Showing posts with label Vios. Show all posts
Showing posts with label Vios. Show all posts

22 November, 2017

Si Putih

Syukur ke hadrat Ilahi,kereta dah siap Sabtu lepas kul 12 t/malam aku gi amik keta aku nun di Setapak Jaya.Kami terpaksa pegi lewat sebab aku attend konsert akhir tahun taska si Adeeb.Mujur ada Grab yang berdekatan.Total harga top overhaul,tukar segala mak nenek adalah RM 1039.00.Sangat berbaloi compare dengan quotation yang aku terima dari bengkel sebelumnya yang mintak aku RM2500.00.

 

Aku berdoa semoga kereta terus cemerlang berkhidmat untuk kami at least 3-4 tahun lagi.In case kami beli  kereta baru pun setahun dua lagi,aku tetap akan retain keta aku ni buat berulang-alik gi keja.Aku sayang betul si Putih ni, kereta ni loan atas nama aku.Loan kereta ni aku submit selepas aku lahirkan si Auni.Mula2 kereta pertama yang kami beli adalah Perodua Kenari guna nama suami.Bila selang 3 tahun aku bersalinkan Auni,kami memang plan nak cari kereta sedan yang ada ruang menyimpan,so aku try submit loan atas nama aku plak.

 

Mula2 aku hanya berminat nak beli Proton Persona aje sebab masa tu model Persona baru keluar tapi as usual en papa entah kenapa anti sgt dengan Proton..sakai!So end up beli Vios harga RM 69000.00 (RM20K lebih dari harga Persona) yang kami belek melalui brosur yang jupe kat Tesco Ampang,call sales person-dia dtg collect dokumen smp ke rumah.Punyalah efisien.Aku masa tu tgh pantang lagi.Nak bergerak kemana pun xleh kan..Proses submit loan kat Maybank yang macam haram sikit,punyalah rigid..nauzubillah..Dekat sebulan baru loan approved & baru leh collect keta nun kat Kg Bharu.Sampai sekarang teringat betapa seronoknya pergi collect kereta masa tu,kereta baru kan..Tgh2 hujan pulak tu..

 

Si Putih kesayangan aku ni setahun dua ni aje meragam sikit,pernahlah tersadai tepi jalan sebab meter minyak rosak-so kami tak tau yang minyak dah kering sebenarnya.Aku pergi betulkan-kena RM 230.00.Pernah jugak sangkut tepi jalan sebab bateri kong,merasalah duduk berpanas masa tu.Tukar bateri,elok terus.Accident sikit pernah jugak bulan 5 hari tu,merasa 9 hari duduk dalam bengkel claim insuran.Nangis 4-5 round xde keta masa tu.Dan yang terbaru ni kes overheated yang membawa ke bengkel-hancur lebur RM1K+.So far selain itu takdelah dia meragam sangat,kereta ni dah dekat 200k mileage dah pun.2 Major service done.Tiap 3 bulan aku mmg hantar servis yang biasa tu.

 

Harapnya takdelah major drama lagi dengan si putih ni..kesian kat tuan ko ni..dah ler miskin,tak berduit sgt-janganlah macam2 sgt yea..Sementara tuan ko tak berapa nak berduit ni,marilah kita berkawan baik2 yea..nanti kita gi jalan sama2 yea,,Esok lusa kita nak gi Penang,makan nasi kandar naaa!!

 

Tersebut pasal Penang,sekali lagi aku serabut sebab en papa tak boleh nak cuti,sedangkan kami kena sampai kat sana at least pukul 5pm.Dia plak abis keja kul 12tghr-mana sempat nak pecut ke Penang dalam tempoh 5 jam..giler!!Geram aku,takleh nak adjust langsung cuti dia.Aduhaiii!Stress 4-5 round aku..sebab kesian jugak kat abang aku-pakat ramai yang tak sempat nak attend akad nikah dia atas urusan kerja.Aku harap sgt yang en papa boleh cabut awal dalam kul 10am ke..supaya kami dapat tiba on time disana nanti..Doakan yea!

 

Oklah,sila layan gambar si Adeeb si gomok kesayangan mama sewaktu konsert akhir tahunnya Sabtu lepas.Seronok tgk dia tergelek2 menari,rasa nak kugigit2 aje budak bertuah ni.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

08 November, 2017

Drama sgt ko si Putih


Semalam aku ada tugasan kerja di Senawang.Pagi2 pulak kawasan perumahan aku black out-mujur baju sekolah anak dah siap iron cuma tudung aku aje yang belum sempat iron.Baju aku belasah aje baju yang jenis tak perlu iron segala.Jenuh plak semalam,dengan hujan pulak pagi semalam-dengan nak hantar Adeeb ke taska pulak.Sedikit huru hara aku jadinya.

 

Aku memandu menggunakan highway Elite Putrajaya-KLIA-Senawang.Aku bawak tak laju mana,tak cecah 100km/j pun sebab dok risau jalan licin kerana masih hujan.Selamat sampai ke Senawang dalam 1jam tanpa berhenti dimana2 perhentian RNR.Pukul 3.15pm keja aku dah settle kat Senawang so aku bertolak semula untuk pulang ke rumah.Baru masuk highway-baru smp ke Bandar Ainsdale temperature kat dashboard tu blink2 warna merah.Aiyokhhh seram mak!Nak stop kat roadside aku adalah penakut sebabkan kereta area situ laju2 dan ada potensi aku jadi mangsa in case ada manusia2 yang suka amik kesempatan diatas kesusahan aku time tu.Aku nampak stesen minyak tak jauh dari Bandar Ainsdale-aku stop betul2 sebelah stesen minyak & call heroku “en papa”.En papa advice aku stop kejap, bukak bonet depan & tengok coolant-tengok ada air atau tak?Dan dia advice aku jalan pelan2 menuju ke RNR terdekat sebab bahaya aku sorang2 kat situ.

 

Dengan lafaz bismillah & tak lekang mulut aku sebut “LAILAHAILLAHANTASUBHANAKAINNIKUNTUMMINAZZOLIMIN” sebab aku pernah terbaca jika kita dalam kesulitan-kita bacalah Dzikir ni berulang2 kerana tiadalah pengharapan selain daripada mengharapkan bantuan dari Allah SWT semata2 semoga dipermudahkan aku hdknya.Aku masuk highway semula-dalam 10 minit aku sampai ke RNR Seremban.Aku stopkan enjin,pegi toilet & makan.Aku tetap positifkan diri sebab aku tgk tangki coolant air masih ada ½ dan dok intai kat bawah kereta tak nampak sign air menitik menandakan leaking dimana2.

 

Adalah 30 minit aku melepak kat situ & memulakan perjalanan semula untuk balik rumah.Tak sampai 10minit kereta gerak-temperature sensor blink2 semula.Aku bawak habis slow wpun jenuh kena hon dengan kereta/lori belakang sebab slow-Slow tak slow pun dalam 80-90 km/j sebab kenderaan kat situ pakat laju2 belaka.Memang makan hon aje aku semalam tapi aku buat bodoh aje sebab aku dok lane paling slow dah tu-ko nak laju sila beralih ke lane kanan,bodoh!Aku istighfar banyak2,tak berhenti dzikir yang atas tu-sebab next RNR yang terdekat 30 minit jaraknya dari situ.Aku memang taknak stop kat roadside atas alasan2 keselamatan & aku pulak bersendirian-perempuan pulak tu.Aku gigih jugak memandu seslow yang boleh,offkan a/c & off radio-bukak tingkap sikit untuk angin.Kemujurannya tak hujan petang semalam & cuaca tak terik sgt.

 

Temperature still blinking sampai di RNR Dengkil dan aku yang degil ni takmo berhenti sebab jarak RNR Dengkil dengan exit Putrajaya hanyalah 5minit jauhnya.Aku pelan2 bawak sampai ke Plaza Tol Putrajaya.Elok aje aku lepas TouchnGo lane-terus hilang temperature blink2 tu.Sakai !!So aku buat kesimpulan dengan pengetahuan cetek yang aku ada mengatakan Sensor Board untuk Temperature ni dah kaput.Perlu ditukar..hahaha!!Cerdik sgt ko kan,kalah pomen kan.Kereta VIOS aku ni usianya dah masuk 8 tahun & macam2 penyakitlah dia mai satu persatu.Tapi kereta ni sangat berjasa pada kami sekeluarga.Pernah accident sekali sahaja,bulan 5 tahun ni.Merasalah aku car-less seminggu sebab tunggu insuran claim.Menangis weeeii takde kereta!Patah kaki..

 

Pagi ni bercerita dengan mak kisah kereta aku ni.Mak cakap “kamu kena cepat2 tukar kereta kamu tu,lagi lama pakai-lagi macam2 penyakitnya”Marilah berhuhuhuhu..Hajat nak beli kereta baru memanglah dah lama ada Cuma en papa tak berani nak tambah komitmen lagi buat masa ini.Tapi tak taulah,kot esok lusa en papa terbuka hati nak beli kereta baru kan..wallahuallam.

 

So petang2 ni ke aku akan ke workshop-tengok apa kata si Neoh tu pasal si Putih kesayangan kami sekeluarga ni.Semoga rosaknya tak merosakkan atau meranapkan poket mama /papa yea.Kami nak pakai duit ke Penang 2 minggu lagi…uwaaaaa!!

 

Tumpang doakan yang baik2, semoga Allah murahkan rezeki aku suami-isteri-semoga ada rezeki nak beli MPV hendaknya.Hidup zaman PM yang bijak laksana ni,kita rakyat marhaen pun kena bijak berbelanja jugak.Paham2 sudah!!

 

 

*ada sapa2 nak sedekah Mitsubishi Outlander yang merah ni?

 

 

 

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...