23 November, 2026

Bittaufik Wannajah-Auni Irdina

Aku baru sahaja pulang dr Terengganu semalam
Kami bertolak ke Kuala Berang pukul 6.40 am Sabtu
Selamat tiba di bumi KB pukul 12.15pm
Singgah KFC tapaukan makanan utk anak kawan yang maknya x dpt hadir semalam


Pukul 1pm tepat Auni hbs preps

Kami terus ke pekan KB
Kali ni mmg x berniat nak ke KT pun
Bawak Auni makan di SR
Belanjalah makan sedap2 sebelum SPM kan

Habis makan ke SMO Bookstore yang terletak di lot hujung dari SR tu-shopping stationery utk Auni


Lepas tu pi beli kasut sekolah Auni sepasang sebab kasut yang ada memang dah hancur lebur pun
Wpun dia macam malas nak beli kasut sebab katanya guna x smp sebulan
Tapi aku bising,sebab takkan nak sarung kasut koyak masuk dewan exam plak

Setel beli kasut,bawak g pasaraya beli jajan pulak dah
Beli bateri untuk kalkulator plak,sebab bateri yang ada weak
Elok plak nak SPM baterinya habis
Mujurlah kami ke sana ,or else sapa jugak nak diharapkan tukar bateri kalkulator anak ni
Paknya siap bawak screw driver dr rumah lagi

Smp semula di SAHUT
Melepaklah kami barang sejam dua
Melayan drama anak nak SPM ni
Maknya pesan berbakul2
Anak yang exam,mak pak yang debor teruk


Kak Ain aje yg x dpt ikut sebab dia pun prep utk final exam Sem 5 hr ni

Auni & drana aurnata berpisah riada


Proud parents be like :)

Kami suami isteri takde push Auni sangat
Sebagaimana kami handle Ain masa SPM 3 tahun lepas
Samalah jugak caranya dengan Auni
Tapi Auni dia sibuk sebut2
Auni nak bawak mama sama abah naik pentas nanti
Allahu anakku

Besar betul harapannya
Kami aminkan sahaja.
Apapun keputusan yang bakal dia terima tahun depan
Kami berlapang dada & mendoakan semoga direzekikan yang terbaik hdknya buat anak kami ini


Gambar hasil culik dr Grup SARANA-anak2 berkumpul sebelum masuk ke Dewan Peperiksaan.
Auni no 3 dari kiri (depan sekali)


Insyaallah paper terakhir Auni akan tamat pada 17/12/2026
Semoga dipermudahkan urusan anakanda kami & rakan2 ITQAN
Berjuanglah sehabis daya
Semoga beroleh kejayaan hdknya

Ameen YRA


No comments:

Post of a DAY

Bittaufik Wannajah-Auni Irdina

Aku baru sahaja pulang dr Terengganu semalam Kami bertolak ke Kuala Berang pukul 6.40 am Sabtu Selamat tiba di bumi KB pukul 12.15pm Singgah...