11 November, 2026

Happy 13th birthday Adeeb Ridzqin

Hari ni adalah hari lahir kesayangan kami;Adeeb Ridzqin
Anak yang aku tunggu2 setelah adanya 2 anak perempuan 
Mengandungkan Adeeb penuh 1001 drama berbabak2
Tapi alhamdulillah,dari 4 orang anak
Melahirkan Adeeb yang paling mudah
Maha besar Tuhan
Kisah melahirkan Adeeb disini


Putih2 melati nasa baby dulu :)


Adeeb anak aku yang tak banyak cakap
Tapi as usual tipikal anak sedang meningkat remaja
Rebel berpisah tiada
Kena bersuruh 4/5 kali nak buat satu2 perkara
Masih kena bising2 lagi maknya pun
Tapi Adeeb anak yang sensitif
Dia paling alert jika tgk maknya sedih
Paling clingy-paling expressive 
Dia tak malu cium pelok mama lagi wpun dah besar panjang


Bukanlah scorer-Adeeb nampak lemah dalam pelajaran
Dia antara produk hasil PKP
Bayangkan baru masuk darjah 1 baru 2 bulan
Dah kena kurung dek PKP hampir 2 tahun lamanya
Banyak ketinggalan serba-serbi

Tapi Adeeb berbakat dalam sukan terutamanya Ping Pong
Sehingga bermain untuk MSSD 3 tahun berturut2
Tapi setakat itu ajelah rezekinya setakat ini
Panjang lagi perjalanan nak wakil MSSM
Nak bersaing dgn player bangsa "c" yang kita ketahui memamg hebat main Ping Pong ni

Masa umur 5 tahun rasanya ni


Gambar raya tempohari




Sempena birthday Adeeb-mama doakan semoga Adeeb jadi anak soleh,berjaya dunia & akhirat
Mama doakan anak lelaki mama membesar jadi lelaki yang bertanggungjawab,yang faham agama & yang plg penting boleh jadi PEMIMPIN satu hari nanti.

Ameen Yaa Rabbal Alamin 

No comments:

Post of a DAY

Happy 13th birthday Adeeb Ridzqin

Hari ni adalah hari lahir kesayangan kami;Adeeb Ridzqin Anak yang aku tunggu2 setelah adanya 2 anak perempuan  Mengandungkan Adeeb penuh 100...