06 November, 2026

Bakal berMUSAFIR ke Utara esok!

Dengan izin Allah swt 
Esok selepas hantar Auni ke TBS
Dia akan naik bas anggaran pukul 11am ke Kuala Berang
Auni balik takat 2 mlm aje buat syarat tido kat rumah
Sebabnya ada kem pecutan SPM Sabtu malam esok
Kami sekeluarga akan bertolak ke Butterworth,Pulau Pinang 
Untuk menghadiri majlis walimah BFF suami sewaktu di UM dahulu yang akan berlangsung pada Hari Deepavali ini.

Ikutkan bukanlah berduit sangat sebab kos travel selalunya tak lari RM700 plg minima
Tapi mengingatkan wajah en papa yang berseri2 ketika menerima undangan walimah tempohari buat aku rasa marilah kita pg lagipun lebih 20 tahun en papa tak bersua muka dengan sahabatnya ini
Selalunya aku nak kemana pun,en papa tak pernah kata tak selagimana dia ada duit
Cuma semalam bila aku tanya nak pg kenduri ke tak?
Dia kata xde bajetlah Ma,aku kata xperlah aku sponsor kali ni
Nampaklah dia seronok semalam tu.

Cuma esok,berdoa banyak smg kami tak sangkut jem teruk ke Utara
Dan bertemu tempat menginap yang selesa & mampu bayar hdknya di Butterworth
Ikutkan abang aku ada aje tinggal di Batu Kurau tu
Tp segan plak sebab dia pun menumpang rumah mertuanya kan
Ataupun rumah pak sedara di Taiping
Tapi en papa kurang suka menumpang tido disana
Sebab sepupu2 aku masih ramai yang duduk disana
Jadi kalo kami pun sama tido kat sana,jadi makin ramailah kan
So tak selesa jugak menumpang rumah pakcik tu
Tapi walaubagaimanapun
Wajiblah singgah bertemu mata dengan pakcik & abang aku otw pg/balik nanti

Insyallah akan tido di Butterworth
Tak taulah samada ada cukup masa ke Penang
Lamanya tak memusing Penang kan.
Kalo sempat leh berjalan pusing2 Pulau

Apapun selamat bercuti panjang semua
Jika travel ,drive bebaik2 semuanya
Semoga selamat sampai ke  destinasi yang dituju hdknya


Nanti kalo sempat pekena nasi kandar-kita kompang kat sini ye!




No comments:

Post of a DAY

Bakal berMUSAFIR ke Utara esok!

Dengan izin Allah swt  Esok selepas hantar Auni ke TBS Dia akan naik bas anggaran pukul 11am ke Kuala Berang Auni balik takat 2 mlm aje buat...