10 August, 2026

JJCM:Mencemar duli ke Aunty Aini's Garden Cafe,Nilai

Semalam selepas hantar Kak Ain balik kolej
Aku ajak en papa g makan kat Aunty Aini's Nilai
Dah lama aku teringin nak pergi
Rasanya dah hype berbelas tahun restoran dia ni
Baru kali ni berkesempatan nak pg itupun sebab Adeeb & Affan x ikut
Kalo tak mimpilah nak ke sini,sebab belum apa2 dah mengaruk lapar bdk2 tu
Mana maunya nak masuk JJCM jalan kg cari makan 


Entrance

Kami wefie sementara menunggu ada table kosong

Menu 


Menu yang diorder: Masak lemak cili padi telur itik ,ayam kampung goreng & sambal udang petai.Nasi Putih ,Teh O ais & Barley Lemon ais.


Verdict : 3.0/5.0

Taste : Sedap-udang fresh,ayam rangup,juicy kat dalam,masak lemak kebabom sedap.Tak pedas,masih boleh makan kalo bdk2 makan.
Portion: Kecik.Tak munasabah.Harga ayam kampung tu RM15 satu set-rupanya datang seketul aje ayamnya.Dalam gambar tu kalo x silap bahagian tight yang dibelah 2.Not even 1/4 pun.Telur itik tu hanya sebiji aje harga RM8.50.Sambal udang rega RM 25-dapat udang saiz sederhana 5 ekor.
Price : PRICEY!
Service: Oklah,laju jugak dapat seat.Laju jugak orang serve makanan,

Aku bayar RM65.40 utk makanan semalam.

Datang lagi-mungkinlah kalo teringin/terlalu jalan tu.Tapi xdelah beria2 nak kesana.

Table kami dapat pun ngam2 depan kaunter makanan-a bit stuck kat situ.

So pendapat marhaen dari aku,jika korang ada duit untuk splurge makan -mungkin boleh try.Aku x kisah jugak belanja makan mahal as long as portion tu berbaloi.Aku biasa jugak makan sana-sini,Para Thai mahal jugak tapi portionnya  munasabah.Jadi kita x berasa berkira membayarnya.

Bukan sebab owner dia ni Melayu aku nak komen macam ni.Owner mana2 FNB pun bagi aku kena come-out with their own price tag  tapi make sure ia beri pengalaman  berbaloi kepada guest.
Sedap sahaja tak boleh jadi tanda aras untuk orang berulang datang.

Walauapapun,suka jalan area situ,Kawasan kampung,Kiri kanan banyak kedai makan.Bolehlah try tempat lain plak lepas ni.

So minggu ni,mana plak kami nak merayap JJCM.Kebetulan Auni balik,jadi ada alasan munasabah untuk pergi mencuba makan tempat baru plak.








No comments:

Post of a DAY

JJCM:Mencemar duli ke Aunty Aini's Garden Cafe,Nilai

Semalam selepas hantar Kak Ain balik kolej Aku ajak en papa g makan kat Aunty Aini's Nilai Dah lama aku teringin nak pergi Rasanya dah h...