bank di KT--yang ni memang aku pun xfaham sgt
Aku pun kamikaze submit document yang sama aku submit tempohari
Sabtu dlm pkl 3pm aku terima notifikasi MAE mengatakan loan aku dah lulus





Semalam bank KT courier document ke Puchong branch
Kalo document selamat smp hr ni,mmg aku kena g sign hr ni lah

Aku jugak prepare surat untuk pertukaran dealer-reason aku perlukan kereta dengan kadar segera
Aku malas dah memikir hal lain
Malas nak memikir bila orang kata-SA sedia ada dah buat keja dia
Aku sebenarnya kalo SA sedia ada ni tak menipu aku sanggup aje tunggu dia
Ini dah lah menipu,lepas tu ghosting aku plak
Bak kata orang
Adab dulu the rest will follow

Aku sebenarnya bukanlah orang yang suka menyusahkan orang lain
Tapi disaat ini,aku rasakan aku yang lebih teraniaya
Menunggu benda tak kunjung tiba!
Lagi haru bila telefon dealer kata mungkin paling awal sebulan lagi.
Itupun xde confirmation lagi.

Jadi aku nak mintak doa kawan2 di Hari Tarwiyah ni
Doakan urusan kami suami isteri dipermudahkan hari ini
Moga boleh sign document hari ini
Dan SA boleh proceed register kereta kami
Ahad insyaallah kami boleh dtg collect kereta

Kami sekeluarga akan beraya di Putrajaya rumah adik aku
Aku pun akan masuk keja Khamis-Jumaat ni
Dan kalo kereta tu ready,Sabtu atau Ahad kami akan pulang ke Terengganu
Tak tau lg naik flight atau aci redah naik bas aje
Lepas hantar Auni ke KB Isnin nanti
Barulah kami balik ke KL semula

Ya Allah,Ya Baariq
Aturkan perjalanan kami
Permudahkan urusan kami
Berikan yang terbaik buat kami sekeluarga
Dia yang maha mengetahui buruk baik sesuatu
Kami tiada daya selain dengan izin Allah swt semata2








19 May, 2026

Ujian menunggu & pelan jangka pendek Aidiladha

Kereta yang kami order sejak awal April 2026 masih belum nampak bayang lagi
Tau tak apa rasanya skrg?
Sumpah PANIK!!

Raya Haji insyaallah jika panjang umur kita adalah pada 27/5/2026
Hari ni dah 19/5/2026
SA as usual-bila tanya dia respon ayat selamat dia semedang
Sebelum raya blablabla..
Dia tak tau ke betapa kecutnya rasa perut aku 
Kurang lebih ada 8 hari kami nak balik kg

Cuti raya pun aku x submit lagi
Sebab tiada kepastian
Tak tau samaada ada ketanya atau tak?

Orang kata-insyaallah ada rezeki tu
Tapi being mak2 be like
Aku tak nafikan 
Fasa bertenang2 ni takde dah di hari ini
Tapi fasa nak mengamuk pun xde mood jugak
Sbb pointless mengamuk bila mana still ketanya x dpt jugak
SA tu bukan CEO,dia pun menunggu jugak
Cuma tu lah kesilapannya adalah menipu
Kalo sejak awal dia x menipu,aku xdelah rasa nak mengamuk sgt

Sekarang aku mengambil pendekatan
Ada rezeki-adalah kan..
Takde rezeki-kita sambung tunggu lepas raya
Kalo keta dapat lepas raya
Memang aku ada solid reason bambu SA aku kaw2

So buat masa sekarang
Tarik nafas dalam2
Take my sweet time
Ada masa ko kena buat gila jugak sekali sekala
Tapi pastikan timingnya sempurna

Sekarang nak push beria pun x guna
Dah janjinya sebelum raya
Kalo ikut kalendar
Sebelum raya tu pada 26/5/2026
So banyakkan bersabar menunggu 26hb

Kalo keta tak kuar
Memang beraya di rumah ajelah
Khamis/Jumaat aku masuk keja 
Sabtu-Selasa (2/6/2026) cuti panjang kan
Mungkin Ahad aku akan balik Terengganu
Tinggal Ain/Adeeb sama adik aku
Bawak Affan & Auni sahaja
Kami kena hantar Auni balik Kuala Berang
Auni ada kem 2/6 di SAHUT
Aku jadi x seronok kalo x htr Auni
Sebab lambat plak dapat jupe Auni semula

Sungguhlah,kita dah buat apa yang terdaya
Selebihnya kita serahkan kepada Allah swt semata2
Tiada daya & upaya kita
Allah swt Ya Baariq yang maha mengatur hidup kita

Sabar itu separuh dari iman kan?











14 May, 2026

Layankan aku merepek

Semalam aku tak pegi keja
Aku rasa tak best bila hari kedua adik aku mesej mengatakan mak mengadu sesak nafas
So semalam aku temankan mak sementara dia tengah dialisis
Dialisis centre mak terletak diTamarind,Cyberjaya,yang hanya 15 minit drive aje dr rumah aku

Aku belikan dia bubur mekdi
Sebab adik bagitau mak takmo makan nasik
Alhamdulillah,dapatkan makan 3/4 bubur mekdi tu

Mak nampak uzur
Bertambah kering tgk dia yang kena pantau had air minum
Makan pun x seberapa lalu sekarang
Mak baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-77 tahun 8/5/26 lepas
Mak berkongsi tarikh lahir dengan anak sulungku Ain

Hajat dihati nak bawak mak makan malam Sabtu ni kalo mak larat
Adik aku suggest plak sibuk mengajak makan kat Bangi 
Sekaligus cucu2 nak sambut birthday Opah sekalilah 
Bolehlah kot asalkan bukan fine dining mcm tahun lepas
Bil tahun lepas hampir 700.Pitam weii!

Bukanlah berkira nak belanja mak makan
Tapi RM700 bukan sedikit,cukup sebulan beli lauk basah rumah kami
So tahun ni memang strict cakap tengah2 bulan,duit tak berapa nak ada
Kebetulan banyak pakai habis duit minggu lepas ke Terengganu melawat Auni
So marilah berpijak di bumi nyata,duit adalah terhad di penghujung2 ni.
Mujurlah gomen gaji awal sikit bulan ni
Legalah satu bab

Dalam masa yang sama
Kami sebenarnya resah gelisah memikirkan kereta yang kami order sejak 6/4/2026 tak nampak bayang lagi
Dulu ketika buat keputusan untuk submit loan kereta baru
SA berjanji kereta boleh terima dalam tempoh 2 minggu
Sampai skrg apa pun xde
SA pun ghosting whatsapp
Geram pun ada

Menipu tu yang paling kita geram sekali
Kalo dia bagitau lebih awal mengatakan keta sekian2 boleh terima 
Kita takdelah rasa tertipu sangat
Ada separuh hati rasa nak canx order
Re-submit tempat lain,tapi sama jugak kesnya
Akan menunggu lagi & lagi
Biar dia rasa melopong x dpt sales
Sebab menipu tu aku susah nak husnudzon
Jadilah manusia yang amanah,berpegang pada kata2 
Ini semata2 nak secure sales-menipu hidup2

Sungguhlah susah aku nak berlapang dada 
Tapi dalam masa yang sama
Aku berdoa semoga ada berita baik minggu depan
Kami bercadang nak balik beraya di Terengganu raya haji ni
Dalam masa yang sama memang plan nak hantar Auni ke SAHUT
Sebab Auni kena balik semula ke asrama 1/6/26
Kesian plak dia kalo kami x hantar balik
Dah ler lama plak boleh jupe lagi nanti
Tapi bila takde kepastian macam ni
Aku pun x tau nak kata apa

Nak plan pun susah
Sumber pengangkutan utama kami xde 
Nak menyewa kereta dah tentulah aku rasa x mampu
Kami enam beranak,manalah muat naik kereta sedan
Nak sewa MPV berapa ratus pulak rate sehari,dan takkan nak sewa hanya sehari
Kami plan nak balik kg-Selasa sebelum raya & balik semula Isnin 1/6/26 selepas hantar Auni balik asrama
Belum termasuk kos minyak,tol dan makan serta belanja dapur di kampung
Jika kereta tak dapat sebelum raya
Memang tak nampak gaya cara kami nak balik kg

Sungguhlah susah hati 
Bila disuarakan pada en papa
Dia punyalah positif,dia takmo menyerabutkan kepala isterinya
Katanya insyaallah dapat tu sebelum raya..huhuhuhu!!
Aku plak Virgo be like- overthinking,observant & critical thinking traits
Memang tak larilah bab aku memikir wpun tengah tido
Susah nak ubah
Bad habit die hard kekdahnya

Tumpang doakan aku diberikan kesabaran setinggi gunung
Supaya aku tak bombard SA tu
Supaya aku tak buat yang aneh2
Aku ni bukan leh kira sangat bab memikir
Ada masa -gila aku takleh brain
Tindakan luar jangka aku selalunya diluar kotak
Ada benda yang kadang2 kita tak jangka
Dia akan datang idea merepek
Execution macam kilat
Sebab tu orang2 tua kata
Pelan tanpa pelan
selalunya menjadik!

Gittewww!!
















Post of a DAY

JJCM:NASI LEMAK WANJO,KG BHARU

Sabtu minggu lepas aku turun KL Kebetulan memang nak pg hantar beg luggage untuk abangku yang bakal menunaikan Umrah 28/9/2026 ni Lepas hant...